KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 Apr 2017)

PERKARA KE- 114

Kata Imam Al-Barbahari:Kurangkanlah melihat-lihat bintang kecuali sekadar untuk mengetahui waktu solat. Jauhilah selain itu kerana terlalu sering menyaksi bintang boleh membawa kepada zindiq”.

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

MAKSUD MELIHAT-LIHAT BINTANG
Terdapat 2 sebab melihat bintang iaitu:

1. Ilmu keberkesanan bintang (Ilmu Nujum) – sejauh mana kaitan antara bintang dan apa yang berlaku di bumi (Hukumnya adalah haram)

2. Ilmu pergerakan bintang (Ilmu Falak) – melihat bintang untuk mengetahui arah kiblat dan sebagainya (Hukumnya harus)

KAITAN MELIHAT-LIHAT BINTANG DAN ILMU NUJUM (RAMALAN)

Mengaitkan bintang dengan turunnya hujan, kelahiran seseorang, tiupan angin, tersebar wabak penyakit atau kematian seseorang. Ini dinamakan sebagai ilmu nujum atau ramalan. Ia adalah satu kepercayaan zaman kafir jahiliyah. Mereka ada kepercayaan dalam ilmu nujum dengan  mengganggap bahawa hujan turun kerana bintang-bintang tertentu. Ada ungkapan mereka akan sebut apabila hujan seperti “Hujan turun kerana bintang zodiak”.

JENIS-JENIS ILMU RAMALAN HARIJADI

Kadang-kadang ada orang yang hendak hidupkan harijadi ilmu bintang 12 iaitu:
1. Capricorn – Kambing Jantan
2. Aquarius – Pembawa Air
3. Pisces – Ikan
4. Aries – Domba Jantan
5. Taurus – Sapi
6. Cancer – Ketam
7. Leo – Singa
8. Scorpio – Kala Jengking
9. Gemini – Si Kembar
10. Virgo – Pelayan
11. Libra – Penimbang
12. Sagatarius – Pemanah

MENYANDARKAN HAL GHAIB KEPADA QADA’ DAN QADAR 

Ini adalah kepercayaan orang lahir bulan tertentu, maka masa depan akan jadi baik atau sebaliknya. Ini adalah ilmu ramalan. Hukumnya adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan tilik nasib. Ilmu menaruh kepercayaan atau kesan atas sesuatu selain dari Allah. Sedangkan kita wajib beriman hanya Allah yang memberi kesan atas segalanya. Sesuatu selain dari Allah tidak mampu memberi kesan terhadap apa yang berlaku atas muka bumi. Sebaiknya setiap yang berlaku disandarkan atas qada’ dan qadar Allah Taala. Begitu juga perbuatan membaca tapak tangan (palm reading) kerana ia termasuk ilmu bintang.

BAGAIMANA BOMOH TAHU PERKARA GHAIB?

Baru-baru ini ada orang menceritakan bahawa dia pergi jumpa bomoh (panggilan ustaz). Asalnya dia kena gangguan iaitu apabila malam akan ada jelmaan yang kacau. Masalahnya ialah tekaan ustaz tu tepat.

Apabila masuk rumah, Ustaz terus kata: “Engkau ada sesuatu ayat tak kena dan engkau berasal dari Jawa. Nama moyang adalah ‘fulan bin fulan’

Ustaz kata lagi: “Engkau ni kena buatan orang

Ustaz ini pengikut sufi Naqsyabandi. Kawan ni hanya dengar saja. Ditanya kepada ibunya dan yang mengejutkan bahawa itu adalah nama moyang. Ini datang soalan, macam mana ustaz itu tahu?

Ini dikatakan ilmu sihir. Bomoh guna ilmu ramalan kerana dia tidak kenal moyang kawan itu. Sebenarnya ia adalah ramalan berdasarkan bisikan syaitan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa yang tidak ada ilmu. Orang-orang seperti ‘ustaz’ ini mengambil peluang atas kejahilan manusia.  Akhirnya mereka dapat pengaruh dan wang ringgit.

Ini yang masalah. Kita beriman dengan adanya jin dan syaitan dan kita tidak nafikan sepertimana Allah sebut dalam Al Quran.

Firman Allah:Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus ke benang-benang, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.”  (Al-Falaq: 1-5)

MANUSIA DAN JIN – ANTARA DUA ALAM: ‘TEMPAT TU KERAS…ADA JIN’??

