KULIAH KITAB AL-USHUL ATS-THALATSAH SYEIKH MUHAMMAD Oleh Ustaz Idris Sulaiman (25 Mei 2017)

Kata Syeikh Muhammad: “Setelah 10 tahun baginda mikraj ke langit, diwajibkan ke atasnya solat 5 waktu, menegakkan solat di Mekah selama 3 tahun. Setelah itu diperintahkan berhijrah ke Madinah. Hijrah adalah perpindahan dari Negeri Kesyirikan menuju Negeri Islam. Ia adalah wajib bagi umat ini dan akan terus berlaku sehingga tibanya hari kiamat.”

DALIL WAJIB HIJRAH KE NEGARA ISLAM 

Firman Allah:Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat sedangkan mereka telah menganiaya diri mereka sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat, “Apakah yang kamu telah lakukan untuk Agama kamu?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang-orang yang ditindas di bumi.” Malaikat bertanya lagi, “Tidakkah bumi Allah itu luas untuk kamu berhijrah dengan bebas di atasnya?” Maka orang-orang yang sedemikian, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” (QS Al-Nisa’, ayat 97)

Apa yang disebut oleh Syeikh Muhammad dalam menyebut sejarah Nabi Muhammad ﷺ kerana ini adalah prinsip ke 3 daripada Mengenal Allah, Mengenal Agama dan Mengenal Nabi ﷺ.

PENGAJARAN BESAR PERISTIWA HIJRAH

Syeikh Muhammad menyebutkan kisah Nabi ﷺ yang mana sirah Nabi ﷺ ini patut menjadi pengajaran dan pedoman seterusnya diambil faedah daripadanya. Kalau kita tinjau Nabi ﷺ berhijrah dari Mekah  ke Madinah, ia berlaku selepas dakwah di Mekah selama 13 tahun. Sebelum itu berlaku Israk dan Mikraj pada tahun 10H. Kemudian, 3 tahun terus berdakwah  kepada penduduk Mekah. Ternyata halangan terhadap Nabi ﷺ berterusan dan bertambah. Akhirnya bulan Rabi’ul awal pada tahun ke 13 selepas jadi rasul, Nabi ﷺ berhijrah ke Madinah. Nabi meninggalkan tanah yang pertama mendapat wahyu, bumi yang mana apabila mengerjakan solat menyamai 100,000 solat.

TEKANAN KAUM QURAISY MUSYRIK KEPADA DAKWAH NABI ﷺ

Nabi ﷺ tinggalkan rumah, harta dan sanak saudara. Nabi ﷺ lakukan setelah dapat izin Allah Taala apabila baginda mendapati orang Quraisy dan pembesar terus degil dan menolak dakwah Nabi ﷺ. Mereka mengganggu dan menyeksa orang beriman. Kemuncak seksaan apabila mereka komplot untuk membunuh Nabi ﷺ.

KOMPLOT MEMBUNUH NABI ﷺ DI DAR NAJWAH

Peristiwa orang Quraisy bermesyuarat di Dar Najwah. Mereka berbincang bagaimana perlu bertindak kepada Nabi ﷺ. Pengikut Nabi ﷺ telah berhijrah ke Madinah, maka mereka buat kesimpulan Muhammad akan turut sama berhijrah. Itu akan bawa masalah dan ancaman kepada Mekah kerana ajaran Islam diterima di Madinah. Maka ketika itu musuh Allah iaitu Abu Jahal datangkan pendapat. Hendaklah setiap kabilah mendatangkan seorang pemuda yang ada kekuatan dan keberanian. Diberikan setiap mereka pedang untuk bunuh Muhammad secara serentak. Tujuan ialah supaya dikatakan bahawa pembunuh Muhammad adalah wakil kabilah Quraisy. Maka tidak timbul isu pembunuh hanya seorang. Maka tidak dapat kabilah Nabi iaitu Bani Abd Manaf menuntut bunuh balas. Sebaliknya akan berdepan semua kabilah Quraisy yang berkomplot.

