KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 Apr 2017)

PERKARA KE- 27

Kata Imam Al-Barbahari: “Beriman bahawa iman itu berupa ucapan dan perbuatan, perbuatan dan ucapan, niat dan pembuktian. Boleh bertambah dan boleh berkurang. Berkurang sesuai yang dikendaki Allah dan berkurang sehingga tidak tersisa sedikitpun”

*hati juga dikenali sebagai ‘jantung-hati’

 

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Permasalahan yang ringkas disebut oleh Imam Al-Barbahari tetapi impak yang sangat besar dalam sejarah umat Islam. Banyak berlaku perselisihan sehingga menyebabkan permasalahan akibat kesalahan memahami erti makna iman.

BAHAGIAN 1: IMAN ADALAH DENGAN HATI, LISAN DAN ANGGOTA

Allah kata: “Wahai orang beriman”.

Apa yang dimaksudkan jika kita kata ‘saya beriman’ dan apa yang maksud iman dan hakikat iman itu?

Maka apa yang disebutkan oleh Imam Al-Barbahari dan penjelasan yang cuba dibawa daripada erti iman. Ini pengertian yang wajib kita imani bahawa iman itu merangkumi ketiga-tiga cabang iaitu:

1. Kepercayaan dalam hati – ie. Percaya dengan yakin
2. Ucapan dengan lisan – ie. Ucapan kalimah agung ‘Laila ha illallah’ dan lain-lain
3. Amalan dengan anggota – ie. Solat, zikir, doa, ucapan salam, buang halangan di jalan dan lain-lain.

Hati ada perbuatannya iaitu kepercayaan. Ibadah hati adalah niat, ikhlas, berharap, takut, berserah.  Ini termasuk hati yang termasuk dalam iman. Mengucap dengan lidah seperti baca quran adalah termasuk dalam iman dengan amalan anggota.

BAHAGIAN 2: IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

“Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan”

Definisi agak panjang kerana ia membantah fahaman menyimpang. Tidak dinafikan ini bahawa istilah tentang erti iman adalah ia bermula dari hati. Istilah yang diwujudkan oleh ulamak dan tidak disebut secara  spesifik dalam Quran atau Hadis. Disebut oleh para ulamak adalah untuk memberi penjelasan kepada umat. Antara sebab perlu ditekankan definisi ini kerana ada pandangan yang menyimpan tentang erti iman.

IMAN TINGGI DAN RENDAH –  TIDAK SEKETUL ATAU STATIK

Bahagian kedua tadi disebut iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Dengan kata lain, iman bukan sesuatu yang statik. Atau ia bukan sesuatu yang seketul (segedebuk) atau tidak berubah. Bahkan ia boleh bertambah dan berkurang.

“Bertambah sesuai yang dikehendaki oleh Allah sehingga tidak had dan batas. Sesuai dengan apa yang Allah izinkan hingga boleh tidak tersisa sedikitpun. Maka, seseorang yang tidak beriman adalah kufur”

 Iman lawannya kufur, syirik lawannya tauhid. Jadi ini menjadi pembeza antara iman dan kekufuran.

 MAKSUD IMAN – KEPERCAYAAN ATAU KEYAKINAN

 Iman bertambah dan berkurang dari sudut kepercayaan atau keyakinan. Juga dari sudut perkataan yang diucapkan. Ada perkataan yang menunjukkan kurang yakin. Ada perkataan yang mempunyai tahap iman yang sangat tinggi. Contohnya, jika seseorang itu ditimpa apa-apa musibah besar, ia akan menyebut ‘Allhamdulillah ala kulli hal (segala puji bagi Allah dalam segala hal)’. Ini tahap iman yang sangat tinggi. Begitu juga amalan yang konsisten, ia menunjukkan iman yang sangat tinggi.  Maka, amalan yang ada pasang surut, sedikit sebanyak ada kesan dari segi iman.