Semua ini termasuk ilmu ghaib. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kita beriman adanya jin, syaitan dan setiap kita ada qarin. Ada orang kata “Aku nampak syaitan” atau “Tempat tu keras….ada jin”. Sebenarnya Syaitan ikut kemana-mana sahaja kita pergi dan atas  kepala kita pun ada Jin dan Syaitan. Persoalannya wujudkah interaksi antara jin dengan manusia? Kita kata boleh sahaja tapi jangan cakap secara fakta kerana boleh jadi seperti yang Allah beritahu dalam surah Aj-Jin.

JIN MENCURI DENGAR ADALAH PROSES QADA’ DAN QADAR ALLAH

Ini kaedah tukang sihir bekerja. Macam mana tukang sihir berniaga adalah dengan menggunakan khidmat jin dan produk bomoh adalah dengan menjual ilmu ghaib. Bomoh dapat maklumat ghaib daripada syaitan yang mencuri dengar daripada malaikat. Perkara jin mencuri dengar dari malaikat adalah sebahagian proses qada’ dan qadar. Contohnya, Allah turunkan perintah turunkan hujan di Damansara kepada malaikat. Apabila perintah itu disampaikan mengikut proses yang ditetapkan, jin akan mencuri dengar. Jelasnya, Jin tidak tahu perkara ghaib.

JELAS SYAITAN ADALAH PEMBOHONG YANG NYATA

Dalam hadis disebut apabila jin mencuri dengar berita, mereka kena cepat sebelum kena panah dengan bintang. Mereka kena menyampaikan dengan cepat kerana syaitan yang terakhir akan sampaikan kepada tok bomoh. Tiada apa yang ajaib untuk bomoh, tukang sihir, juru tilik, juru ramal dan juru tenung. Bahkan kita kena hati-hati kerana mereka akan memesongkan akidah. Akhirnya kita percaya bomoh ini ada kuasa sedangkan mereka pembohong kerana mendapat maklumat dari syaitan yang pembohong.

Kata Imam Barbahari:Jangan melihat bintang kecuali hanya untuk mengetahui waktu solat”.

ILMU FALAK ADALAH ILMU SAINTIFIK MELALUI CERAPAN

Ini termasuk dalam pergerakan bintang yang boleh dipelajari. Dan ia adalah suatu perkara sains iaitu boleh dicerap dan bukan ramalan. Ramalan bukan sains kerana ramalan adalah perbuatan agak-agak dan sangka-sangka. Contohnya, kalau bintang bergerak ke kanan, orang ini akan hidup, mati, beruntung dan sebagainya. Dipelajari pergerakan matahari dan bulan untuk tujuan mengetahui masa atau musim. Masa untuk bercucuk tanam, masa mereka menuai dan bercucuk mengikut musim. Semua bergerak mengikut aturan Allah. Ini diistilahkan sebagai ‘Ilmu Falak’. Dalam ilmu pelayaran, kita melihat bintang untuk mengetahui arah utara, selatan, timur atau barat.

Ilmu bintang harus selagimana tidak ada kepercayaan yang tertentu yang mampu memberi kesan ke atas muka bumi.

ALLAH MENCIPTAKAN BINTANG DI LANGIT DENGAN 3 TUJUAN

 

1. Perhiasan langit.
Firman Allah: “Kami hiaskan langit dunia dengan pelita-pelita..” (QS Al-Fussilat:13)

2. Sebagai rejaman buat Syaitan.
Firman Allah: “..Kecuali mereka yang mencuri dengar lalu dikejar oleh percikan api yang jelas.” (QS Al-Hijr: 18)

3. Tanda menentukan arah semasa musafir

HADIS ‘PERCAYA KEPADA ALLAH DAN KUFUR KEPADA BINTANG’

Saya akan sebutkan kisah dari riwayat hadis Bukhari dan Muslim tentang kepercayaan orang dahulu. Nabi  solat subuh dalam peristiwa Hudaibiyah (6H).

Hadis Nabi ﷺ:Sesudah solat Subuh ternyata kesan hujan. Lalu Nabi selesai solat,  Allah berkata: ‘Telah tiba subuh sedangkan ada kalangan hambanya yang beriman dan kufur’. Ada yang mengatakan: ‘Kita telah mendapat hujan hasil kurniaan Allah dan rahmatnya’. Maka mereka itulah yang beriman kepadaKu dan kufur dengan bintang-bintang. Adapun yang mengatakan kami mendapat hujan dari bintang sekian-sekian, maka mereka kufur terhadap ku dan telah beriman dengan bintang-bintang” (HR Bukhari dan Muslim)

Ini peristiwa tentang celaan orang yang percaya ‘Ilmu Nujum’. Kita simpulkan bahawa hujan atau yang lain tidak terkesan dengan bintang-bintang atau planet-planet. Sebaliknya hujan turun dengan izin Allah Taala.

