KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (14 Apr 2017)

PERKARA KE-23

Kata Imam Al-Barbahari: “Beriman bahawa syurga itu haq (benar adanya), neraka itu haq dan keduanya sudah diciptakan. Syurga berada di langit ketujuh dan atapnya Arasy. Adapun neraka ia berada di lapisan bumi ketujuh yang paling bawah. Keduanya sudah diciptakan. Allah mengetahui jumlah penduduk syurga dan siapa yang memasukinya, dan Allah jumlah penduduk neraka dan siapa yang akan memasukinya. Keduanya tidak fana (binasa). Keduanya abadi sepanjang masa bersama keabadian Allah Taala.


SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Kedua syurga dan neraka adalah benar dan bukan simbolik kebahagian atau kesengsaraan. Ia telah ada dan bukan seperti yang didakwa oleh golongan Muktazilah jika neraka atau syurga sudah ada, ia adalah suatu yang sia-sia kerana belum ada penghuni.

Firman Allah: “Dan berlumba lumbalah untuk dapatkan keampuan daripada tuhan kamu serta syurga yang luasnya langit dan bumi. Yang sudah disediakan buat orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Imran: 133)

Sudah disediakan menunjukkan kata past tense iaitu telah disediakan.

GAMBARAN SYURGA DAN NERAKA

Firman Allah: “Bertaqwalah (berlindung) dari api neraka yang bahan bakar dari manusia dan batu-batu, yang telah disediakan bagi orang-orang kafir” (QS Al-Baqarah: 24)

Sabda Nabi ﷺ: “….Firman Allah: ‘Aku telah sediakan syurga buat hambaku yang soleh apa yang mata belum pernah lihat, tidak ada telinga yang pernah mendengar dan tidak terlintas dalam hati manusia’” (HR Bukhari dan Muslim)

PENGHUNI SYURGA (RAMAI MISKIN) & NERAKA (RAMAI WANITA)

Sabda Nabi ﷺ : “Aku telah menjenguk ke dalam syurga, dan aku dapati kebanyakan penghuni adalah fakir miskin. Dan aku menjeguk dalam api neraka dan aku dapati kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” (HR Bukhari)

Kepada penghuni syurga adalah fakir? Apabila banyak duit, maka banyak terdedah kepada cubaan.

Sabda Nabi ﷺ : “Orang-orang fakir miskin mendahului orang kaya masuk syurga dalam tempoh 500 tahun” 

Kenapa orang fakir? Kurang hisab. Orang kaya setiap ringgit dan sen akan diperkira-kira. Lambat ke syurga jika bukan tergelincir dalam neraka.

Kenapa perempuan? Wanita banyak mencela, melaknat dan banyak mengkufuri kebaikan suami.

Sabda Nabi ﷺ : “Si suami itu sentiasa berbuat baik, tetapi pada sekali lakukan salah isteri kata: ‘aku tidak pernah lihat satu pun kebaikan daripada engkau’”

WANITA DAN TABARRUJ

Sabda Nabi ﷺ : “Tidak aku tinggalkan fitnah bagi kaum lelaki kecuali wanita. Godaan zina mata, telinga, sentuh dan kemuncaknya persetubuhan haram. Pada hari ini wanita keluar dengan tabarruj (menampakkan kecantikan). Semua ini dihisap ke atas mereka. Tak kurang ia tergelincir dalam api neraka.”

KEDUDUKAN SYURGA DAN NERAKA

Kata Imam Al-Barbahari: “Syurga di atas langit ketujuh beratapkan arasy, neraka pula di bawah lapisan bumi yang ke tujuh”. Imam Al-Barbahari merujuk kedudukan syurga dan neraka.

Sabda Nabi ﷺ : “Sesungguhnya dalam syurga ada 100 darjat yang Allah sedikan buat orang berjihad ke jalanNya. Antara 2 darjat jaraknya adalah sejauh langit dan bumi. Sekiranya kamu minta daripada Allah, mintalah syurga Firdaus. Kerana ia adalah syurga paling elok dan paling tinggi. Diatasnya syurga Firdaus itu ada arasy Ar-Rahman (Allah). Dan daripadanya (arasy) terpancutlah sungai-sungai syurga” (HR Bukhari)

Langit yang kita nampak sekarang adalah langit yang paling bawah.

