HUKUM SOLAT HARI RAYA (EID): WAJIB ATAU SUNAT?
Oleh Syaikh Abu al-Hasan Mustafa bin Ismail as-Sulaimani

Apakah hukum solat Hari Raya (Eid)  wajib atau sunat?

Jawapan:
“Berkaitan dengan persoalan ini, ada tiga pendapat yang masyhur di kalangan Ulama :”

1. Sunat – Ini adalah pendapat majoriti Ulama.
2. Wajib – Ibn Taymiyyah,Ibn Qayyim, Sy Albani, Sy Uthaymin dan lain-lain

HUJAH PERTAMA: SOLAT RAYA ADALAH ‘SUNAT’
Ulamak mengatakan Sunat- Majoriti

Thalhah bin Ubaidillah, ia berkata:Telah datang seorang laki-laki penduduk Nejad kepada Rasulullah ﷺ,  kepalanya telah beruban, garau suaranya terdengar tetapi tidak boleh difahami apa yang dikatakannya kecuali setelah dekat. Ternyata ia bertanya tentang Islam.

Maka Nabi ﷺ menjawab:Solat lima waktu dalam sehari dan semalam”.
Lelaki Badwi bertanya lagi: “Adakah saya punya kewajiban solat lainnya?”

Nabi ﷺ menjawab:Tidak, melainkan hanya amalan sunat saja. Kemudian berpuasa Ramadhan”.
Lelaki Badwi bertanya: “Adakah saya punya kewajiban puasa yang lainnya?”
Nabi ﷺ menjawab:Tidak, melainkan hanya amalan sunat saja”.

Perawi (Thalhah bin Ubaidillah) mengatakan bahawa kemudian Rasulullah ﷺ menyebutkan zakat kepadanya.

Lelaki Badwi bertanya: “Adakah saya punya kewajiban lainnya?
Nabi ﷺ menjawab:Tidak, kecuali hanya amalan sunat saja”.

Perawi mengatakan: ”Setelah itu orang ini pergi sambil berkata: “Demi Allah, saya tidak akan menambahkan dan tidak akan mengurangkan ini”.
Nabi ﷺ menjawab:Niscaya dia akan beruntung jika ia benar-benar (melakukannya)”.

HUJAH: BERDASARKAN DALIL UMUM
Hadits ini menunjukkan bahawa solat selain solat lima waktu dalam sehari dan semalam, hukumnya bukan wajib (Fardu Ain). Dua solat Eid termasuk kedalam keumuman ini iaitu bukan wajib melainkan hanya sunat saja.

 

PENDAPAT KEDUA: SOLAT RAYA ADALAH ‘WAJIB’
Ulamak Mengatakan Wajib:  Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Sy. Albani, Sy. Uthaymin dll

SYARAH OLEH IBN TAYMIYYAH

DALIL 1 – NABI TIDAK BERI KERINGANAN SOLAT EID KEPADA SAHABAT

Para sahabat dulu melaksanakan solat Eid di tanah lapang bersama Rasulullah. Nabi ﷺ tidak pernah memberikan keringanan kepada seorangpun untuk melaksanakan solat tersebut di Masjid Nabawi.Hal ini menunjukkan bahawa solat Eid termasuk jenis solat Jumaat, bukan termasuk jenis solat-solat sunat.

DALIL 2 – NABI TIDAK BIARKAN SOLAT EID TANPA KHUTBAH

Nabi ﷺ juga tidak pernah membiarkan solat Eid tanpa khutbah seperti dalam solat Jumaat. Hal semacam ini tidak didapati dalam Istisqa’ (doa meminta hujan), sebab Istisqa’ tidak terbatas hanya dalam solat dan khutbah saja, bahkan Istisqa’ boleh dilakukan hanya dengan berdoa di atas mimbar atau tempat-tempat lain. Sehingga kerana itulah Abu Hanifah Rahimahullah membatasi Istisqa’ hanya dalam bentuk doa, ia berpandangan bahawa tidak ada solat khsusus untuk istisqa’.

DALIL 3 – ALI R.A. WAJIBKAN KAUM LEMAH UNTUK SOLAT EID

Sesungguhnya ada riwayat yang jelas dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, yang menugaskan seseorang untuk mengimami solat Eid di Masjid bagi golongan kaum Muslimin yang lemah. Andaikata solat Eid itu sunat, tentu Ali tidak perlu menugaskan seseorang untuk mengimami orang-orang yang lemah di Masjid. Kerana jika memang sunat, orang-orang lemah ini tidak usah melaksanakannya, tetapi Ali tetap menugaskan seseorang untuk mengimami mereka di Masjid, bererti ini menunjukkan wajib, sehingga orang-orang lemahpun tetap wajib melaksanakannya.

DALIL 4 – GADIS DISURUH KELUAR WALAUPUN SEDANG HAIDH

Diriwayatkan oleh Ummu ‘Atiyyaah r.a. yang berkata: “Kami disuruh supaya membawa keluar gadis-gadis remaja dan wanita yang sedang haid pada dua hari raya supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan (doa)  orang Islam. Wanita yang sedang haid hendaklah mengasingkan diri dari tempat solat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

DALIL 5 – NABI MENYURUH PINJAM JILBAB SUPAYA KELUAR SOLAT EID

Ketika ada diantara kaum wanita berkata kepada Nabi ﷺ bahawa salah seorang di antara mereka tidak memiliki jilbab, tetapi Nabi ﷺ tetap tidak memberikan keringan kepada mereka untuk tidak keluar.

