KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (16 Julai 2017)

PERKARA KE- 115

Kata Imam Al-Barbahari: “Berhati-hati daripada mempelajari ilmu kalam dan duduk-duduk dengan ahli ilmu kalam”.

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

 Lihat nasihat oleh Imam Al-Barbahari yang cukup berharga lebih-lebih lagi buat kita di zaman sekarang. Telah berlaku kekeliruan yang sangat besar. Bahkan ada yang menganjurkan kita belajar ilmu kalam dan menganggapnya sebagai sebahagian dari ilmu-ilmu Islam yang perlu dipelajari.

MAKSUD ILMU KALAM @ FALSAFAH DAN ASAL KEWUJUDANNYA

Maksudkan ilmu kalam adalah ilmu falsafah. Kalam dari segi bahasa ialah bercakap, maka yang dimaksudkan adalah ilmu falsafah. Ia berasal dari Yunani atau Greek. Falsafah Yunani yang sesat yang membawa kesyirikan. Orang-orang Yunani penyembah patung berhala dan mereka tidak kenal Allah dan apa yang dibawa oleh Nabi saw.

Tidak hairan mereka mengguna akal kerana tiada kitab samawi atau dakwah rasul. Maka akal digunakan sebagai panduan. Jadilah mereka sesat dan berbicara tentang perkara ghaib. Masalahnya adalah kalangan orang Islam yang mencedok ilmu kalam untuk memahami agama.

ILMU FALSAFAH DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI AGAMA

Ilmu falsafah ini memang membahaskan perkara-perkara agama atau perkara ghaib. Dia bukan masalah kejuruteraan atau perubatan. Perkara ghaib adalah melibatkan agama dan akidah. Dalam kaum Islam yang menggunakan ilmu falsafah menggunakan kaedah untuk cuba memahami perkara ghaib seperti sifat Allah Taala. Ia menyebabkan mereka menafikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya sepertimana halnya golongan ahli kalam dari kumpulan Jahmiah, Muktazilah atau Rafidhah. Ternyata dalam masalah akidah, mereka menjadi kaedahnya untuk pemahaman dan pendalilan. Akibat daripada kaedah ilmu kalam ini, banyak mereka mengingkari perkara akidah (kepercayaan). Perkara akidah seperti alam barzah, keadaan di akhirat, padang mahsyar, syurga dan neraka, hakikat malaikat, jin dan sebaginya. Banyak mereka nafikan quran dan hadis akibat menggunakan ilmu kalam ini.

KAEDAH FALSAFAH VS KAEDAH SALAFUSSOLEH

Dalam ilmu kalam mereka telah meneggunakan kaedah mantik atau logik. Ia juga melibatkan ilmu jidal atau perdebatan. Mereka mencari kebenaran dengan berdebat. Ini perkara asas dalam falsafah. Orang suka berdebat, kebanyakan mereka adalah dari kalangan ilmu kalam. Adakah ahli sunnah cari keberan dengan berdebat? Tidak. Kita cari kebenaran dengan kembali pada Al-Quran dan Hadis. Allah kata bertanyalah kepada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu.

CARA PENDALILAN ILMU FALSAFAH: ‘KAEDAH-MUKADIMAH-NATIJAH’

Sebaliknya dari kalangan ilmu kalam mereka buat-buat tahu dan kalau ada masalah ajak berdebat. Ini bukan dianjurkan oleh syariat Islam. Dalam ilmu kalam mereka meletakkan keedah-kaedah, mukadimah-mukadimah serta natijah-natijah-natijah. Mereka namakan sebagai Al Barahim Al Aqliah (bukti akal). Mereka menentukan sesuatu menggunakan akal semata-mata, itulah ‘dalil’ yang mereka istilahkan. Maka jelas cara pendalilan atau kepercayaan ini ada kekosongan dan jurang yang besar. Inilah kesesatan dalam pendalilan.

DALIL AHLUL SUNNAH HANYALAH QURAN DAN HADIS & KATA ULAMAK PERLU SELARI DENGANNYA

Kita kalau hendak berhujah perlu firman Allah dan sabda Rasulullah. Bahkan kata-kata para ulamak hendaklah bertunjang kepada dalil ‘Firman Allah dan Sabda Nabi’. Bukan kata-kata ulamak semata-mata. Itu dikatakan taqlid. Masakan taqlid itu boleh dijadikan hujah. Ilmu adalah segala yang disebut oleh ‘Allah dan Rasulullah’. Selain daripada firman Allah dan sabda Nabi, perlu dilihat menepati atau tidak. Selagi tidak, maka ia perlu dibuktikan. Teryata Allah Taala mencukupkan dua sumber agama ini iaitu Al-Quran dan Hadis.

