KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 Apr 2017)

 

PERKARA KE- 27

Kata Imam Al-Barbahari: “Sebaik-baik manusia dari umat ini setelah wafatnya Nabi Muhammad ﷺ adalah Abu Bakar, Umar, kemudian Uthman. Demikianlah yang diriwayatkan kepada kami dari Ibnu Umar. Dia berkata: ‘Kami dahulu mengatakan ketika Rasulullah ﷺ berada di tengah-tengah kami: ‘Sesungguhnya sebaik-baik manusia setelah Rasulullah ﷺ adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman.’ Nabi mendengarnya dan tidak mengingkarinya.

Kemudian, seutama-utama manusia setelah mereka adalah Ali, Thalhah, Az-Zubair, Saad, Said, Abdur Rahman bin Auf, dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Mereka semua layak memegang tampuk khilafah.

Kemudian, seutama-utama manusia setelah mereka adalah para sahabat tempoh pertama, yang Rasulullah ﷺ diutus di tengah-tengah mereka, mereka adalah orang-orang Muhajirin yang pertama, dan orang-orang Ansar. Merekalah yang pernah melaksanakan solat mengadap dua kiblat.”

 

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Manusia yang terbaik adalah mereka yang pernah bersahabat dengan Rasulullah ﷺ. Meskipun dalam masa sehari, sebulan, setahun atau lebih sedikit atau lebih banyak dari tempoh tersebut. Kita harus memohon rahmat, menyebut kebaikan mereka, berdiam ketika membicarakan kesalahan mereka. Tidak menyebut sesiapa di antara mereka kecuali kebaikannya.

LARANGAN BERBICARA BURUK TERHADAP SAHABAT

Nabi ﷺ bersabda: “Jika sahabatku disebut, hendaklah kalian menahan diri berbicara (buruk) tentang mereka.” (HR Thabrani)

Ibn Uyainah berkata: “Barangsiapa berbicara terhadap sahabat Nabi ﷺ dengan suatu perkataan, maka dia adalah ahli bidaah”

Peringatan: Pastikan sebutan ‘ﷺ’ secara betul. Jangan di’troll’kan iaitu dengan tidak jelas, tidak tepat atau dicepatkan sampai tidak jelas.

DASAR PENTING DALAM AGAMA: IA BERMULA DENGAN 3 GENERASI PERTAMA

Imam Al Barbahari membicarakan sesuatu dasar penting dalam agama iaitu padangan kita terhadap sahabat Nabi Raadhiallahu Anhum. Maka mereka adalah sebaik-baik manusia. Sebaik-baik manusia dalam kalangan umat Nabi ﷺ adalah mereka yang hidup pada zaman baginda, kemudian mereka yang datang selepas mereka, kemudian yang datang selepas mereka.

Nabi ﷺ bersabda: “Sebaik-baik manusia mereka yang hidup pada zamanku (sahabat), kemudian orang yang datang selepas mereka (tabiin), kemudia yang datang selepas mereka (tabiut tabiin).” (HR Bukhari)

DARJAT KEMULIAAN ANTARA SAHABAT ADALAH BERBEZA

Ini tiga generasi paling mulia (Al Qurun Al Mufaddhal). Tidak ada umat yang semulia daripada tiga generasi ini. Ini dinamakan generasi Salaf As Soleh. Ternyata sahabat sesama mereka tidak setaraf. Ini dinamakan mempraktikkan keadilan. Islam bersikap adil, teliti dan bukan mengambil pendekatan pukul rata. Para sahabat mulia dan antara mereka lebih tinggi darjatnya berbanding dari yang lain.

ABU BAKAR RA ADALAH SAHABAT YANG TERTINGGI DARJAT KEMULIAAN

Antara sahabat yang paling tinggi darjat secara mutlak adalah Abu Bakar As-Siddiq ra. Dia adalah orang yang pertama beriman  ketika Nabi ﷺ datang membawa risalah Islam. Dialah sahabat yang telah bersama Nabi ﷺ, mempertahankan Nabi, dialah orang yang pertama yang paling kehadapan membelanjakan harta untuk sebarkan agama Islam. Dia memlazimi Nabi ﷺ hingga ke akhir hayat.

