KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 Julai 2017)

 

PERKARA KE- 30

Kata Imam Al-Barbahari:Seseorang tidak boleh bermalam dalam keadaan dia merasakan dia mempunyai pemimpin, baik seorang yang adil ataupun zalim”.

PERKARA KE- 31

Kata Imam Al-Barbahari:Haji dan berjihad bersama pemimpin adalah berterusan dan dibolehkan bersolat Jemaah di belakang mereka dan setelah itu mereka melakukan solat 6 rakaat dengan cara salam setiap dua rakaat sebagaimana pendapat Imam Ahmad Bin Hanbal”.

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Dalam perkara 30, Imam Al-Barbahari menyebut:Seseorang tidak boleh bermalam dalam keadaan merasa dia tidak mempunyai pemimpin”.

Maksudnya seseorang perlu terus taat setia kepada pemimpin muslim tempat tinggalnya atau negaranya. Tidak boleh merasa tidak perlu ada pemimpin. Bahkan dalam keadaan aman itu menunjukkan adanya pemimpin.

WAJIB TAAT PEMIMPIN WALAUPUN ZALIM –  ANCAMAN OLEH NABI ﷺ BAGI YANG TIDAK TAAT

Seseorang individu tidak boleh rasa dia tidak ada pemimpin, tidak kira pemimpin adil atau zalim. Kebiasaan seseorang itu merasakan dia tidak ada pemimpin apabila ‘pemimpin itu zalim’. ‘Bermalam’ itu adalah pembungaan bahasa. Bahkan sedetik tidak mahu taat kepada pemimpin yang ada adalah sesuatu perkara yang tidak dibolehkan.

Sabda Nabi ﷺ:Barangsiapa menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa mempunyai sebarang hujah (alasan/keuzuran). Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak mempunyai bai’ah (taat setia) dilehernya, dia mati keadaan jahiliyah” (HR Imam Muslim)

MASYARAKAT TIDAK TAAT KERANA KEJAHILAN BERAGAMA

Maksud Imam Al-Barbahari ialah tidak boleh sedetik pun rasa tidak taat kepada pemimpin.  Saya kira perkara ini kalau buat bancian ramai akan gagal. Antara jawapannya tidak mahu taat ialah:

1. Itu bukan pemimpin saya
2. Tidak tahu siapa yang perlu taat; atau
3. Memahami pemimpin adalah dari kalangan Jemaah khawarijnya.

SETIAP ORANG WAJIB BAI’AH KEPADA YANG SATU

Khawarij dia ada Jemaah masing-masing. Mereka ada bai’ah. Maksud bai’ah iaitu sumpah taat setia kepada seseorang. Dalam Islam hanya ada 1 bai’ah sahaja. Pada setiap kita ada baiah sama ada sedar atau tidak.

Taat bermaksud dengar dan patuh, setia bermaksud tidak khianat atau keluar dari ketaatan.

SIAPAKAH WAJIB KITA BAI’AH?

Hanya pemimpin tertinggi negara iaitu orang yang ada kuasa. Sama sekali tidak boleh diberi kepada orang lain. Siapa pemimpin negara, suka atau tidak, adil atau zalim bukan persoalan. Dalam golongan kumpulan yang menyimpang dari pegangan salaf, mereka ada bai’ah kepada Jemaah atau pemimpn masing-masing.

AJARAN MENYIMPANG SENTIASA BAI’AH KEPADA KETUA MEREKA

Seperti Ikhwanul Muslimin, setiap ahli ada bai’ah kepada ketua yang dipanggil Naqib (ketua sel). Ini gerakan subversif atau perosak negara. Mereka berbai’ah kepada ketua Jemaah. Kadang-kadang siap pistol di tepi. Saya kira kumpulan sufi pun ada bai’ah dengan cara-cara dan bacaan yang tertentu. Ada juga bai’ah sampai jika keluar akan cerai isiteri. Apa ni? Sungguh menyimpang jauh dari syarak.

Kaedahnya jelas iaitu “Tunjukkan bukti ini datang dari syarak jika kamu berkata benar”.

