Merungkai Hukum Syarak Dalam Hal Penyatuan Umat Bagi Menangani Syubahat Perpecahan
Oleh Ustaz Idris Sulaiman

Allah berfirman: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu mereka yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak. Setiap Puak Berbangga Dengan Puak Mereka.” (Surah Ar-Rum, 30: 31-32)

Allah berfirman lagi : “Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan Janganlah Kamu Berbalah, yang menyebabkan kamu gagal dan kekuatanmu hilang.” (Surah Al-Anfal: 46)

 

SOALAN-SOALAN

1. Apakah cadangan Penyatuan Umat Islam?

Saya sangat tertarik dengan cadangan seorang asatizah iaitu:

“Kita akui sistem demokrasi tidak dapat ubah dalam sehari semalam. Kalau nak ubah kepada sistem khalifah, maka kita perlu mengelakkan persengketaan antara kita dahulu. Apabila sudah bersatu, kita dapat beranjak kepada sistem Islam sepenuhnya. Baru kita nampak negara Islam yang benar dalam erti kata sebenar. Selagi mana berselisih kita dapati hal itu tidak akan berlaku.”

Dalam demokrasi menuntut ada kerajaan dan pembangkang. Bahkan dalam parlimen diletak kerusi Ketua Khawarij (pembangkang). Itu sistem demokrasi yang sangat jahat dan sangat licik. Diberi kuasa dalam parlimen untuk terus membangkang hingga cuba merosak segala perancangan kerajaan. Ini sistem Yahudi yang sangat licik. Kita saja yang dungu dan tidak memahami apa yang telah terjadi.
Tambahan cadangan asatizah yang cukup bernas:

“Sistem ini tidak dapat ubah, kita gunapakai tetapi dalam masa yang sama kita cuba kurangkan mudarat sebanyak mungkin. Akhirnya kita lihat semua umat Islam bersatu padu dibawah Agong dan PM. Orang kafir yang tidak kenal Islam, halal haram, tidak kenal hadis-hadis Bukhari atau Muslim supaya taat kepada pemimpin muslim. Maka mereka inilah yang terkeluar dari Al-Jamaah. Maka biarlah mereka yang bersama pembangkang. Jika mereka bersama pembangkang itu lumrah, manakala orang Islam perlu bersatu padu dibawah pemerintah Muslim (Agong dan PM). Itu hendaklah menjadi impian kita. Jika hal itu dapat direalisasikan, baru bincang tentang memperkasakan umat Islam. Selagi tidak, maka umat akan hadapi percakaran dan Islam terus lemah.”

2. Bolehkah kita menjadi pembangkang kerana demokrasi membenarkan?

Subhanallah. Adakah kita mendahului Sistem Demokrasi kafir daripada syariat Islam? Maka jelasnya adalah Islam sesekali tidak membenarkan kita berpecah. Adapun mengundi pemerintah tertinggi sedia ada adalah kerana maslahah (memilih yang kurang mudarat) kerana mahu pertahankan pemimpin tertinggi Islam Negara. Bahkan mempertahankan pemimpin Islam adalah wajib.

Hadis Nabi :  “Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah, barangsiapa yang menderhaka kepadaku maka dia telah menderhaka kepada Allah; barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku, Barangsiapa Yang Menderhaka Kepada Pemerintah Maka Dia Telah Menderhaka Kepadaku”.(HR Bukhari dan Muslim)

3) Siapakah ulamak kibar yang membenarkan (ijtihad) boleh mengundi, sedangkan Sistem Demokrasi itu jelas dari kafir?

Ulamak kibar iaitu Syeikh Albani rhm (muhadis/mujadid Akhir zaman) dan Syeikh Uthaymin rhm dengan jelas menyebut hal demikian sekiranya ada keperluan mendesak untuk mempertahankan pemimpin Islam. Ini yang disebut sebagai akhfun dharrarain (antara 2 mudarat) kerana tidak ada jalan keluar darinya.

PENDAPAT SYEIKH ALBANI RHM 
(Dari petikan audio kuliah Syeikh Albani di youtube)

Soalan: Apa hukum menjadi calon pemilu dan memilih (mengundi)?