Setelah kewafatan Nabi ﷺ, Abu Bakar telah mengambil tampok khalifah. Apa maksud khalifah? Maksudnya pengganti , iaitu pengganti Nabi ﷺ. Abu Bakar adalah khalifah pertama. Dia telah mengambil tugas sebaiknya. Dengan dia Allah telah memperkukuhkan agama. Di zaman Abu  Bakar ra iaitu ketika ramai umat Islam jadi tak keruan, mereka resah gelisah apabila mendapat khabar tentang kematian Nabi ﷺ. Ternyata dia seorang yang paling kehadapan menenangkan para sahabat yang gembar dan cemas ketika berita kewafatan Baginda. Abu Bakar meninggal dunia dan telah ditanam sebelah Nabi ﷺ. Abu bakar adakag teman semasa hiduap dan semasa mati.

KEMULIAAN 4 SAHABAT IAITU KHALIFAH AR RASHIDIN

Kemudian selepas Abu Bakar ra, diganti oleh Umar bin Al Khattab ra. Di orang kedua yang paling mulia, paling afdal, paling tinggi darjat. Setelah itu Uthman ra,  kemudian Ali ra.  Mereka adalah keempat-empat Khalifah Ar Rashidin. Apa maksud Ar Rashidin? Iaitu yang mendapat petunjuk. Mereka dapat petunjuk dalam menjalankan pemerintahan. Mereka berjaya dalam memegang tampok khalifah. Apabila kita sebut sahabat, dalam masa yang sama kena ketahui siapa yang paling faham tentang agama atau yang paling bertakwa, paling beriman? Sama saja.  Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ra.

SAHABAT 10 ADALAH ULAMAK TERHEBAT DAN DIJANJIKAN SYURGA

Siapa ulamak yang paling hebat? Ulamak yang paling tersohor dan hebat adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ra. Setelah keeempat-empat khalifah ini, datang baki 6 sahabat yang telah dijanjikan syurga. Mereka ialah Saad bin Abu Waqas, Said bin Zaid, Thalhah bin Ubaidillah, Az Zubar bin Al Awwam, Abu Ubaidillah Al Aj Jarrah, Abdul Rahman bin Auf. Mereka ini adalah para sahabat yang paling afdal secara mutlak iaitu 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Sabda nabi ﷺ: “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Uthman dalam syurga, Ali dalam syurga. Kemudian disebut: ‘Saad dalam syurga, Said dalam syurga, Thalhah dalam syurga, Zubair dalam syurga, Abu Ubaidillah dalam syurga dan Abdul Rahman dalam syurga’”

SAHABAT MENGORBANKAN NYAWA KERANA AGAMA – GOLONGAN DIJANJIKAN SYURGA

Selepas disebut 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga, datang pula sahabat yang telah menyertai Perang Badar seramai 313 sahabat kerana mereka orang yang paling kehadapan. Mereka beriman kemudian berhijrah, kemudian bersama Nabi ﷺ bahkan sehingga sanggup menggadaikan nyawa dalam perang Badar. Perang Badar adalah perang yang sangat signifikan daripada sekelian perang yang telah berlaku. Kenapa? Ia adalah perang pertama dan telah mencorakkan haluan agama Islam. Ia telah menggemparkan orang Musyrikin Mekah dan menyebabkan mereka digeruni dan ditakuti. Sedangkan sebelumnya mereka dipandang hina dan lekeh. Selepas peperangan Badar segalanya telah berubah. Kerana itu sahabat yang menyertai Badar adalah sahabat yang terkenal dari segi kemuliaan dan darjat mereka.

SAHABAT BAI’ATUL RIDWAN – BERMULANYA PENYEBARAN ISLAM DENGAN PENAKLUKAN KOTA MEKAH

Setelah mereka (sahabat perang Badar), mereka yang mulia adalah para sahabat yang menyertai Bai’atul Ridhwan (Bai’at Setia) pada tahun 7 hijrah. Selepas Bai’atul Ridhwan, datangnya perjanjian Hudaibiah iaitu genjatan senjata orang kafir Mekah dan orang Islam. Walau bagaimanpun, tahun 8H orang kafir telah khianat dan sebab itulah bermula kisah pembukaan kota Mekah. Sahabat yang menyertai Bai’tul Ridwan yang Allah Taala puji dalam Al-Quran.

