Syarah (QS Al-Baqarah: 153-157) Oleh Ustaz Idris Sulaiman – 20 Apr 2017


Firman Allah:
“يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ” (QS Al-Baqarah: 153)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Firman Allah: “وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ” (QS Al-Baqarah: 154)

Maksudnya: Dan janganlah kalian mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kalian tidak menyadarinya.

 

SYARAH TAFSIR IBN KATSIR

Kedua ayat ini Allah menjelaskan tentang perlunya sabar dan syarak menganjurkan bantuan Allah melalui solat.

Ibn Katsir kata:Sama ada hambaNya mendapat kedua-dua iaitu nikmat dan mereka sabar, atau mendapat musibah dia bersabar terhadapnya.”

Hadis Nabi :Sangat menakjubkan keadaan mukmin, tidaklah Allah menetapkan keatasnya sesuatu takdir melainkan adalah baik untuknya. Sekiranya sesuatu menggembirakan menimpa atasnya lalu dia bersyukur, ia adalah baik buatnya. Dan sekiranya mudarat menimpa lalu dia bersabar, maka dia adalah baik buatnya.” (HR Muslim)

KEADAAN MUKMIN APABILA MENDAPAT KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Nabi menyebutkan keadaan mukmin sangat hebat sama ada dia mendapat kebaikan atau ditimpa musibah, keduanya baik untuknya. Sekiranya dapat kebaikan dia bersyukur, kalau ditimpa musibah dia bersabar dan akan dapat pahala. Maka keduanya dalam keadaan baik buat semua mukmin. Kedua-kedua keadaan adalah kesempatan untuk meraih pahala dari Allah.

APABILA DITIMPA MUSIBAH: SABAR DAN SOLAT

Allah terus menjelaskan perkara yang paling membantu ketika berdepan musibah adalah sabar dan solat.

Firman Allah:Mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya ia (musibah) adalah besar (berat) melainkan buat orang orang-orang yang khusyuk” (QS Al-Baqarah: 45)

MUSIBAH MENJADI RINGAN DENGAN ‘KHUSYUK SOLAT’

Maka kita lihat Allah perintahkan kita dapatkan bantuan apabila ditimpa musibah dengan kita sabar dan solat. Dengan kata lain musibah kita akan menjadi ringan. Kita akan dapat bantuan dari Allah Taala untuk sabar dan solat.

Hadis Nabi :Sekiranya berdepan suatu urusan, baginda kerjakan solat.” (HR Abu Daud)

Lihat baginda praktikkan dengan apa yang Allah sebutkan dalam ayat 153-154 surah Baqarah tadi.

Kata Ibn Katsir:Ia bersabar dengan meninggalkan perkara haram dan dosa, dan bersabar dalam mengerjakan ketaatan dan juga perkara kebaikan”.

Dalam bersabar melakukan kebaikan lebih banyak pahalanya kerana ia suatu yang dimaksudkan. Suatu yang menjadi objektif atau matlamat seorang Muslim iaitu mengerjakan amal ibadat. Mengerjakan amal ibadat memerlukan kesabaran. Kemudian sabar ketiga adalah ketika berdepan dengan musibah.

TIGA JENIS SABAR: IA MEMERLUKAN KEAZAMAN DAN KETABAHAN

1. Sabar menahan diri dari mengerjakan hal haram (ie. rokok, arak, zina, maksiat, hawa nafsu dll)
2. Sabar mengerjakan ketaatan (ie. solat, puasa, berdoa, sedekah, zakat dll)
3. Sabar dalam musibah

SABAR BUKAN HANYA KETIKA MUSIBAH

Orang yang tidak sabar akhirnya akan meninggalkan ibadah-ibadah tersebut kerana ia memerlukan keazaman dan ketabahan. Sangat perlu kita menghayati sabar itu kerana ramai menyangka sabar itu hanya apabila kita ditimpa musibah. Apabila orang ditimpa musibah orang kata ‘perlu sabar’. Sabar dalam mengerjakan dalam suatu ketaatan atau kebaikan. Erti sabar juga adalah menahan diri dari perkara haram. 

