KANDUNGAN

1.0  Punca Krisis Arab Saudi-Qatar
2.0  Fakta Ringkas Hubungan Arab Saudi – Qatar Terputus
3.0  Rasional Arab Saudi Tidak Menyokong Mursi
4.0  Ikhwanul Muslimin: Kelompok Khawarij Yang Membelakangkan Rasulullah ﷺ
5.0  Bukti Kebejatan Qatar, Ikhwanul Muslimin & Qaradhawi (Video)
6.0  Pendirian Ikhwanul Muslimin Terhadap Syiah
7.0  Kritikan Kepada Raja Salman Kerana Menerima Kunjungan Presiden Amerika Ke Arab Saudi (Jawapan)
8.0  Fakta Berkenaan Arab Saudi & Sebab Dibenci
9.0  Sayyid Quthub Pelopor Pemikiran Terorisme: 3 Aliran Sesat Ikhwanul Muslimin, Peranan Arab Saudi & Fatwa Ulamak Kibar IM Bukan Ahli Sunnah
10.0 
Arab Saudi & Terrorism: Ikhwanul Muslimin & Syiah – Realitinya Mereka Ibarat ‘Si Pencuri Berteriak Pencuri’
11.0  Kesimpulan…. Antara Fakta (Kebenaran) vs Dakwaan
*Sila tekan nombor untuk terus ke artikel

BAHAGIAN 1

Punca Krisis Diplomatik Hubungan Arab Saudi – Qatar – home

Ulasan Oleh Ustaz Idris Sulaiman, 7 Jun 2017

1. Apakah isu Arab Saudi dengan Qatar?

Seperti yang disebutkan oleh Prof. Syeikh Sulaiman Ar Ruhaili, beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Madinah. Saya sempat berguru dengan beliau semasa menuntut di sana.

SERAHKAN URUSAN KEPADA PEMERINTAH 

Syeikh Sulaiman berkata:Terhadap Kerajaan dan Pemerintah Qatar, urusan terhadap mereka diserahkan kepada Kerajaan dan Pemerintah dan kita menaruh keyakinan terhadap Pemerintah dan Kerajaan kita (Arab Saudi) di samping berdiri di belakang mereka dalam satu saf, dan barang siapa yang keluar dari saf ini maka dia adalah pengkhianat.”

Saya kira Syeikh Sulaiman berkata begini kerana ia melibatkan isu yang jauh dari pengetahuan masyarakat. Perkara yang kita kena maklum bahawa banyak yang kita tidak tahu. Perkara Intelligent, perkara rahsia, perancangan musuh, perancangan Amerika, Isreal, perancangan agen perisikan CIA, agen perisikan MOSSAD. Apa peranan yang dimainkan oleh Iran dalam hal ini. Iran kita tahu secara yakin dan pasti bahawa mereka ini adalah musuh dalam selimut.

IRAN MEMUSUHI SUNNI DAN ARAB SAUDI

Iran memusuhi golongan sunni dan kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi yang paling kehadapan menyanggah Iran dan perancangan mereka. Arab Saudi paling bersuara tanpa segan silu menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan Iran. Akhirnya Arab Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran apabila telah berlaku insiden yang sepatutnya tidak berlaku.

MENYALAHKAN ARAB SAUDI TANPA BUKTI ADALAH KESIMPULAN YANG MELULU

Dalam masalah yang melibatkan isu keselamatan dan antarabangsa, kita kena berhati-hati dan jangan kita terlalu cepat membuat kesimpulan melulu, apatah lagi terhadap kerajaan Arab Saudi. Saya agak berdukacita dalam isu seperti ini ramai yang memilih untuk salahkan Arab Saudi semata-mata. Pendirian ini bukan sahaja diambil oleh Arab Saudi tetapi Emirates Arab Bersatu, Bahrain dan juga Mesir, dan lain-lain. Mengapa hanya Arab Saudi yang dipersalahkan? Sejauh mana kita tahu siapa yang salah dan siapa yang benar dalam hal ini?

MERUNGKAI MISTERI HUBUNGAN BAIK QATAR – IRAN 

Kita lihat Qatar pula bahawa adanya petunjuk mereka memang ada hubungan dengan Iran dan menganggap Iran adalah sekutunya. Bagaimana kita nak sangka baik dengan Qatar kerana secara terang mereka bersekutu dengan Iran yang jelas memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan sahaja Arab Saudi tetapi seluruh dunia. Mereka secara terang-terangan bersekongkol dengan Iran.

ADIL KEPADA WARGANEGARA QATAR KERANA KEROSAKAN DISEBABKAN PEMERINTAH QATAR

Syeikh Sulaiman menasihatkan:Kedudukan terhadap warganegara Qatar, mereka adalah saudara kita dan kita tidak meredhai sebarang kejahatan terhadap mereka dan tidak dibolehkan untuk menghina mereka ataupun menghina negara mereka dan kita mendoakan buat mereka semoga Allah menjaga mereka daripada golongan pengikut hawa nafsu dan ahli bidaah.”

DAKWAAN ARAB SAUDI MEMBANTU ISIS DAN DAESH TIDAK BERASAS

Yang menjadi isu sekarang adalah pemerintah Qatar. Mereka yang memilih mendekati dan bersekongkol dengan Iran. Dalam masa yang sama ada juga tuduhan berat yang dilontarkan kepada kerajaan Arab Saudi seperti bersekongkol dengan gerakan seperti DAESH, ISIS dan sebagainya. Satu dunia membantah keburukan ISIS.

Seingat saya sejak sekian lama Arab Saudi dipersalahkan di atas apa sahaja pergolakan yang berlaku di Syria atau kekacauan yang dilakukan oleh DAESH dan ISIS. Arab Saudi dikatakan bahawa mereka adalah tangan sembunyi yang memberi sokongan persenjataan dan kewangan kepada ISIS dan DAESH.

PERLU SELIDIK KAITAN QATAR DAN GERAKAN ISIS/DAESH

Agak mengejutkan secara terang-terangan Arab Saudi mengatakan ia adalah kerja Qatar dalam menyokong gerakan ISIS atau DAESH. Bukankah sekarang kita perlu selidik dakwaan ini. Tetapi  agak mendukacitakan, dakwaan masyarakat mengatakan Arab Saudi yang sokong ISIS dan DAESH di Syria. Mereka tidak pula mahu mengalihkan tumpuan kepada Qatar. Sebaliknya menyalahkan Arab Saudi atas pendirian yang mereka ambil. Sepatutnya kita berhati-hati dan berpada tidak mengambil kesimpulan yang melulu. 

PERKARA KE-3: HUBUNGAN QATAR DAN KELOMPOK SYAITAN IKHWANUL MUSLIMIN, SYIAH DAN PENGGANAS

Kata Syeikh Sulaiman:Kedudukan terhadap kelompok-kelompok hizbiyah dan tindak tanduk syaitan di Qatar. Kelompok ini wajib dibenci, dan mereka yang berkemampuan wajib untuk membongkar kebejatan mereka, menjelaskan keadaan mereka dan keadaan mereka yang bersekongkol.

Apa yang dimaksudkan kelompok hizbi (tindakan syaitan) seperti Ikhwanul Muslimin dan pengganas seperti puak Syiah Houthi di Yaman. Kelompok Al Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden suatu ketika. Ini adalah kelompok jelas yang membawa kekacauan di Negara Islam.

IKHWANUL MUSLIM ADALAH KAUM PEROSAK NEGARA ISLAM

Ramai yang masih tidak tahu sejarah Ikhwanul Muslimin dan bagaimana mereka banyak  menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Pendirian politik Ikhwanul Muslimin dalam memegang tampok kuasa. Ini adalah masalah dimana mengutamakan aspek politik iaitu mahu menguasai tampok politik. Bahkan mereka memerangi kerajaan Islam sah yang sedia ada. Bermula di Mesir dan merebak ke negara Islam yang lain (Arab spring) kerana ia menyebabkan perpecahan dan ketidakstabilan.

HUBUNGAN BAIK IKHWANUL MUSLIMIN DAN IRAN

Sebagai Muslim, apa juga perbuatan-perbuatan yang seperti ini sepatutnya dihalang dan dihentikan, dibantah secara terang. Kita sepatutnya tidak boleh bersetuju perbuatan yang menimbulkan perpecahan, perbalahan , pergolakkan dengan menjatuhkan pemerintah. Kemuncaknya adalah pertumpahan darah seperti berlaku dalam peristiwa ‘Arab Spring’.

MUSLIM PERLU KESATUAN MANAKALA IKHWANUL MUSLIMIN MENGAJAK PERPECAHAN

Di mana sikap kita sebagai seorang Muslim untuk sentiasa mengajak kepada kesatuan, kebenaran, sentiasa mengajak kepada ketenangan dan kedamaian? Bahkan Ikhwanul Muslimin sering mengambil pendekatan lebih membawa keburukan walaupun niat mereka baik untuk menegakkan khalifah Islam. Islam versi apa yang mereka nak tegakkan? 

GAGAL MEMAHAMI IRAN (SYIAH), MAKA GAGAL MEMAHAMI AGENDA YAHUDI

Ikhwanul Muslimin secara terangan mengadakan hubungan dengan Iran. Secara terus terang saya katakan kalau kita masih gagal kita memahami kedudukan Iran, gagal memahami kedudukan Syiah sama ada baik atau buruk, usahlah kita berbicara tentang untuk melawan musuh tradisi Islam iaitu Yahudi dan Nasrani seperti yang telah disebutkan dalam Al-Quran.

Firman Allah: Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (QS Al-Baqarah: 120)

IRAN (SYIAH) ADALAH PROKSI KAFIR YAHUDI & NASRANI

Kalau kita gagal memahami kedudukan Syiah, usahlah kita berbicara tentang Yahudi dan Nasrani. Jika kita perhalusi, hakikatnya Iran adalah proksi musuh-musuh Islam. Musuh Islam Yahudi dan Nasrani menggunakan Iran. Jelas Iran kerana mereka bertopengkan Islam, keadilan, membawa Islam tulen, jauh dari korupsi dan kezaliman.

Kita tahu agama Syiah itu penuh dengan penyelewangan dan pelanggaran terhadap agama. Masakan orang yang berjalan bengkok boleh mengajar orang berjalan lurus. Ini adalah sesuatu yang mustahil berlaku.

2. Bagaimana hubungan Qatar dengan Syiah Houthi?

HUBUNGAN QATAR JELAS DENGAN SYIAH HOUTHI

Dikala mengkritik Arab Saudi, kenapa kita tidak halakan kritikan kepada Negara Qatar? Ternyata mereka mempunyai hubungan dengan Iran yang mana mempunyai hubungan Syiah Houthi dan membantu mereka. Ini persoalan-persoalan yang sepatutnya diberi perhatian kalau membicarakan soal tentang Iran, Syiah, Israel atau Amerika. Dan ini jelas musuh-musuh Islam yang tidak mahu apa-apa kebaikan buat Islam.

Tetapi kelompok Islam (Qatar) yang mengadakan hubungan dengan mereka ini jelas menimbulkan tanda soal besar.

3. Bagaimana kedudukan Hamas di Palestin?

Banyak yang tidak memahami kedudukan gerakan Hamas. Apabila disebut isu Palestin, kita sangat berdukacita dengan apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin. Dalam masa yang sama kita melihat apa yang berlaku di Palestin, ternyata di Palestin ada dua kelompok besar Hamas dan Fatah.

AGAMA MENEKANKAN BERSATU PADU TETAPI HAMAS & FATAH BERPECAH

Ketika mana kita mengharapkan umat Islam kembali kepada kewarasan, apa yang ditekankan oleh agama. Supaya kita bersatu padu dan elakkan persengketaan, jangan timbulkan provokasi dan pertelingkahan. Kita dapati bahawa di Palestin kelompok Hamas dan Fatah mereka berbalah sesama mereka.

Firman Allah: “Janganlah Kamu Berbalah yang menyebabkan kamu gagal dan kekuatanmu hilang.” (Surah Al-Anfal: 46)

PERBALAHAN SESAMA SENDIRI (FATAH & HAMAS) MERUNTUHKAN PALESTIN

Macam mana nak harapkan keadaan di Palestin bertambah pulih dan kembali baik dan bagaimana kebajikan dapat dijaga apabila orang yang diberi tanggungjawab  tetapi sesama mereka berbalah? Suatu perkara sangat mendukacitakan.