“….Dalam pemilu tersebut terdapat calon muslim yang mencalonkan dirinya tadi, lalu ada calon Nasrani, ada calon Syiah dan lainnya…. Jika kita boleh mencegahnya, kita akan memilih dia (Muslim). Mengapa demikian? Kerana ada kaedah Islamiah yang mendasarinya, sebagaimana yang telah kami jelaskan. Jika seorang Muslim dihadapkan pada dua keburukan, maka pilih yang keburukannya lebih kecil.

Tidak ragu lagi adanya pemimpin Muslim itu lebih kecil keburukannya.

Oleh kerana itulah, saya membezakan antara mencalonkan diri dengan memilih. Jangan mencalonkan diri kita kerana kita akan terbakar. Namun bagi yang enggan terhadap nasihat ini, ia lebih memilih membakar dirinya secara sedikit atau banyak. Ia mencalonkan dirinya di dalam pemilu, maka dalam rangka mencegah keburukan yang lebih besar dengan menempuh keburukan yang kecil hendaknya memilih orang tadi, dan tidak memilih kafir atau orang sesat.”

Soalan: Ya Syeikh, maksudnya memilih calon muslim hukumnya boleh?

“Ya, benar. Namun dalam rangka mencegah keburukan yang lebih besar dengan keburukan yang lebih kecil, bukan kerana hal tersebut baik. “

PENDAPAT SYEIKH UTHAYMIN RHM
(Dari kuliah Syeikh Uthaymin di youtube)

Soalan: Apa hukum pemilu yang ada di Negara Kuwait? Lalu apa hukum ketua kabilah yang ada di sana?

“Padahal diketahui, majoriti pergerakan Islam dan para da’i yang masuk ke dalamnya, agama menjadi rosak (Sistem mengundi atau Demokrasi).

SAYA MELIHAT PEMILU ITU WAJIB kerana kita wajib memilih orang yang kita lihat ada kebaikan padanya.  Kerana apabila orang-orang yang baik mundur, siapa yang akan menempati mereka? Sila lah jawab! Tentulah orang-orang buruk.”

Berkenaan demokrasi dalam memilih pemimpin dari sudut Fiqhul waqi’.

Kata Syeikh Prof Dr Ibrahim ar-Ruhaily: “Jika tiada pilihan lain dalam kaedah memilih pemimpin, maka Kita Perlu Turut Serta Memilih Pemimpin Dalam Kaedah Yang Sedia-Ada (mengundi) dan Janganlah Meninggalkannya.”

4. Kenapa perlu mengundi kerana ia adalah syubahat demokrasi?

MENGUNDI KERANA ‘KEWAJIPAN PERTAHANKAN PEMERINTAH’

Kita mengundi bukan kerana mahu iktiraf atau terlibat dengan syubahat demokrasi. Sebaliknya, kita mengundi kerana suruhan kewajipan mempertahankan pemerintah. Nabi jelas menyuruh pertahankan pemerintah seperti dalil berikut;

Nabi ﷺ bersabda: “Jika dibai’at dua orang khalifah, maka BUNUHLAH yang terakhir dari keduanya” (HR Muslim, Abu ‘Awaanah, Al-Baihaqi dan lain-lain)

Mengundi dapat mempertahankan pemerintah kerana hanya ini sahaja jalan keluar antara dua mudarat (akhafun dhararain) iaitu:

1. Mudarat kerana syubahat mengundi atas tujuan mempertahankan pemerintah Islam (mudarat lebih ringan)
2. Mudarat negara politik tidak stabil  kerana masyarakat berpecah (mudarat lebih berat seperti peristiwa Arab Spring akibat mengabaikan dalil bersatu)

Maka, adalah lebih baik menggunakan undi daripada menggunakan PEDANG untuk pertahankan pemerintah. Ini adalah cara merealisasikan ketaatan kepada pemerintah. 

Maksud mempertahankan (Dewan Bahasa Dan Pustaka)
1. menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh.
(*bukan sekadar sokong)

TIDAK BERSAMA PEMERINTAH & TIDAK MELAWAN PEMERINTAH….ADAKAH MASIH BERSAMA AL-JAMAAH?

Bersama pembangkang untuk menjatuhkan pemerintah dengan menggunakan alasan ‘Pemimpin Zalim’ atau ‘Pemimpin Tidak Adil’ adalah Kaedah Bathil yang jauh dari ajaran Islam kerana tiada satupun pemimpin yang sempurna seperti 4 khalifah. Ia jelas mengikut telunjuk khawarij jika bukan dari cara kafir barat.