SAHABAT MUHAJIRIN DAN ANSAR – BENTENG AGAMA ISLAM

Kemudian sahabat yang mulia dituruti oleh para sahabat Muhajirin dan Ansar dan mereka yang memeluk Islam dan berhijrah sebelum pembukaan kota Mekah. Begitu teliti kedudukan sahabat yang disebut oleh para ulamak. Jadi, sahabat yang berhijrah sebelum pembukaan kota Mekah lebih mulia berbanding selapas pembukaan kota Mekah. Kedudukan mereka juga berbeza mengikut siapa yang medahului dalam memeluk Islam, pertahankan Islam. Maka golongan Muhajirin mereka mendahului golongan Ansar. Muhajirin pertahan Islam sebelum golongan Ansar.

SAHABAT BERSAMA NABI BERDAKWAH DAN BERJUANG

Ternyata para sahabat secara amnya mempunyai kelebihan dan fadilat yang tiada sesiapa selain umat Nabi ﷺ yang menandinginnya. Apa darjat tersebut? Ia bersama Nabi ﷺ. Bersama membantu Nabi ﷺ, bantu dakwah, berjuang dan berperang. Ini membuatkan kedudukan dan darjat tinggi mengatasi umat Islam yang datang selepas mereka.

SAHABAT ADALAH KAUM CERDIK DAN TAAT & MEREKA KAUM YANG DIPILIH ALLAH TAALA

Kesimpulannya, mereka adalah kaum yang Allah pilih untuk bersama Nabi ﷺ. Mereka wujud bukan secara tidak sengaja, bahkan Allah pilih secara sengaja. Allah pilih kerana sebab mereka kaum terbaik, kaum paling bersih jiwa, kefahaman mendalam, orang yang cerdik  dan bukan dungu, taat  dan bukan macam Yahudi, kaum paling cepat faham. Apabila Nabi ﷺ sebut satu hadis, mereka dah boleh hafal dan faham. Bukan hafal seperti burung kakak tua, malah mereka praktik apa yang telah diketahui. Keran itu, sesiapa yang mengkritik mereka atau mencela mereka atau membenci mereka, maka dia adalah orang yang kufur, kafir dan tergelincir dari agama Islam. Ini  kerana Allah telah memuji, mengangkat dan memilih mereka. Orang yang mengkeji, perlekeh, apatah lagi yang kafirkan para sahabat. Jelas mereka telah menyelisihi Allah Taala. Perkara yang melibatkan para sahabat bukan perkara boleh diambil mudah.

CELAAN SAHABAT ADALAH CELAAN KEPADA AGAMA ISLAM

Apabila bercakap pasal sahabat, ia bukan suatu yang mudah kerana mereka adalah kaum yang Allah pilih. Satu perkara golongan hawa nafsu (ahli bidaah) tak faham-faham. Mereka anggap sahabat seperti Abu dan Ali dari kalangan umat Islam. Mereka tidak tahu bahawa perbuatan  mencela sahabat adalah celaan terhadap Nabi ﷺ. “Seorang itu bersama dengan siapa yang dicintai”. Kalau orang cela kawan kita, ketahuilah orang itu mencela kita. Pepatah kata “pukul anak sindir menantu”. Contoh, anak dan suaminya tak solat. Nak marah menantu tak kena, jadi dia pukul anak kerana tak solat. Maka itu adalah sindiran. Kalau tak faham juga. Innalillahi wa innailaihirajiun. Kita umat Islam perlu cerdas dan peka terhadap orang yang cela sahabat Nabi ﷺ. Rasulullah solat dan bergaul dengan siapa kalau tidak sahabat Baginda. Seorang Muslim itu sentiasa orang yang cerdas.

 MENCELA SAHABAT ADALAH CELAAN KEPADA NABI ﷺ

Celaan terhadap sahabat juga adalah celaan kepada Allah. Seoalah-olah Allah tidak tahu memilih dan melantik orang untuk dijadikan  teman RasulNya. Sebab itu kita kata, Rasullulah adalah orang terbaik, sahabat adalah generasi terbaik dari kalangan umat Islam. Kaum yang terbaik dari kalangan umat Islam yang membawa kalam dan kemuliaan Nabi ﷺ .