Rasulullah ﷺ menjawab:Hendaknya ada yang meminjamkan jilbab untuknya”. [Hadits shahih, muttafaq ‘alaihi, sedangkan lafalnya adalah lafal Imam Muslim]


DALIL 6 – NABI TIDAK TEKANKAN WANITA UNTUK SOLAT BERJEMAAH KECUALI SOLAT EID

Nabi tidak mewajibkan perempuan untuk solat jumaat atau solat berjamaah.
Nabi ﷺ  bersabda bagi para wanita: “Dan di dalam rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”.

DALIL 7 –  SOLAT EID ADALAH SYIAR ISLAM

Demikian pula tidak pernah sekalipun diketahui bahawa di negei Islam solat Eid di tinggalkan, sedangkan solat Eid termasuk syiar Islam yang paling agung.

Firman Allah:Dan hendaklah kamu bertakbir (mengagungkan) kepada Allah atas petunjuk-Nya”. (QS Al-Baqarah : 185).

Pada ayat itu Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan bertakbir pada hari Iedul Fitri dan Iedul Adha. Artinya, pada hari itu Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan solat yang meliputi adanya takbir tambahan, sesuai dengan cara takbir pada raka’at pertama dan rakaat kedua.

[Hujah Oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah disertai sedikit penambahan keterangan dan pengurangan. Lihat Majmu’ Fatawa XXIV/179-183].

ULAMAK MENGGUGURKAN KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT JIKA BERTEMU DENGAN SOLAT EID

Imam Shana’ani, dan Shidiq Hasan Khan dalam “Ar-Raudhah An-Nadiyah” menambahkan bahawa apabila (hari) Eid dan Jumaat bertemu, maka (hari) Eid menggugurkan kewajiban solat Jumaat. Padahal solat Jumaat adalah wajib, tidak ada yang boleh menggugurkan kewajiban ini melainkan yang menggugurkannya pasti merupakan perkara yang wajib. (Lihat pula Subul as-Salam II/141).

BANTAHAN DALIL-DALIL SOLAT EID ADALAH ‘SUNAT ATAU FARDU KIFAYAH’

Kata Ibn Qayyim:Dalil yang digunakan adalah berdasarkan hadis lelaki Arab Badwi  adalah mungkin hadits tentang Badui Arab itu (khusus menerangkan) masalah kewajiban solat dalam sehari dan semalam (bukan mengenai kewajiban setiap tahun). Padahal solat Eid termasuk kewajiban solat yang bersifat tahunan, bukan kewajiban harian.” (Ibnu Al-Qayyim Rahimahullah dalam “Kitab ash-Shalah” hal.39)

Kata Ibnu Taimiyah: “Siapa yang berpendapat solat Eid itu Fardhu Kifayah, maka perlu dikatakan kepadanya bahawa hukum Fardhu Kifayah hanya terjadi pada sesuatu yang maslahatnya dapat tercapai jika dilakukan oleh sebahagian orang, misalnya menguburkan jenazah atau mengusir musuh. Sedangkan solat Eid maslahatnya tidak akan tercapai jika hanya dilakukan oleh sebagian orang. Kemudian kalau maslahat solat Eid ini dapat dicapai dengan hanya sebagian orang,berapakah jumlah orang yang dibolehkan agar maslahat solat tersebut dapat tercapai.?

Maka sekalipun dapat diperkirakan jumlah tersebut, tetapi pasti akan menimbulkan pemutusan hukum secara peribadi, sehingga mungkin akan ada yang menjawab ; satu orang, dua orang, tiga orang …. dan seterusnya”. (Dinukil dari Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah).

KESIMPULAN

Dalam mencari hukum yang rajih (tepat) dan benar, syarak menetapkan kaedah mengharmonikan dalil jika hadis dilihat seakan-akan kontradik.

i. Hadis lisan diutamakan dari Hadis perbuatan.
eg.
Hadis Nabi ﷺ melarang minum berdiri dan Baginda minum berdiri; atau

Hadis larangan membuang air mengadap kiblat dan Baginda membuang air mengadap kiblat
ii. Hadis Larangan diutamakan dari Hadis mengharuskan.
iii. Hadis khusus diutamakan dari Hadis umum
eg. Hadis wajib taat pemimpin walaupun zalim (khusus) vs Hadis amar makruf nahi mungkar (umum)
iv. Perlu memahami hadis secara menyeluruh
Bukan ambil sebahagian dan abaikan sebahagian yang lain
v. Menggunakan kaedah Akharfu Dharrarain (antara 2 mudarat) jika tiada jalan keluar
eg. Mengundi (menyalahi syarak kerana syubahat demokrasi) vs Kewajipan Pertahankan Pemerintah Muslim (Al-Jamaah). Atau darurat membolehkan melakukan hal tegahan syarak mengikut keperluan sahaja.
vi. Mengelak shubahat

Maka, menunaikan solat Hari Raya (Eid) adalah WAJIB  berdasarkan Kaedah III iaitu HADIS KHUSUS iaitu Nabi menyuruh ‘wanita meminjam jilbab untuk keluar solat eid’ diutamakan berbanding dari HADIS UMUM (Nabi dan lelaki Badwi).

Wallahualam
Sumber: https://almanhaj.or.id/327-hukum-solat-ied-wajib-atau-sunat.html

 

 

Advertisements