GOLONGAN SESAT DALAM DEFINISI IMAN 

1. Murjiah Jahmiah – Iman adalah tahu atau kenal (Makrifat)
2. Murjiah Al-Fuqaha (Mazhab Hanafi) – Iman adalah perakuan dengan lisan @ membenarkan (Tashdiq)
3. Asyairah – Iman adalah perakuan dengan hati (Tashdid bil Qalb)
4. Al-Karramiyah – Iman adalah percaya dengan hati dan perakuan dengan ucapan (lisan) sahaja
5. Khawarij – Iman adalah percaya dengan hati, perkataan dan perbuatan. Ia tidak bertambah dan berkurang

Ahli Sunnah – Iman adalah percaya dengan hati, mengucap dengan lidah, beramal dengan anggota. Ia bertambah dan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

PEGANGAN AHLI SUNNAH DALAM HAL IMAN

Iman bermula dari hati, dizahirkan dengan lidah dan ditampakkan dalam amal perbuatan

Firman Allah: “Sesungguhnya orang beriman adalah golongan apabila disebut nama Allah, hati mereka merasa gentar. Sekiranya dibaca ayat-ayat Allah, mereka bertambah iman. Dan mereka bertawakkal dan berserah kerada Allah iaitu golongan yang mendirikan solat. Mereka menginfakkan rezeki yang kami berikan. Sesungguhnya mereka orang beriman yang sebenar.“ (QS Al-Anfal:2-4)

KAITAN KALIMAH SESUNGGUHNYA & IMAN

Maksud sesungguhnya adalah kalimah yang menyeluruh (pencangkupan) dalam erti kata sebenar. Lawannya adalh tidak berapa benar. Allah menyebut ‘mendirikan solat’. Kalau orang itu tidak dirikan solat, maksudnya terkeluar dari lingkaran yang tidak berapa sungguh, dan tidak benar beriman.

DALIL BERKAITAN IMAN BESAR DAN KECIL

Dalam satu hadis yang panjang berkaitan syafaat: “Orang yang masuk syurga, mereka tertanya-tanya di manakah saudara Muslim yang lain. Maka bertanya kepada: ‘Ya Allah kami dapati saudara muslim tiada di sini’. Allah kata: ‘Keluarkan dari kalangan yang kamu kenal, dari kalangan mereka yang solat dan berpuasa’. Maka keluar kumpulan saudara mereka yang pertama. Mereka bertanya lagi, maka saudara mereka yang lain.  Allah kata: ‘Keluarkan orang yang amalan sebesar dinar, setengah dinar…. Dan akhirnya Allah kata: ‘keluarkan orang yang ada iman sebesar biji sawi’”

Orang yang iman besar bji sawi dengan kumpulan terakhir yang keluar. Beriman atau tidak? Tentu mereka ucap kalimah syahadah, tetapi mereka mempunyai iman yang berbeza mengikut perbuatan juga.

Kita tentang membicarakan padangan mereka tentang iman, dalam masa yang sama kita akui mereka beriman dan Islam.  Kita bukan membicarakan amalan mereka.

‘IMAN’ GOLONGAN PENYIMPANG, TOKOH DAN SYARAHNYA

1. Murjiah Jahmiah – Iman adalah tahu atau kenal (Makrifat )

Cukup kita tahu Allah ada, maka kita beriman. Ini bermaksud atau implikasinya ialah Firaun juga beriman kerana firaun meyakini dia bukan tuhan walaupun dia mendakwa macam tu. Juga Iblis beriman menurut definisi mereka. Ini jelas salah kerana Iblis meyakini adanya Allah dan dia pernah berbicara denganNya.

Bagi mereka, jika engkau percaya  dan tahu Allah ada, engkau Muslim dengan iman yang penuh.