SABAR MELAKUKAN PERKARA ALLAH CINTA & TINGGAL PERKARA ALLAH BENCI

Kata Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam (ulamak salaf): Sabar ada 2 jenis iaitu Melakukan Apa Yang Allah Cinta walaupun nafsu dan anggota badan rasa berat melakukannya dan sabar Meninggalkan Perkara Yang Allah Benci walaupun nafsu mengajak kepadanya. Barangsiapa dapat melakukannya, maka dia tergolong dari orang yang sabar dan selamat, InsyaAllah

SABAR DALAM MELAWAN NAFSU 

Mengapa orang perlu bersabar untuk menjauhi perkara haram? Kerana ia perlu bersabar dari terjerumus dari perkara haram. Ini menuntut kepada kesabaran melawan nafsu amarah. Demikian juga sabar dalam melakukan yang apa Allah cinta. Apa yang Allah cinta adalah perkara yang nafsu tidak gemar seperti solat, zikir, berdoa kerana nafsu sentiasa ajak bermalas malasan. Seseorang itu perlu melawan dari ajakan nafsu amarah tadi untuk dia konsisten mengerjakan amalan soleh.

JUMLAH PAHALA SABAR

Firman Allah:Sesungguhnya orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (QS  Az-Zumar: 10)

Jawapannya tidak terkira kerana Allah sahaja yang memberi ganjarannya. Dia yang akan membalas perbuatan sabar dan tidak ditetapkan jumlah had. Pahala sabar disempurnakan oleh Allah. Menunjukkan ganjaran pahala sabar. Dia tidak dapat diukur nilainya. Lagi besar cabaran dan dugaan, lagilah besarlah ganjaran. Ia berbeza dari mengikut situasi, orang dan keadaan yang dihadapi. Allah menjamin dia akan sempurnakan pahala orang-orang yang sabar.

SAMPAI BILA NAK SABAR @ HAD SABAR?

Sering apabila sebut tentang sabar, orang akan berkata: “Sampai bila nak sabar?”

Apabila berdepan cubaan dan dugaan seperti marah, kecewa atau geram. Maka nafsunya menuntut ia bertindak balas.  Jika pihak ketiga cuba tenangkan: “Sabar dan jangan bertindak melulu”. Orang akan mengatakan: “Sampai bila nak sabar atau aku dah lama sabar dan aku dah tak tahan”.

Hakikatnya kita salah faham dalam erti sabar. Kita perlu maklum bahawa selagi mana perlu sabar? Selagi keadaan menuntut bersabar, selagi itulah perlu sabar.

Kembali 3 jenis sabar iaitu menahan perkara dari perkara haram, sabar dalam ketaatan dan ketika dalam musibah. Keadaan menuntut kesabaran yang tiada had dan batas. Menjauhi dari perkara haram adalah perlu kesabaran. Soalan ditanya sampai bila nak sabar, ia tidak releven. Selagi nyawa dikandung badan, ia perlu sabar dan wajib menahan dari perkara haram. Soalan itu tidak boleh diajukan seperti sampai bila nak berhenti minum arak, rokok zina. Demikian  sabar dalam mengerjakan ketaatan seperti sampai bila nak solat. Alhamdulillah takde yang kata begitu.

Begitu juga menutup aurat atau sampai bila kena pakai seluar panjang. Maka begitu apabila ditimpa musibah dalam bentuk apa-apa keluar kenyataan sampai bila nak sabar. Selagi musibah belum diangkat oleh Allah kena sabar. Tempoh sabar tiada had.

DUA SEBAB PERLU MENAHAN DIRI DAN SABAR

1. Ia satu tuntutan
2. Menunjukkan kefahaman kita tentang qada’ dan qadar

ORANG SYAHID DAN BERIMAN ‘TIDAK MATI’

Firman Allah:Dan janganlah kalian mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kalian tidak menyedarinya” (QS Al-Baqarah: 154)

Ibn katsir mengatakan bahawa Allah khabarkan orang yang mati syahid mereka dalam alam barzah terus hidup dan diberikan rezeki.

DIMANA ROH ORANG BERIMAN SELEPAS MATI?