KEPENTINGAN MENJAGA NASAB KEKELUARGAAN

Ini bagaimana pentingnya menjaga nasab. Mereka terpaksa berkira-kira dengan kabilah. Sedangkan kabilah Abd Manaf bukan semuanya beriman tetapi telah wujud satu ikatan kekeluargaan yang kuat (asabiah). Taksub menjaga silaturrahim mengatasi segalanya. Di situ adanya kekuatan dengan sendiri. Maka Abu Jahal kata Bani Abd Manaf akan susah untuk tuntut balas. Akhirnya akan terpaksa terima cadangan bayar diat “pampasan”. Dalam pembunuhan ada hukum qisas (bunuh lawan bunuh) atau diat (pampasan). Mereka bersetuju dengan cadangan Abu Jahal. Allah maha mengetahui dan sampai pengetahuan Nabi ﷺ. Dengan itu Allah izinkan Nabi ﷺ berhijrah. Nak kata segala tindak tanduk Nabi ﷺ adalah dengan perintah Allah Taala.

NABI ﷺ MENGKHABARKAN HIJRAH

Abu Bakar ra telah lama bersedia untuk berhijrah tapi Nabi ﷺ menahan sehingga baginda mendapat izin. Abu Bakar ra terus menunggu dengan harapan dapat berhijrah bersama baginda. Aisyah ra dalam peristiwa ini kata: “ Ketika kami di rumah Abu Bakar, waktu tengahari, tidak semena Rasulullah ﷺ datang dalam keadaan mukhanna (tutup muka). Abu Bakar ra tahu ada sesuatu yang tidak kena. Apabila dibuka pintu, Nabi ﷺ kata: “Keluarkan sesiapa yang ada dalam rumah”. Abu Bakar ra kata: “Sesungguhnya tiada yang ada kecuali keluarganya (Aisyah ﷺ ). Nabi ﷺ masuk dan menjelaskan kepada Abu Bakar dia telah diberi izin oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah”.  Abu Bakar ra kata: “Bagaimana jika aku menemani engkau”. Nabi ﷺ mengiyakan.

Rasulullah kahwin dengan Aisyah pada umur 6 tahun, tinggal bersama umur 9 tahun dan Nabi wafat pada umur Aisyah 18 tahun.

BERMALAM DI GUA TSUR UNTUK MENGELAK DITANGKAP KAFIR QURAISY

Keduanya keluar dan Nabi ﷺ menunggang haiwan yang disediakan oleh Abu Bakar ra. Mereka tidak terus ke Madinah tetapi Nabi ﷺ memilih untuk ke arah selatan (Gua Tsur) iaitu jarak dalam 5km dari Masjidilharam. Nabi ﷺ  bermalam selama 3 malam. Anak Abu Bakar ra iaitu Abdullah ra bermalam bersama Nabi ﷺ.  Awal pagi Abdullah ﷺ sudah masuk bersama-sama penduduk Mekah mendengar berita yang disampaikan. Apabila kafir Quraisy mendapat tahu Nabi ﷺ telah meninggalkan Mekah, mereka menjalankan misi menangkap. Sesiapa yang dapat tangkap keduanya, akan diberi ganjaran 100 ekor unta. Seekor unta dalam 15, 000 riyal.

ABDULLAH BIN ABU BAKAR SEBAGAI PERISIK NABI ﷺ

Abdullah ra akan mendengar misi mencari Nabi ﷺ dan pada waktu malam dia kembali ke gua dan menceritakan apa yang dibualkan oleh kafir Quraisy. Abu Bakar ra dalam hadis menceritakan peristiwa ketika dia dengan Nabi ﷺ di dalam gua dan tidak semena-mena sampai pasukan pencari kafir. Mereka telah sampai dan berdiri tepi Gua Tsur. Abu Bakar ra kata kalau salah seorang daripada mereka menjenguk ke dalam, nescaya akan nampak mereka.  Keadaan sangat getir.

KEADAAN GETIR KETIKA SEMBUNYI DARI KAFIR QURAISY

Melihat reaksi Abu Bakar dalam keadaan sangat cemas, ternyata Nabi ﷺ kata: “Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Bagaimana kamu rasa wahai Abu Bakar dengan kita 2 orang, dan yang ketiga mereka adalah Allah. Allah menjaga kita dan sentiasa mengawasi kita”.