2. Murjiah Al Fuqaha (Golongan Mazhab Hanafi) – Iman adalah perakuan dengan lisan @ membenarkan (Tashdiq)

Dahulu mazhab Hanafi bukan sekadar hal pegang dalam  masalah fekah. Bahkan pegangan tertentu dalam akidah termasuk dalam hal iman. Fuqaha adalah faqeh (cerdik). Iman adalah perakuan dengan lidah (perkataan). Merujuk kalimah syahadah. Bagi mereka beriman tidak mungkin percaya dalam hati sahaja tanpa mengucapkannya atau bagaimana boleh dikatakan Muslim kalau tak mahu ucap kalimah syahadah.  

Masalah golongan ini adalah jika orang itu tidak solat ia dikira berdosa dan fasik, tetapi masih dikira beriman.

3. Asyairah- Iman adalah perakuan dengan hati (Tashdid bil Qalb)

Apa yang dimaksudkan oleh golongan Asyairah kalau dibandingkan dengan Murjiah Jahmiah?

Bagi mereka, anggota tahu adalah hati. Ternyata padangan Asyairah walaupun berbeza perkataan tetapi sama dengan Murjiah Jahmiah bahawa iman hanya di hati. Seorang kata tahu dan seorang kata mengaku. Kedua-duanya tidak mengakui perbuatan lidah (ucapan) atau anggota bukan dari iman seperti ucapan zikir sebanyaknya, itu bukan tanda iman disisi Murjiah Jahmiah dan Asyairah.

 Ia dapat dilihat dalam kitab tokoh Asyairah seperti:

1. Kata Abu Bakar Al-Baqillani (W402H): “Ketahuilah bahawa hakikat iman ialah perakuan (As Tasdid). Dan ketahuilah tempat perakuan adalah Al-Qalb (hati)”. Maksudnya adalah baca quran dan solat tiada kaitan dengan iman.

2. Kata tokoh besar Al Aamidi (W631H): “Dan dengan ini kita mengetahui rosaknya pandangan Al Hasyawiyah. Hawasyawiyah mengatakan bahawa iman itu adalah perakuan dalam hati, ikrar dengan lisan dan amalan dengan perbuatan (anggota)

Dia adalah tokoh usul fiqh Asyairah. Datang tidak berapa lama selepas tokoh Asyairah iaitu Imam Fakhruddin Ar Razi (W604H). Golongan salafi atau ahli sunnah yang dengan Al Hasyawiyah. Ia satu konotasi negatif kepada orang yang lekeh tak pandai sebagaimana gelaran ‘Wahabi atau salafi memahami dalil secara literal’.

Bagi mereka perbuatan tidak termasuk dalam iman. Kalau tidak solat pun dikira beriman dengan hanya cukup mengaku dan percaya ada Malaikat, Allah, Rasul dan Qadak Qadar.

FAHAMAN ASYAIRAH HAMPIR DENGAN FAHAMAN LIBERAL

Ada hari ini siapa membawa pemikiran seperti ini? Iaitu golongan liberal. Liberal menganggap bahawa apa yang kita buat jangan persoalkan.

PERKATAAN LIBERAL

i. “Kalau tak pakai tudung atau tak solat tidak mengapa. Yang penting dalam hati”; atau
ii. “Jangan pandang luaran, dalam hati saya awak tak tahu”.

4. Golongan Al Karamiyah – iman adalah ucapan lisan sahaja. Tiada anggota atau hati sahaja.

5. Khawarij – merkea kata iman kepercayaan hati, ucapan dengan lisan dan amalan anggota. Ia tidak berkurang dan bertambah.

Iman seperti seketul (segedebuk). Orang itu semua kena buat amalan solat fardu, puasa, dan wajib buat. Mukmin jika melakukan semua perkara fardu, dan jika tinggalkan adalah kafir. Bagi mereka mana boleh orang itu beriman tetapi tidak solat, puasa atau zakat, minum arak berzina, berjudi atau rasuah. Ini orang kafir.