KEMULIAAN MANUSIA MENGIKUT TURUTAN

Firman Allah: “….Dan orang-orang terdahulu yang mula-mula berhijrah dan membantu Nabi ﷺ dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar. Dan orang-orang yang menurut mereka dengan baik, dan Allah sediakan buat mereka syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah. Mereka kekal di dalamnya selamanya. Itu adalah kejayaan yang besar.” (QS At-Taubah: 100)

Kedudukan dan kemuliaan golongan yang disebut oleh Allah Taala dalam ayat di atas:

i. “Orang terdahulu yang mula berhijrah dan membantu” – golongan pertama iaitu sahabat

ii. “Golongan yang menurut mereka” – kaum Muhajiran dan Ansar

iii. “Dan orang menurut mereka dengan baik” – pengikut manhaj Salaf As Soleh (golongan di jalan Nabi dan sabahat hingga ke hari kiamat)

TAZKIYYAH (PUJIAN) ALLAH DAN DOA KEPADA SAHABAT

Ayat ini juga punca datang istilah RA (Radhiallahu Anhum). Apabila sebut nama sahabat kita sebut ‘radhiallahu anhum’. RA ada sebutan tazkiyah. Pentingnya tazkiyah. Apa erti tazkiyah? Ialah pujian atau testimoni (persaksian/perakuan).  Pujian ini adalah cara untuk kita mengenali orang yang ‘Soleh’ dan orang yang ‘Tholeh’.

TAZKIYYAH DARIPADA KAFIR ADALAH MUSIBAH

Kalau kita nak tahu orang yang baik kita perlu melihat tazkiyah ini. Nak dikatakan para sahabat telah diberi pujian oleh Allah Taala. Adakah kita masih mengangkat kalau yang dipuji oleh orang kafir? Ini adalah tahap pujian yang paling tidak berguna, bahkan inilah bukan pujian tapi amaran. Mereka adalah kaum perosak kerana yang dipuji adalah kaum kafir. Kaum kafir akan puji orang yang sama seperti mereka.

Firman Allah: “Sesungguhnya Allah telah meredhai orang-orang beriman yang berbai’ah kepadamu dibawah pokok“ridwan (QS Al-Fath: 18)….Kisah Bai’atul Ridwan.

Imam Al Barbahari kata lagi: “Demikian sebahagian yang diriwayat oleh Ibnu Umar: ‘Kami katakan manusia yang terbaik adalah Abu Bakar, Umar , Uthman. Nabi ﷺ mendengar ucapan kami dan baginda tidak mengingkarinya’”.

NABI ﷺ BERDIAM ADALAH SUATU HUKUM SYARAK

Maksudnya inilah adalah ikrar dan perakuan Nabi ﷺ. Nabi berdiam hukum syarak adalah persetujuan. Berbeza dengan manusia, kalau berlaku sesuatu dan ia diam, ini boleh khilaf. Kalau umat kemudian kita berdiam diri kerana tidak tahu atau takut. Tetapi nabi berbeza.

Kaedah:
Nabi  ﷺ tidak berdiam terhadap sesuatu sekiranya ia salah, mungkar atau batil.

Permasalahan atau perbincangan antara ulamak dalam keempat para khalifah. Dari sudut kedudukan Abu Bakar dan Umar, ia adalah ijmak. Tinggal lagi keutamaan antara Uthman dan Ali. Siapa lebih utama? Ia ada perselisihan, dari sudut keutamaan (afdhaliah atau fadhilat). Ada perselisihan. Berbeza dari sudut kekhalifahan ia adalah ijmak. Uthman adalah khalifah ke 3 dan Ali khalifah ke 4. Tiada perselisihan.

Maka barangsiapa yang mempertikaikan 4 khalifah Ar Rashidin, ia adalah sesat kerana menyalahi ijmak.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: “Barang siapa yang mencela kekhalifahan khilafah Ar Rashidin, sesungguhnya ia lebih sesat dari keldai rumahnya”

Oleh yang demikian dalam masalah khalifah mendakwa Ali lebih utama dari sesiapa dari 3 khulafak Ar Rashidin, atau yang paling utama berbanding yang 3 lagi, lalu mendakwa sahabat yang diwasiatkan jadi khalifah selepas dia wafat, atau telah diambil haknya selepas ia mangkat. Ia adalah dakwaan mengelirukan umat Islam terhadap pandangan kedudukan para sahabat.

PANDANGAN SYIAH YANG MENYESATKAN

Kenapa? Ali wujud ketika Uthman diangkat menjadi khalifah. Tiada satupun ungkapan yang Ali membantah dizalimi oleh Uthman. Ternyata yang rajihnya dari sudut turutan, Uthman lebih afdal dari Ali kerana Uthman telah didahulukan sebagai khalifah Islam.