AHLI ILMU KALAM SENTIASA MERASAKAN AGAMA TIDAK CUKUP

Tiada keperluan untuk dapatkan ilmu tambahan ini. Apa yang ada pada kedua ini sudah cukup, lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan akidah (kepercayaan). Kita tidak perlu ilmu nujum atau bomoh dan segala khurafat untuk tahu perkara ghaib. Tetapi golongan ilmu kalam apabila mereka gagal memahami Quran dan Hadis, seterusnya tidak rasa cukup dengan keduanya. Ini yang menyebabkan mereka mendapatkan ilmu kalam. Kononnya ilmu tambahan. Apabila mereka masuk dalam ilmu kalam, mereka jatuh hingga menafikan nama dan sifat-sifat Allah. Perkara ini tidak berhenti disitu. Kesesatan membawa kepada Ilhad.

KEMUNCAK KESESATAN AHLI KALAM

Orang memegang kepada ILHAD dinamakan sebagai MULHID. Kemuncak fahaman ilmu kalam akan sampai ke peringkat ILHAD. HAD bermaksud berpaling (menyimpang) daripada kebenaran. Bukan sekadar satu atau dua kebenaran, mereka berpaling dari agama dan Allah. Orang sesat  boleh jadi kafir, zindiq, musyrifk, munafik dan mulhid. Mulhid bermaksud atheis atau anti Allah.  Ini kemuncak golongan yang melampau dalam ilmu falsafah. Ia jatuh dalam syirik dan kufur iaitu sedahsyat musibah.

JENIS-JENIS DAN PERINGKAT KESESATAN AHLI KALAM

1. ILHAD – berpaling dari Quran dan Hadis

2. HULUL – jelmaan Allah dalam makhkluk seperti Allah menjelma dalam Syeikh atau wali-wali. Berbeza dengan ‘inkarnasi’ iaitu roh masuk dalam makhluk lain.

3. Wehdatul Wujud – Allah menjelma dalam semua benda. Allah jelma dalam pokok, binatang, manusia dan lain-lain. Ini kemuncak ekstreme.

PERMULAAN ILMU KALAM BERMULA ‘MACAM INNOCENT’, BERAKHIR DENGAN MEMBAKAR DIRI

Ia terjadi sedikit demi sedikit akibat menafikan nama-nama Allah dan sifat-sifatnya. Bukan terus semua ahli kalam sampai tahap ini. Termasuklah menafikan menafikan Allah istiwak (meninggi dan tetap)di atas Arasy. Akhirnya lahir perkataan ‘Allah bukan atas Arasy’, ‘Allah di mana- mana’ dan sebagainya. Ini dilaungkan sekeliling kita. Ini mukadimah Wehdatul Wujud. Macam inncocent perkataan ini, tapi ia amat bahaya.

NAMA-NAMA GOLONGAN PENGAMAL ILMU KALAM & FALSAFAH MEREKA

Ilmu falsafah Jahmiah, Muktazilah, Asyairah dan khususnya Sufi. Golongan sufi membawa akidah ilmu falsafah.

Sufi yang membawa wehdatul wujud iaitu:Segala apa yang kita nampak adalah Allah’. Tiada apa yang nampk di hadapan melainaka semua adalah Allah. Allah adalah benda ini, dan benda ini adalah Allah. Allah ada di mana-mana’. Inilah asas wehdatul wujud.

TAUHID ILMU KALAM VS TAUHID SALAFUSSOLEH

Bahkan mereka selewengkan maksud tauhid. Lihat betul-betul, kalau tidak faham kita rasa macam betul. Mereka kata tauhid daripada perkataan ‘Wahada’. Asal inti tauhid mengesakan Allah dari perkataan wahada, dan asalnya inti tauhid adalah ‘Wehdatul Wujud’.

PERBEZAAN ‘WAHADA (SATU)’ AHLI KALAM DAN AHLI SUNNAH

Maksud wahada bagi ilmu kalam adalah wehdatul wujud (kesatuan dalam kejadian). Maksud wahada bagi Ahli sunnah kata ‘Wahada’ adalah meng’satu’kan Allah.

Betul-betul tafsiran ahli kalam adalah terbalik. Ia kembali kepada perkataan wahida (satu). Itu fahaman tauhid mereka.

