KISAH KELAHIRAN WEBSITE ‘KAJIAN & KOMPILASI SUNNAH’ – RINGKASAN JALAN KE SYURGA @ SUNNAH
ISI UTAMA
1. Kisah Mengerjakan Haji 2013 – Doa Memohon Petunjuk Jalan Ke Syurga & Mendapat Guru Yang Paling Allah Suka
2. Tiga (3) Prinsip Dan Metod Yang Saya Gunakan Dalam Kajian Quran Dan Sunnah
3. Lima (5) Bukti Doa Di Mekah “Siapakah Allah Paling Suka” Iaitu Ustaz Idris Sulaiman (UIS)
4. ‘Almanhaj’ Sebagai Rujukan Asas Hukum-Hakam Islam
5. Tiga (3) Website Sebagai Perkongsian Bersama
6. Memilih Untuk Berkongsi Dari Pengajian Ustaz Idris Sulaiman Kerana Mempunyai Kadar Realibiliti Tinggi Dalam Hal Agama
7. Fundamental Jalan Ke Syurga (Peta Minda)
i. Tiga (3) Prinsip Asas Beragama (kemaskini – 26/6/2022)
ii. Tiga (3) Punca Kesesatan
iii. Panduan ‘Jalan Ke Syurga’ Yang Digariskan Oleh Agama
8. Penutup & Kesimpulan – Kebenaran Sebenar Ialah ‘Firman Allah & Sabda RasulNya’, Manakala Ulamak Hanyalah Sebagai Medium Untuk Mencapai Kebenaran Tersebut
9. Biodata Ringkas Ustaz Idris Sulaiman (Pendidikan, Kuliah-kuliah, Buku & Artikel Syarah Agama)
10. Rujukan Tambahan – Syaikh Albani Sebagai Ulamak Agung Akhir Zaman & Perkembangan Manhaj Salaf
ARTIKEL PENUH
Assalamualaikum pelawat dan pembaca blog Kajian & Kompilasi Sunnah,
KISAH MENGERJAKAN HAJI 2013 – DOA MEMOHON PETUNJUK JALAN KE SYURGA & MENDAPAT GURU YANG PALING ALLAH SUKA
Dengan rendah diri saya ingin BERKONGSI sedikit kajian saya berkenaan ‘sunnah’. Kajian ini bermula sejak saya mengerjakan haji pada tahun 2013 (1434H). Berdoa sangat untuk Allah berikan petunjuk ‘Bagaimana Jalan Ke Syurga’ kerana itulah tempat yang KITA AKAN KEKAL SELAMANYA di dalamnya. Tadabur dan ingin mengetahui setiap mesej Allah hendak sampaikan pada setiap ayat Quran hampir selama 33 hari.
CUKUPLAH DUNIA SEKADARNYA – MASA DI DUNIA UMPAMA SETITIS AIR
Sabda Nabi ﷺ: “Demi Allah! Dunia dibandingkan akhirat hanyalah seperti seseorang dari kalian yang mencelupkan salah satu jemarinya ke laut), maka lihatlah APA YANG ADA PADA JARINYA TERSEBUT SAAT IA KELUARKAN DARI LAUT!” (HR. Muslim)
Setelah itu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan ‘Siapa Yang Allah Paling Suka, Dan Ingin Mengikuti Jejak Ilmuan itu’ kerana mesej Allah adalah guru boleh membawa kita ke neraka (Ibrahim:21). Setelah itu mengkaji sifat Imam Mazhab (Imam Ahmad, Syafie, Maliki dan Hanafi) dan semua sahabat Nabi untuk dijadikan sebagai panduan.
TIGA (3) PRINSIP DAN METOD YANG SAYA GUNAKAN DALAM KAJIAN QURAN DAN SUNNAH
1. Dalam hal agama, jangan percayakan semua orang termasuklah ulamak besar KECUALI dibawakan ‘Dalil’
2. Sentiasa berusaha mendapatkan ‘dalil’ dalam hal agama (An-nisak:65) – Jadikan Nabi sebagai hakim dalam setiap perselisihan & ambilah agama sepenuhnya. Maka perlu dituntut ilmu Quran/hadis sebanyak mungkin untuk mengelakkan kesesatan dan perselisihan dalam agama.