Hadis Nabi :Sesungguhnya roh orang mati syahid berada dalam perut burung hijau kemana sahaja yang mereka mahu. Kemudian kembali menetap di lampu yang tergantung di bawah arasy. Allah menjelma  kepada mereka dan berkata: ‘Apa yang mereka mahu?’ Mereka menjawab: ‘Apa lagi yang kami mahu  kerana kami mendapat sesuatu yang belum pernah dikurniakan kepada makhluk. Allah bertanya lagi:’ Apa yang kamu mahu? Kamu tidak akan dibiarkan kecuali apabila kamu memohon.’ Mereka berkata: ‘Kami memohon supaya dipulangkan ke dunia supaya kami dapat berjuang ke jalanmu sehingga kami terbunuh selagi lagi’. Allah berfirman: Aku telah tetapkan manusia tidak akan kembali lagi ke dunia’”. (HR Muslim)

Inilah keadaan roh-roh orang yang mati syahid. Mereka ingin kembali ke dunia untuk berjuang mengenangkan mereka lihat besarnya ganjaran mati syahid ini.Ternyata apabila berpindah ke alam barzah, tidak boleh kembali ke dunia semula.

Sabda Nabi : “Roh orang yang beriman terbang bergantung di pokok syurga hingga Allah kembalikan ke jasadnya pada hari Dia membangkitkannya.”(HR Ahmad)

Hadis ini memberi pengertian bahawa kelebihan roh-roh orang beriman. Bukan sahaja orang yang mati syahid tetapi juga orang yang beriman ia terbang di pokok syurga. Ia kurniaan kepada Allah buat orang beriman secara amnya dan orang mati syahid khasnya.

SIFAT ORANG BERIMAN APABILA DIUJI

Firman Allah:Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit  perasaan takut, kelaparan, kekurarangan harta benda dan hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang-orang apabila ditimpa kesusahan, mereka kata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Dialah jua kami kembali. Mereka ditimpa pelbagai kebaikan oleh tuhan mereka. Mereka mendapat petunjuk hidayahNya. (QS Al-Baqarah: 155-157)

Allah menguji hanya kepada orang beriman.

UJIAN ALLAH DALAM BENTUK SUSAH ATAU SENANG 

Firman Allah:Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kami hingga ternyata orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang bersabar. Adakalanya dengan kesenangan dan kesengsaraan, takut dan lapar.” (QS Muhammad: 31)

Firman Allah: “Maka Allah merasakan buat mereka kelaparan dan ketakutan” (QS An-Nahl: 11)

Allah uji manusia hanya sedikit sahaja. Apabila manusia kehilangan harta benda atau miskin dan sebagainya, itu hanya sedikit. Dan kehilangan nyawa seperti kematian rakan taulan, saudara atau orang kesayangan. Juga hasil tanaman kebun kurang dan ladang tidak keluarkan hasil seperti biasa.
 
Kata ulamak salaf: “Ini adalah ujian. Hingga sebahagian tidak berbuah kecuali sebatang pokok sahaja yang berbuah. Hal ini adalah ujian. Barangsiapa agungkan Allah akan beri ganjaran. Barangsiapa berputus asa ia akan diberi hukum.”

PRINSIP SABAR: MENAHAN DIRI BERMULA DARI ‘JANTUNG HATI’

Apa maksud ulamak salaf ini? Prinsipnya adalah menahan diri. Ia bermula dengan jantung-hati,  lidah atau anggota badan. Sekiranya suatu dugaan kemalangan, kecurian lalu kita sumpah seranah. Ini menunjukkan sifat tak sabar. Orang jahiliyyah dulu apabila saudara meninggal, mereka mengoyak pakaian sambil meraung-raung.

PERKATAAN ORANG BERIMAN KETIKA DIUJI ADALAH ‘إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون’

Allah jelaskan siapakah mereka yang bersabar iaitu apabila ditimpa musibah akan berkata: “Kami kepunyaan Allah dan kepada Dialah jua kami kembali”.

Mereka menenangkan diri dengan ucapan  tasfiah ini. Mengingatkan kita kepunyaan Allah dan kepada Dia kita kembali. Kita kepunyaan Allah. Maka Allah nak buat apa, itu hak Allah dan tiada siapa yang boleh persoalkan. Allah pencipta, pemilik dan pengurus kita semua. Adapun manusia adalah hamba Allah semata-mata.