PROVOKASI TERHADAP YAHUDI MEMBERI KESAN BURUK KEPADA MASYARAKAT

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sepatutnya Hamas dan Fatah kembali kepada meja perundingan  dan bukan menimbulkan provokasi. Tidak kira terhadap pihak Fatah atau sebaliknya. Jangan membuat provokasi kepada penjajah Yahudi yang dilaknat oleh Allah kerana kesannya akan terkena kepada masyarakat Palestin. Ini yang kita lihat perkara yang tidak kena kepada keadaan di sana.

4. Bagaimana Stesen TV Al Jazeera?

Al Jezeera pun ada isu besar yang perlu kita ambil perhatian. Ia adalah sebuah syarikat media yang berpengkalan di Qatar. Telah ditubuhkan sejak beberapa tahun yang sudah. Sekali lagi bentuk pembawaan Al Jazeera, adakah benar? Kalau yang mendakwa Al Jazeera ini membawa agenda Islam, kita perlu semak semula semula dakwaan ini.

AL-JAZEERA: MEDIA MENGAJAK PERPECAHAN UMAT ISLAM

Al Jazeera ini sering mengajak kepada perpecahan. Dia membawa isu sensitif dalam kalangan masyarakat. Mereka membawa suara-suara golongan yang melawan pemerintah umat Islam. Menyokong pihak-pihak yang menimbulkan provokasi dan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Ia suara yang membawa masalah dalam negara-negara umat Islam . 

AL-JAZEERA PENGHASUT RAKYAT MELAWAN PEMERINTAH

Jelas ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab dari Al Jazeera. Sepatutnya usaha kita tertumpu kepada menyatupadukan umat Islam. Dalam hubungan rakyat dengan pemerintah, perlu diharmonikan. Barulah agenda Islam dapat digerakkan. Adapun Al Jazeera sentiasa menghasut rakyat supaya benci dan melawan pemerintah. Kekuatan apa yang diharapkan oleh Al Jazeera? Dukacita Al Jazeera sering memainkan peranan menghasut dan buat provokasi seperti ini.

5. Adakah Arab Saudi menjadi proksi Amerika kerana mereka sangat banyak berurusan dengan Amerika dalam hal ketenteraan dan ekonomi?

Nabi saw juga berurusan (bermuamalat) dengan yahudi. Bezakan antara bermuamalat dan ber- wala’ (mengasihi). Adalah suatu yang tidak adil jika menyalakan Arab Saudi dalam bermuamalat dengan Amerika.

Faktanya adalah Qatar mempunyai Base Amerika yang terbesar di tanah Arab. Maka, perlu diperhalusi tujuan muamalat tersebut.

Wallahualam.

BAHAGIAN 2

Fakta Ringkas Hubungan Arab Saudi – Qatar Terputus – home

PENYEBAB HUBUNGAN ARAB SAUDI – QATAR PUTUS

1. Melindungi kumpulan-kumpulan pengganas serta kelompok-kelompok pelampau dengan matlamat untuk menimbulkan ketidaktenteraman di negara-negara serantau dan antaranya adalah jemaah Ikhwanul Muslimin, Daesh dan Al-Qaeda.

2. Memberi dana kewangan serta perlindungan kepada pengganas-pengganas yang berusaha untuk menimbulkan kekacauan serta memecahbelahkan kesatuan warga Arab Saudi dari dalam dan luar negara.

PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DILANGGAR PIHAK BERKUASA DOHA (QATAR)

1. Menghentikan perbuatan campur tangan dalam hal ehwal dalam negara-negara GCC dan negara-negara Arab.

2. Menghentikan bantuan terhadap Ikhwanul Muslimin serta menerima mereka dalam negara Qatar.

3. Qatar perlu menjauhi semua kelompok-kelompok yang memusuhi negara-negara GCC.

4. Tidak memberi kerakyatan kepada mana-mana rakyat negara-negara GCC.

5. Menghentikan provokasi media terhadap negara-negara GCC dan Mesir.

6. Tidak membenarkan tokoh-tokoh agama di Qatar menggunakan mimbar-mimbar masjid dan media-media Qatar untuk menghasut terhadap negara-negara GCC.

NEGARA ISLAM YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN QATAR

Senarai negara-negara anggota Gulf Cooperation Council (GCC), Arab dan OIC yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

1. Arab Saudi – (GCC)
2. Bahrain – (GCC)
3. UAE – (GCC)
4. Mesir – (bukan negara anggota GCC)
5. Yaman – (bukan negara anggota GCC)
6. Libya (bukan negara anggota GCC)
7. Maldives –  (bukan negara anggota GCC)
8. Mauritius – (bukan negara anggota GCC)
9. Mauritania – (bukan negara anggota GCC)

Sumber: Pusat Komunikasi Dan Media Baru, Kementerian Luar Negeri Arab Saudi

KENYATAAN SYEIKH PROF SULAIMAN AR-RUHAILI
Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah

PERKARA PERTAMA: SERAHKAN URUSAN KEPADA PEMERINTAH

Syeikh Sulaiman berkata:Terhadap Kerajaan dan Pemerintah Qatar, urusan terhadap mereka diserahkan kepada Kerajaan dan Pemerintah dan kita menaruh keyakinan terhadap Pemerintah dan Kerajaan kita (Arab Saudi) di samping berdiri di belakang mereka dalam satu saf, dan barang siapa yang keluar dari saf ini maka dia adalah pengkhianat.”

PERKARA KE-2: KEDUDUKAN WARGANEGARA QATAR

Syeikh Sulaiman menasihatkan:Kedudukan terhadap warganegara Qatar, mereka adalah saudara kita dan kita tidak meredhai sebarang kejahatan terhadap mereka dan tidak dibolehkan untuk menghina mereka ataupun menghina negara mereka dan kita mendoakan buat mereka semoga Allah menjaga mereka daripada golongan pengikut hawa nafsu dan ahli bidaah.”

PERKARA KE-3: KELOMPOK SYAITAN DI QATAR (IKHWANUL MUSLIMIN & PENGGANAS)

Kata Syeikh Sulaiman:Kedudukan terhadap kelompok-kelompok hizbiyah dan tindak tanduk syaitan di Qatar. Kelompok ini wajib dibenci, dan mereka yang berkemampuan wajib untuk membongkar kebejatan mereka, menjelaskan keadaan mereka dan keadaan mereka yang bersekongkol.

PERKARA KE-4: DOAKAN KEMASLAHATAN UMUM & JANGAN TIMBULKAN KEKACAUAN

Kata Syeikh Sulaiman: “Sekiranya para pemerintah di negara-negara teluk ini mengambil satu ketetapan yang bertujuan untuk kemaslahatan umum, kita menghargai usaha terebut dan adalah tidak wajar bagi penuntut ilmu di negara-negara masing-masing untuk menyanggah ketetapan tersebut dan menimbulkan kekacauan.”

BAHAGIAN 3

Rasional Arab Saudi Tidak Menyokong Ikhwanul Muslimin (Mursi) home

Oleh Ustaz Idris Sulaiman (15 Mei 2011)

1. Apa komen Ustaz tentang pujian Ikhwanul Muslimin terhadap Iran?

Berkenaan pujian Ikhwanul Muslimin, ataupun lebih tepat lagi pujian tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin di antaranya adalah Hasan Al-Banna kepada Iran, sebenarnya hal ini tidaklah sangat menghairankan. Ini kerana kalau kita kembali kepada gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) di Mesir, dan kita melihat pengaruhnya telah tersebar di kebanyakan negara-negara Islam, asas pegangan Ikhwanul Muslimin adalah termaktub di dalam Syiar mereka.

SLOGAN IKHWANUL MUSLIMIN BERTENTANG DENGAN SYARAK

Kita saling tolong menolong di dalam apa yang kita sepakati, dan kita saling memaafkan sesama kita di dalam apa yang kita perselisihkan.”

2. Dalam masalah Syiah – Sunni, apakah pendirian Ikhwanul Muslimin dalam berdepan dengan perselisihan ini?

Mereka mengatakan:Kita saling memaafkan di dalam apa yang kita perselisihkan.

Apa yang penting mereka melihat bahawa orang Syiah itu adalah orang Islam. Dan mereka bekerjasama dalam hal yang mereka sepakati, dan bermaaf-maafan dengan orang Syiah dalam hal yang diperselisihkan. Ini yang kita kena faham tentang Ikhwanul Muslimin.

MUSTAHIL MERAPATKAN SUNNAH DAN SYIAH KERANA ISU AKIDAH

Oleh kerana itu kita melihat bahawa Ikhwanul Muslimin jugalah yang menjadi pelopor ke arah usaha ‘Merapatkan jurang antara Sunnah dan Syiah’. Tidak Mungkin Bersatu Kerana Beza Syiah Sunnah Pada Akidah

3. Adakah kita boleh merapatkan jurang antara kita dengan dia? Adakah boleh kita bersatu padu dengan orang Syiah?

Perbezaan antara Syiah dengan Sunnah bertitik tolak pada asas agama iaitu akidah. Malah dalam masalah-masalah pokok ada perselisihan antara Syiah dan Sunnah, belum lagi bercerita tentang masalah-masalah fekah, solat dan sebagainya.

POKOK PERSELISIHAN SYIAH – SUNNAH IAITU MENGKAFIRKAN SAHABAT

Antara masalah pokok yang menjadi perselisihan adalah orang-orang Syiah mengkafirkan para Sahabat Nabi. Sandaran agama kita adalah kepada Rasulullah , seterusnya yang menyampaikan agama sehingga sampai kepada kita adalah para Sahabat.

Maka apabila Syiah mengkafirkan para Sahabat, orang-orang Syiah sebenarnya telah merobohkan agama Islam yang menjadi anutan kita. Apabila para Sahabat dikafirkan, kesudahannya adalah hadis-hadis secara automatiknya tertolak. Misalnya Abu Hurairah menjadi kafir, maka kesemua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah apatah lagi sahabat-sahabat yang lain yang juga dikafirkan, kesudahannya hadis-hadis kesemuanya perlu ditolak, kerana perawinya kafir.

TANPA HADIS, SYIAH MENTUHANKAN IMAM MEREKA

Kerana itu di dalam Syiah, mereka sangat mementingkan para Imam mereka. Kerana apabila hadis tidak ada, para Imam mereka inilah menjadi pengganti dan asas agama mereka. Kerana itu di antara muslihat mereka, mereka mengatakan para Imam mereka adalah maksum. Tujuannya adalah supaya kata-kata Imam mereka menjadi sandaran agama.

Jadi jangan kita hairan tentang Ikhwanul Muslimin. Malah bagi saya, di samping kita mengenal tentang bahayanya golongan Syiah, tidak kurang pentingnya untuk kita kenal lebih dalam lagi tentang bahaya Ikhwanul Muslimin.

IKHWANUL MUSLIMIN DAN FAHAMAN BATHIL DAULAH ISLAM

Kerana kita lihat pada zaman sekarang, khususnya dalam senario politik (siasah), apatah lagi manhaj yang menekankan tentang menegakkan Daulah Islam dan sebagainya, kebanyakannya semua bersandarkan kepada fahaman Ikhwanul Muslimin.

4. Apakah fahaman Ikhwanul Muslimin?

FAHAMAN ROJAK DARI SUFI, SYIAH, TARIKAT, TABLIGH DAN KHAWARIJ

Fahaman Ikhwanul Muslimin kalau kita lihat rojak. Malah Ikhwanul Muslimin itu sendiri merangkumkan (menerima) semua kumpulan-kumpulan yang ada. Semua ada dalam Ikhwanul Muslimin. Maka kita tidak hairan ada orang-orang Syiah, ada orang-orang Sufi, orang-orang tarikat, tabligh, khawarij, semua ada di dalam Ikhwanul Muslimin.

Ini kerana asas pegangan mereka:Kita bersama-sama dalam apa yang kita sepakati, dan kita saling memaafkan di dalam apa yang kita perselisihkan.”

Kerana itu saya melihat ada kewajarannya agar di masa akan datang kita menganjurkan seminar yang menyentuh tentang Ikhwanul Muslimin kerana hakikatnya kebanyakan porak peranda yang berlaku di negara-negara Islam pada zaman sekarang, gerakan parti-parti Islam, siasah menegakkan negara Islam dan sebagainya banyak kembali kepada fahaman Ikhwanul Muslimin.