Berkenaan tentang perkara ghaib, kunci-kunci perbendaharaan ghaib hanya diketahui oleh Allah Taala.

ADA 5 KUNCI PERBENDARAAN GHAIB

1. Allah sahaja tahu Hari Kiamat
2. Allah yang menurunkan hujan
3. Allah mengetahui apa yang di dalam rahim.
4. Allah mengetahui apa yang manusia peroleh esok hari (ie rezeki dan sebagainya)
5. Allah tahu dimana seseorang itu akan mati.

Firman Allah:Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Al-Luqman:34)

KAEDAH SYARAK BERKENAAN SUNNATULLAH

Sunnatullah adalah tidak berubah dan kekal. Tidak mungkin hujan turun tanpa proses sejatan air hingga terjadi awan. Allah telah menetapkan mesti awan dan pokok pula keluar daripada benih.”

Yang pasti pengetahuan manusia sangat-sangat terbatas dan apa-apa yang berlaku Allah mengetahuinya sejak hari pertama lagi. Berdasarkan kelima-lima perbendaharaan itu, jika percaya kepada perkara ghaib selain Allah, dia jatuh syirik menyekutukan Allah. Allah kata hanya Dia sahaja yang tahun kunci ghaib ini.

SOALAN- SOALAN:

 1. Mohon jelaskan bagaimana jin masuk dalam badan manusia.

Nabi ﷺ: “Sesungguhnya jin bergerak dalam tubuh badan manusia seperti mana bergerak dalam darah.”

Maka dapat kita boleh buat kesimpulan adalah jin bergerak dalam tubuh manusia sepertimana  darah boleh bergerak serata tubuh badan.

TAKUTLAH TUHAN JIN DAN SYAITAN

Tidak hairan kenapa Rasulullah sentiasa mohon berlindung dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama jin adalah hamba dan tunduk kepada Allah. Jangan takut dengan jin tapi ‘Takutlah Tuhan Jin Dan Syaitan’ itu iaitu Allah. Maka perlu sentiasa meminta perlindungan dari Allah untuk keselamatan diri setiap masa seperti ketika masuk tandas, makan dan sebagainya.

2. Apakah orang yang rapat dengan Allah akan menyebabkan jin akan takut?

Tentu sahaja. Kita hanya ada dua keadaan sama ada dekat dengan Allah atau dekat dengan syaitan.

WALI ALLAH & WALI SYAITAN

Jika dekat dengan Allah, kita adalah wali Allah. Apa maksud wali Allah? Iaitu apabila Allah bantu, mengawasi, melihat pergerakan dan sentiasa dalam keselamatan. Manakala wali syaitan apabila syaitan yang menjaga, mengawasi, menentukan gerak-gerinya. Maka, syaitan lebih dekat orang itu yang jauh dari Allah.

3. Ada seorang ustaz ini yang meramalkan hari kiamat berdasarkan hadis dan teori. Adakah dibolehkan?

Tidak dibenarkan kita meramal hari kiamat. Ini adalah perbuatan yang kita sebut tadi iaitu ramalan. Akhirnya ia sesuatu benda yang tidak pasti. Ramalan boleh jadi betul dan tidak betul.

MENGAPA KAEDAH RAMALAN DITOLAK?

Apabila kita dengar soalan: “Di mana bazar Ramadan Taman Tun?”
Jawapan adalah : “Mungkin di jalan no. 1”

Adakah kita boleh terima jawapan itu? Sebenarnya jawapan ini tiada nilai. Mungkin adalah perkataan seperti ramalan. Maksudnya adalah mungkin adalah di jalan 2, jalan 3 atau jalan lain.

Jika ditanya:Mat, engkau dah ambil wudhuk?”. Jika jawapannya mungkin, perlu ulang wuduk kerana mungkin itu tidak ada nilai. ‘Mungkin’ adalah perkataan yang sangat tidak wajar menentukan sesuatu.

Jadi, walaupun seseorang ini menggunakan quran hadis dan beliau meramalkan kiamat datang. Ia ditegah melakukan perkara ini.

DALIL BAGI MENOLAK RAMALAN HARI KIAMAT

Jibril datang kepada Nabi  dan menanyakan apa itu Islam, Iman dan Ihsan. Kemudian Jibril tanya: “Bila datang hari kiamat?”. Nabi jawab: “Tidaklah orang yang ditanya lebih tahu dari orang yang menanya”.