Ini menunjukkan tahap iman dan tawakal Nabi ﷺ yang sangat tinggi.

Tuan-tuan tahu kalau polis nak kenal penjenayah? Mana ada tulis kat dahi. Bagaimana pihak berkuasa nak tahu jika tidak ada  cara lain kecuali pentunjuk atau tanda-tanda. Kebiasaan akan ditanya “dari mana nak kemana?” . Mereka nak tahu cara nak menjawab. Orang bersalah akan terketar tak reti nak jawab.

PERJALANAN HIJRAH NABI ﷺ KE MADINAH MENGGUNAKAN JALAN PANTAI

Melihat Abu Bakar dalam keadaan cemas, dan Nabi dalam keadaan tenang dan beri jawapan yang sangat menenangkan orang yg mendengar. Setelah  3 malam tinggal dalam Gua Tsur ketika keadaan misi mencari reda sikit, mereka keluar dan menuju ke Madinah dengan jalan pantai. Mereka tak ambik jalan lurus tetapi ikut tepi pantai. Nabi ﷺ mengelak dari dihidu oleh kafir Quraisy. Adapun penduduk Madinah, mereka menunggu kedatangan Nabi dan Abu Bakar tiba. Setiap hari penduduk Madinah akan keluar waktu pagi untuk menunggu dan hingga keadaan panas, mereka balik .

KEDATANGAN NABI ﷺ DAN ABU BAKAR RA YANG DINANTIKAN MADINAH

Kebiasaan perjalanan Mekah ke Madinah dalam 10 hari. Tapi peristiwa ni wallahualam tak tahu berapa hari Nabi jalan. Pada hari tiba di Madinah, kebetulan ada seorang Yahudi yang tinggal di rumah tinggi ternampak 2 orang iaitu Nabi dan Abu Bakar sedang berjalan. Apabila sedar itu adalah Nabi, dia tak dapat menahan diri untuk berteriak dan kata: “Wahai orang-orang Arab, itu datuk kamu”. Maka orang Muhajirin dan Ansar gembira sambut baginda dengan senjata masing-masing. Ia satu penghormatan kepada Nabi dan menzahirkan untuk mempertahankan Nabi dengan nyawa. Mereka sampai ke Quba’ (perbatasan). Nabi tinggal beberapa hari dan mengasaskan Masjid Quba’. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Madinah sehingga ke tapak Masjid Nabi ﷺ. Itulah peristiwa hijrah Nabi ke Madinah dari Mekah.

HIJRAH ADALAH SYARIAT ISLAM

Syeikh Muhammad kata hijrah adalah perpindahan dari Negeri Syirik ke Negeri Islam. Ini yang disyariatkan oleh Nabi ﷺ. Hijrah adalah wajib. Pensyariatan bukan hanya untuk Nabi ﷺ atau bukan sekali sahaja. Ia syariat untuk umat Nabi ﷺ. Sekiranya berada negeri orang kafir, mereka perlu berhijrah ke negeri saudara Islam mereka.

MAKSUD NEGARA ISLAM

Apa yang dimaksudkan oleh Negeri Islam? Ia dijelaskan oleh Syeikh Uthaymin:

Negara kafir adalah syiar kufur tertegak. Syiar Islam tidak boleh dizahirkan seperti azan, mendirikan solat jemaah, perayaan-perayaan, solat Jumaat tidak dapat dizahirkan secara besar-besaran dengan secara ‘umum dan menyeluruh’. Itu pembeza antara  negara Islam dan kafir.

Jangan keliru dengan sebahagian mengatakan bahawa barangkali penduduk Islam di negara kafir masih boleh solat Jumaat dan solat Hari Raya. Persoalannya adakah ia secara menyeluruh atau secara terpencil? Atau secara tersembunyi seperti azan dalam masjid macam di Singapura. Ini yang menjadi pembeza antara negara Islam dan kafir.