BAHAGIAN 4:

Ikhwanul Muslimin: Kelompok Khawarij Yang Membelakangkan Rasulullah ﷺ – home

Oleh Ustaz Idris Sulaiman (29 Ogos 2013)

ASAS HUBUNGAN RAKYAT DENGAN PEMERINTAH MENGIKUT SYARAK

1. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu mereka yang MEMECAH-BELAH agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak. Setiap puak berbangga dengan puak mereka.” (Surah Ar-Rum, 30: 31-32) …… TEGAHAN BERPECAH

2. Allah berfirman: Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah BERBALAH, yang menyebabkan kamu gagal dan kekuatanmu hilang.” (Surah Al-Anfal: 46) … TEGAHAN BERBALAH

3. Nabiﷺ bersabda: Jika dibai’at dua orang khalifah, maka BUNUHLAH yang terakhir dari keduanya.(HR Muslim, dll) …… PERINTAH PERTAHANKAN PEMIMPIN TERTINGGI

4. Dari Ubadah bin Shamit r.a berkata:Kami pernah diminta berjanji oleh Rasulullah supaya tetap patuh dan taat kepada beliau, baik dalam keadaan senang atau susah, lapang atau payah dan mengutamakan kepentingan yang lain daripada kepentingan sendiri. Kami juga diminta berjanji TIDAK LUCUTKAN JAWATAN seorang pemimpin kecuali apabila kami melihat dengan jelas orang itu sudah kafir dan berdasarkan bukti-bukti dari allah tentang kekafirannya…….”(HR Bukhari dan Muslim)…… TEGAHAN MENJATUHKAN PEMIMPIN SELAGI BELUM JELAS KAFIR

5. Nabiﷺ bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada pemimpin, maka ia pasti bertemu Allah pada hari kiamat dengan tanpa argumen yang membelanya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada baiat di lehernya, maka dia mati dengan cara jahiliyah.” (HR. Muslim)…. TIDAK TAAT PEMERINTAH, MATI KEADAAN JAHILIYAH

6. Nabiﷺ bersabda: Barangsiapa yang melihat pada pemerintahnya sesuatu yang dia tidak suka, maka hendaklah dia BERSABAR terhadapnya. Barangsiapa yang keluar dari Al-Jamaah walau sebanyak SEJENGKAL, maka dia sesungguhnya melepaskan tali kekang Islam dari lehernya.” (HR Ahmad) ….. SEJENGKAL TIDAK TAAT, LEPAS TALI KEKANG ISLAM

KAEDAH MENASIHATI PEMIMPIN

Nabiﷺ bersabda: Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa dengan suatu perkara, maka jangan dilakukan dengan terang-terangan, tapi gandinglah tangannya dan menyepilah berdua. Jika diterima memang begitu, jika tidak maka dia telah melaksanakan kewajibannya” (HR Ahmad) ….. NASIHAT SECARA SEMBUNYI @ TERTUTUP

TAAT PEMERINTAH WALAUPUN ZALIM

Nabi ﷺ bersabda: “Akan ada selepas peninggalanku para pemerintah yang tidak mengikut petunjukku dan tidak beramal dengan sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka (para pemerintah yang tidak mengikut petunjuk dan sunnah) pemerintah yang hati mereka adalah hati syaitan dalam jasad manusia.” Aku (Hudzaifah) berkata: “Bagaimana aku harus bersikap jika aku berdepan dengan hal seperti ini?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Engkau tetap dengar dan taat kepada pemerintah itu, dan Jika Belakangmu Dipukul Dan Hartamu Dirampas Sekalipun, Hendaklah Engkau Dengar Dan Taat.” (HR Muslim)

ANCAMAN MENJADI KHAWARIJ – KELUAR DARI KETAATAN PEMERINTAH 

Khawarij adalah daripada perkataan ‘khuruj’, dan jamaknya ‘khawarij’ ertinya keluar. Mereka KELUAR DARI KETAATAN KEPADA PEMERINTAH (melawan pemerintah) ATAU mengkafirkan pelaku dosa besar.

Nabi ﷺ bersabda: “Bahawasanya mereka adalah ANJING-ANJING PENGHUNI NERAKA.” (HR. Tirmidzi 3000, Ibnu Majah 176. Ahmad 5/352)

FITNAH YANG DITIMBULKAN IKHWANUL MUSLIMIN

Kita melihat fitnah yang dibawakan oleh Jemaah yang telah diasaskan kira-kira 100 tahun lepas iaitu Jemaah Ikhwanul Muslimin. Jemaah ini diasaskan oleh Hasan Al-Banna pada tahun 1928, hampir 100 tahun. Jemaah Ikhwanul Muslimin yang mana sehingga ke hari ini kita dapat melihat kelibat mereka, tindak tanduk mereka, apa yang mereka lakukan iaitu mereka cuba menggugat pemimpin atau presiden sebelum ini iaitu Husni Mubarak. Kita lihat apa fitnah yang mereka timbulkan. Fitnah yang cukup dahsyat. Ini cerita 2 tahun lepas.

SLOGAN IKHWANUL MUSLIMIN ADALAH “JATUHKAN PEMIMPIN ZALIM”

Akhirnya apabila fitnah ini timbul, ramai yang menyokong usaha Ikhwanul Muslimin ini untuk menjatuhkan Husni Mubarak atas sangkaan bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah bagus kerana mereka sedang menjatuhkan seorang pemerintah yang zalim, yang telah memerintah Mesir selama hampir 30 tahun. Pemerintah kuku besi, menghalang Jemaah Islam berdakwah. Maka mereka dengan penuh semangat, dengan penuh iman menyatakan sokongan mereka kepada gerakan dan usaha Ikhwanul Muslimin ini untuk menjatuhkan pemerintah mereka. Dan usahanya berjaya. Pemerintah itu digulingkan.

KEMPEN IKHWANUL MUSLIMIN BERTOPENG ISLAM

Maka apabila mereka menggulingkan Hosni Mubarak, berlaku kacau-bilau yang tidak ada kesudahannya, akhirnya mereka mengangkat seorang Presiden iaitu Mursi. Kononnya ini adalah presiden yang membawa wajah Islamik. Maka dikempen sana sini bahawa dia adalah seorang yang hafal Al-Quran, ada jiwa Islam, berjanggut, walaupun janggutnya tidak mengikut sunnah pun. Orang mudah terkeliru dengan zahir kerana mereka tidak tahu apa yang penting. Yang lebih penting adalah intipatinya. Jangan kita terkeliru dengan zahir. Kalau hendak beli kereta, jangan tengok luar sahaja. Selepas bayar tengok enjin tidak ada. Malangnya mereka hanya menghukum dari segi zahir.

KENAPA IKHWANUL MUSLIMIN MINTA BANTUAN IRAN?

Daripada banyak-banyak negara, dia meminta bantuan Iran. Ini satu benda yang membingungkan. Apakah kaitan antara Ikhwanul Muslimin dengan Iran?

Kalau kita lihat sejarah, dalam banyak-banyak Jemaah gerakan Islam, kita akan dapati bahawa gerakan Ikhwanul Muslimin adalah yang paling lantang mengajak kepada merapatkan jurang antara Sunnah (Sunni) dengan Syiah.

Ikhwanul Muslimin dengan lantang mengatakan kita perlu dekatkan jurang yang ada antara kita (Sunni) dengan Syiah kerana mereka ini saudara Islam kita, perbezaan antara kita dengan mereka hanya dalam perkara furu’ yang mana perbezaan ini sepatutnya dimaafkan. Kita perlu ketepikan perbezaan ini dan kita perlu bersatu untuk berdepan dengan musuh yang lebih besar iaitu Yahudi dan Amerika. Ini logik Ikhwanul Muslimin.

PERSAHABATAN IKHWANUL MUSLIMIN – SYIAH

Zaman berzaman, macam-macam usaha yang mereka lakukan untuk mendekatkan Syiah dengan Sunnah. Maka kesimpulannya, adakah Ikhwanul Muslimin dengan Syiah bermusuhan atau bersahabat? Tentulah bersahabat, sejak zaman berzaman lagi.

Ini memberi gambaran kepada kita mengapa Mursi melakukan tindakan itu, mengapa dia meminta bantuan daripada Iran sejurus selepas dia naik. Dan pertama kali dalam sejarah Mesir sejak bertahun-tahun lamanya, di mana sepanjang zaman Hosni Mubarak tidak pernah berlaku, Mesir menjemput dan menyambut kedatangan Presiden Iran, Ahmadinejad.

PERSAMAAN IDEOLOGI IKHWANUL MUSLIMIN & SYIAH ADALAH POLITIK

Gerakan syiah bukan sahaja gerakan agama, tetapi ia juga adalah satu gerakan politik. Ini kerana di antara rukun agama Syiah adalah percaya kepada para Imam. Mereka percaya bahawa sesebuah negara itu hanya boleh diperintah oleh Imam-Imam daripada generasi Ali bin Abi Thalib. Ini adalah Imam yang sah menurut mereka. Selain daripada itu dianggap pemerintah yang zalim kerana tidak mendapat lantikan melalui jalan yang betul. Ini kepercayaan orang Syiah.

Maka kita kena faham bahawa semua pemerintah-pemerintah Islam yang ada pada hari ini tidak diiktiraf oleh Syiah. Mazhab mereka, agama mereka tidak mengiktiraf semua pemerintah-pemerintah Islam yang ada pada hari ini, kerana apa yang pasti mereka semua bukan daripada keturunan Ali bin Abi Thalib. Pemerintah bagi mereka hanyalah orang-orang tertentu sahaja. Adapun pemerintah Iran pada hari ini dianggap sebagai wakil. Selain dari itu tidak diiktiraf dan diperangi.

Ikhwanul Muslimin juga membawa fikrah yang sama; memerangi pemerintah-pemerintah Islam. Walaupun bukan atas alasan percaya kepada Imam, tetapi atas alasan pemerintah itu zalim. Alasannya sebenarnya hampir sama. Ini dari segi ideologinya. 

TUJUAN IRAN HANYA MENGHAPUSKAN NEGARA SUNNAH

Mereka tidak sedar bahawa pemerintahan Mursi sedang bersekongkol dengan Iran, yang mana kita tahu bahawa tujuan Iran adalah hendak menghapuskan negara-negara Sunnah. Matlamat besar dan matlamat akhir mereka adalah kerajaan Arab Saudi, kerana di situlah adanya kiblat orang-orang Sunnah, iaitu Kaabah di Makkah. (Mereka hendak mengalihkan kiblat umat Islam ke Karbala, Iran)

Mereka ingin hapuskan ini semua. Bahkan mereka telah cuba untuk meletupkan Kaabah pada tahun 1987. Jemaah-Jemaah Iran membawa bahan-bahan letupan dalam tapak beg mereka untuk letupkan Kaabah. Cuma Alhamdulillah, Allah masih sayang kepada umat Islam dan muslihat mereka itu dapat dibongkar oleh kerajaan Arab Saudi pada masa itu.

Jadi ini matlamat mereka. Tetapi entah bagaimana, Mesir yang merupakan sebuah negara Islam yang cukup besar jumlah rakyatnya sudah bersekongkol dengan Iran. Tidakkah ini menjadi satu bahaya kepada negara-negara Sunnah yang lain? Tentu sahaja. Kalau Iran dapat menguasai Mesir; Iran dari sebelah Timur, Mesir dari sebelah Barat, apa agaknya peluang yang ada untuk negara-negara Arab Teluk untuk mempertahankan diri?

Ikhwanul Muslimin sememangnya tidak suka kepada negara-negara Teluk. Bukan kerana dia Arab Saudi, bukan kerana dia negara kaya, bukan kerana dengki dia ada petrol. Tidak, kita kadang-kadang kurang faham. Ia sebenarnya lebih besar daripada itu.

PROPAGANDA SYIAH MELABEL SUNNI SEBAGAI WAHABI

Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur kerana adanya negara Islam yang terus berdiri di atas tunjang akidah yang benar, tetapi dukacitanya rata-rata masyarakat Islam tidak memahami hakikat ini. Akhirnya mereka melabel negara ini sebagai negara Wahabi. Subhanallah. Kita katakan kepada mereka ini, kalau anda bukan Syiah, dan anda bukan bersama dengan negara yang anda label Wahabi, anda bersama siapa lagi?

