Musibah Yang Telah Berlaku di Palestin
Ulasan Oleh Ustaz Idris Sulaiman Berkenaan, 8 Disember 2017

 

ISI UTAMA

  1. Hinaan Allah Kepada Umat Yang Lalai Dalam Hal Agama & Meninggalkan Sunnah Sebenar
  2. Hinaan Allah Adalah Lebih Dahsyat Dari Sekadar Mengambil Kota Baitulmuqaddis
  3. Penyelesaian ‘Penindasan Palestin’ Bukan Bermusim Seperti Demonstrasi Dan Boikot Mcdonald
  4. Kemenangan Umat Islam:  Kembalikan Kekuatan 1. Dalaman (Akidah) & 2. Fizikal (Peralatan & Ketenteraan)
  5. Akidah Islam Perlu Diperbetulkan Dengan Menjauhi ‘Bidaah & Syirik’
  6. Penindasanan Kepada Umat Islam Lebih Dahsyat Tanpa Kembali Akidah Yang Benar
  7. Jika Benar Bidaah Itu Baik, Pasti Amalan Itu Telah Dilakukan Oleh Nabi Dan Sahabat
  8. Pemimpin Yang Menyeru Jihad Yang Benar Lahir Dari Umat Mengamalkan Sunnah ﷺ
  9. Contoh ‘Jihad Syaitan’ Seperti Tentera Kiram Dengan Tangkalnya
  10. Semudah Itukah Dengan Hanya Jihad Terus Langgar Yahudi Laknatullah?
  11. Pemikiran Salah Tentang Jihad
  12. Semangat Kebangsaan Adalah ‘Resepi Untuk Gagal’ Ketika Berhadapan Dengan Yahudi
  13. Tiada Istilah ‘Kemanusiaan’ Jika Berdepan Dengan Yahudi & Nasrani
  14. Permusuhan Islam Dan Yahudi Adalah Kerana Agama
  15. Pengajaran Peperangan 6 Hari Antara Yahudi Dan Negara-Negara Arab Atas Nama ‘Kebangsaan’
  16. Pengajaran Dari Akidah, Akhlak Dan Perpecahan Umat Islam Palestin
  17. Kesalahan Perlu Diperbetulkan Maslahat Umat
  18. Yahudi Sentiasa Menjauhkan Umat Islam Dari Agama
  19. Orang Yang Menyeru Jihad Di Palestin Dipandang ‘Hero Agama’
  20. Pejuang Agama Yang Melaungkan Jihad Di Palestin Mempunyai Masalah ‘Konflik Dalaman’
  21. Jihad Ada Syarat, Batas Dan Garis Panduan
  22. Syarat Jihad Pertama: Kekuatan Fizikal Iaitu Peralatan Dan Ketenteraan
  23. Syarat Kedua: Akidah Yang Benar Iaitu Mengikut Nabi ﷺ Dan Para Sahabat
  24. Memperjuangkan Jihad Di Palestin Hanya Retorik
  25. Umat Islam Di Palestin Telah Lama Dizalimi
  26. Jika Anda Mempunyai Saudara Mara Di Sana, Apakah Tindakan Anda?
  27. Pengajaran ‘Muhajirin Berhijrah’ Untuk Membina Kekuatan
  28. Isu Palestin Memerlukan Penelitian & Kefahaman

 

KANDUNGAN

Soalan 1:
Mohon komen berkenaan Presiden Amerika yang megiktiraf Baitulmuqaddis sebagai kota Israel.

Sesuatu yang dijangkakan apabila diistihar Baitulmuqaddis sebagai ibukota Yahudi laknatullah. Dan ini adalah suatu yang dijangka apabila umat Islam dalam keadaan lemah, terus leka dan lalai dengan kehidupan dunia masing-masing.