Firman Allah:Dia (Allah) tidak boleh persoalkan apa yang dilakukan. Sebaliknya manusia itu yang perlu dipersoalkan apa yang dilakukannya

Firman Allah:Apabila ditimpa musibah, orang beriman akan sebut innnalillahi wa innailaihirajiun” (QS Al-Baqarah: 156)

BEBERAPA UCAPAN ZIKIR MENGIKUT SITUASI

Takbir – Allahuakaar
Tahmid – Alhmadulaiha
Tasbih – Subhanallah
Istidhjar – Innnalillahi wa innailaihirajiun
Haw qulah – La haw  lawala quwataillah billah

Sebahagian keliru yang kata istidjar hanya apabila ada kematian adalah tidak benar. Bahkan, kematian adalah sebagian dari musibah.

Allah berfirman:Mereka adalah orang-orang yang dilimpahi kebaikan daripada tuhan mereka serta rahmatNya”. Allah menceritakan balasan iaitu orang sabar dan menyebut istidjar.

LATIHAN MENYEBUT ZIKIR APABILA DITIMPA UJIAN

Jadi kena latih diri kita supaya spontan kita sebut ‘Innnalillahi wa innailaihirajiun’ tersebut. Kalau musibah terjadi, terus sahaja sebut idtisjar. Musibah kalau guna perkataan seperti alamak atau alahai. Apatah lagi perkataan menjebak diri dalam perkataan dosa dengan maki hamun seperti celaka dan sebagainya. Ia mengundang dosa.

Firman Allah:…dan mereka itu mendapat petunjuk dan hidayahNya” (QS Al-Baqarah: 157)

ZIKIR ADALAH HIDAYAH BAGI ORANG BERIMAN

Orang bersabar akan istidjar kerana ia ada petunjuk (hidayah). Orang yang berkefahaman akan sedar apa yang berlaku atas diri dan sekeliling mereka. Ini semua adalah urusan Allah iaitu qadar qadar dan hujung pangkal daripada Allah. Allah hendakkan sesuatu berlaku, maka ia akan berlaku. Tiada yang mampu menghalangnya. Mereka juga berkefahaman adalah orang mendapat petunjuk hidayah dengan mengatakan musibah itu suatu cubaan. Kalau berlaku kecurian, bukan disebabkan pencuri ini tetapi ia dari Allah dan curi itu adalah ASBAB. Mereka sedar itu sebagai cubaan dari Allah dan Allah uji kita. Kalau dah berlaku, maka kita perlu bersabar. Allah sedang melihat apa yang kita lakukan. Adakah kita putus asa, marah atau kecewa. Dan lebih parah kalau salahkan orang lain.

KESILAPAN CARA FIKIR APABILA DITIMPA MUSIBAH

Sering kalau ada kecelakaan, mereka salahkan orang lain. Ini salah sipulan dan sipulan atau perkataan: “sepatutnya ia tidak berlaku kalau …..”. Oleh itu, jika dah berlaku musibah, sudahlah. Apa yang berlaku tidak akan mengubah apa yang telah berlaku. Ia memberi pengajaran dan hanya perlu bersabar dan redha.

UCAPAN DAN DOA APABILA DITIMPA UJIAN

Sabda Nabi :Mana-mana hamba yang apabila ditimpa musibah, dia kata: ‘Innnalillahi wa innailaihirajiun’ dan ditambah doa: ‘Berikan aku ganjaran akibat musibah ini dan gantikan dengan lebih baik’ melainkan akan diberi ganjaran ke atasnya dengan sesuatu yang lebih baik” (HR Muslim)

IKTIBAR PERISTIWA UMMU SALAMAH KETIKA DIUJI

Peristiwa Ummu Salamah apabila suaminya wafat, dia benar-benar sedih, dia mengucap istidjar dan ucap doa yang diajar Nabi ﷺ tadi. Ummu Salamah kata: ‘Ternyata Allah gantikan buat aku apa yang lebih baik daripadanya. Allah gantikan dengan Nabi ﷺ sebagai suami barunya. Ia suatu yang jauh lebih baik dari bekas suaminya iaitu Abu Salamah.

Lihat, untungnya orang yang bersabar. Mereka tak rasa rugi. Ruginya orang yang tidak bersabar. Kalau tidak diberi ganjaran di dunia, ia akan diganti di akhirat.