MANHAJ IKHWANUL MUSLIMIN TIDAK PERTAHANKAN AKIDAH

Ikhwanul Muslimin tidak mempertahankan akidah, mereka tidak mepertahankan (ketulenan) ibadah. Sebab itu kita lihat Ikhwanul Muslimin rojak; Syiah ada, sufi ada, jihadi ada, takfiri ada, macam-macam semua ada.

APABILA BERLAKU FITNAH: ANTARA PERINTAH NABI ﷺ vs FATWA QARADHAWI

Pesan Nabi jika berlaku fitnah;

Rasulullah ﷺ bersabda: Lazimilah rumah kamu, tahanlah lidahmu, ambil apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang kamu tidak tahu, dan jagalah urusan dirimu secara khusus dan tinggalkanlah urusan masyarakat.” (Riwayat Abu Daud)

Nasihat pemimpin Ikhwanul Muslimin;

Kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Pada hari Jumaat akan datang hendaklah semua kaum Muslimin yang laki-laki dan juga perempuan, yang kanak-kanak dan juga bayi hendaklah semua keluar berhimpun di tempat perkhemahan-perkhemahan ini’.

JIHAD IKHWANUL MUSLIMIN DENGAN BATU DAN SEPANDUK

Apabila berlaku fitnah, berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah, pergolakan, pertempuran dengan pemerintah atau sesama umat Islam, Rasulullah berpesan supaya kita duduk dalam rumah, dan jaga mulut. Jangan berkata-kata, jauh sekali memberi fatwa atau pandangan sendiri “Aku melihat dalam isu Mesir ini, rakyat Mesir perlu jihad!” macam ada seorang Ustaz kita ni. Jihad pakai apa Syeikh? Pakai batu, sepanduk, hailer, mikrofon? Itu jihad apa, itu melalak.

Teks asal:
https://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/09/03/hubungan-ikhwanul-muslimin-dengan-syiah-rasional-arab-saudi-tidak-menyokong-mursi/

BAHAGIAN 5.0

Bukti Kebejatan Qatar, Ikhwanul Muslimin & Qaradhawi – home

1. Qaradawi Dan Ikhwanul Muslimin Pencetus Fitnah

2.  “SUICIDE BOMBINGS ARE ONE OF THE GREATEST TYPES OF JIHAD” – AL QARADAWI

3. Ghadafi Beri Amaran Kepada Qatar Bahaya Menyokong Nato

4. Rakaman Audio Rancangan Jahat Emir Qatar Kepada Arab Saudi

5. Qatar Akui Beri Senjata Kepada Pemberontak Libya

6.  Libya Hancur Di Tangan Qatar

7. Qatar dibelakang Huru Hara Timur Tengah

8. Hubungan Baik Qatar-Israel 2008

9. Qatar Sekutu Kuat Amerika

10. Qatar Berteman Dengan Iran, Dan Dimusuhi & Negara Islam Arab

11. Pengakuan Qaradhawi Tentang Kepintaran Ulamak Arab Saudi

 

 12. Arab Saudi Difitnah Selama 13 Tahun

13. Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Amerika Mengikut Sunnah Rasulullah 

BAHAGIAN 6

Pendirian Ikhwanul Muslimin Terhadap Syi’ah – home

Oleh Ustadz Abdullah Taslim, Lc, M.A. (Universiti Islam Madinah)

Salah satu di antara pemikiran yang sangat menyimpang yang ada pada Ikhwanul Muslimin (IM) adalah apa yang mereka namakan dengan dengan “At Taqriib Bainal Mazdaahibil Islaamiyyah (pendekatan antara berbagai kelompok/aliran dalam islam)”, bagaimanapun sesat dan menyimpangnya kelompok tersebut, salah satu di antara kelompok yang mereka ingin dekatkan adalah kelompok Syi’ah (Raafidhah) yang populer dengan segudang pemahaman sesat bahkan kufur – wal’iyaadzu billaah – yang mereka sebutkan dalam kitab-kitab mereka sendiri, seperti pengkafiran mereka terhadap mayoritas Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamradiallahu ‘anhum -, keyakinan mereka bahwa kitab suci Al Quran yang ada saat ini sudah berubah dan tidak murni lagi, tuduhan keji dan dusta mereka terhadap istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang suci, ‘Aisyah radiallahu ‘anha, pengkultusan mereka yang berlebihan terhadap imam-imam mereka, yang bahkan sampai pada tingkatan meyakini adanya sifat-sifat ketuhanan pada diri imam-imam tersebut, dan masih banyak pemahaman sesat dan kufur mereka lainnya.

Di antara bukti nyata yang menunjukkan sikap IM di atas adalah pujian, dukungan dan pembelaan mereka terhadap kelompok Syi’ah, termasuk dukungan terhadap revolusi Syi’ah di Iran, pertemuan persahabatan dengan tokoh-tokoh mereka, yang akan terlihat jelas dalam nukilan-nukilan yang akan kami bawakan sebagai berikut:

1. Mursyid (pimpinan) umum IM yang ke-3, ‘Umar At Tilmisaany dalam kitabnya “Dzikrayaat laa mudzakkiraat” (hal. 249-250, cet. Daarul I’tishaam, thn 1985 M) menukil ucapan Hasan Al Banna tentang Syi’ah, dia berkata:  

“Syi’ah adalah kelompok yang kurang lebih (bisa) disamakan dengan apa yang ada di antara mazhab yang empat di kalangan Ahlus Sunnah… (memang) ada perbedaan (antara Ahlus Sunnah dan Syi’ah) tapi mungkin untuk dihilangkan, seperti: nikah mut’ah, jumlah istri (maksimal) bagi seorang (laki-laki) muslim – yang ada pada sebagian sekte Syi’ah –, dan yang semisalnya, yang mana perbedaan ini seharusnya tidak menjadi sebab pemutusan hubungan antara Ahlus Sunnah dan Syi’ah. Sungguh dua kelompok ini telah berjalan beriringan sejak ratusan tahun (yang lalu), tanpa ada saling bersinggungan di antara keduanya, kecuali (hanya sebatas) dalam tulisan-tulisan saja. Dan untuk diketahui, sesungguhnya tokoh-tokoh besar Syi’ah telah meninggalkan kepustakaan islam sebagai perbendaharaan yang selalu memenuhi perpustakaan-perpustakaan.”

2. Dalam kitab yang sama, At Tilmisaany berkata:

“Sekitar tahun 40-an – seingatku – yang mulia Al Qummy (salah seorang tokoh Syi’ah) pernah singgah sebagai tamu IM di markas besar IM, pada waktu sang Imam (Hasan Al Banna) sedang giat-giatnya mengusahakan pendekatan antara kelompok-kelompok, (dengan tujuan) agar musuh-musuh islam tidak menjadikan perselisihan antara kelompok-kelompok ini sebagai celah untuk memecah belah persatuan islam. Suatu hari kami pernah bertanya kepada beliau (Hasan Al Banna) tentang seberapa jauh perbedaan antara Ahlus Sunnah dan Syi’ah, maka beliau melarang kami membicarakan masalah-masalah pelik seperti ini, yang tidak pantas bagi kaum muslimin untuk menyibukkan diri dengannya, sementara kaum muslimin – seperti yang anda saksikan – saling berpecah dan musuh-musuh islam berusaha untuk semakin menyulut perpecahan tersebut, maka kami katakan kepada beliau: kami bertanya tentang hal ini bukan untuk bersikap fanatik atau untuk memperluas jurang perbedaan di antara kaum muslimin, akan tetapi kami bertanya untuk pengetahuan, karena (perbedaan) antara Sunnah dan Syi’ah disebutkan dalam tulisan-tulisan yang sangat banyak jumlahnya, dan kami tidak punya waktu yang cukup untuk memungkinkan kami membahas (masalah ini) dalam referensi-referensi tersebut, maka beliau menjawab: ‘Ketahuilah, sesungguhnya Ahlus Sunnah dan Syi’ah (semuanya) adalah kaum muslimin yang disatukan dengan kalimat Laa ilaaha illallah (tidak ada sembahan yang benar kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala) dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah utusan Allah Jalla Jalaaluhu, inilah landasan akidah yang sama-sama ada pada Sunnah dan Syi’ah, dan di atas kesucian, adapun perbedaan di antara keduanya, maka hal itu (hanya) dalam perkara-perkara yang mungkin untuk didekatkan.’”


3. Dalam kitab “Mauqifu ‘Ulamaa-il Muslimiin Minasy Syii’ati wats Tsauratil Islaamiyyah”, yang ditulis oleh salah seorang tokoh IM, Dr. ‘Izzuddiin Ibrahim (hal. 13, cet. Sabhar, Teheran, Iran, cet. ke-2 thn 1406 H), penulis tersebut berkata:  

“Di masa sekarang ini terbentuklah “Jamaa’atut Taqriib bainal Madzaahibil Islaamiyyah (kelompok yang bertujuan ingin mendekatkan/menyatukan aliran-aliran dalam islam)”, yang ikut berpartisipasi di dalamnya Imam Hasan Al Banna…, berkata Ustadz Salim Al Bahansaawy – salah seorang cendekiawan IM – dalam kitabnya “As Sunnatu al Muftara ‘Alaiha” (hal. 58): ‘Sejak terbentuknya “Jamaa’atut Taqriib bainal Madzaahibil Islaamiyyah (kelompok yang bertujuan ingin mendekatkan/menyatukan aliran-aliran dalam islam)”, yang ikut memberikan andil di dalamnya Imam Al Banna dan Imam Al Qummy (tokoh Syi’ah), dan saling kerjasama terus berjalan antara IM dan Syi’ah, yang hal ini menjadi sebab kunjungan Imam Nawwab Shafawy (tokoh Syi’ah) ke Kairo thn 1954 M.’ Di halaman yang sama dia berkata: ‘Tidak ada yang aneh dalam sikap saling kerjasama tersebut, karena prinsip-prinsip yang ada pada kedua kelompok inilah (IM dan Syi’ah) yang melahirkan sikap saling kerjasama tersebut.’”

4. Umar At Tilmisaany dalam kitabnya “Al Mulhamul Mauhuub Hasan Al Banna Ustaadzul Jiil” (hal. 78, cet. Daarut Tauzii’ wan Nasyril Islaamiyyah) berkata:

“…Untuk tujuan mempersatukan kelompok-kelompok inilah Hasan Al Banna pernah menjamu Syaikh yang mulia Muhammad Al Qummy – salah seorang tokoh besar dan pentolan Syi’ah – di markas besar IM dalam waktu yang cukup lama, sebagaimana juga diketahui bahwa Imam Al Banna telah menemui seorang tokoh rujukan Syi’ah, Aayatullah Al Kaasyaany di sela-sela pelaksanaan ibadah haji tahun 1948 M, yang (pertemuan tersebut) menghasilkan kesesuaian paham antara keduanya, (sebagaimana hal ini) diisyaratkan oleh salah seorang figur IM saat ini yang sekaligus murid Imam Hasan Al Banna, yaitu Ustadz ‘Abdul Muta’aal Al Jabry dalam kitabnya “Limaadza Ugtiila Hasan Al Banna”…”

5. Berkata salah seorang tokoh IM yang terkenal, Muhammad Al Gazaaly dalam kitabnya “Difaa’un ‘Anil ‘Aqiidati wasy Syarii’ati Dhiddu Mathaa’inil Mustasyrikiin” (sebagaimana yang dinukil oleh tokoh IM lainnya, Dr. ‘Izzuddiin Ibrahim dalam kitabnya “Mauqifu ‘Ulamaa-il Muslimiin Minasy Syii’ati wats Tsauratil Islaamiyyah” (hal. 22): 

“Sesungguhnya jarak perbedaan antara Syi’ah dan Sunnah adalah seperti jarak perbedaan antara mazhab fikih Abu Hanifah, mazhab fikih Malik, mazhab fikih Syafi’i… kami memandang semuanya sama dalam mencari hakikat (kebenaran) meskipun caranya berbeda-beda.”