MUSLIM PERLU ZAHIRKAN KEISLAMAN

Seorang Muslim yang berada di situ wajib berhijrah ke negara Muslim kerana tinggal di negara kafir sedikit sebanyak tidak dapat menzahirkkan syiar Islam. Akhirnya ia mempraktikkan agama Islam dalam keadan terbatas. Sedangkan kaedah Islam ‘Agama Yang Tidak Dapat Dilaksanakan Kecuali Berhijrah. Maka Hijrah Itu Menjadi Wajib”. Selagimana tidak menzahirkan syiar Islam, maka wajib dia berhijrah untuk menzahirkan syiar Islam.

Kaedah usul fiqh: “Segala sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib”

MENZAHIRKAN AZAN ADALAH TANDA NEGARA ISLAM

Seperti menzahirkan azan di khalayak. Kalau dapat azan kerana tempat orang kafir, maka dia patut berpindah. Syarak menuntut dia sentiasa berusaha membaiki keadaan diri. Kalau syiar agama tidak dapat dizahirkan dan hanya dapat dizahirkan kalau berhijrah ke Negara Islam, maka wajib berhijrah ke negara Islam.

Bahagian 2:
Larangan Tinggal Di Negara Kafir

DEFINISI WALA’ DAN BARA’ 

1. Al-Wala’ – Ketaatan dan kecintaan kepada Agama Islam
2. Al-Bara’ – Berlepas diri dan kebencian kepada Agama Kufur

PERASAAN WALA’ DAN BARA’ WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM

Kewajipan Wala’ dan Bara’ atas setiap seorang Mukmin menuntutnya untuk mencintai Agama Islam dan orang-orang Islam di samping benci kepada semua agama kufur dan golongan yang dimurkai Allah. Inilah perasaan yang perlu ada pada setiap orang yang beriman. Tanpa perasaan ini akan goyahlah Iman seseorang itu kalau bukan lenyap sama sekali.

MENZAHIRKAN WALA’ DAN BARA’ KETIKA BERURUSAN DENGAN KAFIR

Dasar Wala’ dan Bara’ bermula di hati sebelum dizahirkan pada anggota. Oleh itu tidak ada percanggahan antara tuntutan Wala’ dan Bara’ dengan sikap dan akhlak baik yang harus ditunjukkan ketika berurusan dengan orang kafir. Ini kerana sikap dan akhlak baik yang dizahirkan itu adalah pada anggota. Adapun perasaan benci  terhadap agama kufur akan terus tetap di hati.

SIKAP BAIK KEPADA KAFIR HANYA ATAS URUSAN DAKWAH

Harus difahami bahawa sikap dan akhlak baik yang dizahirkan ketika bermuamalah dengan orang kafir tidak lahir daripada perasaan cinta dan sayang terhadap mereka. Masakan boleh ada perasaan cinta dan sayang terhadap golongan yang dimurkai oleh Allah atas perbuatan mereka menyekutukan Allah dengan sembahan-sembahan selain daripadaNya. Sebaliknya, tidaklah sikap dan akhlak baik yang ditunjukkan itu melainkan untuk menarik mereka kepada Islam, melihat keindahan Islam dan akhirnya memeluk Agama Islam itu sendiri. Maka ia adalah satu cara dakwah, tidak lebih daripada itu.

CARA MEREALISASIKAN WALA’ & BARA’ IALAH HIJRAH KELUAR DARIPADA NEGARA KAFIR

Bertitik tolak daripada prinsip Wala’ dan Bara’, Umat Islam disyariatkan berhijrah dari negara kafir ke Negara Islam untuk tinggal bersama-sama dengan saudara seIslam yang lain, tolong-menolong dan bantu-membantu demi memartabatkan Islam dan Umatnya. Ini menjadi kewajipan setiap seorang Muslim bertepatan dengan firman Allah,

Dan tolong-menolonglah dalam kebaikan dan ketakwaan dan jangan bersekongkol dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan”. (QS Al-Ma’idah: 2)

BERADA DI NEGARA KAFIR AKAN MENAMBAH KEKUATAN MEREKA (eg EKONOMI)

Maka sebaliknya adalah haram dan berdosa iaitu untuk tinggal di negara kafir,  menetap bersama-sama dengan golongan kuffar, berdamping dengan mereka serta bekerjasama dengan mereka. Perbuatan ini jelas termasuk dalam ayat di atas yang melarang Umat Islam daripada bersekongkol dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan. Ini kerana perbuatan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak jelas menambahkan bilangan orang kafir serta memberi kekuatan kepada mereka ke atas Agama Islam dan orang-orang Islam. Adapun perbuatan menukar kerakyatan daripada Negara Islam kepada bukan Islam, maka itu adalah Wala’ (sokongan) dalam bentuk yang paling tinggi buat orang kafir yang bercanggah sama sekali dengan Syariat Islam.