3. Kaji ustaz sama ada dia tergolong dalam ‘Ulamak suuk’ atau ‘Ulamak rabbani’. Kaji dan perhatikan apa-apa perkataan dan kesalahannya untuk panduan diri sendiri. Selepas mengkaji lebih 40 ustaz, sifat 4 imam dan semua sahabat Rasulullah, saya percaya doa saya siapakah Allah paling suka adalah ‘Ustaz Idris Sulaiman’.
LIMA (5) BUKTI DOA DI MEKAH “SIAPAKAH ALLAH PALING SUKA” IAITU USTAZ IDRIS SULAIMAN (UIS)
1. Guru beliau ialah ‘Ulamak Agung Akhir Zaman’ Iaitu Syaikh Albani – Kajian UIS terhadap Syaikh Albani melalui pengajian sarjana/Phd, lebih 1000 audio dan buku-buku tulisan syaikh.
2. Seorang yang tawadhuk & berhenti sebagai pengawai penyelidik di Kedutaan Arab Saudi untuk menumpukan dakwah sunnah.
3. Satu-satunya pendakwah yang paling banyak kuliah agama (sunnah) – lebih 2000 siri kuliah agama merangkumi semua disiplin (akidah, tauhid, fekah, ibadah dll)
4. Seorang yang ketat (syadid) terhadap Al-Quran & Hadis seperti menolak bergambar, muzik, riba dan sebagainya.
5. Melalui kajian / penelitian lebih 40 ustaz pada tahun 2014, satu-satunya yang tiada kesalahan jelas dalam Al-Quran & Hadis.
MEMILIH UNTUK BERKONGSI DARI PENGAJIAN USTAZ IDRIS SULAIMAN KERANA MEMPUNYAI KADAR REALIBILITI TINGGI DALAM AGAMA
Beliau seorang yang tawaduk, pegang kuat setiap hadis, pandai dan berhikmah. Antara guru beliau ialah Sy Uthaimain, Syaikh Soleh Al-Fauzan dan juga ulamak agung akhir zaman (Mujadid Syaikh Albani) yang mengkaji hadis di perpustakaan 18 jam sehari.
Disebabkan penemuan kadar konsistensi dalam agama yang tinggi, bermula 2016 saya memilih mana-mana kuliah Ustaz Idris Sulaiman yang dirasakan penting untuk dikongsi bersama. Semoga Allah merahmati usaha gigih beliau dalam dakwah.
Lihat biodata ringkas Ustaz Idris Sulaiman (latarbelakang pendidikan, kuliah-kuliah dan artikel & syarah kitab agama)
‘ALMANHAJ’ SEBAGAI RUJUKAN ASAS HUKUM-HAKAM ISLAM
Jika ada keraguan atau perselisihan dalam kalangan ilmuan agama, saya menggunakan website https://almanhaj.or.id/ untuk semak semula. Website ini menggunakan dalil untuk setiap hujah yang diperbahaskan.
