Kata Asatizah: “Saya nak sebut masalah minyak naik. Ini masalah lama dah. Kadang-kadang orang apabila minyak naik mereka akan lihat dari sudut yang tidak sepatutnya dilihat iaitu dari sudut kesalahan pemerintah. Akhirnya, dia akan mencaci dan mencerca pemerintah. Sedangkan dalam Quran dan Sunnah banyak sangat tips-tips yang menjanjikan rezeki akan bertambah. Antara yang biasa kita sebut pertama adalah ‘Bersyukur’ dan yang kedua adalah ‘Bersabar’.”

 

PENERANGAN

 1. DALIL PERLU BERSYUKUR

 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Firman Allah: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS Al-Ibrahim: 7)

‘BERSYUKUR KETIKA MUSIBAH’ – PERKATAAN BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI IMAN PALING TINGGI

 الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
 (Alhamdulillah ala kulli hal)

Sabda Nabi ﷺ:Segala puji hanya milik Allah atas setiap keadaan.” (HR. Ibnu Majah)

Keadaan terakhir inilah tingkatan tertinggi dalam mengahadapi musibah iaitu seseorang malah mensyukuri musibah yang menimpa dirinya. Keadaan seperti inilah yang didapati pada hamba Allah yang selalu bersyukur kepada-Nya, dia melihat bahawa Di Balik Musibah Dunia Yang Menimpanya Ada Lagi Musibah Yang Lebih Besar Yaitu Musibah Agama. Dan ingatlah musibah agama tentu saja lebih berat daripada musibah dunia karena azab (siksaan) di dunia tentu saja masih lebih ringan dibandingkan seksaan di akhirat nanti.

“Musibah dapat menghapuskan dosa”. Maka orang semacam ini bersyukur kepada Allah karena dia telah mendapatkan tambahan kebaikan.

 

2. DALIL PERLU BERSABAR

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Firman Allah: “…Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Qs Al-Baqarah : 153)

 JANJI ALLAH – “MUSIBAH AKAN DIGANTI GANJARAN LEBIH BAIK“

 اِنَّا ِللهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ. اَللهُمَّ عِنْدَكَ اَحْتَسِبُ مُصِيْبَتِىْ فَأْجُرْنِىْ فِيْهَا وَاَبْدِلْنِىْ مِنْهَا خَيْرًا

Sabda Nabi ﷺ : “……”Ya Allah pada-Mu aku memperhitungkan musibahku. Berikan aku ganjaran akibat musibah ini dan gantikan dengan lebih baik’ melainkan akan diberi ganjaran ke atasnya dengan sesuatu yang lebih baik” (HR Muslim)

Sesiapa yang berdoa demikian, Allah pastikan dia akan dapat pahala dan akan gantikan yang lebih baik. Kenapa tak buat macam itu. Ini masalah kita iaitu apabila berlaku sesuatu musibah berlaku, asyik nak cari salah orang saja.

IKTIBAR PENDATANG ASING – MENCARI REZEKI DI TANAH BERKAT MALAYSIA

Sering kita dengar orang menyebut masalah orang di kampung, mereka susah. Sebenarnya kita pun dari kampung juga. Kita pergi kampung di utara. Di sana dapat jumpa  orang Thailand yang merantau, mereka pergi ke kebun kita dan kutip ulam dan jual di pasar. Suatu ketika rumah dia kena rompak dan wang tunai yang hilang sekitar RM4000. Kira RM4000 itu banyak la. Kisah yang lain pula, tepi rumah ada sungai dan dia tanam kangkung. Simpanan boleh sampai RM20,000. Hanya tanam kangkung.

Masalah kita adalah kurang usaha. Orang yang datang luar seperti Bangladesh, Pakistan dan Indonesia. Mula-mula naik basikal, lepas tu bawa motor, last-last bawa anak dalam kereta. Muka anak melayu lagi, mungkin kahwin dengan Melayu. Kita yang tengok dia dari awal tetapi keadaan kita sama macam tu juga dan masih tidak berubah. Masalah kita adalah perlu ubah cara fikir dan cara bertindak.

Dia datang dengan tidak ada apa-apa, usaha sikit-sikit lama lama jadi kaya. Lihat Melayu Thailand tadi. Dia bukan bayar terus tapi ambil dulu dan jual. Orang melayu pulak, buat nasi lemak, bila ada orang order, dia kurangkan. Kalau orang nak 50, dia kurangkan kepada 49 sebab nak untung lebih. Macam mana orang nak percaya lagi lepas tu. Lepas tu marah pulak kerajaan. Lihat diri sendiri la, engkau buat kerja tak betul nak marahkan kerajaan.