PERLU SENTIASA BERSEDIA UNTUK MATI DARIPADA SIBUK TAHU BILA KIAMAT

Kata Syeikh Albani:Tanda besar hari kiamat adalah selepas keluar dajal ialah matahari terbit dari barat. Hatta matahari terbit sebelah barat itu pun kita tidak tahu bila hari kiamat. Itu hanyalah tanda dan kiamat mungkin mungkin selepas sehari, seminggu, setahun. Jangan bebankan sesuatu yang kita tidak tahu. Suka tak suka, hari kiamat tetap datang. Kita perlu sibukkan persediaan selepas mati nanti. Meramal hanya buang masa. Perkara ramalan ini hanya untuk terkejutkan orang atau sebagai entertaimen . Sepatutnya lebih suspen tentang persediaan.

4. Apa pendapat ustaz berkenaan ilmu membaca karakter wajah (facial expression)?

KAEDAH SYARAK MENENTUKAN KESAHIHAN ILMU

Adakah ia ilmu? Ilmu adalah sesuatu itu yang PASTI DAN YAKIN dan ia boleh dijadikan hukum. Boleh sahaja facial expression menipu dan keliru.

Perlu dilihat membaca karektor wajah adakah ia cabang psikologi atau selama mana sesuatu itu tidak masuk bab ramalan.

5. Bagaimana kalau nak hantar anak perempuan belajar di luar Negara, adakah perlu mahram walaupun ada bersama rakan perempuan di sana?

Perlu mahram. Maksud mahram adalah saudara lelaki yang sudah baligh. Istilah syarak sangat jelas. Tinggal lagi manusia ini yang nak ikut syarat atau bermuslihat.

MANUSIA KINI LEBIH TERIKUT DENGAN BUDAYA BARAT

Kita sebenarnya terikut dengan budaya barat. Barat telah tentukan hidup kita. Wajib pergi ke sekolah, lepas tu masuk universiti. Sebagai orang Islam kenalah bijak sikit, apa keperluan sampai nak sambung belajar hingga lupa tuntutan agama. Lagi-lagi perempuan.

Ilmu agama wajib tak kira lelaki atau perempuan. Tapi bab dunia kena muhasabah apa keperluan sampai nak belajar ilmu keduniaan seperti kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya.  Orang barat mereka memang lupa. Islam ada tuntutan seperti barangkali kewajipan dalam berumahtangga. Lagi-lagi zaman fitnah ini. Banyak berlaku perkara haram , zina dan lain-lain. Maka perkahwinan dalam perkara ‘things to do’ umat Islam. Orang barat kejar dunia sahaja, nak kerjaya dan kejar rumah besar. Orang Islam terikut-ikut mentaliti orang barat ini.

Benarlah kata nabi ﷺ:Sehingga lubang biawak pun, kita pun nak ikut sama”.

Kadang-kadang umur dah lanjut masih tak berumah tangga. Masalah besar kalau terjadi seperti ini seperti zina berleluasa, maka begitu juga luar nikah. Adakah ini yang kita nak? Insitusi kekeluargaan runtuh di Barat. Kononnya nak kejar kerjaya sedangkan perkara asas mendirikan rumahtangga kita tak tahu.

6. Apakah kaedah menghalau jin dan apa perkara mudarat disebabkan jin tersebut?

KAEDAH MENGHALAU SYAITAN DAN JIN

Untuk mencegah jin dan syaitan. Perlu dibacakan quran. Boleh saja dipilih ayat-ayat disebut oleh Nabi  seperti ayat 3 qul atau rumah yang dibaca surah Baqarah tidak dimasuki syaitan. Yang penting kembali ajaran syarak iaitu membaca ayat quran dan tidak lebih daripada itu.

MUSLIHAT SYAITAN UNTUK ROSAKKAN MANUSIA

Syeikh Albani kata berbicara dengan pesakit adalah tiada asas seperti :Siapa nama engkau,  siapa yang hantar engkau. Kita tahu manusia boleh menipu, inikan syaitan yang memang penipu.” Siapa yang hantar engkau: “ Jiran sebelah”. Habislah sebab masing-masing berkelahi.

Sebaiknya ruqyah diri sendiri adalah lebih utama dan yakin dengan pertolongan Allah. Jika hendak juga mendapatkan ruqyah ustaz dari luar, perlu dilihat siapa orang tersebut. Ia tidak digalakkan. Perlu tapis-tapi siapa ustaz tersebut. Kalau ustaz macam tadi pasti ini ustaz khurafat tahyul jin dan syaitan. Begitu juga kalau bawa telur, air, tanya nama penuh dan nama ibu. Ini tak masuk akal. Tidak ada kena mengena.

Advertisements