Persoalan-persoalan dari Kuliah Ke-3 Hadis 40 Kitab Imam An-Nawawi
Oleh Ustaz Idris Sulaiman (23 Disember 2017)

1. Maksud Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wal Sifat?

i. Tauhid Rububiyyah‘Mengesakan Allah dengan sifat ketuhananNya’
ii. Tauhid Uluhiyyah – ‘Mengesakan Allah dalam peribadatan atau sembahan’
iii. Tauhid Asma’ Wa Sifat – ‘Mengesakan Allah dengan menetapkan (isbat) semua nama dan sifat bagi Allah seperti yang disebut oleh Allah/RasulNya’

KAEDAH MENETAPKAN (ISBAT) SIFAT ALLAH

Tetapkan bagi Allah semata-mata berdasarkan kesempurnaan yang selayaknya bagiNya TANPA persoalkan bagaimana dan serupakan dengan makhluk selainNya. Tidak boleh selewengkan maksudnya kerana tidak dapat faham atau akal tidak dapat jangkau. Jangan mansuhkan sifatNya. Kita bebaskan dan sucikan nama/sifatNya dari apa-apa kekurangan, atau menyamakan seperti makhluk.

Firman Allah: “…Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (As-Syura:11)

2. Bagaimana boleh dikatakan syirik jika berjumpa bomoh atau memakai tangkal?

Apabila telah percaya ada kuasa lain selain Allah untuk membantu menyihatkan badan. Juga apabila sembelih binatang untuk jin. Dalil jelas tidak yang dapat memudarat atau memberi kebaikan kecuali Allah dan begitu juga berkenaan sembelihan.

DALIL SYIRIK JIKA MEMINTA BANTUAN JIN

Firman Allah:Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan” (QS Al-Jin: 6)

Firman Allah: Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (manusia dan jin), (dan Allah berfirman) : “Hai golongan jin (setan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia,” lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia : “Ya Rabb kami, sesungguhnya sebahagian dari kami (manusia) telah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami”. Allah berfirman : “Neraka itulah tempat tinggal kamu semua, sedang kamu semua KEKAL di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain).” (QS As-Shad: 55)

3. Bagaimana dikatakan syirik apabila pergi memohon bantuan daripada wali (tawasul)?

Wali tu telah mati. Andaikata boleh wali boleh beri bantuan, manusia pertama yang perlu kita minta bantuan adalah Rasulullah ﷺ. Kaedah syarak jelas memberi panduan hanya berdoa terus kepada Allah.

Firman Allah: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS Al-Qaaf: 16)

Firman Allah: “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.” (QS Az Zumar: 3)

Firman Allah:Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafa’at kepada kami di sisi Allah” (QS. Yunus: 18)

KEKELIRUAN TAWASSUL – ‘BERTAWASUL DENGAN DOA, BUKAN DENGAN ZAT’

Umar ra meminta kepada Abbas ra (bapa saudara Nabi ﷺ) untuk berdoa.

Umar ra berkata:Ya Allah, sesungguhnya kami dulu bertawasul kepada-Mu dengan Nabi kami maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Sekarang kami bertawasul kepada-Mu dengan bapa saudara Nabi kami maka turunkanlah hujan kepada kami” (H.R Bukhari)

4. Sebahagian yang mendapat bantuan bomoh mendakwa dapat sembuh dari penyakit . Bagaimana kita lihat dalam hal sedemikian?

 PENYEMBUHAN KERANA ‘ISTIDRAJ’ & ‘TALBIS IBLIS’

Asas perawatan ruqyah adalah bacaan perlu dari ayat-ayat Al-Quran. Jika melibatkan bantuan jin, perlu berhati-hati kerana syaitan telah berjanji akan menyesatkan manusia. Maka, tidak hairanlah jika syaitan membantu manusia untuk menyembuhkan seketika kerana ia dapat menarik lebih ramai manusia menjadi syirik.

Firman Allah: “….Iblis menjawab : “Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah depan dan belakang, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (QS Al-A’raf : 16-17)

Firman Allah: “……Iblis menjawab : “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” Allah berfirman: ” Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semua.” (QS As-Shad: 82-85)

CARA PEMIKIRAN JAHILIYYAH – MAJORITI ADALAH BENAR

Mereka mengukur kebenaran dan kebatilan dengan banyaknya pengikut dan kondisi para pengikutnya, bukan dengan melihat dalil syariat.