AMARAN ALLAH TAALA KEPADA ORANG YANG TINGGAL DI NEGARA KAFIR

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي اْلأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُوْلاَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat sedangkan mereka telah menganiaya diri mereka sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat, “Apakah yang kamu telah lakukan untuk Agama kamu?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang-orang yang ditindas di bumi.” Malaikat bertanya lagi, “Tidakkah Bumi Allah Itu Luas Untuk Kamu Berhijrah Dengan Bebas Di Atasnya?” Maka Orang-Orang Yang Sedemikian, Tempat Akhir Mereka Ialah Neraka Jahanam, Dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. (QS Al-Nisaa’: 97)

Ayat di atas merujuk kepada orang-orang kafir yang memeluk Islam di mana mereka dituntut supaya meninggalkan negara kafir dan berhijrah ke Negara Islam sebagai bukti keimanan mereka dan petanda bahawa mereka benar-benar telah meninggalkan agama kufur mereka dan memeluk Islam secara total rohani dan jasmani. Ini bagi mereka yang memeluk Islam di negara kafir di mana mereka dilarang daripada terus menetap di negara kafir.

MENETAP DI NEGARA KAFIR MEMBERI KESAN KEPADA JIWA MUSLIM

Adapun orang Islam yang ingin berhijrah ke negara kafir jelas itu lebih dilarang. Kerana perbuatan sedemikian bertentangan sama sekali dengan pengertian Hijrah itu sendiri. Daripada mereka terus tetap di Negara Islam, mereka bukan sahaja keluar daripadanya bahkan mereka keluar dan masuk ke negara kafir. Dikhuatiri perbuatan zahir mereka akan turut memberi kesan dalam jiwa mereka di mana ia keluar daripada Islam dan masuk ke dalam kufur. Nau’zubillah.

AMARAN RASULULLAH ﷺ YANG TINGGAL DI NEGARA KAFIR

أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ مُقِيمٍ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ 

Sabda Nabi ﷺ:Aku berlepas diri daripada semua orang Islam yang tinggal bersama-sama dengan orang-orang musyrikin.” (HR Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

مَنْ جَامَعَ المُشْرِكَ وَسَكَنَ مَعَهُ، فَإنَّهُ مِثْلَهُ 

Sabda Nabi ﷺ:Barangsiapa yang berdamping dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya maka dia adalah sepertinya.” (HR Abu Daud)

MENETAP DI NEGARA KAFIR MEROSAKKAN AKIDAH, IBADAH DAN AKHLAK

Hikmah di sebalik larangan tinggal di negara kafir cukup jelas. Ia kembali kepada Kaedah Syarak ‘Apa yang Membawa kepada yang Haram Maka ia Adalah Haram’. Maka bukan sahaja ia bercanggah dengan dasar dan prinsip Wala’ dan Bara’, ia juga boleh merosakkan Akidah, Ibadah, Akhlak dan tingkah laku.

FITRAH MANUSIA IAITU MUDAH BERUBAH MENGIKUT PERSEKITARAN

Hal ini kembali kepada hakikat bahawa manusia mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik maka baiklah dia, dan sekiranya buruk maka buruklah dia.

ANALOGI HIJRAH UMPAMA “MANUSIA DAN PENYAKIT”

Sains perubatan telah membuktikan bahawa kuman boleh berjangkit daripada orang sakit kepada orang sihat. Oleh itu, lazimnya orang-orang sakit akan dikuarantinkan bagi mengelak jangkitan. Maka mereka yang mengalami penyakit berjangkit akan dilarang keluar daripada kawasan kuarantin manakala mereka yang sihat pula dilarang daripada memasuki kawasan kuarantin itu. Ini kerana telah terbukti bahawa seseorang yang memasuki kawasan yang ditimpa wabak penyakit, berkemungkinan besar dia akan turut terkena jangkitan penyakit itu.