6. Dalam kitab di atas (hal. 15) Dr. ‘Izzuddiin Ibrahim menukil keterangan dari tokoh IM lainnya, Dr. Ishak Musa Al Husainy dalam kitabnya “Al Ikhwaanul Muslimuun Kubral Harakaatil Islaamiyyatil Haditsah”:

Bahwa sebagian mahasiswa dari kalangan Syi’ah yang dulunya pernah belajar di Mesir telah bergabung dalam kelompok IM, sebagaimana barisan kelompok IM di Irak beranggotakan banyak orang dari kalangan Syi’ah “Al Imaamiyyah Al Itsnai ‘Asyariyyah.”

7. Dukungan dan pujian tokoh-tokoh IM terhadap revolusi Syi’ah di Iran, yang terlalu panjang untuk kami nukilkan dalam tulisan ini, lihat kitab “Mauqifu ‘Ulamaa-il Muslimiin Minasy Syii’ati wats Tsauratil Islaamiyyah”, yang ditulis oleh salah seorang tokoh IM, Dr. ‘Izzuddiin Ibrahim (hal. 44-50). 

Dan masih banyak ucapan dan sikap IM lainnya terhadap Syi’ah dan kelompok-kelompok sesat lainnya yang karena khawatir tulisan ini menjadi terlalu panjang sehingga tidak kami nukilkan semuanya.


BAHAGIAN 7: 

Kritikan Kepada Raja Salman Kerana Menerima Kunjungan Presiden Amerika Ke Arab Saudi (Jawapan) home

Kata Syaikh Muhammad Bazmul:

“Raja Arab Saudi menerima kunjungan Presiden Amerika iaitu Donald Trump. Apa salah dalam hal ini? Raja Salman menerima kunjungannya di masa perjanjian damai antara kita dan mereka. Bukankah Rasulullah telah menerima utusan Nashara Najran di masjid beliau di Madinah. Bahkan yang lebih menghairankan dari ini, bukankah Yusuf alaihis salam bekerja pada seorang raja kafir sebagai menteri kewangan dengan mengangkat beliau sebagai penanggung jawab perbendaharaan negara.

Allah berfirman:Teladanilah petunjuk mereka (para nabi).” (QS Al-Anaam: 90)

Berdasarkan syariat ada sesuatu yang melarang seorang pemimpin muslim untuk menerima kunjungan seorang pemimpin kafir di negaranya sendiri demi maslahat atau kepentingan bagi negara dan hamba-hamba Allah.  Tiada syariat Allah yang melarang hubungan tersebut”

BAHAGIAN 8: 

Fakta Berkenaan Arab Saudi & Sebab Dibenci – home

Oleh Pusat Kajian Pemikiran Khawarij (PKPK), 19 Jun 2017

1. Hukum ALLAH dan Rasul tertegak di Saudi. Malah Arab Saudi satu-satunya negara di dunia yang Isytihar Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negaranya.

2. Kiblat umat Islam yang 5 waktu sehari semalam menghadap ke arahnya (tak termasuk solat-solat sunat yang lain).

3. Antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia.

4. IPO Saudi Aramco jika dibuka, 10% nilainya apabila dijual boleh membeli Google dan Facebook sekaligus.

5. Penderma tunggal tertinggi kepada Yaman.

6. Negara paling konsisten memperakui atau mengiktiraf kedudukan pemerintah negara lain, walaupun pemerintah negara berkenaan bukanlah ‘favourite’ bagi mereka. Contoh: Arab Saudi mendermakan 6 bilion US$ pada Mesir era Morsi.

7. Negara pertama di dunia yang tolak dari menganggotai Majlis Keselamatan Dunia. (Bukan seperti Qatar yang merayu kepada Israel untuk undi mereka).

8. Negara paling aktif membantu Mujahiddin ketika perang dingin (Afghan-Soviet War).

9. Negara yang TERTUBUH bukan hasil dari kemerdekaan yang diberikan oleh Penjajah.

10. Satu-satunya negara di Timur Tengah yang tidak ada siapa pun (kuasa imprealis) mahukan suatu ketika dahulu.

11. Pusat Percetakkan Al-Quran terbesar di dunia ada di Arab Saudi.

12. Satu-satunya negara di dunia yang orang datang ke negaranya untuk tujuan menghambakan diri kepada ALLAH.

13. Satu-satunya negara di dunia yang tidak menurunkan bendera mereka separuh tiang, walaupun yang meninggal dunia itu adalah rajanya sendiri.

14. Satu-satunya Raja di dunia yang menggunakan gelaran Khadam sebagai salah satu panggilan rasminya.

15. Negara yang paling memahami kesilapan ajaran-ajaran songsang dan merosakkan seperti pergerakan Ikhwanul Muslimin, Syiah dan sebagainya.

16. Negara di dunia yang banyak memberikan tempat Umrah dan Haji percuma kepada Ilmuan dari pelbagai negara.

17. Negara di dunia yang banyak memberi tajaan berbuka puasa kepada badan-badan dakwah di Malaysia.

18. Satu-satunya negara di dunia yang menaja para pelajar dari segala benua, datang ke Makkah dan Madinah untuk belajar mengenai agama mereka bersandarkan petunjuk Salaf.

19. Satu-satunya negara di dunia yang anak raja mereka adalah angkasawan. Dan angkasawan pertama Muslim ke angkasa lepas turut datang dari Saudi!

20. Antara negara di dunia, yang mana syarikat penerbangannya menyediakan ruang solat di dalam pesawat. Malah tak ada arak dihidangkan dalam kapal terbang mereka!

21. Negara yang menjaga pemakanan rakyatnya bermula dari aspek pengeluaran sehingga ke konsumer. Rujuk: Al-Marai – Syarikat ini dimiliki oleh keluarga diraja Arab Saudi. (Turut eksport ke negara-negara lain termasuk Qatar)

22. Negara paling pakar dalam menangani isu ekstrimis agama. Diakui oleh FBI.

23. Negara yang mana airnya menjadi buruan setiap umat Islam – Air Zam-Zam, bahkan diberi percuma walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk memproseskan dari mataair sehingga dibotolkan.

24. Satu-satunya negara di dunia yang dituduh melarang jemaah Umrah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tanpa ada satu rekod pembuktian dari pihak pendakwaan.

25. Satu-satunya negara di dunia yang tren LRT / MRTnya beroperasi untuk tujuan memudahkan ibadah para tetamu ALLAH (Tren Metro Makkah).

26. Antara negara yang paling tidak hipokrit dalam isu Arab-Palestin-Israel (Arab Saudi tidak pernah mengiktiraf negara Israel, tidak pernah membenarkan kedutaan Israel dibuka di Saudi hatta pejabat perdagangan sekalipun.

27. Satu-satunya negara di dunia yang rajanya mengajar Presiden Amerika untuk minum dengan tangan kanan.

28. Antara Raja di dunia yang naik tahta bukan dengan menggulingkan bapanya. Sebaliknya atas konsensus keluarga dan ulama.

29. Antara negara di dunia yang ‘snub’ Obama di akhir sesi kepresidenannya akibat dari polisi Obama yang menaja Arab Spring.

30. Antara negara utama dan paling konsisten membantu rakyat Palestin sama ada di Tebing Barat atau pun di Gaza.

31. Antara negara yang tidak membenarkan negara mereka digunakan sebagai pengkalan dalam operasi ketenteraan di Afghanistan dan menjatuhkan Presiden Iraq, Saddam Hussein.

32. Negara pertama di dunia, yang speakernya adalah ulama, pegawai tertinggi pengurusan masjid mereka bertaraf menteri (Syeikh Sudais is the General Presidency of Haramain), Hakim sivilnya Ulama.

33. Negara pertama di dunia, di mana di Madinah sahaja, anak-anak kecil yang menghafal Al-Quran adalah satu perkara biasa, dan siapa yang tidak menghafal Al-Quran adalah satu perkara pelik.

34. Satu-satunya negara di dunia yang paling amanah dalam menjaga harta wakaf. Bukti, Telaga Uthman bin Affan dipelihara sehingga hari ini.

35. Satu-satunya negara di dunia yang menggerakkan seluruh agensi pertahanan dan kesihatan untuk melayani tetamu Allah.

36. Negara ke 13 paling besar di dunia dengan keluasan 83,000 kaki persegi.

37. Satu-satunya negara yang menjadikan Syahadah sebagai identiti bendera negaranya.

38. Negara yang bakal memiliki bangunan paling tinggi di dunia iaitu setinggi satu kilometer, Saudi Arabian Kingdom Tower, lebih tinggi 600 kaki dari Burj Khalifa Dubai.

39. Jutawan Arab Saudi, Al-Waled bin Talal menjadi orang pertama di dunia Arab yang menyumbangkan keseluruhan hartanya untuk charity.

40. Negara yang paling tidak suka atau tidak terkinja-kinja menayangkan apa sumbangan mereka pada umat Islam.

41. Satu-satunya negara yang mengharamkan arak secara total melainkan di kedutaan-kedutaan negara kafir. Qatar membenarkan arak kerana World Cup.

42. Satu-satunya negara yang paling ramai para imam dan terkenal di seluruh dunia (Imam Sudais dan lain-lain lagi).

44. Memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

45. Pendidikan percuma juga diberi kepada rakyat negara luar yang diterima masuk ke universiti di negara mereka.

46. Pendidikan percuma juga diberi kepada pelarian yang berlindung di negara mereka.

47. Memberikan Rawatan perubatan percuma kepada rakyat.

48. Memberi rawatan perubatan percuma kepada pelarian yang berlindung di negara mereka.

49. Memberikan rawatan perubatan percuma kepada jemaah umrah dan haji.

50. Satu-satunya negara yang sanggup menghabiskan jutaan malah bilion demi keselesaan para tetamu Allah.

51. Satu-satunya negara di dunia yang mana bila tiba waktu solat, semua premis perniagaan ditutup.

52. Satu-satunya negara di dunia yang mewujudkan kementerian Haji demi menguruskan tetamu Allah.

53. Satu-satunya negara arab yang memasang helikopter blackhawk.

54. Rajanya adalah seorang Hafiz (menghafal Al-Quran).

55. Satu-satunya negara di dunia yang jenama makanan segera negaranya berjaya mengalahkan populariti KFC, McD dan sebagainya – Al-Baik.

56. Satu-satunya negara yang mentauhidkan Allah di mana mereka juga tidak membenarkan gereja atau rumah ibadat lain selain Islam didirikan. Qatar mempunyai gereja terbesar di rantau Arab.

57. Satu-satunya negara yang menghukum sesiapa saja jika disabit melakukan kesalahan termasuk menghukum mati kerabat sendiri.

58. Satu-satunya negara yang tiada sungai namun Allah rezeki-kan air zam-zam hingga kiamat.

59. Satu-satunya negara (Mekah & Madinah) yang tidak akan dimasuki Dajjal (hadis sahih).

60. Negara ke 15 paling tinggi jumlah rakyat jutawan di antara 20 negara di dunia. Qatar tiada dalam list.

61. Satu-satunya negara di dunia yang tak masuk campur urusan negara lain melainkan dijemput oleh pemimpin sah negara berkenaan.

62. Satu-satunya negara paling dibenci oleh Syiah. Sebaliknya, terbaru Syiah Houthi mengeluarkan kenyataan “Mempertahankan Qatar adalah seperti mempertahankan Iran”.

63. Arab Saudi antara negara yang menjamin hutang tertinggi Amerika setelah China, Jepun dan Britain, di mana menjadikan Arab Saudi antara negara yang mengawal ekonomi U.S secara tidak langsung.

64. Syarikat Arab Saudi membeli kepentingan Francais di Malaysia dan Singapura. Hasilnya semua Francais Singapura halal. Malahan suatu ketika dahulu pekerja McD Singapura dilarang solat, kini dibenarkan bersolat.

65. Uber (rangkaian sistem kereta sewa paling berkembang di dunia) mendapat suntikan dari Arab Saudi yang mana menjadi sumber pendapatan tambahan kepada rakyat seluruh dunia.

66. Syarikat Arab Saudi mempunyai saham di dalam Twitter.

67. Arab Saudi melancarkan dana teknologi dengan syarikat Softbank Jepun, sekaligus menjadi dana teknologi terbesar di dunia dengan nilai capital 93 bilion U.S dollar.