Firman Allah: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan manusia di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (QS Al-An’am: 116)

Firman Allah: “Dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang mudah percaya saja. Dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta.” (QS Al-Huud: 27)

5. Wujudkah dalam syarak Perubatan Islam (ruqyah) dengan membaca ayat-ayat tertentu?

Kita perlu ambil perhatian dan hati-hati. Akhirnya kembali kepada asas dan sandaran. Ketika mereka berdepan situasi tertentu seperti merawat penyakit tertentu. Contoh wanita nak mudah bersalin, dia kena baca surah Mariyam atau kalau nak anak  kacak kena baca Surah Yusof.

Dari segi logik macam betul. Sepertimana surah secara khusus, kena ada dalil untuk perbuatan tersebut. Jika tiada, kita disuruh membaca quran secara umumnya. Kalau dalam ruqyah atau yang dikatakan sebagai perubatan Islam. Ternyata bahawa syarak hanya menspesifikkan surah tententu untuk ruqyah seperti ayat kursi atau surah Al-Fatihah. Kalau tidak ia kembali kepada umum.

SYARAT RUQYAH – TIDAK BOLEH SPESIFIK BACAAN TANPA DALIL

1. Ikut dalil yang telah dikhususkan seperti surah Kursi dan Al Fatihah; atau
2. Baca quran secara umum.

Jangan spesifikkan tanpa ada dalil. Perbuatan mengkhususkan surah tertentu tanpa ada dalil adalah perbuatan tokok tambah yang menyalahi syarak. Maka itu bukan perbuatan Islam tapi perbuatan punah islam. Ia lebih melariskan perbuatan atau produk.

AMALAN TIADA ASAS DALAM AGAMA: SAKIT SEKIAN, BACA SURAH SEKIAN…

Apa yang saya faham dalam perubatan Islam, contohnya kalau seseorang datang sakit kepala perlu baca surah Al-Asr, orang lain datang sakit perut baca surah Al Humazah, sakit kaki  atau mat abaca surah sekian-sekian. Ini syubahat. Tidak dinafikan kena sikit-sikit dengan penyakit itu. Adakah cukup untuk dijadikan dalil dalam beramal?  Tidak. Apatah kalau kita sudah khususkan. Kalau baca tidak sengaja secara spontan tidak masalah. Ayat quran semua penawar secara amnya. Ia jatuh dalam bidaah kalau kita khaskan.

DILARANG MENJADIKAN RUQYAH SEBAGAI KERJAYA

Apatah lagi kita sudah jadikan perubatan Islam itu sebagai profesion. Itu hakikatnya menyalahi adab-adab agama. Dalam soal kita nak Ruqyah, tidak wajar jadi profesion atau mencari rezeki. Bahkan ia termasuk dalam perbuatan menjual agama dengan harga yang murah. Baca quran tapi tujuan sebagai suatu perkerjaan ia sangat tak wajar. Ruqyah ada dalam perubatan agama, tapi kalau dah masuk garam, lada, paku serai. Ini perbuatan syaitan.

Ulamak mengatakan bahawa ia tidak boleh dijadikan profesion. Kalau sekiranya orang tersebut menawarkan khidmat ruqyah, inilah orang pertama yang kita kena jauhi kerana dia adalah penjual agama. Bahkan kalau kita pergi, kita akan punah seperti dia.

Sebaliknya dari siapa yang kita boleh dapatkan ruqyah? Daripada orang berilmu dan bertaqwa. Orang yang beragama/taqwa tidak akan menjual ruqyahnya untuk buat fulus. Orang bertaqwa, mati-mati taknak buat ruqyah. Ini ruqyah yang mahal seperti ruqayah Syeikh Bin Baz, Syeikh Uthaymin atau Syeikh Albani. Ada mereka buka perubatan Islam? Mati-mati mereka taknak.  Lagi parah dalam majlis ada penuh botol air-botol yasin. Tiada asas sama sekali.