Kaedah Khawarij – ‘Semua amalan ketaatan adalah sifat orang beriman. Semua amalan kemaksiatan adalah sifat orang kafir’.

Beza golongan Khawarij dengan Ahli Sunnah (salafi) adalah ialah iman tidak bertambah dan berkurang. Mereka tegas.

PUNCA KESESATAN KHAWARIJ

Ini golongan khawarij tidak dapat hadam ilmu Quran dan Hadis. Mereka tidak terima golongan mukmin. Jadi iman tidak bertambah dan berkurang. Pemikiran khawarij ini telah bertapak sejak sekian lama. Kenapa sekarang masih wujud? Ini masalah definisi iman

Pemikiran khawarij adalah seperti golongan Al Qaeda, Daesh, ISIS, mereka pemikiran khawarij. Manakala golongan liberal adalah seperti Murjiah atau Asyairah.

PERMASALAHAN AKIBAT KESILAPAN DEFINISI IMAN DAN SEPUTARNYA

Sekarang Al Qaeda sudah ada jenama baru iaitu ISIS, terkini adalah DAESH (rebranding). Mana ada orang gila nak mengaku gila, atau orang khawarij nak mengaku khawarij. Tetapi orang sekarang mengaku Asyairah tetapi itu hanyalah amalan ikut-ikutan (taqlid guru). Mereka pun tak faham Asyairah sebenar.

Murjiah dari perkataan raja’ iaitu berharap supaya termasuk dalam golongan beriman. Ia melibatkan masalah akidah dan sering berkait dalam bab fekah jugak.

‘AKU MUKMIN, INSYAALLAH’: PERTEMBUNGAN MAZHAB HANAFI & MAZHAB SYAFIE

 Sekian lama telah berlaku pertembungan mazhab Hanafi dan Syafie dalam masalah “Aku mukmin, Insyaalah”. Mereka dibantah keras oleh mazhab Hanafi.

Kata pengikut mazhab Hanafi: “Tak boleh kata kita beriman , InsyaAllah”.  Masalah iman tak boleh ragu-ragu, ia perlu yakin dan pasti.

Kesan perselisihan pengikut mazhab Syafie dan Hanafi adalah hampir sahaja golongan Hanafi mengkafirkan Syafie. Mereka tidak mengahwinkan anak perempuan Hanafi dengan lelaki Syafie. Walaubagaimana pun lelaki Hanafi boleh dikahwinkan dengan perempuan Syafie. Beratus tahun tak boleh kawin.

4 MIMBAR JUMAAT DI MASJIDILHARAM

Begitu juga kisah di Masjidilharam kurang 100 tahun lepas, ada 4 mimbar Jumaat. Kalau solat perlu ikut giliran mengikut mazhab. Tidak kurang di Masjid Dumawi di Damsyik, pada zaman Syeikh Albani, kurang 20 tahun dulu. Iman ratib ada 2. Apabila iqamat dikumandangkan, ada suara kata iqamat ini bukan untuk kita. Dahsyat tak? Dasyat.

Selagi tidak selesai dengan masalah ini, selagi itu tidak selesai masalah kecuali orang yang diberi hidayah oleh Allah. Setelah sekian lama, wanita Hanafi tidak dikahwinkan dengan lelaki Syafie sehingga datang seorang ulamak mazhab Hanafi, dinamakan Mufti jin dan manusia. Dia fatwa boleh kahwin dengan lelaki Syafie. Kegembiraan disusuli dengan rasa terkejut kerana menganggap pengikut mazhab Syafie adalah Ahli Kitab. Inilah kemelut akibat kekeliruan dala definisi iman. 