TALI KEKANG AGAMA DAN SERUAN KESATUAN

Bai’ah dalam Islam hanya 1 iaitu kepada pemimpin tertinggi negara. Dan kita lihat dalam Hadis Riwayat Muslim, Nabi kata siapa yang mati dalam dia tiada bai’ah, diumpamakan melepas tali pemegang agama yang diletak dileher. Ibarat kita tunduk dan taat kepada pemimpin. Pemimpin yang akan menarik kita untuk pergi ke depan dan kebelakang. Siapa yang tiada tali kekang, dia adalah ‘rogue’ seperi koboi. Keluar tembak-tembak tanpa ada haluan. Dia taat kepada hawa nafsu sahaja. Perbuatan ini tiada dalam kamus muslim.

Lihat perkataan jahiliyah. Suatu perkaraan yang berat diberikan oleh Nabi ﷺ. Mati dalam keadaan jahiliyah adalah ancaman sangat keras. Orang mati di zaman jahiliyah tidak mahu taat kepada pemimpin Negara dan mereka telah memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Firman Allah: “Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah”.

Bersatu atas apa? Atas dasar parti? Tidak. Kita bersatu dalam agama. Dia dengan sahaja menimbulkan kucar kacir dan membuat keadaan tidak tenteram. Walaupun dia seorang, dia akan beri kesan kepada orang sekeliling. Pada zaman tiada bai’ah, manusia ikut suka hati, berbalah, sengketa, bunuh membunuh dan sebagainya.

KAUM KHAWARIJ ADALAH PENGIKUT HAWA NAFSU (MENDAHULUI AKAL)

Pada hari ini, orang tidak mahu taat, tidak mahu iktiraf kepimpinan, secara terang melawan pemimpin negara. Kalau apa yang saya katakan salah, tunjuk di mana salahnya kalau ada bertentang  firman Allah dan sabda Rasul. Kita sedaya upaya membawa dalil-dalil.

KELUAR DARI JEMAAH ATAS ALASAN ‘SISTEM DEMOKRASI’ – TOLOK UKUR YANG SONGSANG

Hari ni mereka menentang pemerintah atas alasan “Demokrasi”.  Silap hari bulan Sistem Demokrasi ini dinamakaan kemajuan. Kayu timbang sudah terbalik hingga tidak tahu mana betul atau salah. Atas alasan menggunakan demokrasi, mereka halalkan untuk bersuara dan memilih pemimpin. Adapun taat kepada pemerintah dikatakan sebagai ‘penjilat atau pengampu’. Lihat kayu ukur sudah terbalik. Benda buruk dianggap kemajuan, adapun kita dianggap kolot dan memahami fiqh sempat atau tidak ikut perkembangan semasa.

Nabi ﷺ bersabda:Ketika Allah menghimpun orang-orang dahulu dan kemudian, setiap seorang yang khianat akan mengangkat benderanya. Dikatakan: “Aku  orang yang khianat kepada Si Fulan dan Si Fulan” (HR Bukhari dan Muslim)

PENGKHIANAT SENTIASA SUKA MEMBURUKKAN PEMERINTAH

Kita sebagai seorang muslim disuruh setia dan menunaikan janji. Dalam hubungan pemerintah kita suruh dengar dan taat dan pegang pada janji tersebut dan tidak berlaku khianat. Di hadapan pemerintah dia senyum seolah-olah taat, tetapi dibelakang dia khianat dengan mengutuk.

Apa bentuk khianat yang paling dahsyat? Khianat kepada pemimpin Negara walaupun juga perkara buruk seperti khianat dalam hubungan jual beli, khianat dengan rakan, khianat dengan saudara dan lain-lain.

KESAN KHIANAT KEPADA PEMERINTAH

Kesan khianat kepada pemerintah adalah sangat besar. Dia akan merosakkan keharmonian sebuah negara. Boleh menyebabkan peperangan dalam Negara. Kita kena faham dalam hubungan dengan pemerintah.

FORMULA KETAATAN DARI RASULULLAH

Nabi ﷺ bersabda:Barangsiapa dari kalangan kamu yang diperintah oleh seorang perintah, lalu dia melihat pemimpin melakukan hal kemaksiatan. Maka hendaklah dia benci perbuatan maksiat tersebut tetapi jangan tarik ketaaatan kepadanya”

SLOGAN ‘TAAT SELAGI PEMIMPIN TIDAK ZALIM’ ADALAH BATIL

Orang sering salah faham dengan mengatakan: “Aku taat selagi dia tidak zalim”. Ini menyalahi formula yang Nabi ﷺ gariskan di atas. Perbuatan maksiat wajib dibenci kerana inilah tanda iman. Tetapi dalam masa yang sama, ketaatan tetap berterusan.