DOA KETIKA MUSIBAH MENIMPA DIRI

 اِنَّا ِللهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ. اَللهُمَّ عِنْدَكَ اَحْتَسِبُ مُصِيْبَتِىْ فَأْجُرْنِىْ فِيْهَا وَاَبْدِلْنِىْ مِنْهَا خَيْرًا

Sabda Nabi ﷺ :Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali hanya kepada-Nya. Ya Allah pada-Mu aku memperhitungkan musibahku, maka berilah aku pahala dalam musibah itu dan berilah aku ganti yang lebih baik dari padanya.” (HR Muslim)

REZEKI BERTAMBAH DENGAN ISTIGHFAR

Satu tips nak dapat rezeki banyak adalah istighfar banyak-banyak. Kalau tengok hadis Nabi ﷺ pun baginda istighfar lebih 70 kali. Kita istighfar dengan penuh keyakinan dan tengok apa akan terjadi. Memang tak sangka ada sahaja rezeki yang datang. Benda ni kena sebarkan. Terutama terjadi masalah ekonomi, harapan kita  apabila berlaku sesuatu masalah, jangan kita api-apikan rakyat dengan pemerintah. Apabila kita api-apikan rakyat dan pemerintah hasilnya macam jadi kat sana nanti . Negara arab tu.

Firman Allah:Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (QS Nuh: 10-12)

PUJIAN WARGA ARAB KEPADA MALAYSIA

Orang Arab atau kawan-kawan Arab yang datang Negara kita, mereka kata Negara kita bagus. Kita balas Negara kita banyak kezaliman kerajaan dengan GST, minyak naik dan sebagainya. Kata kawan Arab, tuan belum lihat kezaliman yang berlaku di Negara arab. Jadi, kalau kawan-kawan yang datang dari Negara Arab, mereka kata Malaysia ok. Teruskan dengan dakwah.

PENGAJARAN ARAB SPRING

Kawan di Algeria khususnya, kena tangkap maksudnya lupakanlah (mati). Kalau polis tangkap, tak berani nak persoalkan kerana silap haribulan nanti kena tangkap sekali. Nak solat nanti kena pelempang. Solat kita mungkin tak ada masalah sangat. Negara kita kalau tak puasa je polis akan tangkap. Kita pulak (sebahagian) nak jadi ‘Ar Rabi’Al Arabi (Arab Spring)’. Ini adalah menyalahi kesyukuran terhadap nikmat. Sepatutnya kita bersyukur dan bersabar, terus berusaha lebih. Ada peluang cari rezeki, terus buat dan jangan terlalu mengharapkan ‘orang suap’.

PEMERINTAH ZALIM SEJAK BERZAMAN & PANDUAN SYARAK BAGI MENGHADAPINYA

Pemerintah zalim wujud sejak zaman berzaman. Uthman ra yang sangat jujur dan adil pun dituduh zalim (kronisma) oleh kaum khawarij. Jadi, tidak hairanlah jika pemerintah jahil agama di zaman ini pun juga dituduh zalim.

Sama ada pemerintah berkenaan benar-benar zalim atau dituduh zalim bukan persoalan yang perlu diselesaikan oleh umat Islam. Tetapi tindakan mengikut panduan syarak adalah diutamakan dalam menangani isu zalim ini. Apapun maslahah ummah perlu diutamakan daripada menumpukan perhatian kepada kezaliman pemerintah.

PEMIMPIN ZALIM AKAN DITEMPATKAN DI NERAKA

Sebahagian dalil yang perlu dijadikan panduan dalam menghadapi pemimpin zalim adalah seperti di bawah.

Firman Allah:Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.” (QS Asy-Syura: 42)

Hadis Nabi ﷺ:Barangsiapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian ia tidak mencurahkan kesetiaannya, maka Allah haramkan baginya syurga”. (HR Bukhari dan Muslim)

 PEMERINTAH YANG ZALIM TETAP WAJIB DITAATI

Nabiﷺ bersabda: Dari Ubadah bin Shamit berkata : “Kami pernah diminta berjanji oleh Rasulullah supaya tetap patuh dan taat kepada beliau, baik dalam keadaan senang atau susah, lapang atau payah dan mengutamakan kepentingan yang lain daripada kepentingan sendiri. Kami Juga Diminta Berjanji Tidak Melucutkan Jawatan Seorang Pemimpin Kecuali Apabila Kami Melihat Dengan Jelas Orang Itu Sudah Kafir Dan Berdasarkan Bukti-Bukti Dari Allah Tentang Kekafirannya. Kami juga berjanji bercakap benar di mana saja kami berada tanpa merasa takut mengatakan yang haq biarpun dicela oleh orang-orang yang suka dicela.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabiﷺ bersabda: Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.” Berkata Huzaifah (perawi Hadis): Apa Yang Perlu Aku Lakukan Sekiranya Jika Berdepan Dengannya? Sabda Baginda: “Engkau Dengar Dan Taat Terhadap Pemerintah Walaupun Dia Memukul Belakangmu Dan Mengambil Hartamu. Kamu Dengar Dan Taat.” (Riwayat Muslim)