TIGA (3) WEBSITE SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA
Setelah lebih 3 tahun mengkaji dan meneliti saya telah mengeluarkan 3 website untuk perkongsian dan melukis prinsip asas jalan ke syurga / punca kesesatan. Jemput baca perkongsian-perkongsian kajian dan kompilasi sunnah di;
1. mazuddin.wordpress.com – Kajian & Kompilasi Sunnah Secara Keseluruhan;
2. mazuddin2.wordpress.com – Kitab Kuliah Akidah; dan
3. jalanselamat1.wordpress.com – Agama dalam menentukan ‘Jalan Selamat & Sesat’
FAIL BENTUK PDF (HD) – Download
FUNDAMENTAL JALAN KE SYURGA (LIHAT PETA MINDA)
Daripada komen pembaca bahawa artikel kajian yang panjang, pada Januari 2017 saya menghasilkan peta minta Fundamental ‘Asas Jalan Ke Syurga’ sebagai panduan. Ringkasan ‘Asas Jalan Ke Syurga’ mengandungi 3 bahagian iaitu:
i. TIGA (3) PRINSIP ASAS BERAGAMA
1. Memahami Kaedah Beragama – Faham Quran/Hadis ikut kefahaman sahabat kerana merekalah dijamin syurga dan merekalah yang meriwayatkan Quran & Hadis. Sahabat juga dijamin masuk syurga, maka jika ingin masuk syurga ikutilah orang yang dijamin masuk syurga (At-Taubah:100)
2. Akhlak Terhadap Al-Quran/Hadis – Satu dalil pun tidak boleh tolak kerana ia datang dari Allah dan bersifat maksum. Andaikata 2 dalil seakan-akan kontradik, maka perlu ‘diharmonikan’ kerana tidak mungkin wahyu (Quran & Hadis) itu salah, sebaliknya pemahaman kita yang tidak tepat. Lihat ‘Kaedah Memahami Hadis’ pada peta minda di atas. Wajib terima agama sepenuhnya (An-Nisak:65)
3. Memahami Kaedah Hukum Islam – Kaedah: Asal perkara dunia (adat) semuanya halal kecuali ada dalil mengharamkan, asal perkara ibadat (akhirat) semua haram kecuali dalil menghalalkan. Ia berdasarkan dalil “Jika perkara dunia uruskanlah, kalau perkara akhirat (ibadat) semua kembali kepada hadis Rasulullah.” (HR Ibn Majah).
Di sebalik kaedah Hukum Islam, terdapat pembahagian Hukum Asas Agama iaitu ‘Wajib, Sunat, Makruh dan Haram’.
ii. TIGA (3) PUNCA KESESATAN
1. Melakukan Perkara Baru Dalam Agama (Bidaah Hasanah, eg doa beramai-ramai, tahlilan dan lain-lain) – “SETIAP bidaah adalah kesesatan, setiap kesesatan tempatnya di neraka” (HR Nasaie). Rasulullah menyebut perkataan ini setiap kali memulakan kuliah, maka ia bermaksud betapa pentingnya meninggalkan bidaah. Andaikata perbuatan itu baik, Rasulullah dan sahabat pastinya telah mendahului kita.
2. Taqlid Ulamak Tanpa Tahu Dalil – Taqlid ialah mengikut kata ulamak/ilmuan tanpa mengetahui dalil. Oleh yang demikian, setiap perkara agama kita sedaya upaya carikan dalil kerana ulamak terbahagi kepada 2 iaitu ulamak suuk dan ulamak rabbani (Ibrahim:21). Tidak boleh berdalilkan ‘amalan ramai orang’ kerana golongan kebanyakan adalah sesat (Anaam:116).
3. Menggunakan Kaedah ‘Ilmu Kalam’ atau ‘akal semata-mata’ tanpa panduan dalil – Apabila diberikan dalil, ia tolak kerana tidak menepati akal. Ia termasuk sombong kepada Allah dan RasulNya. Maksud ‘orang tidak beriman’ ialah mengambil sebahagian hadis dan tolak sebahagian yang lain. (Al-Ghafir:4)
iii. PANDUAN ‘JALAN KE SYURGA’ YANG DIGARISKAN OLEH AGAMA
1. Ikhlas Dalam Beribadat – Amalan tanpa ikhlas akan tertolak (Al-Baiyinah:5)
2. Ittiba’ (Ikut) Segala Hadis Nabi & Ijmak Sahabat– Hadis adalah dari perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah terhadap amalan sahabat (Al-Ahzab:21). Hendaklah mengikut Rasulullah & Fahaman Sahabat dengan baik (At-Taubah:100) kerana ‘Jalan Islam adalah Lurus & Jelas’ – Lihat peta minda ‘Jalan Selamat & Sesat’.
3. Banyakkan Menuntut Ilmu Quran & Hadis – Itu adalah panduan ke syurga (An-Nisa’:65) & (HR Abu Daud). Bersungguh & berusaha mencari kebenaran kerana kebenaran hakiki ialah Quran & Hadis dengan kefahaman Sahabat. Sahabat dijamin masuk syurga dan merekalah menurunkan Quran & Hadis, maka sebaik kefahaman adalah para sahabat Rasulullah.