Sabda Nabi ﷺ:Sekiranya ia (penyakit taun) melanda sesebuah tempat maka janganlah kamu pergi ke tempat itu dan sekiranya ia melanda di tempat kamu maka janganlah kamu keluar (daripada tempat kamu kerana ingin) menyelamatkan diri daripadanya.” (HR Bukhari dan Muslim).

SIFAT MANUSIA YANG AJAIB: TAKUTKAN PENYAKIT MELEBIHI NERAKA

Ini adalah realiti penyakit yang berjangkit. Peliknya, manusia lebih takut daripada jangkitan penyakit badan daripada penyakit hati yang merosakkan Akidah, Ibadah dan Akhlak. Sedangkan Akidahlah yang akan menentukan kebahagian seseorang itu di dunia sebelum di Akhirat.

TUNTUTAN MENJAGA PERSEKITARAN AGAMA DAN AKHLAKNYA

Sabda Nabi ﷺ:Perumpamaan seorang teman yang baik dan yang jahat adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi; adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kepada kamu (minyak wangi itu), kamu membeli daripadanya atau (setidak-tidaknya) kamu mendapati bau harum daripadanya; adapun tukang besi, sama ada pakaian kamu akan terbakar atau (setidak-tidaknya) kamu akan dapati bau busuk daripadanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi ﷺ:Jangan kamu berdamping kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula ada yang menjamah makananmu kecuali mereka yang bertakwa.”(HR Tirmizi)

MANUSIA TERPENGARUH DENGAN APA YANG DILIHAT, DIDENGAR DAN DIBACA

Lihat bagaimana Islam menekankan peri pentingnya menjaga persekitaran. Ini semua kerana fitrah manusia yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, didengar dan dibaca. Sekiranya persekitarannya dipenuhi dengan Iman dan Amalan Soleh, dengan izin Allah dia juga akan turut begitu. Adapun sekiranya persekitarannya dipenuhi dengan kekufuran dan kemaksiatan, besar kemungkinan dia juga akan turut begitu.

DINAMAKAN NEGARA ISLAM KERANA MENZAHIRKAN ISLAM, IMAN DAN TAKWA

Harus diingat, tabiat manusia suka mencari persekitaran yang digemarinya. Sekiranya dia tergolong dalam golongan orang Islam yang beriman dan bertakwa, dia pasti akan mencari persekitaran yang serupa. Dan tentunya persekitaran yang seperti itu hanya akan didapati di Negara Islam kerana tidaklah ia dinamakan Islam melainkan kerana keIslaman, keImanan dan Ketakwaan yang ada di tempat itu.

DOSA PALING BESAR ADALAH SYIRIK – PENGANUTNYA RAMAI DI NEGARA KAFIR

Sebaliknya, sekiranya dia tergolong daripada kalangan mereka yang rosak akidahnya, ibadah dan akhlaknya, pasti dia akan tertarik kepada golongan yang seperti itu juga. Dan seburuk-buruk mereka adalah orang-orang kafir yang melakukan sebesar-besar dosa dan kemaksiatan dengan menyekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang lain.

MASYARAKAT KAFIR SINONIM DENGAN KUFUR (MENTUHANKAN HAWA NAFSU)

Di mana lagi boleh di dapati persekitaran yang penuh dengan kekufuran, kemaksiatan serta akhlak dan tingkah-laku yang buruk dan jelek kalau bukan di negara-negara kafir. Di situlah adanya segala bentuk kekufuran dan segala bentuk kemaksiatan daripada sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Begitu juga dengan akhlak dan tingkah-laku masyarakatnya yang hampir-hampir menjadi seperti haiwan yang hanya mencari kepuasan nafsu syahwat semata-mata dengan zina, judi, minum arak dan sebagainya.

