Syarah Fiqh Praktis Oleh Ustaz Idris Sulaiman, 3 Feb. 2017

JENAMA ‘BANK ISLAM’ ATAU ‘INSURAN ISLAM’ UMPAMA MUSLIHAT YAHUDI DALAM TANGKAPAN IKAN

Pandangan Syeikh Al-Albani: “Semua bank di dunia pada hari ini termasuk yang berjenama Islam terpalit dengan riba sama ada secara terang-terangan atau dengan tipu daya muslihat. Bank yang berjenama Islam lebih buruk kerana menggunakan nama Islam dan cara muslihat bagi menghalalkan apa yang diharamkan oleh Syarak.

Perbuatan ini sinonim dengan sifat orang Yahudi sebagaimana dalam kisah larangan Allah atas mereka menangkap ikan pada hari Sabtu dalam Al-Quran di mana akhirnya mereka bermuslihat dengan memasang jala pada hari Jumaat dan mengambil hasil tangkapan ikan pada hari Ahad.

Ternyata walaupun pada hari Sabtu mereka secara fizikal tidak menangkap ikan tetapi Allah tetap mencela dan melaknat mereka kerana realitinya mereka bermuslihat dengan adanya jala mereka terpasang bagi menangkap ikan pada hari Sabtu tersebut.”

DALIL LARANGAN RIBA

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan riba), ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS Al-Baqarah: 278-279)
Allah berfirman:Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS Al-Baqarah: 275)

Sabda Nabi : “Jauhilah oleh kalian tujuh (perkara) yang membinasakan.” Para Sahabat bertanya, “Apa itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan cara yang haq, memakan RIBA, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menu-duh wanita yang suci bersih lagi beriman (dengan perzinaan).”(HR Muslim)

Dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, orang yang mewakilinya, pencatatnya dan dua saksinya. Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (HR Muslim)

INSURAN & KAEDAH PENCARUM

Insuran datang daripada kaedah mencarum dari sejumlah wang yang ditetapkan. Andaikata seorang meninggal, orang yang lain akan membayarnya. Syarikat Insuran pula perlu sentiasa ada pencarum yang baru kerana pencarum baru ini yang masih tiada tuntutan. Oleh itu syarikat Insuran (Takaful) akan sentiasa mencari pencarum yang baru. Kalau tuntut sahaja, ia satu bebanan kepada syarikat.

KAEDAH ASAS INSURAN @ TAKAFUL

Katalah ada 10 pencarum. Apabila seorang daripada 10 pencarum meninggal dunia, maka faedah (wang tuntutan) akan dibayar oleh 9 orang lain.

TIADA JAMINAN SYARIKAT TAKAFUL KEKAL & BAGAIMANA NASIB PENCARUM TERAKHIR

Adakah syarikat takaful ini ada tempoh beroperasi? Atau dia akan kekal selamanya sampai hari kiamat? Kalau selamanya, mana jaminan syarikat takaful ini tidak akan tutup atau tidak akan songlap? Mana jaminan syarikat insuran akan sentiasa membayar tuntutan?

Apa yang dijelaskan Syeikh Albani berkenaan syarikat takaful atau insuran ini adalah ‘Mesti Ada Orang Yang Terakhir’ dalam kalangan pencarum tersebut, dan dia tidak akan dapat tuntutan tersebut. Orang terakhir lazimnya adalah orang malang.

INSURAN ADALAH PERJUDIAN

Siapa yang hendak bayar untuk orang terakhir itu? Dalam masa yang sama, pastinya syarikat akan habis duit atau tutup. Maksudnya, kita memperjudikan wang kerana kita bergantung kepada sesuatu yang tiada jaminan.

Cumanya perkara ini sudah biasa dan kita rasa ok. Kalau kena kemalangan akan dapat faedah. Hingga kita merasakan pasti akan dapat tuntutan kerana syarikat ada nama baik atau pengurusan yang baik. Perlu diingat bahawa setiap satu syarikat pasti akan ada tempoh.

SYARIKAT KAYA KERANA PENCARUM RAMAI

Syarikat tidak akan keluar dari wang kocek mereka sendiri. Begitu juga bank, mereka kaya bukan sebab bank itu kaya tetapi puncanya dari pencarum yang ramai. Maka jika semua orang mati, dan pasti ada orang terakhir yang malang.

 

SOALAN – SOALAN

 1. Bagaimana kalau duit insuran atau bank berpunca dari pelaburan?

IKTIBAR SYARIKAT INSURAN SEMASA PERISTIWA TSUNAMI DI JEPUN

Pelaburan tidak semua keadaan yang menguntungkan. Ada untung dan rugi. Kalau sesetengah Negara seperti di Jepun. Pada hari pertama mereka dilanda Tsunami, hari pertama itulah syarikat insuran semua tutup. Maka, mereka tidak boleh bertanggungjawab dan tidak akan cukup duit untuk membayar.

MENCARUM RM100 DAN JIKA MENINGGAL DAPAT RM1 JUTA?

Adakah tidak masuk akal kerana siapa yang akan bayar kalau bukan orang lain. Contoh adalah jika ada 10 orang mencarum dan serentak mereka mati. Siapa yang akan bayar?