 

SOALAN-SOALAN

1. Sejauh mana keperluan dakwah untuk Islamkan orang kafir seperti segolongan umat Islam lakukan?

Kewajipan dakwah adalah suatu yang dituntut. Pekerjaan dakwah iaitu mengajak kepada Allah dan menjauhi syirik kerana adalah sebaik-baik pekerjaan.

Firman Allah:  “Siapakah yang perkataan lebih baik berbaik berbanding orang yang menyeru kepada Allah”.

Hadis Nabi : “Untuk engkau berjaya mengislamkan seseorang lebih baik buat engkau dari pahala unta yang merah”

SEJAUH MANA KEPERLUAN DAKWAH?

Ikut kemampuan.  Islam adalah agama yang menjamin  keselamatan di dunia dan dan lebih penting adalah akhirat. Adakah kebahagiaan dan keselamatan itu hanya untuk diri kita sahaja? Pastinya tidak

PERASAAN KASIHAN ORANG MUKMIN KEPADA YANG BELUM BERIMAN

Semua orang di luar sana kita perlu rasa kesian. Bahkan kita rasa rugi sekiranya mereka tidak memeluk Islam. Maka kita kata Islam itu rahmat untuk sekelian alam. Kita sedaya upaya mengislamkan orang sekeling kita mengikut kemampuan masing-masing. Itu adalah suatu yang syariat anjurkan.

KEUTAMAAN DAKWAH KEPADA KAFIR ATAU KEPADA ORANG ISLAM YANG SESAT?

Kita boleh sebutkan juga, dari sudut yang sama kita menyeru saudara Islam yang terpesong. Kalau ada yang tertanya dari nak Islamkan orang kafir atau membetulkan orang Islam kepada ajaran Islam sebenar. Kedua-dua perlu diutamakan. Akhirnya masing-masing ada kapasiti dan kemampuan masing-masing.

2. Apa hak orang yang meminta maaf dan hak orang memberi maaf? Apakah salah jika tidak memaafkan orang?

Kita ada hak menuntut balas kepada orang yang menzalimi. Maklum bahawa kita ada hak untuk tidak maafkan orang. Hak menuntut balas itu hanya semata mata nak sedapkan hati, manakala pahala memaafkan jauh lebih besar dan lumayan.

Orang diberi kefahaman dan hidayah melihat lebih jauh itu pahala akhirat yang jauh lebih besar berbanding memuaskan hati.

3. Bagaimana kaedah sabar serta mencegah kemungkaran pemerintah?

Mencegah kemungkaran adalah suatu yang dituntut.

Hadis Nabi :Jika melihat kemungkaran perlu cegah dengan tangan, jika tidak mampu cegah dengan lisan, jika tidak mampu lagi cegah dengan hati. Itu iman yang paling lemah

Tuntutan amar makruf  nahi mungkar adalah umum dan mutlak, termasuklah kepada pemerintah. Kemungkaran yang berlaku perlu bukti yang sahih dan bukan buruk sangka. Teguran itu dilakukan dengan cara yang makruf. Adalah salah pencegahan ini dilakukan dengan menggunakan cara mungkar seperti demonstrasi. Niat bagus tapi cara mungkar. Matlamat tidak menghalalkan cara. Perlu ikut syarak.

KAEDAH SYARAK DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN PEMERINTAH

Bergantung kepada kemampuan. Dengan pemerintah, mencegah mungkar dengan tangan tidak mungkin dibolehkan. Lazimnya rakyat jelas bersifat lemah. Dengan tangan biasanya kepada orang yang ada autoriti. Kalau dalam keluarga si bapa boleh ubah dengan tangan. Urusan Negara, mencegah dengan tangan ini sinomin dengan hak pemerintah.

Cara yang ada hanya dengan kata-kata lisan. Ia mesti kata yang baik dan bukan mencemuh ucapan-ucapan keji, hina atau gelaran tidak baik. Perlu dipilih perkataan baik dan diterima oleh pemerintah.

Hadis Nabi :Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa dengan suatu perkara, maka Jangan Dilakukan Dengan Terang-Terangan, Tapi Gandenglah Tangannya Dan Menyepilah Berdua. Jika diterima memang begitu, jika tidak maka dia telah melaksanakan kewajibannya” (HR Ahmad: 14792)

 

 

 

Advertisements