KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 Apr 2017)

PERKARA KE- 24

Kata Imam Al-Barbahari: “Nabi Adam dahulu berada di syurga abadi yang sudah diciptakan, dan dikeluarkan darinya setelah ia bermaksiat kepada Allah.”

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Lihat asal usul Nabi Adam dan manusia yang hidup dibumi ini. Sejarahnya Adam bersama isterinya Hawa dahulu berada dalam syurga. Di syurga yang Allah tempatkan buat hambanya yang bertaqwa. Ia terletak di langit. Perselisihan ulamak tentang syurga yang mana telah didiami oleh Adam dan Hawa, sama ada syurga di langit atau dibumi. Yang rajihnya adalah syurga di langit.

TIADA BACAAN A’UZUBILLAH BAGI TUJUAN PENDALILAN (ISTIDLAL)

Saya baca ayat quran tanpa baca a’uzubillah kerana ia adalah bacaan istidlal (pendalilan) dan bukan tilawah. Kalau bacaan ayat Quran untuk istidlal adakah dibaca berlagu atau dibaca perkataan biasa? Bacaan ini bukan untuk tilawah iaitu beribadat, tetapi untuk penghujahan dan ia tidak perlu dilagukan. Suatu yang keliru dalam ceramah atau khutbah apabila dalil dibaca berlagu. Zahirnya menyalahi sunnah iaitu dibaca tanpa bismillah jika diawal surah dan tanpa a’uzibillah dan juga tanpa berlagu. Tidak ada riwayat taawuz (baca a’uzubillah) sebelum baginda baca ayat quran untuk pendalilan. Sekiranya Nabi baca berlagu tentunya akan disebut oleh periwayat.

Sebagai contoh, hadis jalan yang lurus yang Nabi baca. Tidak bacaan taawuz. Jika ada tentu Nabi akan baca walaupun guna isyarat.

LARANGAN ALLAH TERHADAP NABI ADAM AS

Firman Allah: “Wahai Adam, tinggallah engkau dan isteri dalam syurga. Dan makanlah daripada makanan sepuas-puasnya. Dan janganlah kamu hampiri pokok ini” (QS Al-Baqarah: 35)

Ibn Katsir berkata: “Yang ditegah dalam syurga adalah menghampiri satu pokok secara spesifik iaitu ‘Jangan engkau dekati pokok ini’.

HUKUM SYARAK BERSIFAT MENCEGAH

Daripada segala banyak pokok, Allah tegah hanya satu pokok dan makan buah itu. Jangan dekat sebagai isyarat. Ini adalah hukum hakam syarak iaitu sentiasa bersifat mencegah sebagaimana zina, jangan kamu dekati zina. Ini ‘pencegahan’ untuk kita berjaga-jaga dari perkara haram. Perkara haram ada dua iaitu haram secara zat dan haram tujuan-tujuan lain. Seperti zina, kita ditegah mendekati zina termasuk mukadimah ke arah itu supaya terselamat dari syubahat zina itu sendiri.

Jangan kamu dekati pokok ini hingga akan tergolong dari orang yang zalim. Pokok itu bukan nama khuldi kerana tidak diberitahu. Ibn Katsir berpandangan nama pokok tidak diketahui kerana tidak disebut oleh quran dan hadis.

SEJARAH KEJAYAAN PERTAMA SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

Firman Allah: “Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga. Menyebabkan mereka berdua dikeluarkan daripada apa yang mereka berada di dalamnya (syurga)” (QS Al-Baqarah: 36)

Firman Allah lagi: “…Kami berfirman: ‘turunlah kamu, kamu menjadi musuh dari sebahagian dengan sebahagian yang lain. Dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan kesenangan hingga ke suatu masa nanti” (QS Al-Baqarah: 36)

UNGKAPAN TAUBAT ADAM DENGAN KATA-KATA YANG ‘DIILHAMKAN’ ALLAH

Allah berfirman:  “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Allah menerima taubatnya…….” (QS Al-Baqarah: 37)

Untuk Nabi Adam minta maaf atau bertaubat, bukan mengungkapkan apa-apa yang dia suka. Allah ilhamkan kepada Adam untuk mengungkapkan ayat minta maaf itu. Perkara yang penting dalam berzikir bukan boleh kita ada-adakan ikut suka hati. Hendaklah zikir makthur dari Nabi . Adapun zikir yang diada-adakan dari segi lafaz, bilangan atau waktu yang diletakkan tanpa ada asas. Bagaimana kita tahu diterima oleh Allah ? Yakinlah ia akan tertolak apabila Nabi menggarisakan secara prinsip.