Sabda Nabi ﷺ:….Tujuh puluh ribu orang dari umatku akan masuk surga tanpa hisab. Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah, tidak beranggapan sial dan mereka selalu bertawakkal pada Rabbnya.” (HR Bukhari)

DIKHUATIRI AMALAN PE“RUQYAH” MENJADI PENJUAL AGAMA

Ada pernah nabi dan sahabat buat macam itu? Padahal ruqyah paling power adalah dari Nabi ﷺ. Maka orang ruqyah ni adalah penjual-penjual agama. Maka kita cari orang soleh dan nampak tidak menjual agama. Kalau sekiranya mereka letakkan harga, kadang-kadang mereka pandai… yang mana ikhlaslah. Itu bukan ikhlas tapi memaksa.

6. Sebahagian pengamal ruqyah atau bomoh mendakwa mengetahui perkara ghaib?

HANYA ALLAH TAALA YANG TAHU PERKARA GHAIB

Tidak ada yang tahu benda ghaib kecuali hanya Rasul. Itupun apa yang diwahyukan kepada mereka. Maka tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah Taala. Bahkan siapa yang dakwa mengetahui perkara ghaib, ditakuti ia tergelincir dari agama. Bahaya. Oleh itu mendatangi bomoh adalah perbuatan yang mendakwa dia tahu perkara ghaib adalah perbuatan syirik. Kerana Kita meminta bantuan selain dari Allah dalam hal yang khas bagi Allah iaitu mengetahui benda ghaib.

KUKUHKAN AKIDAH DENGAN MENGHINDARI ‘KESYIRIKAN AMALAN RUQYAH’

Pada hari ini pandai, dia kata baca ayat Quran. Dengan gelaran ustaz pula tu. Jadi kena hati-hati. Itu penting kita faham akidah agama yang bersih dan tulen. Bukan akidah yang masuk syubahat-syubahat.

7. Adakah ia bermaksud tiada langsung orang yang kita boleh merujuk jika terkena buatan orang atau jin?

Baca ayat quran secara amnya. Kalau spesifik baca surah Fatihah. Jangan kita khas tanpa ada dalil khusus. Ruqyah paling afdal adalah kita ruqyah diri sendiri. Sepertimana kita nak doa, kita sendiri yang paling afdal. Ini masalah kita semua nak short cut, akhirnya jadi long cut.

8. Dikatakan Ibn Taimiyah pernah memberi pendapat: “Dan sesiapa (manusia) yg menggunakan khidmat jin untuk perkara yang harus, ia sama seperti dia menggunakan khidmat manusia dalam perkara yang harus.”

 Jadi, apakah bermaksud meminta bantuan jin sesuatu yang dibolehkan?

Ulamak tidak maksum dan terdedah dengan salah dan silap. Yang maksumnya hanya kalam Allah dan Hadis Rasullullah ﷺ.

Kita katakan pandangan demikian adalah salah. Adapun Ibn Taimiyyah tetap seorang mempunyai kesarjanaan yang tinggi dan kedudukan beliau tidak jatuh dengan hanya kesilapan ijtihad demikian.

9. Bagaimana cara mengelak gangguan saka atau jin mengikut kaedah sunnah?

Dekatkan diri dengan Allah seperti diajar oleh Nabi dalam membaca ‘A’uzubillah’… Juga jika memasuki tandas diajar doa memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan.

Manusia hanya ada 2 keadaan iaitu sama ada dekat dengan Allah atau dekat dengan syaitan. Jika terus mengamalkan sunnah, InsyaAllah dijaga Allah.

10. Apakah beza Jin dan Syaitan.

Syaitan adalah jenis jin yang jahat. Jin Islam yang baik tetap melakukan sembahan kepada Allah.

11. Pentingnya menjaga tauhid dan menjauhi syirik seperti jumpa bomoh,tangkal, percaya kepada ‘pagar rumah’, penunggu dan lain-lain . Bagaimana cara didik anak mentauhidkan Allah sejak kecil?

Dalam masyarakat sering mengajar anak kecil takut kepada jin daripada takut kepada manusia. ‘Jangan bising nanti hantu datang langsuir kacau’. Begitu juga cerita drama hantu yang sangat disukai oleh masyarakat. Akibatnya, anak-anak lebih takut hantu dari Allah Taala.

Syarak mengajar kita supaya takut dan berharap kepada Allah. Maka selalulah mengajar anak sebut nama Allah dalam apa-apa keadaan. Begitu juga diajarkan anak supaya berbuat baik supaya nanti Allah suka,  jangan buat jahat nanti Allah marah…Allah maha melihat…Allah maha pengampun…Jangan takut nanti sebab sentiasa bersama kita….Takut hanya kepada Allah…dll.