Adapun bagi yang tidak mahu pertahankan pemerintah, tiada dalil hujah yang diberi kecuali kerana ‘Syubahat Demokrasi‘ dan akhirnya mereka seperti golongan Muktazilah (berdiri di atas pagar – tidak bersama khawarij dan tidak bersama pemerintah). Jadi status Al-Jamaah mereka perlu diragui.

Hadis Nabi ﷺ: “Barangsiapa yang melihat pada pemerintahnya sesuatu yang dia tidak suka, maka hendaklah dia BERSABAR terhadapnya. Barangsiapa yang Keluar Dari AL-JAMAAH Walau Sejengkal, maka dia sesungguhnya melepaskan tali kekang Islam dari lehernya.” (HR Ahmad)

Perlu diambil iktibar apa yang telah terjadi dalam ‘Arab Spring’. Ini akibat tidak mengambil hadis Nabi ﷺ secara keseluruhan (mengikut  akal @ hawa nafsu dan membelakangkan Hadis Nabi). Dimanakah contoh negara yang berjaya dengan kaedah menentang pemerintah ini (ie Ikhwanul Muslimin)?

Jelas kesan akibat Ikhwanul Muslimin melanggar pesan Nabi ﷺ sejak lebih 1000 tahun dahulu. Hadis Nabi ﷺ adalah mukjizat yang dikufuri seperti hadis menyuruh ‘Taat Pemimpin Walaupun Zalim-HR Muslim‘.

5. Bolehkah mengundi calon bukan Islam?

Boleh di atas niat untuk memenangkan pemimpin tertinggi Islam. Akhirnya, banyak hal negara akan akan diputuskan oleh Pemerintah Tertinggi.

6. Pemerintah suruh keluar mengundi. Adakah ianya dalam suruhan yang makruf?

Jika yang dimaksudkan mengundi untuk MEMPERTAHANKAN pemerintah yang sedia ada maka ia jelas MAKRUF. Ibarat kata pemerintah meminta rakyat jelata untuk mempertahankannya daripada anasir yang mahu menjatuhkannya. Syarak menegaskan sebagaimana hadis di bawah.

Hadis Nabi : “Jika dibai’at 2 khalifah, MAKA BUNUH yang terakhir dari keduanya” (HR  Muslim, dll)

Sepertimana seruan supaya DITUKAR @ MENJATUHKAN pemerintah yang sedia ada melalui jalan undi pilihanraya adalah MUNGKAR. Ia sinonim dengan ‘syiar Khawarij’.

7.  Realitinya, pemimpin redha dengan demokrasi atau proses pilihanraya ini. Kalau pemerintah mahu kita undi mereka sahaja, apa perlunya diadakan pilihanraya?
Buat apa diadakan pilihanraya jika tidak boleh undi pembangkang. Apabila mengundi pembangkang, ia dikatakan cuba menjatuhkan pemimpin atau Khawarij.

TIADA PEMIMPIN YANG REDHA TURUN JAWATAN

Soal redha atau terpaksa kita tidak tahu. Itu soal hati jantung. Bahkan zahirnya mereka terpaksa kerana tiada pemimpin yang redha turun takhta selepas beberapa tempoh. Bukti di depan mata cukup jelas. Setiap kali tamat tempoh yang ditetapkan, mereka akan mencalonkan diri sendiri untuk mempertahankan jawatan mereka. Dengan itu terjawab lah soalan ‘Mengapa pemerintah buat pilihanraya’.

DEMOKRASI ADALAH AGENDA KAFIR BARAT

Ia kerana itu adalah Sistem Politik yang dipaksakan oleh kuasa kafir Barat atas negara-negara dunia semua. Siapa yang menentang sistem ini akan ditentang.  Sehingga kini tiada mana-mana negara demokrasi yang berani memansuhkan Sistem Demokrasi kerana mereka tahu implikasi buruknya.

‘KEBEBASAN & KEADILAN’ ADALAH SLOGAN KAFIR BARAT

Bukan sahaja implikasi daripada Kuasa Besar Barat, bahkan daripada rakyat negara sendiri yang mahu Sistem Demokrasi dikekalkan atas alasan kononnya ia memberi kebebasan dan keadilan kepada mereka.

Sedangkan hakikatnya kerana ia terus menyuburkan lagi roh KHAWARIJ mereka. Itulah dilema Umat Islam hari ini. Mereka sendiri mempertahankan sistem taghut Barat.