Adapun perintah pemimpin zalim dalam hal maksiat (mungkar), perlu disanggah secara tertutup (menasihat)

Nabiﷺ bersabda: Barangsiapa yang Melepaskan Tangannya Dari Ketaatan Pada Pemimpin, maka ia pasti bertemu Allah pada hari kiamat dengan tanpa argumen yang membelanya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada baiat di lehernya, Maka Ia Mati Dengan Cara Mati Jahiliyah.” (HR. Muslim)

DOSA KEZALIMAN PEMERINTAH

Kesilapan atau kezaliman pemerintah tidak akan ditanggung oleh rakyat.

Firman Allah:Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain… (QS Al-Isra’:15)

Jika kezaliman disebabkan oleh penasihat kepada pemimpin, maka merekalah yang akan dipertanggungjawabkan.

KAEDAH ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR’

Adapun menggunakan hadis ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’, Ia tidak kena pada tempatnya kerana hadis tersebut sesuai untuk digunapakai kepada seseorang yang kita mampu untuk mencegah keburukannya seperti anak dan lain-lain. Sesekali hadis ini tidak boleh digunapakai kepada pemerintah.

Firman Allah:Allah tidak akan membebankan sesuatu kecuali dengan kemampuan hambanya …..”(QS Al-Baqarah: 286).

KAEDAH SYARAK MENASIHATI PEMERINTAH

Perlu bezakan. Kesilapan dibuat oleh pemerintah, kita engkar. Adakah boleh kita tegur di depan khalayak? Tidak

Apabila nampak kemungkaran, kita tegur secara sembunyi. Kalau tak sampai nasihat tu, bagitahu kepada wakil-wakil rakyat untuk sampaikan pula. Allah tidak bebankan kepada manusia perkara yang mereka tidak mampu. Jadi, nasihat ikut kemampuan.

Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa dengan suatu perkara, maka Jangan Dilakukan Dengan Terang-Terangan, Tapi Gandinglah Tangannya Dan Menyepilah Berdua. Jika diterima memang begitu, jika tidak maka dia telah melaksanakan kewajibannya” (HR Ahmad: 14792)

SAMPAI BILA SAMPAI BILA NAK SABAR DENGAN PEMERINTAH?

Jawapan kita: “Agama adalah nasihat. Maksudnya, agama nak amal sampai bila? Kita amal agama sampai mati, maka nasihat pun perlu sampai mati”.

TIADA DALIL BOLEH MENJATUHKAN PEMERINTAH

Kita nampak kalangan ustaz dan ustazah, betapa mereka perlu beri kefahaman yang betul kepada masyarakat ketika pemerintah ‘tidak sama dengan mereka mahu’ atau ‘pemerintah melakukan kesilapan’. Apa yang mereka nampak, pemerintah perlu berubah. Itu sahaja. Tetapi diri sendiri kena berubah dia tak nampak. Malah tiada dalil yang membolehkan kita keluar dari ketaatan pemerintah (walupun zalim) selagi masih Islam. Ini kerana syarak lebih mengutamakan kesatuan umat dan menegah perpecahan.

Hadis Nabi ﷺ: “Barangsiapa yang melihat pada PEMERINTAHNYA sesuatu yang dia tidak suka, maka hendaklah dia BERSABAR terhadapnya. Barangsiapa yang keluar dari Al-Jamaah walau sebanyak SEJENGKAL, maka dia sesungguhnya melepaskan tali kekang Islam dari lehernya.” (HR Ahmad)

SAMPAI BILA KENA SABAR DENGAN PEMERINTAH?

Satu riwayat seorang datang jumpa Nabi ﷺ:Wahai Rasulullah, kenapa tidak lantik saya. Nabi kata: ‘Kamu akan jumpa selepas aku nanti ada kronisma’. Ditanya lagi: ‘Jadi, kena buat apa?’. Nabi kata: ‘SABARLAH SEHINGGA JUMPA AKU DI TELAGA HAUDH.’”

TELADAN ISTERI NABI ﷺ DAN JAUHI SIKAP MENYALAHKAN ORANG LAIN

Nabi ﷺ mendidik para sahabat untuk berusaha. Sahabat seperti Abd Rahman Auf. Jangan silap faham sabar disini bukan duduk rumah goyang kaki sambil minum teh. Tapi sabar dengan dugaan tu adalah perlu buat perkara yang positif. Lihat Zainab ra. Dia buat apa? Dia jahit baju dan jual, kemudian dia sedekah. Walaupun kita kata, dia tak perlu buat sebab dia isteri Rasulullah. Ertinya syurga tak ada masalah, tetapi dia buat kerja. Itu sikap kena contohi, perlu proaktif dan tambah usaha. Hilangkan sikap menyalahkan atau bergantung  orang lain. Buat sikit-sikit.