PERBUATAN IBADAH SEPERTI ZIKIR PERLU MENCONTOHI NABI ﷺ

Sabda Nabi ﷺ: “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak menetapi syariat kami, maka ia tertolak.” (HR Bukhari dan Muslim)

KAEDAH SYAITAN 1: MENYESATKAN MANUSIA DENGAN DATANG ‘SEBAGAI PENASIHAT’

Firman Allah: “Maka syaitan membisikkan hasutan kepada syaitan dengan kata: ‘Wahai Adam, mahukan aku tunjukkan kepada kamu pokok yang buatkan engkau hidup selamanya.” (QS At-Thoha:120)

Ternyata syaitan telah berjaya memperdayakan dengan bisikkan was-wasnya. Khuldi disebut bukan nama pokok, tetapi sifat yang didakwa oleh syaitan. Khuldi bermaksud kekal.

Firman Allah: “Syaitan berkata, tidaklah tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini melainkan dia tidak suka kamu berdua jadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal” (QS Al-A’raf:21)

Firman Allah: “Syaitan bersumpah, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat” (QS Al-A’raf:22)

KAEDAH SYAITAN 2: MENYESATKAN MANUSIA DENGAN ‘MENIPU @ SUMPAH’

Lihat syaitan setelah mengungkap kata-kata manis kepada Adam, kemuncaknya dia bersumpah. Apa maksud sumpah? Iaitu sebut sesuatu yang diagungkan untuk menguatkan suatu pernyataan. Dalam hukum syarak, sumpah hanya boleh dengan nama Allah. Kalau sebut nama lain akan bawa kepada syirik dan kufur. Sedangkan yang layak diagung dalam sumpah hanyalah nama Allah. Maka syaitan juga bersumpah (dengan nama Allah), dia adalah seorang pemberi nasihat.

ANTARA MENASIHAT DAN MENYESATKAN

Kita imbau kembali Allah perintahkan iblis untuk sujud.  Dia enggan dan Allah halau dari syurga.

Apa yang disumpah iblis: “Aku sumpah akan sesatkan manusia semuanya”.

Lihat dia telah sumpah sesatkan manusia dan dalam masa yang sama dia sumpah nak jadi beri nasihat. Ia berbeza seperti langit dengan bumi. Apa maksud nasihat? Iaitu inginkan kebaikan untuk seseorang. Adapun sesatkan manusia adalah mengharapkan kecelakaan.

MUSUH ISLAM DATANG DALAM BENTUK PENASIHAT

Boleh kita simpulkan bahawa Iblis bersumpah untuk beri nasihat tetapi realitinya menjadi punahsihat. Apakah pengajaran yang dapat disimpulkan oleh syaitan kepada Adam dan Hawa? Boleh kita simpulkan bahawa inilah sifat golongan-golongan yang memusuhi orang Islam. Mereka tidak akan berdepan dengan Islam dalam rupa bentuk yang berterus-terang dengan menyatakan matlamat untuk hancurkan Islam. Itu bukan realitinya. Realitinya musuh Islam akan berdepan orang Islam dalam rupa penasihat. Ini taktik yang digunakan oleh syaitan.

Kalau dilihat dari zaman Nabi Adam kepada Nabi Muhammad memakan masa ribuan tahun. Allah sebutkan dalam quran pada akhir zaman tidak lain supaya diambil pengajaran.

Contoh:

Apabila pencuri yang datang dan kata: “Aku nak perompak dan nak curi barang”
K
ita jawab: “Gentlemen la, kalau nak curi, katakan nak curi”.

Maka anda adalah orang dungu atau buat-buat dungu. Tak ada orang macam itu.  Maka, syaitan nak musnahkan manusia datang dalam bentuk yang baik (hasanah), seperti juga BIDAAH HASANAH.

PERANG KAFIR KEPADA MUSLIM ADALAH DENGAN MUSLIHAT ‘PENASIHAT’

Nabi ﷺ kata: “Perang itu tipu muslihat” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka musuh-musuh Islam perangi Islam dengan tipu muslihat dalam bentuk berbohong, bermuka-muka atau mendakwa mereka penasihat. Dukacita tidak kurang yang terpedaya, mereka merasakan musuh-musuh sudah mengangkat bendera genjatan senjata.