SYARAT KE NEGARA KAFIR ADALAH JIKA ADA KEPERLUAN MENDESAK

1. Hanya jika keperluan mendesak dan tempoh sesingkat mungkin;

2. Individu itu perlu mempunyai benteng Ilmu Agama dan Ketakwaan yang mampu menjaga Agama dan tingkah-lakunya; dan

3. Terdapat keperluan untuknya pergi ke sana seperti untuk berdakwah, menjalani rawatan, berniaga atau belajar dalam jurusan yang bermanfaat yang hanya terdapat di negara kafir.

Bersiar-Siar Di Negara Kafir Adalah Jelas Dilarang

DALIL BATIL BAGI ORANG MAHU TERUS TINGGAL DI NEGARA KAFIR

Sabda Nabi ﷺ:Tidak ada Hijrah sesudah Al-Fath (Pembukaan Kota Mekah)” (HR Bukhari dan Muslim)

Harus difahami bahawa hijrah yang dinafikan dalam hadis di atas adalah hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Ini kerana sesudah pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah ia telah bertukar daripada kota kafir menjadi Kota Islam. Maka sesudah ia ditawan oleh Rasulullah ﷺ, sudah tidak ada keperluan lagi untuk mereka yang memeluk Islam daripada kalangan penduduk Mekah untuk berhijrah ke Madinah yang menjadi satu-satunya Negara Islam sebelum itu.

PERINTAH HIJRAH KEKAL HINGGA KIAMAT

Sabda Nabi ﷺ:Tidak akan terhenti hijrah kecuali apabila pintu taubat tertutup; dan tidaklah pintu taubat akan tertutup kecuali apabila matahari naik dari sebelah barat.” (HR Abu Daud)

 SOALAN-SOALAN

 1. Ada yang duduk di negara kafir kerana dakwah. Adakah perlu mendapat perintah dari pemerintah untuk dakwah di negara kafir seperti kisah Muaz bin Jabal yang disuruh Nabi ﷺ berdakwah di Yaman?

Tidak ada syarat perlu arahan pemerintah untuk berdakwah. Dakwah perlu dilaksana dengan izin atau tanpa izin. Ia kewajipan untuk bagi setiap seseorang.

BEZAKAN ANTARA BERDAKWAH DAN BEKERJA DI NEGARA KAFIR

Soal berdakwah ke negara kafir, maka ia adalah dianjurkan. Dalam masa yang sama, perlu diambil perhatian kerana perlu ke sana untuk dakwah dan bukan tinggal atau kerja. Jangan  memperdayakan diri sendiri.

ADAKAH ISTERI DAN ANAK-ANAK CUKUP KUAT UNTUK PENGARUH KESYIRIKAN?

Perlu ambil perhatian tentang keluarga. Adakah anak-anak dan isteri ke sana untuk dakwah juga? Pastinya sedikit sebanyak ada risiko. Mungkin dia boleh menjaga diri sendiri. Kita maklum negeri orang kafir yang sinomim dengan kemaksiatan, kesyirikan dan kebidaahan. Ia mudah untuk sesiapa memperolehinya keburukan itu. Risiko besar apabila bawa anak dan isteri. Sejauh mana dia mengambil langkah-langkah pencegahan. Itu persoalan besar. Jelas apabila telah memilih untuk tinggal di sana, ia mempertaruhkan isteri dan anak-anak yang tinggal di sana.

HANYA TEMPOH SINGKAT DIPERLUKAN DALAM DAKWAH NEGARA KAFIR

Sejauh mana nak jaga anak-anak dan isteri supaya tidak terkesan dengan orang kafir di sana. Ingat orang kafir tak nak dakwah kepada kita. Mungkin dia ada ketahanan, bagaimana keluarga. Ia mendedah kepada bahaya. Dalam hal ini, dakwah boleh dilaksana hanya tempoh tertentu iaitu pergi sampaikan dan balik. Kamu boleh dakwah kepada satu kampung semua penagih dadah? Tambahan pula pergi dengan satu keluarga. Itu maksiat. Bagaimana pergi negara kafir yang mengamalkan syirik iaitu sebesar-besar maksiat.

2. Apakah maksud hijrah ini termasuk menukar kewarganegaraan?

Ini adalah perkara teknikal. Hendaklah kita pastikan tinggal negara baik. Negara kafir adalah seburuk-buruk negara. Tinggal di negara penguasa kafir, undang-undang kafir, ada kewajipan seperti cukai. Maka, kita juga terlibat membangunkan negara kafir.