Perkara 31, Imam Al Barbahari kata:Haji dan berjihad bersama pemimpin adalah berterusan dan dibolehkan bersolat Jemaah dibelakang mereka”.

ANTARA KETAATAN DAN HAJI ATAU JIHAD

Apa sebab disebut haji dan berjihad? Haji pada zaman awal Islam , mereka melakukan secara Jemaah.  Mereka pergi serentak dalam satu rombongan. Mereka ikut jadual haji Nabi ﷺ. Ia sebagai satu adat sehingga zaman khalifah. Zaman ini jemaah ikut ketua masing-masing. Dia menuntut kesatuan dan kesepakatan. Dalam jihad tiada ruang untuk engkar atau bertindak sendirian. Bahkan lari dari medan pertempuran sebesar-besar doa. 

SESUNGGUHNYA IMAM DIJADIKAN UNTUK DIIKUTI

Dalam bab kenteteraan orang faham perlu taat kepada ketua. Tapi dalam solat kita lihat, sejauh mana kita taat imam di hadapan. Bila nak rukuk, masih nak habiskan bacaan fatihah. Macam sembahyang ikut sendiri atau imam di hadapan. Allahu akbar itu arahan. Solat seafdal amalan tapi tunggang langgang. Boleh pulak sujud lama untuk doa sampai imam dah bagi salam.

Hadis Nabi ﷺ: ““Sesungguhnya imam dijadikan hanya untuk diikuti, maka janganlah menyelisihnya….”(Muttafaqun ‘alaihi)

Hadis Nabi ﷺ: “Mereka shalat mengimami kalian. Apabila mereka BENAR, kalian dan mereka mendapatkan PAHALA. Apabila mereka KELIRU, kalian mendapat PAHALA sedangkan mereka mendapat DOSA.” (HR Bukhari, Ahmad dll)

WAJIB TAAT WALAUPUN DISURUH BERJIHAD

Formula sama. Bahkan solat itu suatu untuk kita tunjuk ketaatan kepada Allah dan mentaati ketua. Maka, signifikan Imam Al Barbahari sebut haji dan berperang bersama  Imam adalah berterusan iaitu jika pemimpin suruh berperang, wajib keluar berperang. Wajib kalau berkemampuan untuk pertahankan negara.

Kata Imam Al-Barbahari:Boleh solat jemaah dibelakang imam, wajib solat belakang mereka walaupun zalim”

 TELADAN SALAFUSSOLEH DALAM KETAATAN KEPADA PEMERINTAH ZALIM

Dulu pemerintah jadi imam seperti contoh ditunjuk oleh generasi salafussoleh. Seperti Abdullah bin Umar ( Ibn Umar) ra.  Ibn Umar sangat dikenali sebagai seorang yang bersungguh untuk contohi Nabi ﷺ. Dalam peristiwa dia kerjakan haji, semasa perjalanan dari Muzadalifah ke Mina, dia turun dari unta pergi ke penjuru dan buang air.  Ibn Umar kata:Aku lihat nabi ﷺ buat macam tu”.

Ibn Umar ketika di bawah perintahan gabenor zalim iaitu Al-Hajjaz Yusouf Al Tsaqafi yang dikenali sebagai ‘kaki bunuh’. Kita biasa dengar ada pembunuh bersiri tapi tidak standing dengan Al Hajjaj iaitu ‘kaki bunuh’. Dia membunuh sahabat Abdullah Az- Zubair ra. Ternyata Hajjaj seorang yang hafal quran dan menjadi imam. Ibn Umar tetap solat dibelakangnya walaupun dia adalah orang yang paling zalim dalam sejarah.

AMARAN IBNU UMAR KEPADA KAUM KHAWARIJ

Dalam satu peristiwa apabila penduduk Madinah berazam melawan khalifah Yazid bin Muawiyah pada tahun 60H. Mereka tidak bersetuju dan ingin memberontak kepada Khalifah ke 6 itu. Maka Ibnu Umar telah pergi berjumpa dengan pemimpin yang mahu melawan Khalifah Yazid, iaitu Abdullah bin Muthi’.