Firman Allah: “Sesungguhnya kitab orang derhaka tersimpan dalam Sijjin.” (QS Al-Mutaffifin:7)

Sijjin daripada perkataan sijnun iaitu penjara. Dari segi bahasa adalah sempit. Maksud disini adalah neraka.

Sabda nabi ﷺ  yang panjang: “Menceritakan keadaan orang sedang nazak iaitu di antara orang beriman dan orang kafir apabila roh itu dicabut. Dalam dua keadaan berbeza. Dalam hadis yang panjang itu Allah kata: ‘Letakkan kitab hambaku (kafir) di Sijjin di lapisan bumi yang paling bawah.’” (HR Abu daud)

LAPISAN LANGIT DAN BUMI

Firman Allah: “Allah yang telah menciptakan 7 lapisan langit, dan daripada bumi pun seperti itu 7 lapisan” (QS At-Talaq: 12)

Firman Allah: “Barangsiapa berlaku zalim walaupun sebanyak sejengkal tanah, Allah akan melingkarkan ke leher bumi itu 7 lapisan bumi” (HR Bukhari Muslim)

BUMI BULAT ATAU MENDATAR?

Bagaimana 7 lapisan itu? Ia kembali kepada persoalan bumi bulat seperti bola atau mendatar. Kalau bumi bulat dimana lapisan bumi? Kena kaji lanjut. Fikirkan sendiri.

Satu keajaiban Allah Taala. Lihat arah utara dengan tarikan magnet. Kompas merujuk  kepada utara. Kalau bumi bulat, sekiranya kita di kutub bawah (artik), kompas akan menunjuk ke arah mana? Lihat hadis 40,000 tahun baru batu jatuh ke dasar neraka.

Bumi bulat atau mendatar? Ia boleh dikaji bulat sfera atau mendatar, ia ada faktor yang boleh dilihat.

AMALAN PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

Kata Imam Al-Barbahari: “Allah mengetahui jumlah penghuni syurga dan sesiapa yang akan memasukinya”

Allah Maha mengetahui. Keduanya tidak akan musnah selamanya dan akan bertahan selamanya.

Firman Allah: “Barangsiapa beriman dengan Allah dan beramal soleh ia akan dimasukkan dalam syurga ……mereka kekal selamanya” (QS At-Talaq: 11)

Firman Allah: “Dan barangsiapa derhaka terhadap Allah dan RasulNya, maka baginya neraka jahanam dan kekal selamanya” (QS Al-Jin)

PENGHUNI NERAKA: AMBIL MUDAH DAN TASYABBUH @ KAGUM DENGAN KAUM KAFIR

Tiada sesiapa yang terjamin masuk syurga. Kita kena berhati-hati dengannya. Tidak patuh dengan syariat Allah dan Rasul boleh masuk neraka dan kekal selamanya. Benda yang tidak boleh dibayangkan. Dahsyat tuan-tuan. Segala kebinasaan dan kehancuran buat orang yang jatuh dengan syirik dan kufur. Jika kita lihat sekeliling kita cukup banyak terjebak. Hina segala hina, kacau segala kacau, celaka segala celaka sesiapa yang terjebak dalam syirik dan kufur. Jauh dari sesuatu yang nak dibangga atau diperkecilkan. Sesuatu yang sangat sengsara.

Kita lihat betapa yang tejebak dalam syirik dan kufur. Orang kafir pada hari ini dijulang dan diangkat. Dikatakan Negara mereka maju. Padahal dipenuhi oleh orang-orang yang buat syirik dan kufur padahal Allah janjikan di neraka selamanya. Kemajuan apa yang dimaksud ini? Lalu bila kita kata Negara Islam, ia disebut dunia ketiga atau Negara mundur.