HINAAN ALLAH KEPADA UMAT YANG LALAI DALAM HAL AGAMA & MENINGGALKAN SUNNAH SEBENAR

Hadis Nabi ﷺ: “Apabila kamu berjual beli dengan cara inah (riba) dan kamu mula sibuk menarik-narik ekor lembu, kamu redha dengan tanaman-tanaman dan kamu tinggalkan jihad. Allah akan timpakan kehinaan ke atas kamu hingga kamu kembali kepada agama kamu.” (HR Bukhari, Abu Daud dll)

Umat Islam perlu kembali kepada agama yang tulen dan benar. Hanya dengan cara itu sahaja Allah akan kembalikan kemuliaan umat Islam seperti zaman Rasulullah dan sahabat. Mereka hidup dalam zaman yang dimuliakan dengan kekuatan, manakala musuh takut dan tunduk kepada ketika mana mereka menjalankan hukum hakam Allah dari segi akidah dan ibadahnya. Mereka praktiskan ibadah dan ittiba’.

Firman Allah: Wahai orang-orang beriman, jika kamu tegakkan Agama Allah nescaya Allah akan memberikan kemenangan ke atas kamu.” (QS Muhammad: 7)

HINAAN ALLAH ADALAH LEBIH DAHSYAT DARI SEKADAR MENGAMBIL KOTA BAITULMUQADDIS

Apa yang hendak dikatakan adalah ada syarat yang perlu dilakukan untuk mendapat kemenangan. Tidak hairan apa yang berlaku, bahkan ia suatu yang pasti. Kita boleh menjangkakan apa yang lebih dahsyat lagi. Ini baru Yahudi jajah Baitulmuqaddis. Apa yang lebih dahsyat adalah umat Islam disembelih satu persatu. Kita sudah saksikan ia berlaku di sesetengah negara sepertimana yang telah berlaku di Myanmar, Bosnia dan sebagainya. Jelasnya ia berlaku apabila umat Islam meninggalkan agama mereka.

PENYELESAIAN ‘PENINDASAN PALESTIN’ BUKAN BERMUSIM SEPERTI DEMONSTRASI DAN BOIKOT MCDONALD

Maka, apa jalan penyelesaiannya? Ada yang mengajak kita melakukan demonstrasi dan boikot. Umat Islam adalah umat yang bijaksana, bukan bertindak secara melulu atau secara bermusim. Ini bukan sifat Al-Qaiyis (bijaksana). Demonstrasi hanya sebagai ruang untuk luahkan perasaan dengan jerit kuat-kuat macam orang gila. Adakah selesai masalah macam itu? Bahkan kita melihat bahawa demonstrasi telah dilakukan sekian lama. Penjajahan Yahudi laknatullah ke atas Palestin juga sudah lebih 50 tahun. Umat Islam di Palestin dihina, ditindas, dizalimi dan dan diperlakukan sedahsyatnya. Apa reaksi kita kalau sekadar bermusim seperti demonstrasi atau boikot Mc Donalds? Apa yang sedang mereka cuba bahaskan, bahkan ini sebenarnya sedang berkhayal tanpa berpijak di bumi yang nyata.

SYARAT KEMENANGAN UMAT ISLAM:  KEMBALIKAN KEKUATAN 1. DALAMAN (AKIDAH) & 2. FIZIKAL (PERALATAN & KETENTERAAN)

Firman Allah: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu” (QS Al-Anfaal: 60)

Tiada jalan lain untuk kemenangan kecuali kembalikan kekuatan umat Islam. Maka, kita perlu tumpukan diri dengan dua kategori kekuatan iaitu dalam (Akidah) dan luaran (Fizikal). Sepatutnya sebelum nak berbicara tentang kekuatan ketenteraan (persenjataan), asas kekuatan umat Islam adalah akidahnya.

AKIDAH ISLAM PERLU DIPERBETULKAN DENGAN MENJAUHI ‘BIDAAH & SYIRIK’

Selagi mana umat Islam tidak memperbetulkan akidah mereka iaitu akidah tauhid dengan mengesakan Allah semata-mata dan menjauhi hal syirik, kufur dan hal khurafat, maka Allah akan murka dan tidak redha dengan perbuatan segelintir umat Islam ini. Melakukan syirik dan khurafat, meminta dan munajat dari orang-orang yang telah mati. Hal ini syirik yang jelas.