SOLUSI MASALAH IMAN ‘AKU MUKMIN, INSYAALLAH’:  HATI TIDAK BOLEH RAGU-RAGU

Jadi, boleh tak kita ucap ‘Aku mukmin, InsyaAllah’? Siapa kata boleh salah, siapa kata tidak boleh salah juga. Ia bergantung kepada niat dan maksud. Kalau ucap Insyaalah ragu-ragu dengan iman sendiri tidak boleh dan haram. Masalah iman tak boleh ragu-ragu. Kalau InsyaAllah kerana mengharap supaya Allah terima iman, ia dibolehkan.

Tiada sesiapa lepas solat kata confirm Allah terima, sebaliknya kita istighfar. Dalam ibadah kita perlu ikhlas, ittiba’ disamping takut dan berharap.

SOALAN-SOALAN

 1. Apa definisi Iman bagi pengikut Syiah?

Masalah iman secara spesifik saya kurang pasti. Ada kemungkinan akidah sama seperti Jahmiah.

2. Apakah punca kesesatan dan kesilapan terhadap definisi Iman dari golongan Murjiah Jahmiah, Murjiah Al Fuqaha (Mazhab Hanafi), Asyairah dan Khawarij?

Punca utama adalah kerana mereka Ahli Kalam iaitu faham Iman IKUT AKAL. Mereka baca quran tapi apabila tidak logik ikut akal mereka, ditinggalkan quran/. Maka ia sesat. Khawarij hampir sama, tambahan juga mereka bawa syubahat nafsu. Mengikut hawa nafsu secara amnya.

Yang pasti semua golongan sesat sesat mereka tidak memahami Quran dan Hadis seperti pemahana Salaf As-Soleh (para sahabat).

3. Dalam situasi khawarij, bagaimana mereka tidak mengadili manusia ada kelemahan, kekurangan dan dosa? Begitu mudah mengkafirkan orang lain dan tidakkah mereka merasa diri sendiri pun tidak sempurna?

Khawarij dulu adalah golongan ghuluw adalah  ahli ibadah dan golongan zuhud. Hitam dahinya. Hari khawarij berbeza, mereka sapu dunia dulu, lepas tu kata orang zalim.

4. Bagaimana 5 kumpulan sesat definisi ‘iman’ dahulu boleh dibandingkan dengan realiti golongan yang sesat sekarang?

Terdapat persamaan dengan modifikasi 

Murjiah, Asyairah – liberal
Khawarij – maklum

Sufi sentiasa bawa pemikiran Ahli Kalam. Sufi adalah modifikasi atau sambungan golongan Murjiah Jahmiah, Murjiah Al Fuqaha dan Asyairah. Bidaah hasanah sudah tentu dalam semua hal. Tidak akan ada Sufi Salafi.

Sufi khariji asalnya tiada, khawarij adalah golongan keras dan agresif. Sufi adalah golongan tidur…zikir dan tidur untuk mimpi jumpa Nabi. Khawarij dan Sufi adalah bertentangan. Tapi sekarang sudah bercampur.

Begitu juga Asyairah, tetapi hari ni mereka tidak tahu pun akidah sebenar Asyairah. Mengaku akidah Asyairah tetapi mereka tidak tahu pun yang pengangan Asyairah adalah ‘Solat itu bukan sebahagian dari iman’.  Jangan lupa, apa yang disebutkan adalah pegangan kumpulan tersebut yang diasaskan oleh tokoh-tokoh mereka. Apakah semua pegangan ini diasaskan oleh Rasulullah? Tidak

ZAMAN SEKARANG – TAQLID BUTA DAN IKUT SAHAJA

Dikalangan masyarakat mereka taqlid buta macam kaedah ‘Aku pejam mata, maka bawalah aku’.

5. (Tambahan) Dalipada dalil perlu ikhlas supaya amalan ibadah diterima. Bagaimana nak dapatkan Ikhlas 100%? Bagaimana pula amalan orang muallaf diterima ikhlas sedangkan mereka dalam proses peralihan, belum ikhlas kerana nak harta dunia, kahwin dan sebagainya? Kaitan Iman dan ikhlas?

 

 

Advertisements