Jadi kita kena perbetulkan. Sebelum nak cerita orang lain, pelihara diri kita dahulu. Betulkan pemahaman kita. Perkara asas yang hendak kita faham adalah tauhid dan syirik.

KEFAHAMAN TAUHID DAN SYIRIK

Apa itu tauhid?….. Supaya kita bersama dengan ahli tauhid

Apa itu syirik?…… Supaya kita menjauhkan diri dari orang syirik.

Kalau kita tak faham (tauhid dan syirik), kita akan terjebak bersama dengannya. Dalam masa yang sama kita dikelilingi oleh orang musyrik? Jika orang mempersoalkannya jelas ia tak faham apa itu syirik. Ada tak orang persoalkan jika kita biarkan anak-anak dikelilingi oleh orang hisap dadah atau rokok, kita merasa tenang? Saya yakin semua akan rasa takut dan tak keruan dengan maksiat tersebut. Inikan pula dosa syirik iaitu kezaliman dan sebesar-besar dosa hingga Allah tidak akan ampunkannya.

Jadi, tanpa kita sedar cinta dan kagum dengan orang syirik atau kufur lagi besar mudaratnya (eg. memuji negara atau sistem orang kafir).

 

KEJADIAN SEMULAJADI MANUSIA: MUDAH BERUBAH IKUT PERSEKITARAN

Antara perkara asas sifat manusia. Tiada sesiapa yang dapat mengubah ciptaan Allah iaitu KEJADIAN MANUSIA YANG ALLAH TETAPKAN ADALAH DIRI MANUSIA MUDAH TERPENGARUH DENGAN KEADAAN SEKELILING.” Tiada suatu benteng yang ampuh untuk menahan dari berubah. Kalau keadaan sekeliling baik maka baiklah dia, kalau buruk maka buruklah dia. Kalau cuaca sahaja sudah memberi kesan kepada manusia. Kalau ada pencemaran, kita akan terkesan. Hakikat yang kita kena faham adalah kalau kita dikelilingi oleh orang syirik dan kufur, kita akan terkesan. Paling tidak adalah apabila kita memandang syirik dan kufur sebagai remeh.

Sebagaimana kita mula nak masuk tandas, kita akan bau busuk, lama-kelamaan dah tak perasan apa-apa. Kemuncaknya kita akan terjembak dengan apa yang mereka lakukan. Kalau tak bertaubat, kita akan kekal dalam neraka selamanya.

Antara yang saya boleh sebutkan pada hari ni adalah apabila ada perayaan, kita nak tumpang sama. Ia melibatkan syirik dan kufur (mengiktiraf agama). Ini perkara yang kita perlu perhatikan.

 

SOALAN-SOALAN

 1. Bagaimana Nabi ﷺ sudah nampak penghuni syurga dan neraka sedangkan kiamat belum berlaku?

Ulamak sudah bincang tetapi saya lupa jawapannya.

2. Bumi akan musnah pada hari kiamat tetapi adakah neraka akan musnah juga?

Zahirnya yang musnah adalah langit dan bumi. Manakaala syurga dan neraka satu di atas satu dibawahnya. Tidak termasuk dalam bumi atau langit.

Bumi bulat atau mendatar ini tak perlu taqlid. Boleh kaji sendiri. Ini bukan hal akidah dan iman. Dalam hal akidah mana boleh berbeza pendapat. Kalau dikembalikan kepada nas tiada dalil terang dan jelas. Maka tidak ada perselisihan.

Barat ada ideologi sendiri. Ia memberi kesan kerana sering dipaparkan gambar bumi bulat sedangkan kita tidak lihat bumi itu sendiri.

3. Adakah roh orang kafir dalam Sijjin?

Jangan kata macam itu. Kehidupan dalam syurga dan neraka adalah jasad dan roh. Ia benda fizikal dan bukan maknawi. Pandangan salah akhirat maknawi adalah menyimpang.