Imam Al Barbahari ada sebut bahawa semuanya layak menjadi Khalifah iaitu baki 6 sahabat yang dijanjikan syurga. Keenam-enam sahabat yang dijanjikan syurga kerana mreka ini adalah ahli syura yang diwasiatkan oleh khalifah Umar Al Khattab sebelum beliau meninggal dunia.  Umar mati dibunuh sebab ditikam oleh Abu Lu’ Lu’ah. Di akhir hayat, dia telah mewasiatkan untuk memilih baki 10 sahabat yang dijanjikan syurga kerana mereka yang paling baik. Umar tidak tetapkan sesiapa dan menyerahkan ke ahli mereka dan pilih seorang dari kalangan mereka.

KAEDAH LANTIKAN KHALIFAH & SISTEM SYURA

Selepas Umar Al Khattab meninggal dunia, bagaimana jawatan khalifah dilantik? Bagaimana Uthman dilantik, adakah berlaku pilihanraya, demonstrasi, berlaku bunuh membunuh? Tidak.

Uthman telah dilantik hasil dari ‘Majlis Syura’ tadi. Ahli Majlis Syura terdiri dari sahabat yang dijanjikan masuk syurga tadi iaitu sekelian sahabat. Yang menyertainya adalah selain Abu Bakar dan Umar iaitu 8 orang termasuk Uthman dan Ali. Lalu mereka telah memilih Uthman menjawat jawatan khalifah. Ini hakikat erti syura. Ada yang mendakwa parlimen adalah syura. Ini keliru.

AHLI SISTEM SYURA DARI KALANGAN YANG TERBAIK & BUKAN KAEDAH DEMOKRASI

Apa erti ahli syura? Syura ertinya mesyuarat. Siapakah yang menyertai ahli syura dalam Negara. Secara ringkasnya, mereka adalah ‘The Best of The Best of The Best’. Dari sekian ramainya sahabat, tetapi yang dipilih ‘mengundi’ hanya 8 orang. Ini kita kata hanya yang terbaik dari kelangan terbaik. Kenapa sikit sahaja? Kenapa tidak demokratik? Lagi ramai lagi pening, lagi carca merba. Itu istilah datang ‘simple majority’. Islam 1400 tahun lepas sudah tutup syubahat dan kekeliruan yang akan datang kemudian. Maka lantik dari kalangan terbaik untuk ahli syura. Hanya orang paling bertaqwa, berilmu dan alim dalam bidang masing-masing. Mereka inilah yang akan masuk dalam ahli syura. Orang lain tidak perlu masuk campur. Mereka yang akan pilih wakil pemerintah untuk kamu.

SYUBAHAT AKHIR ZAMAN IAITU GOLONGAN BERILMU DIDIAMKAN

Lihat betapa syubahat dan tipu muslihat pada zaman ini. Apabila orang yang paling baik disenyapkan kalau bukan dimomok dan dihina. Supaya umat Islam keliru. Umat Islam jadi keliru tentang siapa tempat rujukan kita. Kata Allah: “Bertanya kepada ahli zikir (berilmu) jika kamu tidak tahu”. Sebaliknya, zaman ini pemilihan pemimpin berlaku dengan penuh tipu muslihat. Akhirnya apa yang berlaku jika ditanya berkenaan pemerintah: “Mana engkau dapat pendapat ini?” Jawabnya adalah: “Dari tv, suratkhabar dan media sekian-sekian”. Ia musibah

ISTILAH SAHABAT

Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘para sahabat’? Ia satu istilah khas iaitu rakan atau teman. Iaitu apabila seseorang itu bertemu dengan Nabi ﷺ, beriman dan mati dalam keadaan beriman. Ada yang beriman pada zaman Nabi tetapi tidak bertemu dengan Nabi ﷺ seperti Raja Najasi, satu-satunya solat ghaib adalah kepada Raja Najasi. Dia tidak bertemu dengan Nabi tetapi berjumpa dengan sahabat.

Beberapa istilah golongan di zaman Nabi ﷺ

i. Bertemu dan beriman – Sahabat
ii. Bertemu tapi tidak beriman – Kafir
iii. Bertemu, mereka beriman tapi kembali tidak beriman– Murtad (membatalkan gelaran sahabat)
iv. Kalau bertemu dan mereka beriman, keluar dan beriman semula – ia ada khilaf ulamak

Kata Imam Al Barbahari: “Kita harus mohon rahmat untuk mereka, menyebut kebaikan mereka, berdiam dalam menyebut kesalahan mereka. Kena ambil perhatian hal ini kerana ia asas Islam.”