Kata Ibn Umar kepada Abdullah Bin Muthi’:Aku datang bukan nak duduk, sebaliknya aku nak sampaikan satu hadis. Aku dengar Nabi bersabda: ‘Barangsiapa menarik tangan ketaatannya kepada pemimpin, dia akan mengadap Allah tanpa ada hujah’”

Ibnu Umar terus berpaling dan pergi. Apabila Ibn Umar pulang ke rumah, dia kata kepada anaknya:

 “Demi Allah. Barangsiapa yang menarik tangan ketaatan kepada Yazid bin Muawiyah, aku tak mahu bercakap dengannya”

Adapun Abdullah bin Muti’ tetap tidak mendengar nasihat. Maka dia pun memimpin orang-orang Quraisy, manakala orang Ansar dipimpin oleh Abdullah bin Hamzallah untuk melawan pasukan tentera Yazid bin Muawiyah. Berlakulah peperangan Harrah pada 60H. Akhirnya tentera Yazid menang. Abdullah bin Muthi’ melarikan diri ke Mekah yang dikuasai oleh Abdullah bin Zubair. Tentera Yazid mengejar Abdulkkah Muthi’. Belakulah berkempungan kota mekah. Tentera tidak berjaya memecah tembok Mekah. 10 tahun kemudian, kira-kira tahun 73H iaitu ketika Khalifah baru iaitu Abd Malik bin Marwan.

KISAH AL HAJJAJ YANG ZALIM

Al Hajjaj berjaya membebaskan kekuasaan Mekah dari Abdullah bin Zubair dan dibunuh bersama Abdullah bin Muthi’. Kepala mereka dipenggal dan dibawa ke Madinah untuk dipamerkan sebagai amaran bagi kepada orang yang melawan.

Ibn Umar tetap solat dibelakang Al  hajjaj walaupun dia seburuk-buruk pemimpin, zalim, dan pembunuh. Beliau  menggangap solat dibelakang Al Hajjaj adalah sah. Kenapa?

 DOSA PEMIMPIN TIDAK DITANGGUNG OLEH RAKYAT

Nabi ﷺ bersabda:Imam adalah penjamin. Kalau dia buat baik dia dapat pahala, dan bagi Jemaah turut dapat pahala. Sekiranya imam buat buruk (ie solat tidak betul atau pembuat maksiat), dia akan tanggung adapun makmum tetap dapat pahala

Konsep mudah dan tak perlu pening kepala. Kalau imam solat Zohor solat 5 rakaat, ikut sahaja. Begitu juga kalau masalah qunut. Angkat tangan dan ikut. Dah imam angkat, nak buat apa…berdiri sahaja? Maka angkat tnagan dan aminkan.

Pemerintah di zaman salaf bukan semua bagus. Bukan sahaja seorang yang zalim, bahkan solat subuh 4 rakaat dan minum arak”. Apabila ditegur, Al Hajjaj tanya: “Nak aku tambah rakaat lagi?”

TIADA MUFARAKAH DALAM SYARAK

Sering orang bangkitkan boleh tak mufarakah ketika solat Jemaah? Awas, jangan buka pintu fitnah dan perselisahan atau perpecahan. Anda ingat nak tegakkan sunnah tapi ternyata perbuatan mufarakah membawa mafsadah, kerosakan dan perselisihan. Akhirnya sunnah apa yang anda tegakkan jika menganggap sunnah Nabi ﷺ ‘tetap taat pemerintah’ tidak bagus.

SOALAN-SOALAN

1. Imam dahulu imam solat. Pemimpin sekarang tidak imam solat. Jadi perlukah kita samakan pemerintah dahulu yang Nabi ﷺ sebutkan?

IMAM RATIB ADALAH WAKIL PEMERINTAH TERTINGGI

 Ya. Pada hari ini, pemimpin tertinggi tidak jadi imam solat tetapi beliau telah mewakilkan kepada Imam ratib. Maksud imam ratib adalah imam yang dilantik oleh pemerintah. Saya ingatkan kalau masjid atau surau yang ada imam ratib, maka jemaahnya hanya satu. Jangan ada jemaah kedua, ketiga dan seterusnya.

NABI TIDAK PERNAH MEMBUAT JEMAAH KEDUA

Dalam satu peristiwa Nabi terlepas berjemaah, ternyata Nabi ﷺ pulang ke rumah. Begitu Abdullah bin Abbas yang sampai di masjid tetapi jemaah sudah selesai. Dia pulang solat di rumah. Kenapa tidak boleh buat jemaah kedua? Alasan sama dan semuanya berkait hubungan Imam dan makmum ketika solat, atau rakyat dengan pemerintah iaitu ‘dengar dan taat’. Jangan khuruj dalam hal hubungan rakyat dan pemerintah atau mufarakah dalam hubungan makmum dan imam.