4. Adakah dipisahkan penghuni neraka dari kalangan mukmin dan kafir?

Allah Maha adil. Tidak sama orang Islam yang lakukan maksiat dan bidaah, dan orang kafir yang diseksa kerana syirik.

5. Sejauh mana tabarruj wanita?

 Ini musibah. Tabarruj maksudnya menzahirkan kecantikan, perhiasan atau kecantikan tubuh badan. Didedahkan bentuk badan atau kulit tubuhnya. Lenggok badan adalah aurat. Maka itu tabarruj termasuk leher. Ada pulak pakai tudung serban/ turban. Ini jahil

Juga termasuk perkara dilarang memakai wangian, bahkan disebut zina untuk dibau oleh lelaki ajnabi. Ia dalah perkara yang ditegah.

Pada hari ni mendukacitakan apabila rata-rata perempuan keluar dalam penuh berhias. Tidak seperti ketika berada di rumah. Lelaki sudah membayar mahar untuk si isteri yang dikahwini. Ternyata isteri tidak berhias. Hanya di nampakkan untuk lelaki yang tidak dibayar mahar. Ini tak patut. Barangkali si isteri tidak berbicara dengan suaminya sepertimana berbicara dengan lelaki ajnabi. Dengan lelaki kat luar tahu pula cakap elok. Ini adalah perkara tidak wajar yang berlaku dan perlu muhasabah.

Berkenaan pakaian, mungkin orang kata pandangan saya syadid. Jadikan sebagai kaedah.

APA ITU SYADID ?… SUATU KAEDAH PERLU DIFAHAMI

Syadid maksudnya keras. Kalau dengar perkataan syadid, dengar betul-betul dan tanya apa maksud keras dan lembut itu.

Keras dan lembut bukan ditentukan oleh citarasa atau amalan masyarakat. Keras dan lembut ditentukan oleh syarak atau hukum syariat. Maka, jangan sesekali apa yang dikatakan oleh syarak sebagai keras. Bahkan syariat bersifat rahmat apabila meletakkan hukum, ia adalah untuk maslahat kita. Dalam masa yang sama jika dalam keadaan mendesak syarak memberi jalan-jalan keluar.

Tidak boleh dikatakan keras atau lembut kerana ia adalah perkara subjektif.

Berkenaan pakaian, ternyata bahawa kaum wanita perlu mengelakkan wujud apa-apa tarikan.

Kenapa? Kita tak lari mengatakan ia adalah tarikan dan pandangan orang-orang di luar. Maka orang-orang luar adalah dari lelaki penyamun, lelaki yang tak jaga mata, harimau buaya semua. Maka ia melahirkan tarikan pandangan lelaki ajnabi. Ia adalah sesuatu yang ditegah.

Lihat tegahan memakai wangian walaupun nak pergi masjid sekalipun. Sememangnya afdal perempuan solat di rumah, tetapi syarak membenarkan. Tenyata dalam nak pergi ke sebaik-sebaik tempat iaitu masjid hendaklah keluar dalam keadaan tidak berwangi wangian supaya tidak menarik perhatian. Hari ini sesuatu yang mendukacitakan, kalangan wanita keluar memang untuk tarik perhatian. Kita khuatir ia tergolong sebagai penzina-penzina.

Sabda Nabi ﷺ : “Mana-mana wanita yang keluar rumah dengan berwangian supaya kaum lelaki mencium baunya, maka dia adalah penzina.”

Apa juga yang menarik lelaki dengan sengaja, ia akan membawa ancaman yang sama.

 6. Kalau pakai baju bunga dan berwarna adakah ia termasuk tabarruj?

Apa sahaja yang menarik perhatian adalah tidak dibenarkan.

Allah menyuruh kedua-dua lelaki dan perempuan supaya ditundukkan mata. Dalam masa yang sama ada kerjasama. Syarak memberi perhatian kepada individu, dan dalam masa yang sama perhatian kepada semua. Apa yang syarak nak elakkan adalah dari semua jenis penzinaan mata dan sebagainya. Kalau wanita perlu beri kerjasama supaya jangan keluar secara tabarruj. Ini akan mengundang lelaki yang kurang iman dan taqwanya tertarik untuk melihat. Kita maklum bahawa lelaki macam mana hebat sekalipun, fitnah pertempuan akan tetap mengujinya. Ia sifat semulajadi manusia.