KREATIVITI ILMU KALAM TIADA SEMPADAN

Ahli kalam kata mengesakan Allah dengan mengatakan ‘Allah ada di mana-mana‘ atau ‘Allah wujud di semua tempat‘, sedangkan ahli sunnah berpegang dengan dalil ‘Allah di atas arasy‘. Mereka mengubah mengucap ‘Laila haillallah’ (tiada sembahan kecuali Allah) dan akhirnya bertukar menjadi ‘lahu illahu’.

HASIL ILMU KALAM: MAKAM SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Kefahaman mereka iaitu syariat, tareqat, hakikat dan makrifat. Level ‘lailahailallah’ (peringkat syariat), naik level ‘lahu illahu’ (peringkat tareqat atau hakikat), level paling tinggi lagi adalah ‘huhu..huhu’. Falsafahnya adalah ‘mana tahu kalau kamu nak mati tidak sempat mengucap penuh‘. Laillaha illallah panjang sangat dan upgrade sikit kepada illahu…nanti kalau mati tak sempat mengucap macam mana. Jadi kita kena kata ‘huhu..huhu’. Macam beruk pun ada.

Melalui media massa kita nampak lihat majlis zikir kononnya. Mereka macam orang hilang kewarasan.

IBN ARABI – ULAMAK BESAR ILMU KALAM

Di antara  ulamak besar dalam golongan tasawuf di peringkat makrifat ialah Ibn Arabi. Jangan silap, ada dua satu lagi adalah Ibn Al-Arabi. Ibn Arabi adalah seorang tokoh mulhid, manakala Ibn Al-Arabai adalah ulamak Sunnah yang dijadikan rujukan. Ibn Arabi adalah tokoh ahli kalam pelampau, mati tahun 638H.

Kata Ibn Arabi:Tuhan itu hamba, dan hamba itu tuhan. Aku pun bengong, siapa yang  jadi mukallaf (orang yang kena ibadah). Jika yang perlu beramal itu si hamba itu tertolak kerana hamba juga tuhan. Dan jika perlu beramal adalah tuhan, masakan tuhan perlu beribadah

Ada golongan kita yang mengangkat ketokohan Ibn Arabi. Seorang lagi tokoh ilmu kalam adalah iaitu Muhammad Bahauddin Baithod, mati dalam 100 tahun lepas.

Katanya:Tidaklah anjing dan khinzir melainkan tuhan kami. Dan tidaklah Allah itu melainkan Si Rahib yang ada dalam gereja

 WEHDATUL WUJUD – KESATUAN DALAM KETUHANAN

Inilah kesatuan dalam ketuhanan. Islam, kafir, haiwan dikatakan tuhan. Jika dah sampai peringkat makrifat dah tak perlu sembahyang. Inilah akibatnya. Subhani (maha suci aku). Kesatuan yang dahsyat akibat mengambil ilmu falsafah. Ulamak salaf tidak mendekati ilmu kalam. Nak duduk dengan mereka pun berhati-hati, apatah lagi belajar dengan mereka.

FAKULTI USULUDDIN DAN FALSAFAH?

Tuan-tuan, hari ini kita ada fakulti Usuluddin dan Falsafah. Usuluddin (akidah) dan ilmu kalam (falsafah). Inna lilah waniina ilaihirajiun.

SOALAN-SOALAN

1. Kalau di universiti wajibkan ambil subjek ilmu falsafah mantik Ini macam mana?

Jangan tanya saya, tanya Imam Al Barbahari.

2. Di mana kedudukan Imam Al Ghazali dalam ilmu falsafah ini?

Iman Ghazali ada memberi amaran tentang ilmu falsafah setelah dia terpalit sama. Ahli kalam merasakan ilmu ini adalah orang muslim berhujah menentang Yunani. Ternyata bahawa senjata makan tuan. Dengan Ilmu kalam mereka tersesat.

JANGAN MAIN DENGAN API

Tiada ada kebaikan sekalipun. Jangan tertipu dan jangan main dengan api. Nabi saw tidak pernah bawa ilmu ini, sahabat tak pernah bawa, ulamak-ulamak kibar tak pernah belajar dan mengajar. Sedangkan sahabatlah orang yang paling bertaqwa dan berilmu. Mengapa kita kena belajar

3. Kalau kita lihat ilmuan yang menyebut Allah di mana-mana, adalah kita boleh kata dia sebagai tokoh Ilmu mantik?

Kita kena adil. Ramai kata Allah di mana-mana tapi ramai yang tidak tahu. Rata-rata mereka jahil.

Advertisements