12. Kata-kata Syaikh Albani pasal orang yang mendakwa boleh percaya dan berhubung Jin Islam. Bunuh syaitan?

Kita dengan kawan yang laing rapat sejak sekolah hingga besar. Dah kenal perangainya. Ada kalanya mungkin tidak bercakap benar. Apatah lagi jin yang kita tidak nampak rupa. Bagaimana boleh percaya kepada jin.

Jika benar jin tu boleh membantu, Nabi ﷺ yang dalam keadaan kritikal pastinya ajak jin berperang Badar untuk bantu tentera untuk menegakkan Islam. Bukankah Nabi ﷺ sebaik-baik makhluk, jadi baginda yang paling layak untuk dibantu.

Pernah kita dengar bahawa bomoh yang mendakwa membunuh jin. Jadi persoalan yang perlu dijwab adalah apa bukti jin itu mati, adakah dia melihat jenazah jin tersebut atau menghadiri upacara pengkebumiannya?

13. Kenapa orang Melayu dikatakan sangat rapat dan berminat dengan jin berbanding dengan mengenal (tauhid) kepada Allah?

Pelbagai nama jin yang diketahui oleh masyarakat melayu seperti toyol, langsuir, pocong, hantu susu, hantu raya dan lain-lain. Apa maksudnya? Ini bermaksud orang melayu sangat peka setiap jenis hantu dan jin sepertimana orang Arab yang mempunyai banyak nama-nama untuk kambing mereka.

Akhirnya mereka lebih takut hantu daripada takut kepada pencipta Jin itu sendiri iaitu Allah. Mereka tertipu.

Seperti yang diceritakan dalam Quran, syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia. Syaitan juga akan bermuslihat untuk manusia bergaduh sesama sendiri dengan kaedah sihir atau tuduh menuduh. Pastinya mendekati jin akan membawa mudarat.

14. Bagaimana boleh dibayangkan besar Malaikat (salah seorang malaikat yang angkat Arasy)?

Hadis Nabi : “Telah diizinkan untuk ceritakan tentang salah satu malaikat yang memikul Arasy. Antara jarak cuping telinga dan bahunya seperti  adalah sejauh 700 tahun perjalanan.” (HR Bukhari)

Kita hanya mahu menggambarkan tetapi besar sebenar hanya Allah yang tahu.

Tempoh masa zaman Nabi bermusafir dari Madinah ke Mekah  adalah 15 hari = 400km
Jika 30 hari (sebulan) = 800km
Setahun = 800 x 12 = 9600km
Jadi jarak cuping ke bahu malaikat = 9600km x 700 tahun = 6.72 juta kilometer

Begitu juga hadis di mana Jibrail menjelma dalam bentuk yang sebenar dengan mempunyai 600 sayap menutupi ufuk timur (HR Bukhari)

Maka, Allah Maha besar dari makhluk yang diciptakanNya.

15. Berapa ramai jumlah Malaikat?

Dalam hadis diceritakan ada 70,000 cangkuk tali untuk menarik neraka Jahanam. Setiap cangkuk ada 70,000 malaikat yang tarik. Jadi jumlah keseluruhan ada 4.9 bilion malaikat.

Hadis yang lain, setiap hari ada 70,000 malaikat yang tawaf di Baitulmakmur (langit ke 7). Setelah tawaf malaikat tidak akan datang lagi.

 

Rakaman kuliah penuh di

Rujukan tambahan
1. Bolehkah meminta bantuan jin? (Almanhaj)
https://muslim.or.id/26131-bolehkah-meminta-bantuan-jin.html

2. Kesembuhan melalui metode syirik (Almanhaj)
https://muslim.or.id/34629-kesembuhan-melalui-metode-syirik-01.html

3. Tawassul syarie dan tawassul syirik (Almanhaj)
https://muslim.or.id/5397-tawasul-syar%E2%80%99i-vs-tawasul-syirik.html

4. Kuliah Syarah As Sunnah Imam Al-Barbahari
https://mazuddin2.wordpress.com/2017/03/31/ringkasan-kitab-akidah-siri-12-syafaat-di-akhirat-amalan-ruqyah-bomoh-dan-kesyirikan/

 

 

Advertisements