Tetapi pada hari ni umat Islam terus melakukannya seperti percaya dengan air yasin, percaya tangkal dan Tok Syaikh yang sudah mati. Ini hal syirik yang jelas.  Perlakuan memuja kubur disebut sebagai tawasul dan sebagainya. Kerosakan pada akidah pada tahap yang sangat serius dan jelas. Tetapi sejauh mana usaha kita untuk memperbetulkannya?

PENINDASANAN KEPADA UMAT ISLAM LEBIH DAHSYAT TANPA KEMBALI AKIDAH YANG BENAR

Allah berfirman: “Orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak redha dengan Islam sehinggalah kita ikut jalan mereka.” (QS Al-Baqarah: 120)

Ini sudah maklum. Apa perancangan musuh ini? Boleh kita kata “expect for the worst”. Kita ambil peringatan dari awal bahawa kita menjangkakan hasil seburuk-buruknya. Adapun mereka menakluk Baitulmuqaddis sebagai ibunegara mereka, saya kira itu baru permulaan. Hendaklah kita jangkakan apa yang lebih dahsyat.

Persoalan di sini adalah apakah persediaan yang perlu dilakukan? Adakah dengan melakukan demonstrasi? Saya kira itu persediaan itu adalah tidak menguntungkan. Maka hendaklah kita kembali kepada Allah, kembali kepada agama yang dibawa oleh Nabi ﷺ. Selagi kita tidak memperbetulkan akidah kita, amalan ibadah kita agar sejajar dengan Sunnah Nabi ﷺ, jauh dati hal tokok tambah dalam agama (bidaah), lalu kita dakwa ini baik itu baik. Maka ia tiada kemenangan untuk umat Islam.

JIKA BENAR BIDAAH ITU BAIK, PASTI AMALAN ITU TELAH DILAKUKAN OLEH NABI DAN SAHABAT

Kita kata: “Kalau benar itu (bidaah) itu baik, pastinya amalan itu telah dilakukan oleh Rasulullah dan para Sahabat atau generasi awal dahulu yang mendapat kemuliaan dan kemenangan daripaada Allah Taala. Tetapi apabila mereka terus lakukan tokok tambah dalam agama . Ini jelas tidak ada petunjuk dari Allah Taala dan RasulNya, maka tiada pertolongan dari Allah”

PEMIMPIN YANG MENYERU JIHAD YANG BENAR LAHIR DARI UMAT MENGAMALKAN SUNNAH ﷺ

Yakinlah bahawa apabila kita kembali kepada agama, kita mengamalkan sesuai dengan Sunnah Rasulullah ﷺ, ketika itulah kita akan mendapat pemimpin-pemimpin yang akan mengembalikan seruan jihad. Jihad untuk mempertahankan agama atau seruan jihad untuk meninggikan kalimah Allah. Ia akan datang dengan sendirinya.

CONTOH ‘JIHAD SYAITAN’ SEPERTI TENTERA KIRAM DENGAN TANGKALNYA

Adapun pada hari ini sekiranya kita mahu terus menyeru kepada jihad tanpa ada persediaan kekuatan akidah dan fizikal, maka ia masih carca merba. Ibadah kita tunggang langgang seperti jihad dengan tangkal sepertimana tentera Kiram yang menyerang Sabah. Mereka jihad dengan tentera syaitan. Semua tentera kiram yang ditembak mati ternyata penuh dengan tangkal-tangkal. Datang jihad untuk tawan Sabah, kononnya mereka punya. Tapi badan penuh tangkal sampai ada ayat-ayat quran di celah kelangkang, maka Allah hina mereka tidak lebih seperti mati katak.

SEMUDAH ITUKAH DENGAN HANYA JIHAD TERUS LANGGAR YAHUDI LAKNATULLAH?