TELADAN SAHABAT DAN ULAMAK DALAM MENGHADAPI PEMERINTAH ZALIM

Sahabat Nabi ﷺ iaitu Ibn Umar ra berhadapan dengan pemerintah zalim dalam sejarah umat iaitu Al Hajjaj Yusuf Ats Tsaqafi. Beliau masih taat. Begitu juga Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam As-Syafie dan lain-lain. Mereka tidak pernah berkomplot menjatuhkan pemerintah walaupun diseksa di penjara, apatah lagi menjadi pembangkang kerana maslahat kesatuan Islam lebih jauh penting daripada diri sendiri.

 

MENDOAKAN KEBURUKAN KE ATAS ‘PEMIMPIN ZALIM’
Oleh Ustaz Idris Sulaiman

SYARAT MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA PEMERINTAH

1. Perlu dibuktikan kezaliman tersebut
2. Doa tersebut hendaklah TIDAK dilakukan di hadapan khalayak

SAHABAT NABI TIDAK MENDOAKAN KEBURUKAN PEMERINTAH DI HADAPAN KHALAYAK 

Jika mendoakan buruk pemimpin depan khalayak, tentunya ia akan menyebabkan kepala orang yang berdoa itu melayang. Kerana pemerintah zalim, bukan?  Hal ini jelas membawa mudarat. Tak mungkin Syarak menganjurkan perkara sedemikian.  Tambah lagi, doa di hadapan khalayak kepada pemerintah tiada contohnya daripada amalan Salaf. Jika ada buktikan. Buktikan di mana Ibnu Umar mendoakan ke atas Al-Hajjaj? Ternyata tiada. Bahkan beliau solat di belakang Al-Hajjaj si zalim pembunuh dan penumpah darah.  

ADAB BERDOA

Ia turut menyalahi adab berdoa yang perlu dilakukan secara bersendirian dan dengan suara perlahan sebagaimana perintah Allah Taala.

Firman Allah: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan Dengan Tidak Mengeraskan Suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (QS Al-A’raf: 205)

DOA MENGIKUT SUNNAH NABI vs SUNNAH KHAWARIJ

Adapun berdoa berjemaah meminta kehancuran pemerintah, ia jelas perbuatan bidaah dan maksiat mirip amalan Khawarij.

Akhirnya, doa ke atas pemerintah di hadapan khalayak, ia bukan doa. Barangkali ia lebih kepada riak menzahirkan amal ibadah (doa ibadah bukan?). Dan riak menyalahi ikhlas yang dituntut dalam ibadah. Apapun, doa ke atas pemerintah di hadapan khalayak lebih sesuai dikatakan sebagai MENGHASUT dan MENCERCA pemerintah. Ia bukan doa.

AHLI BIDAAH MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA PEMIMPIN

Dalam kitab beliau Syarhus Sunnah, Imam Al Barbahari (W329H) berkata: “Jika engkau melihat seseorang yang mendoakan buruk pada penguasa, ketahuilah bahawa ia adalah ahlul bidaah. Jika engkau mendengar orang yang mendoakan kebaikan pada penguasanya, ketahuilah bahawa ia adalah ahlus sunnah”

MENDOAKAN KEBAIKAN PEMIMPIN ADALAH DITUNTUT SYARAK

Fudhail bin ‘Iyadh (Ahli Hadis) berkata: “Seandainya aku memiliki satu doa yang mustajab (terkabulkan), tentu akan kutujukan doa tersebut pada pemimpin. Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku saja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan menjadi baik.”

AMARAN SYARAK TERHADAP PEMIMPIN ZALIM

Biarpun tidak dibenarkan mendoakan keburukan kepada pemerintah, tetapi amaran Allah dan Rasulnya tetap dikenakan kepada pemimpin zalim.

Doa Rasulullah kepada pemimpin, jika mereka baik dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk.
*bukan dalil untuk mendoakan keburukan kepada pemimpin

اللَّهُمَّ مَن ْوَلِيَ مِنْ أَمْرِأُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِن أَمْرِأُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِم ْفَارْفُقْ بِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, siapa pun yang memiliki hak mengatur suatu urusan umatku, lalu dia memberatkan/menyusahkan mereka, maka beratkan/susahkan dia; dan barangsiapa memiliki hak mengatur suatu urusan umatku, lalu dia memperlakukan mereka dengan baik, maka perlakukan pulalah dia dengan baik,” (HR Ahmad dan Muslim)

Advertisements