Tenyata orang kafir menggunakan media massa sehabisnya. Dengan cara baik atau jahat. Dalam kaca tv seperti hari ni pembaca berita sengaja dijadikan menjolok mata. Saya melihat bahawa ada benda yang lebih besar dari itu. Ada muslihat dan tujuan yang lebih jahat untuk merosakkan masyarakat. Sekarang pembaca semua pakai skirt. Dulu tak macam ini. Saya khuatir dia menular ke negara kita.

Akhirnya tengok berita pun haram. Jangan ada yang nak  kata tengok wanita tabarruj di kaca tv tidak haram.

Perempuan pada zaman jahiliyyah dulu antara bentuk tabarruj ialah perhiasan gelang-gelang kaki. Maaf, perempuan ada sifat semulajadi yang bersifat menunjuk. Ia perlu dizahirkan kepada suaminya bukan kepada orang luar. Zaman jahiliyyah apabila pakai gelang, dia akan hentakkan kaki supaya orang tahu. Pada harini lagi dahsyat, kasut pun dah high heel, siap bunyi klik klok. Innalillahi wa innailaihirajiun.

7. Bagaimana dengan fesyen Islamik atau tudung Islamik?

Fesyen tidak lahir dari iman dan taqwa. Ia nak sesuaikan. Orang Islam pada hari ini adalah terikut kalau bukan terima ikut fesyen kafir barat.

Tinggal lagi di dikalangan semangat Islam kononnya nak harmoni. Mana boleh nak harmonikan Islam dan kufur. Seperti langit dan bumi. Orang kafir memang nak dedahkan. Tiba-tiba kita nak wujud pakaian orang kafir dan jadikan Islamik.

Kaum lelaki pun perlu ambil perhatian jika tidak menepati piawai. Kalau masuk baju ke dalam seluar, itu menyalahi syarak. Kalau nak imbau masyarakat Melayu dulu, pakaian baju melayu ditutup pada bahagian pusat dan lutut. Ia mungkin fitrah. Bahagian sensitif aurat pusat dan lutut ditutup dengan sampin, orang johor pula tuck out. Pada hari ini, baju masuk dalam seluar yang mendedahkan qubul dan dubur.

Kalau sebuah negara di selatan, dikatakan biadah kuat tapi sekarang dah baca surah kahfi walaupun kadanga-kadang ada baca yasin. Takpelah ini permulaan sunnah.

8. Pakaian dan tasyabbuh dengan orang kafir?

Syarak kata: “Barangsiapa serupa dengan sesuatu kaum, maka dia tergolong dari kaum itu.”

Tapi jangan lupa bahawa ternyata syarak Islam tegah meniru orang kafir, bahkan syarak menekankan:

“Selisihilah orang Yahudi dan Nasrani.”

Maka, bukan sahaja meniru ditegah, malah hendaklah selisihi mereka. Syarak menutup semua pintu-pintu atau ruang ke arah penyerupaan dengan orang kafir.

Hadis nabi ﷺ : “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak menginaikan uban. Maka pakailah inai”.

Kita lihat kenapa Nabi suruh pakai inai? Sebabnya mahu menyelisihi orang kafir. Orang tua Yahudi dan Nasrani apabila ada uban mereka tidak pakai inai. Subhanallah, seolah-olah Nabi sudah tahu… dan memang ia wahyu pun. Sehingga hari ini di kalangan Yahudi dan Nasrani tidak pakai inai. Tapi Nabi ﷺ  kata pakailah inai sebab mereka tak pakai (menyelisihi).