Alhamdulillah tentera Kiram mati di tangan tentera kita. Apa nak dikatakan adalah apabila pemikiran rosak lalu nak mendapat kemenangan dengan cara jalan jihad tanpa jalan sebenar, akhirnya Allah akan hampakan kita seperti terjadi dengan tentera kiram. Allah menggagalkan usaha mereka. Adakah kita mahu mendapat musibah yang sama dengan terus nak langgar Yahudi laknatullah ini?

PEMIKIRAN SALAH TENTANG JIHAD

Ada pemikiran yang jahat dan licik dia nak himpunkan umat Islam untuk berdepan dengan Yahudi zionis.

Katanya mereka: “Apa ni negara Arab Saudi ada 30 juta, Mesir ada 100 juta lebih, negara Arab yang lain ada berjuta-juta. Kalau nak dikira semua tu berjuta-juta umat Islam. Mereka tak mampu nak berdepan dengan 8 juta yahudi Israel?”

SEMANGAT KEBANGSAAN ADALAH ‘RESEPI UNTUK GAGAL’ KETIKA BERHADAPAN DENGAN YAHUDI

Apa yang saya perhatikan dia hanya sebut negara Arab sahaja seolah-olah perseteruan hanya negara Yahudi Israel dengan negara-negara Arab sahaja. Dia nak mengapikan semangat kebangsaan. Kalau sekiranya itulah caranya, ia adalah resepi untuk kita gagal apabila nak berdepan dengan Yahudi dengan semangat kebangsaan. Sedangkan apa yang kita perlu ada adalah semangat keislaman, kembali kepada tauhid atau kembali kepada agama.

TIADA ISTILAH ‘KEMANUSIAAN’ JIKA BERDEPAN DENGAN YAHUDI & NASRANI

Maka dengan nama agama Islam dan Allah sahaja untuk kita berdepan dengan Yahudi dan Nasrani ini. Jangan tertipu dan terpedaya, ada sebahagian ketika membicarakan soal Palestin, mereka membicarakan dari sudut kemanusiaan. Mereka membicarakan dari sudut rampasan tanah ini. Ini lebih kepada tanah aku engkau rampas. Maka aku berhak semula kepada tanah. Ia seolah-olah permusuhan hanya berebut tanah. Adakah itu isunya? Tidak

PERMUSUHAN ISLAM DAN YAHUDI ADALAH KERANA AGAMA

Permusuhan sebenarnya Islam dan Yahudi adalah kerana agama. Apa yang membuatkan orang Yahudi berebut Baitulmuqaddis kalau bukan kerana agama? Mereka merampas tanah Palestin atas nama agama, lalu kita nak merampas semula atas dasar kemanusiaan? Atas dasar merebut tanah? Maka sangat hina umat kita di atas dasar sedemikian. Kita perlu kembali dan hayati agama. Kita berdepan dengan Yahudi tidak lain melainkan atas nama Allah dan agama. Hanya kerana itu Allah akan menurunkan kemenangan  dan pertolongan kepada Islam. Bukan sekadar hanya kerana semangat untuk lepaskan geram, menuntut hak tanah atas nama kebangsaan atau atas nama orang Arab.

PENGAJARAN PEPERANGAN 6 HARI ANTARA YAHUDI DAN NEGARA-NEGARA ARAB ATAS NAMA ‘KEBANGSAAN’

Perang 6 hari antara negara-negara Arab (Arab Saudi, Mesir, Kuwait, Iraq, Sudan, Aljazair,  Syria dan Jordan) dengan Yahudi dalam tahun 1960-an dahulu. Mereka telah berperang dan namanya perang 6 hari kerana setelah 6 hari perang telah tamat. Ia berkesudahan dengan kekalahan negara-negara Arab di tangan Yahudi. Kalau kita imbau kembali, peperangan ini dilancarkan atas nama negara Arab. Tiada sebut pasal Islam lawan Yahudi, hanya atas semangat kebangsaan atau ‘kearaban’. Maka tidak hairan Allah tidak mendatangkan pertolongan dan kemenangan.