Sibukkan menuntut Ilmu Quran & Hadis. Memahami mesej Allah pada setiap ayat muhkam dari Quran dengan bertadabur, mengetahui sebanyak mungkin hadis dari guru yang benar iaitu ‘Ulamak Rabbani’. Kenali siapa guru kita, siapa guru kepada guru kita kerana silap guru juga boleh membawa padah. Pastikan mereka mengikut manhaj Salaf As-Soleh.
Perhatikan, para Sahabat & Ulamak sibuk dengan ilmu (Quran & Hadis)…. tetapi masa kita lebih memikirkan hal dunia berbanding dari masa depan di akhirat. Maka, jadilah penuntut ilmu (Quran & Hadis) kerana ia sebaik-baik benteng dari api neraka.
4. Sentiasa Rendah Diri, Tidak Sombong, Bertaqwa,Tawaduk & Sentiasa Bertaubat – Sentiasa muhasabah diri dari kesalahan dengan taubat (HR Tirmizi). Perlu bertaubat kerana semua anak adam tidak sunyi dari dosa (HR Ahmad dll)
Sombong terbahagi kepada 2 iaitu sombong dengan manusia (riak) & sombong dengan Allah/Rasul (menolak hadis). Ia penyebab seseorang itu bertambah sesat (An-Nisa’:115)
5. Wajib Ikut Jalan Nabi dan Sahabat @ Bersama Al-Jamaah – Ikut manhaj salaf serta bersama Al-Jamaah dengan ‘Taat Pemerintah Muslim Walaupun Dia Zalim’ (HR Muslim). Lihat peta minda ‘Hubungan Rakyat-Pemerintah‘ .
HUBUNGAN RAKYAT & PEMERINTAH
https://drive.google.com/open?id=1dvptXssbeDFx10zlKlKjHuflqQdtwULh (pdf format)
ASAS TAUHID & IBADAH
https://drive.google.com/file/d/1ynfviGKfNin1gUI1_LqO0LaII1uBCQuq/view?usp=sharing (pdf format)
SYIRIK VS TAUHID – DEFINISI, DALIL DAN PERBANDINGAN
https://drive.google.com/open?id=14YmF6yA4RHKXTzvh8SJUpg5dY7Lb5iHg&authuser=p94867%40siswa.ukm.edu.my&usp=drive_fs (pdf format)
MANUSIA …… ANTARA JALAN SESAT DAN SELAMAT (PERANAN SYAITAN, NAFSU, SUNNAH & AKAL)
https://drive.google.com/open?id=12-oczcAIEC1r3AP0aDhSkfyqRLUXouXx (pdf format)
MARAH & SOLUSINYA …… HUBUNGAN MARAH, HATI, SYAITAN DAN AKAL
https://drive.google.com/file/d/1ARhprOkm5MQMKZEhqSZWYFwHdiFHCVw0/view?usp=sharing (pdf format)
KUMPULAN SELAMAT & SESAT
PENUTUP & KESIMPULAN – KEBENARAN SEBENAR IALAH ‘FIRMAN ALLAH & SABDA RASULNYA’, MANAKALA ULAMAK HANYALAH SEBAGAI MEDIUM UNTUK MENCAPAI KEBENARAN TERSEBUT
Jika terdapat sebarang keraguan dan berminat untuk memberi komen atau penjelasan, mohon terus emel saya atau whatsapp personally. Website ini adalah berdasarkan kajian oleh penulis semata-mata dan kemungkinan salah silap pastinya ada. Oleh yang demikian, tiada paksaan dalam menerima apa-apa kefahaman disiarkan.
Walau bagaimanapun, penulis cuba sedaya upaya menjadikan setiap hujah disertakan dalil yang tuntas kerana ‘KEBENARAN SEBENAR IALAH FIRMAN ALLAH & SABDA RASULNYA’ dan bukan guru atau mana-mana individu. Sebaliknya ulamak/guru hanyalah sebagai ‘medium’ untuk mencapai kebenaran hakiki iaitu Al-Quran & Hadis.