Ada segolongan yang mengatakan: “Golongan Yahudi dan Nasrani yang nak perdayakan Islam adalah golongan pupus. Adapun Yahudi dan Nasrani sekarang adalah orang kafir bagus, bertamadun dan nak berbaik-baik dengan kita. Maka kita perlu layan secara baik dengan mereka”

Jelasnya mereka tertipu dengan waqe’ dan tidak lebih seperti fatamorgana. Suatu yang disangka air padahal ia bukan air. Mereka sangka Yahudi dan Nasrani sebagai kawan, boleh membantu ikhlas dan jujur. Ia serahkan tengkok untuk dikorbankan. Maka hari ni, ramai jadikan orang-orang kafir sebagai penasihat. Anak-anak dibiarkan pergi belajar dengan orang kafir.

CONTOH MUSLIM TERPEDAYA – BELAJAR AGAMA DI NEGARA KAFIR

Ajaib segala ajaib, apabila nak belajar Islam pergi ke Negara kafir. Boleh masuk Guinness Record. Negara yang sekian lama memerangi orang Islam, menjajah orang Islam, ambil hasil orang Islam, hambakan Islam. Maka hari ni mereka buka Islam Research Centre, di ibu kata Negara kafir, lalu di kalangan orang Islam yang terpedaya yang pergi sekian jauh untuk belajar dan research islam di Negara musuh Islam.

Begitulah kisah Adam ditipu oleh syaitan dengan tipu muslihat.

Bagaimana Adam dan Hawa ada di syurga dan bagaimana Iblis yang telah dihalau boleh membisik Adam lagi? Padangan Iblis telah dihalau keluar tetapi dia masuk ke syurga bukan cara dihormati, dalam keadaan hina. Padangan lain, Iblis masih boleh lagi membisikkan kepada Adam dengan cara tertentu. Ada juga yang pandangan Iblis ditepian syurga dan masih boleh berbicara dengan Adam.

ALLAH WAHYUKAN PERKATAAN TAUBAT KEPADA ADAM AS

Adam menyedari terpedaya dengan syaitan dengan makan dari pokok yang ditegah atas mereka. Allah mewahyukan perkataan taubat kepada Adam.

Firman Allah: “قَالا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ  ”   (QS Al-A’raaf:23)

Maksudnya: “Ya Tuhan Kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi”.

InsyaAllah kita dah hafal. Ini doa yang dibaca oleh bapa kita apabila tersedar dari kesalahan untuk bertaubat. Perkataan itu bukan direka oleh Nabi Adam. Ini perkataan telah diilhamkan oleh Allah. Beza suatu perkataan maaf yang direka sendiri dengan perkataan maaf yang telah diakui.

TAUBAT BOLEH MENINGGIKAN DARJAT SESEORANG

Firman Allah: “Sesudah Adam mengucap permohonan taubat, kemudian tuhannya memilihnya, lalu Allah menerima taubat serta diberi petunjuk” (QS At-Thoha: 122)

Apa maksud ayat ini. Ulamak membuat suatu kesimpulan maksud tersirat. Bahawa barangkali seseorang itu membuat salah dan bertaubat dari kesalahan. Allah meninggikan darjatnya lebih dari sebelum melakukan dan dosa. Maksudnya pemilihan petunjuk hanya diberi selepas Adam buat salah. Sebelum itu belum diberi petunjuk. Ini adalah hikmah mengapa seorang itu buat salah silap, hasil taubat Allah tinggikan darjat lebih dari salah silap. Tak semestinya dia buat salah silap, tidak bererti dia dikedudukan lebih rendah, bahkan mungkin mendapat kedudukan lebih tinggi dari kita.

Contohnya, kalau ada kesalahan lampau jenayah seperti Adam as berbuat jenayah kerana melanggar larangan. Kita kalau seorang buat jenayah, kita akan melihat celaka untuk baki kehidupan. Ini tidak wajar. Kalau seorang itu sudah taubat dan membaiki kesalahan, sepatutnya kita terima perubahan dirinya.

Dari kisah Adam yang dikeluarkan dari syurga setelah diperdaya oleh syaitan untuk berbuat maksiat kepada Allah. Allah mengingatkan kita.