Kalau datang lambat, masbuk jangan buat Jemaah kedua. Ini seperti berbai’ah kepada imam kedua. Masbuk ada datang 5 orang. Jangan jemaah dengan kumpulan khawarijnya. Ia akan menimbulkan perpecahan kesatuan dalam masjid itu sendiri.

FORMULA KETAATAN TERMASUK PEMIMPIN DI RUMAH, MASYARAKAT DAN NEGARA

Di rumah wajib taat kepada bapa. Si isteri tak nak  balik kamung suami….konsep mudah nak masuk syurga atau tak.  Walaupun kampung suami tak menarik, perlu sabar . Mak enggan taat, itu yang didik anak jadi khawarij. Kalau degil bagi amaran pertama, kedua dan hukum. Lihat bagaimana konsep sama diajar oleh syarak.

2. Dalam hal macam kuliah kita ni, apabila ustaz tengah bagi kuliah, tiba-tiba datang sekumpulan yang lambat, boleh tak buat jemaah solat?

HANYA BOLEH SOLAT SENDIRI JIKA JEMAAH SUDAH TAMAT

Di masjid atau surau yang dah selesai jemaah, perlu solat sendiri-sendiri. Jangan dibuat jemaah kedua, ketiga..sampai isyak ada jemaah ke 10. Kalau ada imam ratib, tidak boleh dibuat jemaah kedua atau seterusnya kecuali di tempat RNR. Ini kerana tiada imam ratib.

Jika ada jemaah kat RNR, tidak boleh berpecah juga. Merata solat jemaah. Tidak boleh. Alasan taidak tahu solat apa. Tiada isu niat solat berbeza.

3. Kalau orang tepuk untuk jadikan iman macam mana?

Teruskan solat seperti biasa seolah anda solat bersendirian.

4. Bagaimana kisah Nabi ﷺ di Masjidil haram iaitu seorang yang terlepas solat jemaah, maka, Nabi ﷺ kata: “Tidakkah ada sesiapa antara kalian yang hendak sedekah kepada orang ini?”Adakah ini menafikan bahawa tiada Jemaah kedua selepas imam ratib selesai?

Tidak. Ini adalah suatu pengecualian dan pengkhususan seperti Nabi ﷺ tunjukan ‘Tidakkah sesiapa ingin bersedekah kepada orang ini?

KES PENGECUALIAN DALAM SOLAT JEMAAH KEDUA

Syaratnya ialah kena ada orang yang memberi sedekah dan menerima sedekah. Orang sudah menjadi makmum kepada imam ratib, dia akan memberi sedekah si fulan. Si fulan miskin. Kena ada orang yang nak bersedekah. Mereka akan solat bersama-sama.

Situasi ini tidak dikira membuat jemaah kedua. Hanya solat dua orang. Si kaya hanya bersedekah kepada seorang. Adapun datang dua orang dan dua-dua miskin bagaimana nak buat sedekah. Dalam konteks yang sempit ini dibolehkan.

Tidak pernah ada hadis Nabi ﷺ selesai solat, kemudian ada jemaah kedua. Pernah ketika nabi ﷺ sakit, Abu bakar ra menjadi imam. Tiba- tiba Nabi ﷺ keluar dan Abu Bakar ra beranjak ke belakang dan nabi suruh tetap sebagai imam. Bab hormat kepada imam ratib ada bab khas. Bukan senang sesiapa boleh jadi imam untuk Jemaah kedua.

5. Bolehkah penceramah jemputan menjadi imam solat?

Tidak boleh kecuali dengan izin imam ratib.

6. Apa yang perlu kita buat jika datang solat jemaah sudah habis?

Kita ada 2 pilihan sama ada solat sendiri atau pulang solat bersama isteri atau keluarga.

7. Adakah batal solat buat jemaah kedua?

Tidak boleh kata batal. Ia menyalahi Sunnah.

8. Apabila bermusafir, bolehkah buat Jemaah kedua untuk solat?

Tidak boleh kecuali masjid kosong tiada sesiapa. Jika jemaah pertama masih ada, ia akan membuka pintu musibah. Saya tahu ia dikatakan khilaf. Tapi kita nak pandangan yang kuat dan menepati nas syarak untuk elak fitnah. Kita boleh lewatkan jamak. Jamak tak perlu berturutan.