Kata Syeikh Albani: “Kalau dalam suatu perkara ia tiada urusan di dalamnya iaitu uban yang keluar secara semulajadi iaitu ‘orang kafir keluar uban dan orang Islam pun keluar uban’. Ternyata dalam hal yang tidak melibatkan perbuatan kita pun (semulajadi), kita tetap disuruh menyelisihi mereka, apatah lagi perbuatan kita seperti pakaian, cara cakap dan sebagainya.”

Maka ada 2 perkara orang muslim perlu beri perhatian:

1. Tegahan meniru kafir
2. Berusaha menyelisihi kafir

Nabi ﷺ  menyelisihi orang kafir termasuk cara sikat rambut. Nabi ﷺ  sikat rambut dengan 3 ikatan untuk selisihi orang musyrikin. Perkara ini juga termasuk menyelisihi ahli bidaah (ie selendang, cara serban dan sebagainya).

Kesimpulannya, kita hendaklah menyelsihi ketiga-tiga golongan ini (ie kafir, ahli bidaah dan ahli maksiat). Kita bertegas kita bukan ahli maksiat, kafir atau ahli bidaah. Maka, buktikan dengan dari segi semuanya dengan berkelakuan, berpakaian atau mengadakan majlis seperti mereka.

9. Bagaimana kalau di tempat kerja tak boleh tuck in baju ?

Firman Allah: “Bertaqwalah kepada allah sedaya yang mampu”

Kita kena berusaha. Kalau kita tidak berubah hari ni, bila lagi nak berubah. Jangan lupa di akhirat nanti penyesalan tiada guna.

Orang-orang kafir nanti di akhirat mereka akan menyesal.
Mereka akan meminta kepada Allah: “Pulanglah aku sesaat supaya aku dapat beramal. Paling tidak aku dapat mengadakan amalan soleh yang tinggal dulu.” Allah kata: “Kamu hanya cakap sahaja yang tidak sama sekali ditunaikan.”

Saya tidak dinafikan ia suatu cabaran. Setidak-tidaknya kita mulakan dengan kesedaran yang dengan kita kena bertindak. Kita pastikan melangkah kehdapan. Jangan sekali-kali kita berundur kebelakang. Sentiasa berusaha.

Jangan takut kalau aku tuck in nanti kena buang kerja. Jangan jadi hamba kerja dan bukan hamba Allah. Kita kata kita hamba Allah tapi dalam masalah ini kita takut-takut dan sebagainya. Kita kena bertindak dan akhirnya kita cari redha Allah semata-mata. Yakinlah kita takut kepada Allah, dan Allah akan tolong. Ni mula-mula lagi, eh takutlah kalau simpan janggut nanti apa orang kata, kalau tuck in majikan kata apa. Kita ni hamba manusia dan layaklah kita dihina, selama-lama kita macam ni. Insyaallah matilah engkau dengan tuck in tu sekali. Dah takut sangat. Maaf, saya tahu ini sensitif. Saya rasa bertanggungjawab nak bagi tahu.

Seolah-olah apa yang orang kafir bagi, kita ikut saja. Tak betul la……

10. Kalau kita nampak sesoarang itu lakukan syirik, perlu ke kita doakan untuknya?

Perlu dipastikan sama ada dia masih mengucap dua kalimah syahadah atau tidak, hujah sudah tertegak atau tidak. Adakah dia melibatkan syirik yang jelas atau ada syirik syubahat.

Kalau berjudi atau minum arak adalah maksiat bukan syirik.

 11. Bagaimana kalau pelihara saka?

Di kalangan orang yang memelihara saka, dikhuatiri keislamannya. Untuk menundukkan jin, sebenarnya dia kena tunduk kepada jin dulu. Tidak lain tidak bukan melakukan hal syirik dan kufur. Maka memelihara saka, keislamannya sudah tergelincir.

Tapi hari ni kerana kejahilan, orang sudah merasakan tidak ada apa-apa. Tapi nak kata dia jatuh kafir, dalam masa yang sama kita meraikan kerana kejahilan. Jadi, untuk diri individu perlu hati-hati dalam masalah takfiri ini.

Advertisements