 RAKAN SYAITAN ADALAH ORANG TIDAK BERIMAN

Firman Allah: “ Wahai anak Adam. Jangan kamu diperdaya oleh syaitan sebagaimana dia telah keluarkan kedua ibupaba kamu dari syurga. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dan keadaan kamu tidak melihat mereka. Sesungguhnnya kami jadikan teman rapat bagi orang yang tidak beriman” (QS Al-A’raf: 27)

Syaitan melihat kita dan manusia tidak melihat syaitan. Ini kita maklum. Syaitan mencari ruang dan peluang untuk bertindak dan perdaya dengan bisikan was-wasnya untuk merosakkan kita.

HAKIKAT KEJADIAN JIN DAN MANUSIA: BOLEHKAN NAMPAK SYAITAN?

Ini hakikat yang kena faham. Apabila tidak melihat syaitan ramai yang keliru. “Aku nampak hantu, langsuir, pocong “. Dakwaan sedemikian jelas berbeza dengan apa yang quran sebutkan. Manusia dari tanah, dan jin atau syaitan dari api. Dia makhluk yang berbeza. Maksudnya tiada pertemuan atau interaksi antara manusia dan jin (syaitan). Syarat kita terapkan akidah kerana masyarakat masih lagi terbawa fahamam khurafat alam ghaib atau jin ini.

PENJENAMAAN BOMOH KEPADA GELARAN USTAZ 

Masyarakat percaya dengan hantu, ilmu-ilmu hitam. Darul jampi wal khurafat. Mana ada syifak. Sekarang penjenamaan baru dengan gelaran ustaz, syeikh, habib dan lai-lain. Datang pesakit saja didakwa ‘kamu diganggu oleh syaitan’. Bohong. Ambil pengajaran dari surah Al-A’raf ayat 27 tadi.

SANGGAHAN PERUBATAN DARUL JAMPI WAL KHURAFAT

Rasulullah pernah dibuka hijab jumpa syaitan. Nabi gariskan supaya sahabat tidak lewati garisan itu. Syaitan dan Nabi berbual-bual dan sahabat pun tidak dibuka hijab untuk nampak jin (syaitan). Begitu juga kisah apabila Abu Hurairah didatangi oleh syaitan dalam rupa orang tua. Kita beriman syaitan boleh menjelma tetapi telah berubah rupa bentuk. Dengan berubah rupa bentuk baru boleh interaksi dengan manusia.

Syaitan bercakap dengan Abu Hurairah, nak mintak sedikit makanan. Kenapa syaitan ubah jadi orang tua dan mintak izin kepada Abu Hurairah dengan tipu muslihat? Atau kenapa dia tidak menyusup masuk dan curi sahaja makanan, mereka kan halimunan? Ia bukan semudah itu. Ternyata jin tertakluk kepada peraturan dan ketetapan dan tidak seperti yang kita sangka.

BENTUK PERUBAHAN SYAITAN SEBELUM DAPAT DILIHAT MANUSIA

Hanya sahaja syaitan berubah bentuk kepada manusia atau haiwan seperti yang disebut dalam hadis iaitu ular hitam. Ketika itu baru manusia boleh Nampak. Jika tidak manusia tidak boleh melihat jin tersebut.

TEMPOH ADAM AS DI SYURGA

Satu perkara lagi adalah tempoh lama tinggal Adam dan Hawa dalam syurga. Ada riwayat Ibn Abbas bahawa Adam tinggal di syurga antara jarak masa asar dan matahari terbenam. Tempoh singkat Adam tinggal di syurga sebelum dihalau akibat terpedaya dengan syaitan dengan makan buah yang dilarang oleh Allah.

 Sabda Nabi ﷺ: “Sebaik-baik matahari adalah terbit dalam hari jumaat kerana Adam dicipta, pada hari itu dimasukkan syurga dan pada hari itu juga dikeluarkan.” (HR Muslim)

Maksudnya  waktu antara Asar dan matahari terbenam. Walaupun pendapat antara Asar dan Magrib Adam waktu di syurga iaitu tempohnya adalah 130 tahun.


SOALAN-SOALAN

 1. Apakah perkataan demi itu adalah sumpah dan dari mana dalilnya?

Pertamanya perlu dibuat pembetulan yang demi itu bukan hanya untuk sumpah. Kalau kita buka kamus, demi juga bermaksud untuk atau kerana. Walau apapun dalam Bahasa Arab, huruf sumpah iaitu  huruf ‘wau, ba dan ta’.