68. Saudi membeli 100% kepentingan dalam pusat penapisan minyak terbesar di U.S.

69. Bakal menjadi pemegang rekod hotel terbesar dunia dengan kapasiti 10000 bilik, 70 restoran dan medan selera, 12 menara dan 10 tingkat podium.

70. Bakal menjadi pemegang rekod Shipyard terbesar dunia yang membolehkan untuk membina dan membaiki kapal besar juga membina pelantar.

71. Bank Islam 100% terbesar di dunia berada di Arab Saudi – Ar-Rajhi Bank.

72. Penderma badan kebajikan terbanyak dunia, Prince Al-Waheed bin Talal menderma sebanyak £28 billion mengalahkan Bill Gates (£17.9b) dan Warren Buffet (£11b) di mana beliau menekankan kekayaan tersebut diperolehi di Saudi dan akan didermakan kebanyakannya di Saudi dan selebihnya di negara lain.

73. Satu-satunya negara di dunia yang muftinya dari orang kelainan upaya (OKU). Bukti Arab Saudi tidak mendiskriminasi orang cacat.

74. Dua laluan perkapalan utama dunia melalui Arab Saudi. Selat Hormuz dan Bab Al-Mandab menghala ke laut merah.

75. Satu-satunya negara yang memutuskan hubungan diplomatik tetapi tetap membenarkan rakyat Muslim negara-negara berkenaan menunaikan Haji dan Umrah.


BAHAGIAN 9:

Sayyid Quthub Pelopor Pemikiran Terorisme: 3 Aliran Sesat Ikhwanul Muslimin, Peranan Arab Saudi & Fatwa Ulamak Kibar  – home

Oleh Al Ustadz Muhammad Arifin Baderi, MA

Ikhwanul Muslimin mendakwa dirinya sebagai ‘Pejuang Kebenaran’ dalam agama walaupun dari sudut lain mereka adalah pembawa ideologi terorisme. Sebahagian menuduh pemerintah Saudi berada di belakang gerakan terorisme walaupun mereka yang paling kehadapan menentang fahaman Ikhwanul Muslimin tersebut. 

PEMIKIRAN TERORISME  SAYYID QUTHUB SEPERTI ‘BOM DINAMIT’

Catatan Al-Qaeda iaitu Dr Aiman al-Zawahiri: “Sesungguhnya Sayyid Quthub dalam kitabnya seperti  bom waktu “Ma’âlim Fî At-Tharîq’ meletakkan undang-undang pengkafiran dan jihad. Gagasan-gagasan Sayyid Quthublah yang selama ini menjadi sumber bangkitnya pemikiran radikal. Sebagaimana kitab beliau yang berjudul  “Al-’Adâlah Al-Ijtimâ’iyah fil Islâm”. Hasil pemikiran logik paling penting bagi lahirnya arus gerakan radikal. Gagasan-gagasan Sayyid Quthub merupakan percikan api pertama bagi berkobarnya revolusi yang ia sebut sebagai revolusi Islam melawan orang-orang yang disebutnya musuh-musuh Islam, baik di dalam atau di luar negeri. Suatu perlawanan berdarah yang dari hari ke hari terus berkembang.”

(Artikel “Ashsharqul-Ausat” edisi 8407 pada 4/12/2001  oleh Dr. Aiman al-Zawahiri iaitu orang kanan Osama bin Laden)

KENYATAAN PUTERA NAYIF BERKENAAN IKHWANUL MUSLIMIN

Putera Nayif bin Abdul Azîz al-Saud (Menteri Dalam Negeri, Arab Saudi) dalam artikel “As-Siyâsah Al-Kuwaitiyah” pada 27 November 2002 M.

IKHWANUL MUSLIMIN PUNCA MASALAH TERORISME

Kata putera Nayif Abdul Aziz: “Tanpa ada keraguan sedikitpun, aku katakan bahawa sesungguhnya seluruh permasalahan dan gejolak yang terjadi di negeri kita bermula dari organisasi Ikhwanul Muslimin. Sungguh, kami telah banyak bersabar menghadapi mereka walaupun sebenarnya bukan hanya kami yang telah banyak bersabar. Sesungguhnya mereka itulah penyebab berbagai masalah yang terjadi di dunia arab secara khusus dan bahkan meluas hingga ke seluruh dunia Islam. Organisasi Ikhwanul Muslimîn sungguh telah menghancurkan seluruh negeri Arab.”

BANTUAN ARAB SAUDI KEPADA IKHWANUL MUSLIMIN ‘MEMAKAN DIRI’

Putera Nayif menambahkan: “Kerana saya adalah pemangku jabatan terkait, maka saya rasa perlu menegaskan bahawa ketika para pemuka Ikhwanul Muslimin merasa tersepit dan ditindas di negeri asalnya (Mesir), mereka mencari perlindungan dengan berhijrah ke Saudi, dan sayapun menerima mereka. Dengan demikian, -berkat karnia Allah Azza wa Jalla – mereka dapat mempertahankan hidup, kehormatan dan keluarga mereka. Sedangkan saudara-saudara kita para pemimpin negara sahabat dapat memaklumi sikap kami ini. Para pemimpin negara sahabat menduga bahawa para anggota Ikhwanul Muslimin tidak akan melanjutkan gerakannya dari Saudi Arabia.

Setelah mereka tinggal di tengah-tengah kita selama beberapa tahun, akhirnya mereka mendapat mata pencarian. Dan kamipun membukakan lapangan pekerjaan untuk mereka. Dari mereka ada yang diterima sebagai tenaga pengajar, bahkan menjadi dekan sebahagian fakulti. Kami berikan kesempatan kepada mereka untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah dan perguruan tinggi kami. Akan tetapi, sangat disayangkan, mereka tidak melupakan hubungan mereka di masa lalu. Mulailah mereka memobilisasi masyarakat, membangun gerakan dan memusuhi Kerajaan Saudi.”

(Artikel Kuwait “Arab Times” pada hari Rabu, 18 Desember 2002 M, kembali Putera Nayif berkata: “Sesungguhnya mereka (Ikhwanul Muslimîn) mempolitikkan agama Islam untuk mencapai kepentingan peribadi mereka.”

SAYYID QUTHUB BERSAMA IDEOLOGI TERORISME (KHAWARIJ) & PENGKAFIRANNYA

Nukilan 1 Oleh Sayyid Quthub :“Saya menyeru agar kita memulai kembali kehidupan yang Islami di satu sistem masyarakat yang Islami. Satu masyarakat yang tunduk kepada akidah Islam, dan tashawur (pola pikir) yang Islami pula. Sebagaimana masyarakat itu patuh kepada syari’at dan undang-undang yang Islami. Saya menyadari sepenuhnya bahawa kehidupan semacam ini telah tiada di seluruh bumi. Bahkan agama Islam sendiri juga telah terhenti dan sejak dulu.” [Al ‘Adâlah Al-Ijtimâ’iyah 182].

SAYYID QUTHUB MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM

Nukilan 2 Oleh Sayyid Quthub : “Dan bila sekarang kita mengamati seluruh bumi berdasarkan penjelasan ilahi tentang pemahaman agama dan Islam ini, nescaya kita tidak wujud dari agama ini.” [Al- ‘Adâlah Al-Ijtimâ’iyah hlm. 183].

IDEOLOGI TERRORISM &  MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM YANG TIDAK SEALIRANNYA

Sayyid Quthub berkata:
Bila umat Islam ditindas di suatu negeri, maka hendaknya mereka meninggalkan tempat-tempat peribadahan jahiliyah. Dan menjadikan rumah-rumah anggota kelompok yang tetap berpegang teguh dengan keIslamannya sebagai masjid. Di dalamnya mereka dapat menjauhkan diri dari masyarakat jahiliyah. Di sana mereka juga menjalankan peribadahan kepada Rabbnya dengan cara-cara yang benar. Di waktu yang sama, dengan mengamalkan ibadah tersebut, mereka berlatih menjalankan semacam organisasi dalam suasana ibadah yang suci.” (Sayyid Quthub dalam bukunya “Fî Zhilâlil Qur’ân” ketika menafsirkan surat Yûnus ayat 87, ia menyebut masjid-masjid yang ada di masyarakat sebagai “Tempat peribadahan Jahiliyah”)

FATWA MENENTANG ‘PEMERINTAH ZALIM’ SAYYID QUTHUB vs HADIS NABI ﷺ

Sayyid Quthub berkata: Menimbang berbagai faktor ini secara komprehensif, saya memikirkan suatu rencana dan cara untuk membalas perbuatan musuh. Aku pernah katakan kepada para anggota jamaah: “Hendaknya mereka memikirkan suatu rencana dan cara, dengan mempertimbangkan bahawa mereka pulalah yang akan menjadi penentunya. Tentunya cara itu disesuaikan dengan potensi yang mereka miliki. Saya tidak tahu dengan pasti cara apa yang tepat bagi mereka dan saya juga tidak bisa menentukannya ……

Tindakan kita ini sebagai balasan atas penangkapan langsung beberapa anggota organisasi Ikhwanul Muslimin. Kita membalas dengan menyingkirkan pimpinan-pimpinan mereka, terutama presiden, perdana menteri, ketua dewan pertimbangan agung, ketua intelijen dan ketua polis. Balasan juga dapat dilanjutkan dengan meledakkan mengebom pelbagai infrastruktur yang dapat melumpuhkan pengangkutan kota Kairo(Mesir). Semua itu bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada anggota Ikhwanul Muslimin di dalam dan luar kota Kairo. Serangan juga dapat diarahkan ke stesen eletrik dan jambatan.” [Limâzâ A’adamûni oleh Sayyid Quthub hlm: 55]

Sebaliknya perintah Nabi ‘Taat Pemerintah Walaupun Zalim’

Nabi ﷺ bersabda: “Akan ada selepas peninggalanku para pemerintah yang tidak mengikut petunjukku dan tidak beramal dengan sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka (para pemerintah yang tidak mengikut petunjuk dan sunnah) pemerintah yang hati mereka adalah hati syaitan dalam jasad manusia.” Aku (Hudzaifah) berkata: “Bagaimana aku harus bersikap jika aku berdepan dengan hal seperti ini?” Rasulullah ﷺ bersabda: “Engkau tetap dengar dan taat kepada pemerintah itu, dan Jika Belakangmu Dipukul Dan Hartamu Dirampas Sekalipun, Hendaklah Engkau Dengar Dan Taat.” (HR Muslim)


TIGA (3) ALIRAN IKHWANUL MUSLIMIN

1. Aliran Hasan al-Banna – Dakwah Untuk Menarik Pengikut Kepada Organisasi Ikhwanul Muslimin

Dalam mengembangkan jaringannya, Hasan al-Banna lebih mementingkan terbentuknya suatu jaringan sebesar-besarnya, tanpa perduli dengan perbedaan yang ada di antara mereka.

SLOGAN IKHWANUL MUSLIMIN YANG MEROSAKKAN UMAT ISLAM

Kita Bersatu Dalam Hal Yang Sama, Dan Saling Toleransi Dalam Setiap Perbezaan Antara Kita”.

Tidak menghairankan apabila para penganut ini siap bekerja sama dengan siapa saja, bahkan dengan golongan kafir sekalipun, demi mewujudkan tujuannya (jaringan Ikhwanul Muslimin). Prinsip-prinsip agama bagi mereka sering kali hanya sebatas PELARIS DAN PEMUDAH agar Ikhwanul Muslimin di terima oleh masyarakat luas. Kerananya, dalam perkumpulan dan pengajian mereka, permasalahan politik, strategi pergerakan dan organisasi sering menjadi tema utama pembahasan.

2. Aliran Sayyid Quthub – Dakwah Terorisme (Khawarij)

Setelah bergabungnya Sayyid Quthub ke dalam barisan Ikhwanul Muslimîn, terbentuklah aliran baru yang ekstrim pada tubuh Ikhwanul Muslimîn. Pemikiran dan corak pergerakannya lebihmendahulukan konfrontasi. Ia menjadikan pergerakan Ikhwanul Muslimîn terbelah menjadi dua aliran. Melalui berbagai tulisannya Sayyid Quthub menumpahkan ideologi ekstrimnya. Tanpa segan-segan ia MENGKAFIRKAN SELURUH PEMERINTAHAN UMAT ISLAM YANG ADA, dan bahkan seluruh lapisan masyarakat yang tidak sejalan dengannya.