SAHABAT ADALAH MANUSIA BIASA YANG DIANUGERAHKAN KETAQWAAN & KEIKHLASAN YANG TINGGI

Sahabat maksum dan tiada salah silap? Sahabat tidak maksum, bahkan ada salah silap. Kita umat yang adil, bukan umat yang membuta tuli dan taasub dan mengangkat sesuatu lebih dari tempatnya. Sahabat biasa dan hal kesalahan tetapi kita berdiam dari membicarakan kesalahan mereka dan tidak membangkitkannya. Kalau sebut bukan dengan nada menghina atau perlekehkan mereka. Sebaliknya meredhai mereka (Radhailahu Anhum). Ini tanggungjawab mereka. Dengan menyebut para sahabat secara khasnya, kita mendoakan, merahmati, mengasihi dan mengikuti petunjuk dari mereka. Di samping memuji.

KESALAHAN SAHABAT SANGAT KECIL BERBANDING SUMBANGAN KEPADA AGAMA

Adapun perselisihan dari kalangan mereka, kita berhati-hati dan menahan lidah daripada mencela. Memang berlaku perselisihan, malah peperangan. Dilarang menyebelahi mana-mana pihak dan mempersalahkan pihak lawan atau menjadi hakim dan sebut kesalahan ini dan itu, dan buat kesimpulan. Kita mengakui bahawa mereka semua mujtahid. Mereka ijjtihad, bahkan mereka layak ijtihad kerana mereka umat Islam terbaik.

Adalah maklum dan ‘Sunnatullah’ manusia akan berselisih. Pihak yang benar dapat 2 pahala, salah dapat 1 pahala. Manakala kesalahan tetap diampuni. Bahkan kita hormat ijtihad mereka kerana mereka mujitahid. Kesilapan mereka tidak ada apa-apa berbanding kebaikan yang jauh mengatasi kesalahan.

 MENDOAKAN SAHABAT ADALAH KEWAJIPAN

Firman Allah: “Dan golongan yang datang selepas mereka. Maka berkatalah, ampuni kami dan saudara kami yang mendahului kami dengan iman. Dan jangan engkau ya Allah timbulkan perasan benci dan hasad terhadap mereka” (QS Al-Hasyr: 10)

Tanggungjawab kita minta keampunan Allah terhadap mereka. Hati kita sentiasa bersih terhadap sahabat dan tiada perasaan negatif terhadap mereka. Malah penuh rasa mulia dan sentiasa mendoakan dengan ucapan ‘Radhialahu Anhum”. Semoga Allah meredhai mereka.

Ibn Taymiyyah berkata: “Antara sifat Ahli Sunnah Wal Jamaaah adalah hati jantung dan lidah sentiasa selamat terhadap para sahabat”.

SEDEKAH PARA SAHABAT TIDAK TERBANDING NILAINYA

Nabi ﷺ berkata: “Jangan kamu mencela sahabat-sahabatku. Demi yang nyawa ditanganNya, kalau ada dikalanganmu yang belanja emas sebesar gunung Uhud, dia tidak akan dapat menandingi satu mud atau setengahnya sedekah mereka.” (HR Bukhari Muslim)

 BICARA BURUK TENTANG SAHABAT ADALAH TANDA MANUSIA ROSAK

 Ibu Uyainah berkata: “ Sesiapa yang membicarakan (buruk) tentang sahabat Nabi ﷺ, maka ia temasuk dalam ahli bidaah, orang yang sesat dan rosak”.

Kenapa bicara tentang sahabat tidak seperti bicara tentang orang lain secara spesifik? Kita umat bijak dan tajam pemikiran. Kita tahu muslihat dan perancangan musuh. Tidaklah yang mencela sahabat melainkan kerana kebencian hati terhadap Islam kerana para sahabat adalah tunjang Islam.  Mereka telah bawa Islam kepada kita. Bukan hanya Nabi seorang sahaja, bahkan mereka bersama Nabi ﷺ, telah dengar, lihat seterusnya bersama Nabi ﷺ untuk menyebarkan Islam (dakwah).

MENOLAK FAHAMAN SAHABAT ADALAH GOLONGAN DUNGU (BODOH)

Kata golongan liberal: “Dalam quran tidak ada larangan homoseksual”. Ia berat. Golongan dungu dan rosak yang apabila sebut agama adalah Al-Quran. Perlu ditanya mana hadis, mana hujah terperinci pemahaman sahabat.