BEKERJA DI NEGARA KAFIR BERMAKSUD MEMBANTU EKONOMI NEGARA TERSEBUT

Apakah sikap orang muslim perlu membantu membangunkan muslim? Tetapi ini pergi membantu negara kafir. Ini sikap yang sangat tidak bertanggungjawab. Membantu musuh dan membiarkan saudara muslim terus tinggal dalam mundur. Setiap muslim wajib menyumbang dan memperkasakan negara muslimnya, bukan negara musuh.

Tentang kewarganegaraan, memang perlu tukar.

3. Kenapa orang suka pergi negara kafir?

TINGGAL ATAU BERSIAR-SIAR DI NEGARA KAFIR HANYA KERANA CINTAKAN DUNIA

Adakah pergi ke negara kafir sebab nak menambah keimanan? Tidak. Rata-rata akan ke sana sebab kesenangan dunia, kecantikan, kemewahan, gaji yang tinggi dan sebagainya. Negara kafir ada tarikannya. Ramai berpusu nak pergi ke negara kafir. Tarikan syahwat (dunia).

Apa yang penting adalah tinggal di negara Islam. Tukar kerakyatan adalah perlu sebab iman manusia naik dan turun. Apa jaminan hari kemudian rasa bosan duduk di negara Islam dan kemudian balik negara kafir semula. Jadi, dia perlu tutup syubahat tu dan itu keselamatan untuk dia.

4. Apakah definisi hijrah ialah hanya berhijrah dari negara kafir ke negara Islam sahaja?

HIJRAH SECARA UMUM ADALAH BERPINDAH KE KEADAAN LEBIH BAIK

Definisi hijrah luas. Hijrah bermaksud pindah dari buruk kepada baik. Secara prinsipnya dari segi tempat tinggal. Bukan sahaja negara tetapi kalau taman perumahan tiada masjid, kena hijrah kerana subuh yang tidak ada azan ia diselubungi syaitan. Juga erti hijrah dari segi perbuatan kebiasaan. Kalau biasa dengar perbuatan buruk perlu hijrah keadaan baik.

Sabda Nabi ﷺ: “Seorang yang berhijrah adalah meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah dan RasulNya”

Secara prinsip hijrah adalah tinggalkan negara kafir. Itu punca segala kejahatan. Kemudian berhijrah tempat tinggal. Kita maklum dalam negara muslim bukan semua tempat sama.

KISAH PEMBUNUH  99 NYAWA ASUK SYURGA KERANA BERHIJRAH

Seperti kisah seorang yang 99 bunuh orang. Akhirnya dia jumpa orang yang berilmu dan suruh berhijrah ke tempat yang penduduknya baik. Kenapa banyak sangat bunuh? Antara sebabnya ialah komunitinya. Ini faedah hadis si pembunuh. Dalam perjalan dia mati dan malaikat mengukur jarak lebih dekat dengan negeri baik. Akhirnya malaikat rahmat ambil rohnya.

5. Adakah riwayat tentang Ali ra ambil tempat tinggal Nabi ﷺ sahih?

 Kena semak semula. Juga kisah labah-labah buat sarang ia tidak sahih.

 6. Bagaimana orang dulu bermusafir jauh?

 Zaman dahulu kalau nak hijrah mereka akan pergi siang untuk cahaya. Biasanya mereka akan bawa kambing-kambing atau unta-unta. Unta ni bagus untuk musafir jauh kerana unta tak minum banyak. Antara ciri unta adalah dia minum banyak sekali gus. Bonggol itu tempat simpanan air. Tapak kaki tahan bergerak untuk padang pasir. Kelebihan unta kalau terdesak orang dulu akan sembelih untuk dapatkan air. Itu survival orang dahulu.

Kebiasaan akan diambil upah orang untuk tunjuk jalan. Dia pandai selok belok jalan di mana tempat ada air. Kalau pergi sesuatu tempat dalam keadaan tiada air akan tempah maut. Oleh itu kena tahu di mana pit stop untuk bekalan air dan sebagainya.

 

 

 

 

Advertisements