Dan selanjutnya, tatkala pergerakannya mendapatkan reaksi keras dari penguasa Mesir di bawah pimpinan Jamal Abdun Nâsir, ia pun menyeru pengikutnya untuk mengadakan perlawanan dan pembalasan, sebagaimana diutarakan di atas.

3. Aliran Muhammad Surur Zainal Abidin – Dakwah Sunnah Disulami Ideologi Terorisme (Al-Hakimiyyah)

Setelah dibuang oleh Mesir, Syria, tokoh Ikhwanul Muslimin yang dilindungi oleh Arab Saudi berusaha beradaptasi dengan fahaman tauhid yang diajarkan di sini. Inilah faktor membezakan antara aliran ketiga dari aliran kedua, yaitu adanya sedikit perhatian terhadap tauhid dan sunnah. Walaupun pada tataran aplikasinya, masalah tauhid acap kali dikesampingkan dengan cara membuat istilah baru yang mereka sebut dengantauhîd hakimiyyah (menghukum).

Istilah ini sebenarnya bukanlah baru, istilah ini tidak lebih dari kamuflase (tipuan) para pengikut Sayyid Quthub untuk mengelabui pemuda-pemuda Saudi Arabia semata. Istilah ini mereka ambil dari doktrin Sayyid Quthub yang ia tuliskan dalam beberapa tulisannya. Berikut salah satu ucapannya yang menginspirasi mereka membuat istilah tauhîd hakimiyyah ini:

FATWA PENGKAFIRKAN 1:
PEMERINTAH KAFIR KERANA TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Kata Sayyid Quthub: “Teori hukum dalam agama Islam dibangun di atas persaksian bahawa tiada ilâh yang berhak diibadahi selain Allah. Dan dengan persaksian ini telah ditetapkan bahawa peribadatan hanya layak ditujukan kepada Allah semata, maka ditetapkan pula bahawa perundang-undangan dalam kehidupan umat manusia adalah hak Allah Azza wa Jalla semata. Dari satu sisi, hanya Allah Yang Maha Suci, yang mengatur kehidupan umat manusia dengan kehendak dan takdir-Nya. Dan dari sisi lain, Allah Azza wa Jalla jualah yang berhak mengatur keadaan, kehidupan, hak, kewajiban dan hubungan mereka, juga keterkait mereka dengan syari’at dan ajaran-ajaran-Nya……

Berdasarkan kaedah ini, manusia tidak dibenarkan untuk membuat undang-undang, syari’at, dan peraturan pemerintahan menurut gagasan diri-sendiri. Kerana perbuatan ini artinya menolak sifat Uluhiyyah Allah Azza wa Jalla dan mengdakwa bahawa pada dirinya terdapat sifat-sifat ulûhiyah. Dan sudah tentu ini adalah nyata-nyata perbuatan kafir.” (Al ‘Adâlah Al-Ijtimâ’iyah hlm. 80)

FATWA PENGKAFIRAN 2:
UMAT ISLAM KAFIR KERANA MENENTANG AL-HAKIMIYYAH

Sayyid Quthub menafsirkan ayat 19 Al-Anaam: “Sungguh, sejarah telah terulang, sebagaimana yang terjadi pada saat pertama kali agama Islam menyeru umat manusia kepada “lâ ilâha illallâhu”. Sungguh, saat ini umat manusia telah kembali menyembah sesama manusia, mengalami penindasan dari para pendakwah agama, dan berpaling dari “lâ ilâha illallâhu”. Walaupun sebahagian dari mereka masih tetap mengulang-ulang ucapan “lâ ilâha illallâhu”, akan tetapi tanpa memahami kandungannya. Ketika mereka mengulang-ulang syahadat itu, mereka tidak memaksudkan kandungannya. Mereka menentang cara sebahagian manusia sifat “Al-Hakimiyah” pada dirinya. Padahal “Al-Hakimiyah” adalah sinonim dengan “Al- Ulûhiyah “.

Kedudukan ‘Al-Hakimiyyah’ sewenangnya diletakkan dalam syariat Islam. Sebenarnya Al-Hakimiyyah tidaklah seperti kedudukan Uluhiyyah.

SALAH FAHAM MAKSUD ‘AL-HAKIMIYYAH’ OLEH SYED QUTHUB

Al-Hakimiyah hanyalah sebahagian dari Rubûbiyyah Allah Azza wa Jalla . Kerananya, setelah mengisahkan tentang penciptaan langit, bumi, serta pergantian siang dan malam.

Firman Allah: “Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Rabb semesta alam. Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”. [al A’râf/7:54-55]

Pada ayat 54, Allah Azza wa Jalla menegaskan bahawa mencipta dan memerintah yang merupakan kesatuan dari Rubûbiyah adalah hak Allah Azza wa Jalla . Pada ayat selanjutnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan agar kita mengesakan-Nya dengan peribadatan yang diwujudkan dengan berdoa dengan rendah diri dan suara yang halus. Dengan demikian, tidak tepat bila Al-Hâkimiyah disejajarkan dengan Ulûhiyah, apatah lagi dikatakan zaman sekarang  dikatakan lebih penting dibanding Al- Ulûhiyah.

DAKWAH SAYYID QUTHUB ‘MEMENTINGKAN KEKUASAAN’ LEBIH DARI ‘TAUHID’

Ucapan Sayyid Quthub semacam inilah yang menjadi dasar para pengikutnya untuk lebih banyak menitiberatkan ‘Kekuasaan Dan Para Penguasa’ berbanding urusan dakwah menuju tauhid dan memerangi kesyirikan yang banyak terjadi di masyarakat.

TINDAKAN ARAB SAUDI DALAM MENANGANI AJARAN SESAT SAYYID QUTHUB

1. Menarik kitab-kitab yang mengajarkan ideologi ekstrim dari perpustakaan sekolah.
Di antara kitab-kitab yang di tarik ialah kitab: Sayyid Quthub Al-Muftarâ ‘alaih dan kitab Al-Jihâd Fî Sabîlillâh.

2. Membentuk badan pemulihan yang beranggotakan para Ulamak
Ia bertujuan meluruskan pemahaman dan meneutralisasi doktrin ekstrim yang terlanjur meracuni akal para pemuda. Peringkat kedua ini terbukti sangat efektif, dan berhasil menyadarkan ratusan pemuda yang telah teracuni oleh pemikiran ekstrim, sehingga mereka kembali menjadi anggota masyarakat yang sewajarnya.

UCAPAN PUTERA SAUD DI PERTEMUAN U.S.A –SAUDI ARABIAN BUSINESS COUNCIL, 2004

Pernyataan Putera Saud al-Faisal, Menteri Luar Negeri Kerajaan Saudi Arabia, pada pertemuan U.S.-Saudi Arabian Business Council (USSABC) yang berlangsung di kota New York, pada tanggal 26 April 2004.

Putera Saud berkata: “Menanggapi tuduhan-tuduhan ini, sudah sepantasnya bila anda mencermati fenomena jaringan al-Qaedah bersama pemimpinnya bin Lâden. Walaupun ia terlahir di Saudi Arabia, akan tetapi ia mendapatkan ideologi dan pola pikirnya di Afganistan. Semuanya kerana pengaruh dari kelompok sempalan gerakan Ikhwanul Muslimîn. Saya yakin, hadirin semua telah mengenal gerakan ini. Fakta ini membuktikan bahawa Saudi Arabia dan seluruh masjid-masjidnya terbebas dari tuduhan sebagai sarang ideologi tersebut.

Dan kalaupun ada pihak yang tetap beranggapan bahawa Saudi Arabia bertanggung jawab atas kesalahan yang telah terjadi, maka sudah selayaknya Amerika Serikat juga turut bertanggung jawab atas kesalahan yang sama. Dahulu kita bersama-sama mendukung perjuangan mujahidin dalam membebaskan Afganistan dari penjajahan Uni Soviet. Dan setelah Afganistan merdeka, kita membiarkan beberapa watak tetap bebas berkeliaran, sehingga mereka dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak jelas. Kita semua masih mengingat, bagaimana para mujahidin disambut dengan penuh hormat di Gedung Putih. Bahkan tokoh fiktif Rambo dikisahkan turut serta berjuang bersama-sama dengan para mujahidin.” 
[Sumber situs resmi Kementerian Luar Negeri Kerajaan Saudi Arabia: http://www.mofa.gov.sa%5D

FATWA ULAMAK KIBAR BERKENAAN IKHWANUL MUSLIMIN 

Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:Siapa saja yang menyelisihi aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah maka masuk yang 72 kelompok. Yang dimaksud dengan kata ‘umatku’ adalah umat ijabah, yakni umat yang menyambut seruan Allah dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti Nabi saw. Yang selamat adalah yang mengikuti beliau n dan istiqamah di atas agamanya. Sedangkan yang 72 golongan, di antara mereka ada yang kafir, ada yang ahli maksiat, ada yang ahli bid’ah, bermacam-macam. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan Tabligh adalah golongan 72”. (Rakaman pelajaran Al-Muntaqa di kota Tha‘if, 2 tahun sebelum wafat beliau)

Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata:Tidak benar bila dikatakan bahwa Ikhwanul Muslimin termasuk Ahlus Sunnah, karena mereka memerangi As-Sunnah.” (Rakaman Fatwa Para Ulama seputar Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin, studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

Kata Asy-Syaikh Shalih Al-Luhaidan:Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Tabligh bukan termasuk orang-orang yang berada di atas manhaj yang benar. Sesungguhnya seluruh jamaah dengan penamaan-penamaannya semacam itu tidak punya sandaran pada pendahulu umat ini.” (Rakaman Fatwa Para Ulama tentang Jamaah-jamaah dan Pengaruhnya di Negeri Al-Haramain, Studio Minhajus Sunnah, Riyadh)

Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 10//Tahun XIII/1431H/2010M

Sumber: https://muslim.or.id/2492-siapakah-tokoh-di-balik-radikalisme-dan-terorisme.html


BAHAGIAN 10.0:
Arab Saudi & Terrorism: Ikhwanul Muslimin & Syiah – Realitinya Mereka Ibarat ‘Si Pencuri Berteriak Pencuri’ – home

Oleh Ustaz Idris Sulaiman


1979: PENGUASAAN MASJIDILHARAM OLEH JUHAIMAN (234 MATI DAN 451 CEDERA)

Semenjak peristiwa Masjidil Haram ditawan oleh sebuah kumpulan radikal pimpinan Juhaiman bin Muhammad, seorang warga Arab Saudi pada tahun 1979 yang mengorbankan 234 orang dan mencederakan 451 yang lain, Arab Saudi telah menyaksikan siri insiden-insiden keganasan yang menggemparkan tanah airnya.

1987: DEMONSTRASI JEMAAH IRAN DI MEKAH (150 RIBU TERLIBAT, 402 MATI DAN 649 CEDERA)

Pada musim Haji tahun 1987, anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran bersama-sama jemaah negaranya yang mencecah 150 ribu orang telah mengadakan demonstrasi di jalan raya utama menuju ke Masjidil Haram, Mekah.  Dengan membawa sepanduk gambar Khomeini, mereka telah bertempur dengan anggota keselamatan Arab Saudi yang berkesudahan dengan 402 orang mati dan 649 cedera.

1986: SELUDUP 51KG BAHAN LETUPAN C4 OLEH JEMAAH IRAN

Setahun sebelumnya, pada tahun 1986,  Kastam Arab Saudi telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 51 kilogram bahan letupan C4 yang dibawa oleh jemaah Haji Iran dalam beg-beg bagasi mereka. 

Satu kilogram bahan ledakan tersebut sudah mampu mengakibatkan kematian dan kecederaan yang dahsyat jika digunakan di tempat laluan ribuan jemaah Haji seperti terowong-terowong di Mina, di kawasan-kawasan penginapan di sekitar Mekah atau di dalam Masjidil Haram itu sendiri.

1989: LETUPAN DI MASJIDILHARAM (1 MATI, 16 CEDERA)

Pada tahun 1989, sebuah letupan benar-benar telah berlaku di kawasan luar Masjidil Haram menyebabkan seorang mati manakala 16 yang lain cedera.

1996: SERANGAN BUNUH DIRI DI BANDAR KHOBAR (20 MATI, 372 CEDERA)

Pengeboman Menara Khobar yang terletak di bandar Khobar, timur Arab Saudi, dengan menggunakan sebuah trak yang dimuatkan dengan bahan-bahan letupan telah mengakibatkan bahagian depan Menara tersebut ranap dan mengorbankan 20 nyawa serta mencederakan 372 orang.