Kalau kita kata demi Negara, demi ibu itu dan lain-lain. Maka sedikit cacat kerana adalah lebih baik ikhlas semuanya kerana Allah. Bukan nak kat salah, perkataan agak mengelirukan. Kalau kita berkhidmat kerana Allah adalah lebih bagus.

Berkhidmat demi Negara kerana Allah, itu bagus sebab ayat lengkap. Akhirnya semua kerana Allah. Jika demi Negara sahaja,  ia ayat tergantung.

2. Tentang bersumpah hanya dengan nama Allah?

Hadis Nabi ﷺ:  Barang siapa sumpah mesti hanya dengan nama Allah, jika selain dari nama Allah dia boleh kufur” (HR Tirmizi)

3. Ustaz kata tiada interaksi manusia dan jin tetapi bagaimana jin boleh masuk dalam badan manusia seperti orang yang kena sihir atau rasuk?

Jin dan manusia tidak boleh interaksi secara terus. Ia perlu ada modifikasi. Maka jin tidak boleh dilihat dan tidak boleh bersuara. Kita tidak nafikan syaitan jelma dalam badan manusia. Tanpa modikasi ia tidak boleh berlaku.

4. Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, orang akan ke Darul khurafat untuk proses penyembuhan. Jadi apakah alternatif supaya tidak ke Darul Khurafat untuk sembuhkan dari rasukan atau gangguan syaitan?

Tiada cara lain kecuali dengan ruqyah. Guna ayat-ayat quran sahaja. Masalahnya dari tempat-tempat khurafat ini, mereka akan adakan temuduga. Siapa nama engkau, datang dari mana? Barulah syaitan buka jarum untuk cucuk. Jiran sebelah yang hantar. Tak pasal-pasal gaduh dengan jiran. Akibat percaya dari syaitan tersebut.

Ataupun kalau suruh minta syaitan keluar dari badan, ada yang kata boleh pukul. Yang kesian pesakit itu. Adakah syaitan dapat rasa? Akhirnya dalam merawat kes rasukan tidak lain adalah ayat quran.

5. Adakah sahabat pernah terkena sihir?

Ada kisah Nabi telah disihir. Akhirya mereka jumpa tangkal dalam perigi. Kisah perlu disemak semula.

 6. Apa nasihat kepada orang yang suka cerita hantu?

Akhirnya dia yang takut sendiri. Kita diingatkan takut Allah dan bukan takut hantu. Begitu juga tengok cerita hantu, ini memperbodohkan akal. Ini memperdaya diri sendiri. Jangan kata kita kuat kerana sifat semulajadi manusia mudah berubah secara sedar atau tidak. Pastikan persekiran kita sihat untuk hidup sihat.

7. Kalau ada pengamal yang kata dia tangkap jin syaitan?

Pernah dengar kata: “Saya pernah tangkap 1000 jin.” Ini bohong. Kalau Allah kata tak boleh lihat macam mana nak tangkap. Kecuali anda Nabi .

Habis Nabi ﷺ: “Kalau bukan aku teringat doa Nabi Sulaiman supaya dia diberikan kekuasan yang tidak diberikan kepada orang lain, nescaya aku akan tunjukkan jin yang datang ganggu tadi, sehingga apabila pegang aku terasa basah air liur. Kalau tidak kerana doa Nabi Sulaiman juga, aku nak ikat dan sangkut untuk dimain-main oleh kanak-kanak”

Allah tak izinkan kepada untuk lihat syaitan setiap masa, takkan kita boleh lihat.

8Adakah syaitan boleh dibuat main-main (mainan)?

Kenapa kita perlu takut syaitan. Sepatutnya syaitan yang takut manusia. Hingga dalam hadis syaitan cari jalan lain apabila jumpa Khalifah Omar ra. Hari ini kita pulak takut syaitan. Ia musibah.

Salurkan sumbangan anda kepada Surau:
No. Akaun: 12092010017971 (BANK ISLAM)
SURAU AL HIDAYAH

Berminat mendapatkan artikel kajian dan kompilasi sunnah? Sila sertai di telegram untuk perkongsian yang bermanfaat. 

https://t.me/KompilasiDanKajianSunnah