Semoga Allah memberi hidayah & taufik dalam berpegang kepada ‘Kebenaran yang Hakiki’.
Barakallahufikum
Biodata Ringkas Ustaz Idris Sulaiman (UIS)
PENDIDIKAN
- B.A. Hons Shari’ah (Jurisprudence), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
- Masters in Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia
- PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia (2022)
KERJAYA
- Pendakwah sepenuh masa (2014 – sekarang)
- Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi (2008-2015)
- Penterjemah/pengalih bahasa di Kedutaan Arab Saudi (2003 – 2008)
- Imam Surau di Selangor (2005-sekarang)
KULIAH & KITAB SYARAHAN
Kitab syarahan dan lebih 2000 siri kuliah seperti berikut:
No. | Tajuk Kuliah / Kitab | Bilangan Siri Kuliah | Tahun |
1 | Jalan Golongan Selamat | 20 | 2012 |
2 | Risalah Syaikh Muhammad – 4 kaedah Utama Islam | 24 | 2019 |
3 | Zikir Pagi Dan Petang | 11 | 2022 |
4 | Akidah Yang Sahih Yang Wajib Diyakini | 14 | 2022 |
5 | Bantah Anti Hadis – Syaikh Albani | 10 | 2020 |
6 | Bulughul Maram (Masih berjalan) | 82 | 2022 |
7 | Fiqh Asmaul Husna | 14 | 2020 |
8 | Fiqh Praktis – Yayasan Taklim | 96 | 2013-2017 |
9 | FOKAS Daurah | 57 | 2015-2017 |
10 | FOKAS – Talbis Iblis | 6 | 2016 |
11 | Hukum Korban | 1 | 2018 |
12 | Jawapan pendek | 46 | |
13 | Kitab Fekah | 8 | 2019 |
14 | Kitab Hadis 40 | 40 | 2020-2021 |
15 | Kitab Hadis 40 – Kedua | 32 | |
16 | Kitab Ibn Hibban – Raudhah al-Uqala (Taman Cendiakawan) | 28 | 2022 |
17 | Kitab Sy Muhammad At-Tamimi | 21 | 2018 |
18 | Kitab Panduan Akidah (Syaikh Al-Fauzan) | 7 | 2021 |
19 | Kitab Penyucian Jiwa | 15 | 2019 |
20 | Kitab Sy Albani – Kejayaan Muslim | 2 | 2018 |
21 | Kitab Tauhid – 3 Asas Tauhid (Sy Uthaimin) | 27 | 2016-2018 |
22 | Kitab Umdatul Ahmad – | 184 | 2018 |
23 | Kitab Doa dan Zikir | 30 | 2018 |
24 | Konvensyen ISDC – Munafik & Taat Pemerintah | 5 | 2016-2017 |
25 | Kursus Haji dan Umrah | 2 | 2018 |
26 | Kitab Pembatal Islam (Sy Muhammad At Tamimi) | 20 | 2019-2020 |
27 | Syarah Pilihanraya Malaysia | 5 | 2017-2018 |
28 | Risalah Pembatal Islam | 1 | 2018 |
29 | Risalah Syaikh Muhammad – 6 Prinsip Islam | 13 | 2020 |
30 | Riyadhus Solihin – Yayasan Taklim | 60 | 2016 |
31 | Riyadhus Solihin – Daurah (Ikhlas) | 2 | 2018 |
32 | Riyadhus Solihin – Daurah | 50 | 2015-2018 |
33 | Riyadhus Solihin – Surau Al Hidayah | 120 | 2008-2014 |
34 | Daurah Sabah | 6 | 2019 |
35 | Solat & Ibadah Bulan Puasa | 60 | 2014 |
36 | Syarah al Sunnah Imam Ahmad | 15 | 2012 |
37 | Syarah Sunnah Imam Al-Barbahari – Yayasan Taklim | 90 | 2015 |
38 | Syarah Sunnah Imam Al-Barbahari -Surau Al Hidayah | 128 | 2016 |
39 | Tadabur Al-Quran | 4 | 2019 |
40 | Tafsir Ibn Katsir | 158 | 2017-2019 |
41 | Tafsir Ibn Katsir – Kedua | 62 | 2020-2022 |
42 | Taman Cendiakawan – Daurah PKP | 11 | 2020 |
43 | Tazkirah Ramadan | 22 | 2016 |
44 | Ceramah UMUM | 97 | 2009-2020 |
45 | Kitab Usul Sittah Sy Muhammad | 50 | 2016 |
46 | Kitab Usul Tsalasah – Sy Muhammad | 70 | 2018 |
47 | Kitab Usul tsalasah – Sy Muhammad (Kedua) | 96 | 2016 |
48 | Akidah Sunnah – Asatizah Sunnah | 18 | 2014 |
49 | Akidah Sunnah – URD | 39 | 2015 |
50 | Kuliah Feb 2022 – Julai 2022 | 22 | 2022 |
Jumlah | 2001 |
Kuliah terkini disiarkan di facebook live Ilmu Salaf Dot Com, manakala kuliah lama boleh didapati di youtube.