Soalan 2:
Saya pernah dengar dahulu dalam Kuliah Muti Wilayah ada menyebut bahawa orang Palestin dulu susah nak solat berjemaah. Yang ada hanya semangat berjihad tetapi agama mereka rosak. Adakah benar demikian, atau benarkan ini adalah hinaan Allah kepada mereka?

PENGAJARAN DARI AKIDAH, AKHLAK DAN PERPECAHAN UMAT ISLAM PALESTIN

Ini dilemanya. Masalah Umat Islam di sana, akidah mereka, ibadah dan akhlak, perbalahan dan perpecahan antara mereka, seolah-olah didiamkan atau dimaafkan atas alasan penindasan yang mereka hadapi. Ini salah.

KESALAHAN PERLU DIPERBETULKAN MASLAHAT UMAT

Kesalahan tetap kesalahan. Kesalahan tetap perlu dibetulkan. Selagi mana kita tidak mengakuinya selagi itulah kita menipu diri kita, dan selagi itulah masalah kita akan terus berpanjangan.

YAHUDI SENTIASA MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI AGAMA

Saya tidak hairan kalau keadaan Umat Islam di sana yang jauh daripada menghayati Agama  berkait dengan sebab Yahudi. Yahudi yang menyebabkan mereka jadi begitu. Yahudi berusaha untuk menjauhkan mereka daripada Agama supaya lebih mudah mereka dimusnahkan.

Adapun Umat Islam lain, seolah-olah tak menyedari kepincangan Umat Islam Palestin dan membiarkan mereka terus begitu.

Soalan 3:
Sebahagian pendapat membantah ‘Tiada Jihad Di Palestin’. Apakah hujah golongan yang membenarkan Jihad Di Palestin jika dipandang dari sudut syarak?

ORANG YANG MENYERU JIHAD DI PALESTIN DIPANDANG ‘HERO AGAMA’

Bertahun sudah topik ni dipolemikkan oleh sesetengah kelompok untuk tujuan-tujuan tertentu di samping untuk nampak ‘hero’ kononnya mereka perjuang Agama serta prihatin terhadap keadaan Umat Islam di sana.

PEJUANG AGAMA YANG MELAUNGKAN JIHAD DI PALESTIN MEMPUNYAI MASALAH ‘KONFLIK DALAMAN’

Musykil. Dari satu sudut, jika ada yang mahu berjihad di sana, dia  akan terpalit dengan kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaedah, ISIS, gerakan-gerakan jihadi, dan barangkali akan dituduh sebagai pelampau atau teroris. Dari sudut lain pula, jika mengatakan tiada jihad di Palestin, akan ada pula tuduhan mengatakan ini Ustaz Wahabi tali barut Yahudi, Amerika, sesat dan sebagainya.

JIHAD ADA SYARAT, BATAS DAN GARIS PANDUAN

Lihat bagaimana mereka mengelirukan Umat Islam dan mempermainkan emosi serta perasaan mereka. Sebagaimana dijelaskan oleh para Ulama Salafi zaman berzaman, jihad adalah ibadah dan juga  tuntutan Syarak. Dalam masa yang sama, seperti mana-mana ibadah, jihad mempunyai syarat-syarat, batasan-batasan dan juga garis-garis panduannya.  Bukan semberono dengan hanya berbekalkan semangat kosong, laungan takbir dan lastik di tangan!

SYARAT JIHAD PERTAMA: KEKUATAN FIZIKAL IAITU PERALATAN DAN KETENTERAAN

Firman Allah: “Dan SEDIAKANLAH untuk menentang mereka (musuh) SEGALA JENIS KEKUATAN yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, UNTUK MENGGERUNKAN dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.” (QS  Al-Anfaal: 60)

Jika hal ini sudah jelas, dapat kita simpulkan bahawa laungan jihad perlu datang daripada pemerintah. BUKAN di bawah PANJI BUTA tanpa ada penglima dan bala tentera tersusun dan terlatih.