GOLONGAN DUNGU DAN TIDAK FAHAM SAHABAT

i. Golongan Anti Hadis – tak faham hadis

ii. Golongan Ahli Kalam – tidak faham kedudukan sunnah Nabi ﷺ dan kefahaman Sahabat RA.

QURAN DAN HADIS ADALAH RIWAYAT DARI SAHABAT

Syeikh Albani kata: “Apabila kita terima Quran dan Hadis yang diriwayatkan bersama hingga sampai kepada kita. Kita umat riwayat iaitu kelebihan yang tidak ada pada umat-umat terdahulu. Kita terima Quran dan hadis secara riwayat. Apabila kita telah terima Quran dan Hadis secara bersanad, siapakah generasi yang telah riwayat kepada kita? Tidak lain adalah sahabat. Kalau kita sudah percara riwayat telah sampai kepada kita,  persoalan sama Quran dan Hadis, sama saja. Keduanya cara riwayat melalui sahabat. Kalau dah terima, kita terima riwayat mereka atau sekali dengan kefahaman mereka?”

ISLAM SESEORANG ADALAH DENGAN MENERIMA RIWAYAT & KEFAHAMAN SAHABAT

Dengan kata lain sahabat riwayat Quran dan Hadis. Kita hanya terima  hafalan (riwayat) mereka sahaja atau turut menerima kefahaman? Atau mereka ni dungu macam burung kakak tua iaitu hanya dengar Nabi ﷺ baca Quran dan sampaikan?

SENARIO RIWAYAT DAN KEFAHAMAN

Apabila berlaku kemalangan, kita terima hanya riwayat sahaja. Apa yang dia lihat dan dengar sahaja tanpa ada kefahaman. Ini suatu yang tak masuk akal. Dengan kata lain, engkau cerita apa yang aku dengar dan nampak sahaja. Fakta sahaja dan bukan tafsiran.  Adakah kita nak buat macam itu? Ini bukan sahaja biadap, bahkan seolah-olah kita yang lebih faham dan mereka tak faham. “Rasullulah maksudnya macam ni”. Kita yang datang kemudian dan kata kita lebih faham dari sahabat? Innalillahi wa innailaihirajiun.

KAEDAH RIWAYAT USUL FIQH

 i. Perawi lebih faham apa yang diriwayatkannya
ii. Orang yang melihat iaitu saksi, melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir

Ada juga pepatah: “1 gambar lebih beerti dari 1000 perkataan”.

SAHABAT LEBIH FAHAM QURAN DAN HADIS KERANA MEREKA MENYAKSIKAN SECARA TERUS TUNJUK AJAR NABI ﷺ

Nak kaitkan dengan sahabat yang meriwayatkan hadis. Mereka lebih faham Quran dan Hadis daripada orang lain. Sahabat telah menyaksikan apa yang Rasulullah buat. Orang yang melihat segala terperinci yang tidak dapat diberi melalui percakapan, bahkan kekadang tidak dapat dimasukkan dalam satu ayat tersebut.

MENCELA SAHABAT ADALAH MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN AGAMA

Ini betapa pentingnya kita memahami apa yang sahabat lakukan dan faham. Dukacita ahli bidaah tidak faham apa yang sahabat faham. Orang yang mencela sahabat adalah orang yang memutuskan hubungan dengan agama, hubungan dengan Nabi ﷺ, bahkan dengan Allah Taala. Itulah golongan anti hadis.

GOLONGAN SESAT MENOLAK SAHABAT ADALAH TERDIRI DARI ANTI HADIS, SYIAH DAN KHAWARIJ @ ILMU KALAM

Musibah tidak berhenti di situ, orang mencela sahabat sehingga tergamak mengkafirkan mereka, maka sangat mudah dia mencela dan mengkafirkan orang lain. Termasuk golongan anti hadis. Sepertimana golongan Syiah dan Khawarij. Mereka mencela dan mengkafirkan sahabat seperti mengkafirkan Ali ra dan Muawiyyah ra.

Golongan Syiah pula menganggap para sahabat adalah seburuk-buruk orang. Perbuatan mereka ternyata ditahap bidaah yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah manusia. Kenapa? Golongan Yahudi dan Nasrani pun tak buat macam tu. Yahudi memuliakan sahabat Nabi Musa, dan Nasrani memuliakan penolong Nabi Isa.

 Tidak hairan Nabi kata Khawarij adalah anjing-anjing neraka. Kenapa anjing?