KULIAH BERSIRI (LEBIH 2000 AUDIO MP3)
RISALAH DAN ARTIKEL
Hampir 300 artikel (2013-2018) – Artikel dan syarah kitab oleh Ustaz Idris Sulaiman adalah seperti Senarai Daftar Artikel & Syarah Ustaz Idris Sulaiman – Senarai lengkap pdf
1. Ebook Ustaz Idris Sulaiman di website @ustazidrissulaiman wordpress
2. Ebook Sebahagian Syarah UIS di website @mazuddin.wordpress.com
3. Ebook Syarah Kitab Akidah UIS di website @mazuddin2 wordpress
4. Ebook Sebahagian Artikel Jalan Selamat & Sesat di website @jalanselamat1 wordpress
BUKU DITERBITKAN
1. Demonstrasi Dan Hukumnya Dalam Islam, 2012
2. Demonstrasi Dan Keburukannya, 2012
3. JIHAD: Definisi, Jenis dan Ketetapan-ketetapannya, 2014
4. Pilihanraya Malaysia: Antara Demokrasi Dan Ketetapan Syarak, 2018
ULAMAK RUJUKAN
Syaikh Al-Albani (Kajian Sarjana & PhD – hampir 1000 kuliah audio), Syaikh Uthaymin, Syaikh Rabe’ Madkhali, Syaikh Fauzan Al-Fauzan dan lain-lain
RUJUKAN TAMBAHAN – SIAPA SYAIKH ALBANI?
1. Kenali Syaikh Albani
https://mazuddin2.wordpress.com/2018/10/19/pesanan-emas-syaikh-al-albani-siri-1-biografi-ringkas-muhammad-nasiruddin-al-albani-pujian-ulamak-salaf-kepada-usaha-karya-agung-beliau/
2. Ebook Biografi Syaikh
https://drive.google.com/open?id=1GQB8PJgHX1Yz0zE7dxen8gCD1e_8lcgM
3. PERKEMBANGAN MANHAJ SALAF DI DUNIA & SYAIKH ALBANI
Isi Utama
1. Dakwah Syaikh Albani Dan Kesan Media Sosial Terhadap Dakwah Salaf
2. Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahab Dalam Cetusan Akidah Tauhid Dan Akidah Yang Benar, Manakala Perincian Manhaj Salaf Hanya Bermula Sekitar 1980-An
3. Masih Wujud Saki Baki Fahaman Sufi, Ikhwanul Muslimin, Jemaah Tabligh Dan Syiah Di Arab Saudi
4. Dakwah Manhaj Salaf Adalah Satu Perjuangan Dan Mujahadah Yang Berterusan
Perkembangan Manhaj Salaf Di Dunia & Syaikh Albani
Salurkan sumbangan anda kepada Surau:
No. Akaun: 12092010017971 (BANK ISLAM)
SURAU AL HIDAYAH
Berminat mendapatkan artikel kajian dan kompilasi sunnah? Sila sertai di kumpulan whatsapp untuk perkongsian yang bermanfaat.
https://chat.whatsapp.com/3WSsUyGYpi08kWqCf0rtIx
Artikel berkaitan