SYARAT KEDUA: AKIDAH YANG BENAR IAITU MENGIKUT NABI ﷺ DAN PARA SAHABAT

Selagi itu, Umat Islam perlu bersabar dan fokus kepada asas kekuatan mereka iaitu Akidah. Perlu dipastikan kemurniannya di atas landasan TAUHID, bebas daripada sebarang unsur syirik, kufur dan fahaman khurafat. Apa gunanya berjihad jika badan penuh dengan tangkal azimat syirik, melaungkan ucapan syirik meminta bantuan di alam ghaib daripada selain Allah sebagaimana ucapan: “Madad madad ya Hussain!” (Bantuan-bantuan, wahai Hussain!) dan sebagainya…

Apabila Umat Islam kembali kepada Agama Islam yang murni, berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah mengikut kefahaman para Sahabat, ketika itulah Umat Islam akan mendapat kekuatan, kemuliaan serta bantuan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah: “Wahai orang-orang beriman, jika kamu tegakkan Agama Allah nescaya Allah akan memberikan kemenangan ke atas kamu.” (QS Muhammad: 7)

MEMPERJUANGKAN JIHAD DI PALESTIN HANYA RETORIK

Buat para pedagang darah dan maruah Umat Islam Palestin, yang mencari ‘mileage’ keuntungan membuat kutipan-kutipan derma yang entah ke mana kesudahannya, yang bergegar-gegar melaungkan jihad Palestin, bilakah anda mahu ke Palestin berjihad? Atau sekadar retorik?

Awas dengan kaum AHBASY pengkafir ulama, Syiah berbaju Sunni yang turut sama mahu mencari nama atas keperitan Umat Islam Palestin.

 Wallahul musta’an

Soalan 4:
Bagaimana kita dapat membantu saudara kita di Palestin?

UMAT ISLAM DI PALESTIN TELAH LAMA DIZALIMI

Umum mengetahui Umat Islam Palestin sekian lama telah dizalimi oleh kaum Yahudi yang dilaknat Allah. Mereka ditindas, dihina, dipukul, dipenjara bahkan ramai yang telah dibunuh.

JIKA ANDA MEMPUNYAI SAUDARA MARA DI SANA, APAKAH TINDAKAN ANDA?

Adakah anda akan:

1. Memberi kata-kata dorongan supaya mereka terus bersabar dan berjihad sekalipun berdepan dengan kemungkinan besar mati dibunuh ditembak oleh tentera Yahudi yang dilaknat.

Atau adakah anda akan:

2. Berusaha membantu mereka keluar menyelamatkan diri, demi menjaga Agamanya, nyawanya dan maruahnya?

PENGAJARAN ‘MUHAJIRIN BERHIJRAH’ UNTUK MEMBINA KEKUATAN

Perkara kedua adalah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap kaum Muhajirin. Jangan lupa, saudara mara kita itu boleh jadi bapa, anak atau abang kita. Walau apapun, sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara.

ISU PALESTIN MEMERLUKAN PENELITIAN & KEFAHAMAN

Saya maklum bahawa isu Palestin ini isu yang kompleks dan banyak komplikasinya. Tidak semudah yang disangka. Tambah pula ramai yang mengambil kesempatan untuk tujuan politik masing-masing.

Tulisan ini sekadar komen buat mereka yang melaungkan jihad buat Umat Islam di Palestin. Semoga Allah membuka bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi yang dilaknat dalam masa yang terdekat, sungguh Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mampu berbuat demikian.

Salurkan sumbangan anda kepada Surau:
No. Akaun: 12092010017971 (BANK ISLAM)
SURAU AL HIDAYAH

Berminat mendapatkan artikel kajian dan kompilasi sunnah? Sila sertai di kumpulan whatsapp untuk perkongsian yang bermanfaat.

https://chat.whatsapp.com/3WSsUyGYpi08kWqCf0rtIx

 

 

 

Advertisements