GAMBARAN PALSU INSURAN

Sering digambarkan insuran atau takaful ini baik dan terjamin. Kita nak jadi tuhan ke? Memang ada keadaan syarikat takaful tidak mampu bayar atau tak nak bayar. Ini hakikat dan perlu buka minda dan berpijak kepada realiti.

APABILA TERKENA, BARU DAPAT FAEDAH ADALAH BENTUK PERJUDIAN

Syeikh Albani kata insuran atau takaful ini perjudian. Apabila saya mati, saya akan dapat sejuta. Ia macam kita main tikam. Apabila masuk lubang dapat duit.

2. Adakah satu bentuk perjudian jika beli barang elektronik dan tambah wang untuk melanjutkan tempoh waranti?

Masalahnya lubang (faedah) ini boleh didapati jika barang rosak. Kalau barang tidak rosak maka tidak dapat tuntut. Adakah kita untung atau rugi?

Bukan isu pencarum redha atau tidak tetapi tidak boleh sekongkol dengan perkara haram. Redha dengan qada’ dan qadar dan bukan dengan redha dengan perkara haram.

3. Hukum bekerja dengan Bank atau Syarikat Insuran?

Tinggalkan. Bumi Allah luas.

4. Apakah kaedah Takaful mengikut syarak?

ULAMAK BANTAH MENGGUNAKAN NAMA ISLAMIK UNTUK PERKARA HARAM

Sama juga dengan Insuran. Ulamak sangat membantah penggunaan nama-nama Islamik. Ia hanya mengelabui orang ramai. Mereka kata hendak Islam, sedangkan transaksi ada riba. Insuran masalahnya adalah sejenis perjudian.

Takaful tak ada judi? Ini yang kita keliru. Sejauh mana praktik mereka menetapi Islam.

APAKAH SISTEM TAKAFUL MENURUT ISLAM?

Takaful bermaksud membantu saudara susah. Kalau sesiapa ditimpa ada musibah, takaful ada perjanjian jelas. Duit akan diberi oleh mangsa. Jika ada lebihan pada Takaful itu, maka akan diserahkan semula kepada pencarum kesemua baki yang ada.

BEZA ANTARA ‘TAKAFUL’ DAN ‘SYARIKAT TAKAFUL’

i. Takaful Islam – bukan perniagaan tapi membantu dan bukan bersifat keuntungan.
ii. Syarikat Takaful – Berlandaskan keuntungan

BEZA ‘PINJAMAN ISLAM’ DAN ‘PINJAMAN RIBA’ ADALAH MENGHARAPKAN FAEDAH

Pinjaman Islam untuk membantu semata-mata. Kalau Mengarapkan Apa-Apa FAEDAH Itulah Riba. Orang itu bayar lebih walau seringgit, itu riba. Kalau kena bagi khidmat, itu juga riba.

Pinjaman Islam adalah bentuk kebajikan dan bukan ambil kesempatan. Bank berdiri atas keuntungan. Insuran atau takaful perlu dilihat adakah ia “Institusi Kebajikan atau Insitusi Syarikat (keuntungan)”. Jika berasaskan untung, maka ia haram.

TAKAFUL PERLU ADA TEMPOH AKAD & DIKEMBALIKAN WANG JIKA TIADA KEMALANGAN

Takaful adalah sistem yang ‘Tiada Niat Untuk Mencari Keuntungan’. Bermula dengan niat dan tindakan. Kena jelas syarikat atau takaful. Bezanya dalam Sistem Takaful, jika tidak ditimpa kemalangan, wang dipulangkan semula sepenuhnya kepada pencarum. Kena ada tempoh. Tidak mungkin satu akad untuk tempoh selamanya.

JIKA PEMINJAM MATI, HUTANG TETAP PERLU BAYAR

Kaedah kalau mati tidak payah bayar, ia salah walaupun Insuran yang bayarkan. Takaful perlu ada tempoh setahun, dua tahun dalam kadar boleh diurus. Tak boleh lama-lama. Apabila ambil duit orang bukan mudah-mudah. Habis tempoh, wang perlu dipulangkan. Perlu sepakat.

Kalau ada 10 orang dan carum RM10 seorang. Dalam perjanjian, kalau seorang mati, akan dibayar RM20. Maka cukup tempoh, baki perlu dibayar balik kepada 9 orang yang tidak mati semula.

5. Dalam urusan bank, pengurusan kena sewa bangunan, bayar pekerja, letrik dan lain-lain. Jadi, dimanakah sumber pendapatan tersebut boleh dihasil?

Ini yang merosakkan sistem kalau ada benda-benda lain. Ada caj pengurusan, perkhidmatan. Dalam Islam semua kena jelas. Takaful bersifat dalam skala kecil kecilan dan bukan besaran. Ini yang datang syubahat bil letrik, bayaran pekerja dan lain-lain.

6. Bagaimana jika menyertai Takaful bersama pakej pelaburan?

Ini masalah Takful kerana dalam masa mencarum diberi pakej pelaburan. Takaful bukan pelaburan, simpanan atau bukan bantu fakir miskin. Masalahnya adalah semua dicampuradukkan supaya kita keliru.