Orang musafir tidak ada syarat untuk jemaah di masjid. Kalau dah sampai masjid, kita ikut solat tamam.

9. HadiS Nabi ﷺ iaitu ‘benci perbuatan maksiat’. Apakah perasaan kita dengan pemimpin kerana soal hati iaitu sayang dan benci bukan boleh dibuat-buat?

HUBUNGAN SAYANG-BENCI DI DALAM SYARAK

Kita sayang kerana Allah dan benci kerana Allah. Hubungan kita sesama muslim atau rakyat berkenaan ‘Love and hate affair’ atau hubungan ‘Sayang-Benci’.

Hubungan sesama muslim ada sayang dan benci. Kita sayang atas dasar atas dia saudara muslim. Kalau buat salah silap seperti bidaah, maksiat, kita wajib benci. Kita tidak benci orangnya tetapi benci perbuataannya.

Sabda Nabi ﷺ:Tidak beriman kamu selagi mana dia sayang saudaranya sepertimana sayang diri sendiri” (HR Bukhari)

Kasih sesama muslim adalah wajib kerana ia adalah iman. Bagaimana kita nak benci hamba Allah. Kita hanya boleh benci maksiatnya. Begitu juga dengan pemerintah. Perlu beza antara tubuh badan orang tersebut dan perbuatannnya.

Perkara ini sangat penting. Kadang-kadang perlu muhasabah diri. Dalam semangat mempertahan sunnah, dengan ahli bidaah kita benci semacam. Jangan. Biarpun dia bapak ahli bidaah, selagimana muslim wajib sayang dia.

Syeikh Albani kata:Jangan sampai kebencian kita terhadap ahli bidaah sehingga tahap tidak mahu ucap salam.“

Ini kebencian yang melampau. Kita hanya tidak salam dengan orang kafir. Kalau sampai tak nak salam , ia telah meletakkan macam orang kafir. Ini mahaj takfiri. Selagi mana muslim kita beri salam kecuali ruang lingkup nak tahzir atau pulau. Hari ini kalau nak pulaukan ahli bidaah, ahli bidaah telah lama pulaukan kamu.

Engkau seorang, penduduk kampong seribu. Macam mana nak pulaukan. Elok masuk hutan dan berkawan dengan kera dan monyet. Itu pun tak boleh.

Nabi ﷺ bersabda:Seorang muslim yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar dengan gangguan mereka, lebih baik dari orang tak bergaul dan tidak sabar dengan karenah masyarakat sekeliling”.

BAGAIMANA PERASAAN KITA DENGAN PENENTANG SUNNAH?

Kita benci perbuatannya seperti bidaah dan amalannya. Sebagaimana seorang muslim, kita tetap jaga haknya. Kita jaga hak dan tidak boleh gelar tetapi kita sebut keburukannya supaya masyarakat sekeliling sedar. Itu awajib. Tapi jangan lebih seperti melabel perkataan buruk. Itu sudah melampau.

SAYANG-BENCI KERANA ALLAH

Kita sayang dan benci bukan ikut nafsu, tapi kerana Allah walaupun hati berat. Akhirnya sayang dan benci kembali kepada Allah dan bukan kerana nafsu.

10. Bila masa boleh lepaskan ketaatan kepada pemimpin?

 2 keadaan iaitu apabila jelas kafir atau jelas terang dia tidak solat.

11. Bagaimana firman Allah: “Jangan kamu tunduk (berdamping ) dalam kezalimannya”?

Dalam kezaliman kita kena benci dan jangan bersekongkol. Tapi mentaati mereka tetap berterusan. Perkara ini sering orang salah faham dan keliru.

12. Siapakah orang yang ada autoriti untuk nasihat pemerintah?

Orang yang pemerintah boleh dengar. Orang awam tidak boleh menasihati pemerintah secara terang terangan.

MARUAH PEMIMPIN WAJIB DIJAGA

Contohnya, di atas pentas kita panggil kawan kita: “Hoi Abu hari tu pinjam sepuluh tinggit bila nak bayar”. Agaknya dia suka tak?

Inikan maruah pemimpin yang menjaga keamanan negara. Kalau maruah dah jatuh, boleh perang saudara.

Audio Kuliah

https://www.dropbox.com/s/gne2ze0v1i0jkf1/Uis%20-%20Syarhus%20Sunnah%2021%20Julai%202017.m4a?dl=0

 

Advertisements