Ada pepatah: “Umpama anjing menyalak bukit”. Menyalak kuat tetapi gunung tetap berdiri teguh, malah anjing tetap rendah dan hina.

Hadis Nabi ﷺ: “Sekiranya aku sempat bertemu mereka (Khawarij), nescaya aku membunuh mereka seperti kaum Aad.” (HR Muslim)

Hadis Nabi ﷺ: “Seburuk-buruk orang yang dibunuh di bawah payungan langit, dia adalah sebaik-baik orang yang dibunuh adalah Khawarij” (HR Tirmizi)

Inilah tercela golongan Khawarij dahulu dan kini.

 

SOALAN_SOALAN

1. Dalam hadis mempertahankan pemerintah, Nabi ﷺmenggunakan perkataan ‘Khalifah’. Apakah pemerintah kita juga khalifah yang wajib ditaati kerana mereka juga jahil, dan tidak seperti 4 Khalifah Ar Rasyidin yang alim?

DUA SUDUT PERKATAAN KHALIFAH

1. Sudut pertamaKetaatan Rakyat Kepada Pemerintah.

Khalifah adalah suatu istilah merujuk kepada pemimpin Negara. Sesiapa jadi pemimpin Negara sama guna istilah khalifah atau guna istilah lain Perdana Menteri, Pemerintah, Presiden atau Sultan. Dalilnya adalah semua hadis-hadis ‘Taat Pemimpin Walaupun Zalim’.

2. Sudut kedua Khalifah Kepada Perhimpunan Seluruh Umat Islam

Hadis NABI ﷺ: “…Akan wujud khilafah mengikut manhaj Nabi, kemudian akan berlaku sistem beraja,  dan akhir sekali peringkat khilafah sekali lagi atas manhaj Nabi” (HR Ahmad)

Ulamak kata Imam Mahdi adalah khalifah yang terakhir.

3. Adakah ada keturunan Abu Bakar yang akan membantu Imam Mahdi?

Tiada pentunjuk hadis yang mengatakan begitu. Orang yang mendakwa macam ini perlu ada diminta kepadanya bukti. Kalau begitu, saya juga akan mengaku dari keturunan Abu Bakar.

Kaedah:
“Siapa yang medakwa perlu berikan bukti jika berkata benar”.

KAEDAH PEMBUKTIAN SANAD

Apa yang nak dikata adalah pada zaman sekarang sanad sukar dibuktikan. Mana ada rujukan rijal dan buku perawi. Adakah buku Imam bukhari berdiri sendiri tanpa bukti? Tidak. Memang ada buku rijal yang menyokong sanad yang dibawa oleh Imam Bukhari. Macam mana kita nak kenal Imam Az Zuhri, Sufian, Uyainah dan lain-lain. Semua disebut dan baru dapat diterima oleh Imam Bukhari dan sanad diterima.

Setiap seorang perawi perlu ada biodata. Kena ada pihak ketika yang menjadi saksi untuk bukti.

4. Siapakah rakyat dan pembantu Imam Mahdi yang membantu Khilafah Nubuwwah? Adakah keseorangan atau ia dibantu oleh pembantu dan sahabat.

Kita yakin dan maklum. Akhirnya yang akan menegakkan bersama manhaj Nabi tidak lain tidak bukan adalah pendokong Manhaj Salaffussoleh. Jauh sekali pendokong syiah atau golongan tidur sufi.

TANGUNGJAWAB BERAT SEBAGAI PENDOKONG MANHAJ SALAFUSSOLEH

Tanggungjawab yang tuan pikul sangat berat. Tuan-tuan adalah pendahulu, pemangkin yang membawa yang berkesudahan Khilafah Imam Mahdi akhir zaman. Tinggal lagi tuan-tuan pikul tanggungjawab tersebut ataupun tidur.

5. Apakah dalil wajib taat ‘pemimpin’ kerana Nabi sebut wajib pertahan ‘khalifah’ dalam hadis di bawah?

Hadis Nabi ﷺ: “Jika dibai’at 2 khalifah, MAKA BUNUH yang terakhir dari keduanya” (HR Ahmad, dll)

Dalil Khalifah juga merujuk kepada pemimpin, sultan, perdana menteri atau presiden seperti hadis di bawah. Begitu juga hadis-hadis lain yang menyuruh wajib taat pemimpin walaupun zalim.

Hadis Nabi ﷺ:  “Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (HR Ahmad dll)

Advertisements