Apabila menggunaka Islam iaitu ‘Takaful’ itu yang jadi masalah.

7. Adakah dibolehkan jika terus membuat caruman Syarikat Takaful sekarang?

Ini memperjudikan agama. Haram kena tinggalkan melainkan ada terpaksa. Contoh, jika tidak ambil Insuran kereta, maka kita tidak boleh bergerak. Sekadar terpaksa.

Jangan makan babi tetapi siap buat panggang atau sup.

8. Bagimana jika terpaksa ambil Insuran medikal kerana ketika ini kos perubatan sudah mahal?

Adakah dibolehkan seseorang menggunakan alasan terpaksa sebelum masa terpaksa? Makan khinzir sebelum waktu terpaksa.

IKHTIAR & KEADAAN TERPAKSA

Maka ikhtiar adalah dengan cara doa, jaga diet, jaga kesihatan dan lain-lain. Tidak hairanlah kita terjebak perkara haram kerana tidak ikut cara syarak. Keterpaksaan hanya apabila kita ditimpa terpaksa. Ketika sakit, baru ikhtiar. Bukan dalam keadaan sihat, kita dah plan dalam perkara yang haram.

IKHTIAR CARA HALAL DAN TAWAKAL

Saya tidak nafikan sistem ini yang kita berada di dalamnya. Kita kena muhasabah dan kembali kepada asas syarak. Sebagai muslim ada kaedah ‘ikhtiar cara halal’ dan ada ‘tawakal’ dalam hal-hal yang melibatkan musibah. Tawakal mengambil sebahagian besar dari cara hidup kita.

CARA ORANG KAFIR BERFIKIR & MUSLIM YANG TAWAKAL

Cara kafir adalah 1+1= 2. Kita orang Islam bukan macam tu.

Firman Allah: ““Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3)

Maksud Taqwa – Mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya (Imam Nawawi).

Antara perkara haram adalah riba dan judi (Insuran). Orang kafir mereka tidak sabar. Ada kuasa Allah yang kita tidak nampak. Allah suruh guna cara halal dan tinggalkan haram.

Jangan ada cara fikir:  “Kitalah yang menentu segala-galanya’.

Perkiraan kita kalau nak sihat, perlu ada insuran. Kalau tidak ada insuran nanti kemalangan macam mana?

HINAAN DAN BALASAN ALLAH JIKA TANPA TAWAKAL

Yakinlah, apabila ‘Berserah Kepada Diri Semata-Mata’ atas alasan kita bijak, percayalah Allah akan hina kita. Allah akan benar-benar menimpa kita kemalangan, kefakiran atau kemiskinan. Dengan tidak semena-mena kita akan dapat kemalangan dengan cara yang tidak disangka. Anak kita jatuh sakit, kita jadi mangsa jenayah. Contoh sahaja.

Bertawakal kepada Allah adalah kunci kejayaan dan kunci kekuatan seorang Muslim. Bukan insuran atau cara haram yang lain.

9. Apakah riba jika Insuran memberi ganjaran apabila tempoh matang?

INSURAN DAN TAKTIK UNTUK MENARIK PENCARUM

Ini teknik untuk menarik pencarum. Kalau cukup matang, kamu akan dapat untung sikit. Kalau tidak membuat tuntutan, syarikat akan bagi sedikit saguhati supaya orang sedap hati. Pastinya orang sakit hati sebab lama bayar tetapi tidak mendapat ganjaran apa-apa.

SAKIT HATI KERANA JUDI VS INSURAN

Begitu juga orang sakit hati apabila balik dari tempat perjudian. Sebab itu orang balik judi dari Genting Highland mereka bunuh diri. Dia dah labur banyak tapi tidak untung-untung. Dia sakit hati dan akan rasa marah dengan tempat judi itu. Mereka akan rasa dipermainkan atau dipergunakan. Maka kaedah memberi saguhati adalah untuk ubat hati yang sakit. Maka dapat ganjaran sikit. Ini beza dengan Kaedah Takaful sebenar yang akan serah sepenuhnya wang kepada pencarum jika tiada kemalangan berlaku. 

10. Pergi Genting Highland main judi kalau menang (masuk lubang) dapat sejuta, tetapi pergi kaki lima main tikam menang dapa rm10. Adakah dikira tetap judi?

Tetap judi. Bezanya hanya kecil atau besar.

11. Bolehkah menyertai Takaful sambil membuat pelaburan?

KAEDAH PERLU JELAS

Erti Takaful adalah bantu membantu. Kalau pelaburan ada salurannya.  Apabila masuk takaful kemudian jadi bentuk pinjaman, jadi pelaburan, jadi wakaf. Bukan semua boleh pakejkan sekali. Akhirnya ia tidak lebih hanya mengabui mata masyarakat untuk masuk dalam lubang.

12. Apakah diwajibkan zakat jika jika masih berhutang rumah dan tidak mampu bayar rumah bayar sekali gus?

Zakat perlu dibayar juga jika tidak ada niat untuk bayar hutang keseluruhan.


 

Advertisements