2003: SERANGAN BUNUH DIRI DI RIYADH 926 MATI, 200 CEDERA)

Detik tengah malam 12 Mei 2003 menyaksikan bandar Riyadh bergegar dengan tiga serangan yang dilancarkan serentak oleh 9 lelaki bersenjata di tiga buah kawasan perumahan.  Serangan dilakukan dengan menggunakan empat buah kereta yang sarat dengan bahan letupan sehingga mengakibatkan 26 orang mati dan 200 lebih yang cedera.  Turut terkorban ialah 9 penyerang tersebut yang bertindak meletupkan diri mereka dalam serangan itu.

2016: PELURU BERPANDU SYIAH HOUTHI KE KOTA MEKAH (DIPINTAS OLEH TENTARA)

Tentera ‘Abrahah’ Syiah Houthi di Yaman telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik mereka ke arah kota Mekah pada 27 Oktober 2016 dari sebuah masjid di bandar Saada, Yaman.

Peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh Pakatan Tentera negara-negara Islam yang diketuai Arab Saudi kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan.

JUN 2017: SERANGAN BUNUH DIRI BUKIT AJYAAD MEKAH (BANGUNAN RUNTUH)

Yang terbaru ialah kejadian letupan bunuh diri yang berlaku di Bukit Ajyaad Mekah pada 23 Jun 2017 beberapa ratus meter daripada Masjidil Haram yang menyebabkan sebuah bangunan runtuh sama sekali akibat letupan tersebut. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan selain daripada pengganas yang meletupkan dirinya itu.

2 GOLONGAN TERLIBAT DALAM TERRORIS IALAH KHAWARIJ (IM) DAN SYIAH

Demikian sebahagian daripada serangan-serangan keganasan yang berlaku di Arab Saudi mutakhir ini dan tidak berapa lama dahulu. Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, dapat disimpulkan bahawa serangan-serangan ini dilancarkan oleh dua kelompok:

1. Golongan KHAWARIJ (seperti anggota Al-Qaedah, Daesh dan ISIS); yang mengkafirkan pemerintah dan para ulama, serta menghalalkan darah anggota keselamatan atas alasan bahawa mereka bersekongkol dengan kerajaan taghut yang tidak menjalankan hukum Syarak menurut pandangan mereka.

2. Golongan SYIAH (sama ada dari Iran, Houthi di Yaman atau Hizbullat di Lubnan); yang sememangnya memusuhi orang-orang Sunni lebih-lebih lagi Arab Saudi yang lantang membantahnya.

Maka ternyata Arab Saudi menjadi mangsa  keganasan serta aktiviti-aktiviti terrorism oleh mereka yang mendukung kedua-dua ideologi ganas ini.

QATAR BERKAITAN RAPAT DENGAN TERRORISM (IKHWANUL MUSLIMIN DAN SYIAH) – PUSAT ANTI KEGANASAN, RIYADH

Barangkali kerana merasakan bahawa tuduhan-tuduhan jahat yang mengaitkannya sebagai pengeksport keganasan telah berlarutan sekian lama dan ‘enough is enough’, dan kini sudah tiba masanya untuk ‘set the record straight’, susulan  pelancaran PUSAT ANTI KEGANASAN di Riyadh pada 21 Mei 2017, Arab Saudi bersama beberapa negara serantau telah bertindak berani dengan berterus terang mengaitkan negara  Qatar sebagai dalang keganasan serantau.

Walaupun menafikan tuduhan tersebut, yang pastinya Qatar secara terang dan jelas mempunyai hubungan rapat dengan negara SYIAH IRAN serta tokoh-tokoh IKHWAN MUSLIMIN yang mempunyai kecenderungan kepada ideologi KHAWARIJ. Hal ini diakui sendiri oleh Qatar.

TUDUHAN WAHABI ADALAH TERORRIS ADALAH BATHIL DAN TIADA BUKTI

Telahan bahawa ajaran Wahabi yang sering dikaitkan dengan pegangan rasmi Kerajaan Arab Saudi sebagai ajaran yang mendukung keganasan atau membawa kepada keganasan jelas tidak tepat sama sekali mengenangkan bahawa mereka turut menjadi mangsa dalam keganasan ini.

IBARAT ‘SI PENCURI BERTERIAK PENCURI’ – ZIKIR SONGSANG TERHADAP WAHABI, SALAFI JIHADI, MADKHALI DAN ARAB SAUDI  

Barangkali kerana masih kabur tentang sumber sebenar keganasan dalam masyarakat Islam, dan bahawasanya ia adalah SYIAH dan fahaman KHAWARIJ, terdapat kelompok yang masih terus-menerus berzikir Wahabi, Salafi Jihadi, Madkhali dan Arab Saudi serta mengaitkannya dengan keganasan. Walhal tuduhan tersebut sama sekali tiada buktinya, malah bukti-bukti menunjukkan sebaliknya.

Lebih parah apabila didapati bahawa kelompok yang mengungkapkan zikir-zikir songsang ini mereka sendiri yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan dua sumber keganasan tadi dengan seorang mereka gurunya mempunyai kecenderungan kepada SYIAH di Jordan, manakala yang lainnya adalah pengikut fahaman IKHWAN MUSLIMIN yang mengidolakan tokoh kanan mereka Dr Yusuf Al-Qardawi yang namanya turut tersenarai dalam mereka yang terlibat dengan menyokong keganasan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain baru-baru ini.

Ibarat si pencuri yang berteriak PENCURI!  Bagi mengalihkan tumpuan orang ramai kepada orang lain supaya kebejatan dirinya tak terbongkar. Ini yang sedang kita saksikan.

Akhirnya yang bejat dilihat hero dan pahlawan manakala yang tak bersalah dilihat buruk dan jahat. Itu yang dicanangkan.

Katakan tidak kepada SYIAH dan jemaah terroris IKHWAN MUSLIMIN!

 

 

TAMBAHAN:
Kerjasama Arab Saudi – Malaysia Dalam Menangani Terrorism

Arab Saudi mempunyai pengalaman luas dalam menangani khawarij (terrorism) melalui Pusat Anti Keganasan di Riyadh. Ia sangat penting dalam menjaga dua kota suci  umat Islam seluruh dunia iaitu Mekah dan Madinah  bagi mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Pusat Anti Keganasan ini telah berjaya memainkan peranan untuk mengekalkan keamanan serantau memandangkan negara sekitarnya seperti Yaman, Mesir Syria dan Iraq telah bergolak. 

ANTARA TUDUHAN DAN REALITI

Adapun tuduhan Arab Saudi berkomplot dengan Amerika yang menjadi punca kepada kejatuhan negara-negara Arab adalah tuduhan semata-mata tanpa bukti. Tuduhan ini sering dilaungkan oleh  golongan khawarij dan Syiah kerana mereka adalah seperti ‘Si Pencuri Yang Berteriak Pencuri’ untuk menunding jari kepada Arab Saudi disebabkan kerosakan yang telah dilakukan. Realitinya, kerjasama Arab-Amerika hanyalah atas urusan dunia semata-mata untuk maslahah umat Islam sepertimana mualamat Nabi ﷺ dengan golongan kafir Yahudi.

10 Sebab Kenapa Arab Saudi pilih Malaysia sebagai pusat operasi King Salman Center for International Peace (KSCIP)

1. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan Syiah dari segi undang-undang negara.

2. Satu-satunya negara Islam di Asia Tenggara yang menghantar pasukan tentera dalam Eksais Pertahanan Bersama “North Thunder” pada 2016.

3. Antara negara pertama yang menyertai Pakatan Ketenteraan Negara Islam Bagi Menentang Keganasan (Islamic Military Alliance to Fight Terrorism (IMAFT))

4. Negara yang mempunyai pengalaman dalam misi pengaman antarabangsa dan mandat antarabangsa terutama sekali di rantau MENA. Misalnya dalam misi pengaman UNIIMOG (1988-1990)

5. Malaysia mempunyai kepakaran dalam menewaskan pengganas melalui perang fizikal dan perang ideologi terutama sekali di rantau Asia Tenggara.

6. Mempunyai keupayaan risikan yang cemerlang di Asia Tenggara. Misalnya mengagalkan usaha Syiah Houthi di Kuala Lumpur untuk melakukan serangan ketika lawatan Raja Salman ke Malaysia.

7. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menawarkan diri membantu negara jiran Arab Saudi, Bahrain ketika negara berkenaan berhadapan dengan fenomena Arab Spring yang didalangi Syiah pada tahun 2011.

8. Malaysia negara Islam paling hampir berhadapan dengan kawasan operasi Daesh di Filipina.

9. Negara yang paling banyak menyelesaikan krisis peringkat antarabangsa dengan jalan diplomasi. Contohnya dalam Insiden MH17 & Krisis Pembunuhan Kim Jong Nam.

10. Sebab Raja Salman kawan baik dengan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 

Sumber:

Malaysia offers to send troops to Bahrain: https://english.alarabiya.net/articles/2011/05/14/149079.html

In otherwise tolerant Malaysia, Shiites are banned: https://www.alarabiya.net/articles/2011/01/14/133463.html

Malaysian Contingent in North Thunder Exercise: http://www.malaysiandefence.com/malaysian-contingent-north-thunder-exercise/

Malaysia says it foiled attack on Arab royalty ahead of Saudi king’s visit: http://www.reuters.com/article/us-saudi-asia-malaysia-idUSKBN16E0O6

United Nations Iran-Iraq Military Observer Group UNIIMOG (August 1988 – Feb. 1991)
http://www.un.org/en/peacekeeping/missions/past/uniimogfacts.html

 


BAHAGIAN 11:
Kesimpulan….. Antara Fakta (Kebenaran) vs Dakwaan – home


PERSAMAAN IRAN, TERORISM DAN IKHWANUL MUSLIMIN

Kata Ustaz Idris Sulaiman:  “Apakah persamaan antara ‘Iran, Daesh, Hizbullat, Al-Qaedah, Houthi & Ikhwan Muslimin‘? Mereka semua Memusuhi Arab Saudi iaitu Negara letaknya KIBLAT UMAT ISLAM.  Qatar? Semoga Allah beri hidayah kembali ke pangkal jalan. Wallahul musta’an” 

PENJELASAN ARTIKEL DARI DALIL QURAN/HADIS & VIDEO

Bukti dan fakta telah terjelas dalam artikel-artikel di atas dengan HUJAH DARI DALIL QURAN/HADIS DAN VIDEO. Fakta bermaksud realiti dan benar. Sebenar-benar perkataan adalah dari Allah dan RasulNya.

KAEDAH ASAS ISLAM – KEBENARAN VS DAKWAAN

“Sesiapa Yang Mendakwa Perlu Datangkan Bukti

* Maksud Benar – betul, genuine, real, right, true, very, accurate (tepat).
Lawan kepada Benardusta, dakwa tanpa bukti, sangka-sangka, dengar-dengar, khabar angin (hearsay),  taqlid buta

Firman Allah: “….Jika kalian berselisih dalam suatu hal, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya”. (QS An-Nisak:59) …… Kebenaran hanya 1 iaitu daripada Allah dan RasulNya

Firman Allah: “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN yang sah mengenainya ; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada  hal ia pada sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya. ”(An-Nur:15) …. Bahaya bercakap tanpa pengetahuan yang benar

Firman  Allah:Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan SANGKAAN SEMATA-MATA, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Al-Anaam:116) ….. Bahaya sangkaan tanpa kebenaran 

KESIMPULAN: KONTEKS IKHWANUL MUSLIMIN -QARADHAWI-QATAR

Dalam konteks artikel berkenaan Ikhwanul Muslimin, Qatar dan Qaradhawi tersebut, ia telah dijelaskan kesalahan mereka dengan fakta melalui dalil Quran dan Hadis, juga melalui video.  Adapun untuk menerima atau tidak ia bergantung kepada keyakinan terhadap dalil tersebut. Hakikatnya manusia susah menerima kebenaran kerana ianya berat seperti yang disebut Allah.

Firman Allah: “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu PERKATAAN YANG BERAT.” (Surah Al-Muzammil: 5)

Wallahualam

Advertisements