SOLUSI UNTUK PENYATUAN UMAT 

Oleh itu Umat Islam perlu bijaksana. Mereka WAJIB bersatu di belakang pemerintah Muslim mereka berdasarkan syarak (Quran dan Hadis). Pembangkang? Serahkan kepada orang KAFIR. Mereka sememangnya memusuhi Islam dan pemerintah Muslim. Malah mereka tidak beriman (tahu) dengan Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi (Hadis).

8. Dalam suatu majlis Perdana Menteri mengatakan bahawa sekarang adalah “attack mode” kepada pembangkang. Kita sebagai ahli sunnah, perlukah terlibat dalam “peperangan” cyber ini?

WAJIB TAAT PEMERINTAH YANG MENYERU SUPAYA MUSUH DISERANG

Wajib taat. Inilah jihad pada hari ini. Dahulu dengan pedang dan senjata. Hari ini melalui media elektronik. Kewajipan tetap kewajipan, hanya cara sahaja yang berbeza. Kerana situasi dan keadaan pada hari ini yang berbeza. Ini fiqhul waqi’ pada hari ini.

KESAN MENJATUHKAN PEMERINTAH ADALAH SAMA WALAU CARA BERBEZA @ MEDIA ELEKTRONIK

Sepertimana dahulu pemerintah dijatuhkan melalui perang di medan pertempuran, pada hari ini pemerintah dijatuhkan di medan media sosial. Kesan buruk jatuhnya pemerintah sama sahaja seperti dahulu. Dahulu ia menyebabkan berlakunya kegawatan, huru-hara dan perang saudara, pada hari ini kesannya pun begitu.

JIHAD KINI ADALAH PERTAHANKAN PEMERINTAH DENGAN TULISAN DAN KATA-KATA

Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana halusnya cara yang digunakan untuk menjatuhkan pemerintah pada hari ini; cukup dengan tulisan dan dengan kata-kata; tidak seperti dahulu dengan pedang dan senjata. Tetapi kesannya sama. Kerana itu kita perlu sedar hakikat apa yang sedang berlaku dan betapa seriusnya ia. Oleh itu, adakah wajib mempertahankan pemerintah Muslim kita pada hari ini? Jawapannya ya, wajib. Malah ia adalah bentuk jihad pada hari ini.

Maka wajib kita serang semua anasir-anasir yang menggugat kestabilan kerajaan kerana mereka adalah anasir perosak Agama, Umat dan Negara.

SERUAN KEKAL BERSAMA PEMERINTAH

Nabi bersabda: Barangsiapa yang Melepaskan Tangannya Dari Ketaatan Pada Pemimpin, maka ia pasti bertemu Allah pada hari kiamat dengan tanpa argumen yang membelanya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada baiat di lehernya, Maka Ia Mati Dengan Cara Mati Jahiliyah.” (HR. Muslim no. 1851)

Nabi bersabda: “Barangsiapa yang melihat pada pemerintahnya sesuatu yang dia tidak suka, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Barangsiapa yang Keluar Dari Al-Jamaah Walau Sebanyak Sejengkal, maka dia sesungguhnya melepaskan tali kekang Islam dari lehernya.” (HR Ahmad)

ORANG BERIMAN BERCAKAP HANYA PERKARA YANG SAHIH &  MUSIBAH HANYA DAKWAAN @ SANGKA-SANGKA

Seperti hadis di atas, taat dalam suruhan PM untuk menyerang kaum yang merosakkan agama adalah perkara makruf. Jadi kita wajib taat pemimpin sekarang kerana kaum pembangkang (khawarij) jelas merosakkan dengan tohmahan kerapa kepimpinan. Di dalam Islam tidak dibolehkan menyebut sesuatu perkataan yang tidak sahih seperti dalil di bawah:

Firman Allah: “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu Tidak Mempunyai Pengetahuan Yang Sah Mengenainya ; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada  hal ia pada sisi Allah adalah perkara yang Besar Dosanya. ” (An-Noor:15)

Firman  Allah: “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan Sangkaan Semata-Mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” (Al-Anaam:116)

JIHAD MELAWAN KAFIR (PERANG) DAN JIHAD MUNAFIK (HUJAH & ILMU)

Zaman dulu peperangan menggunakan pedang. Tapi sekarang adalah  PERANG ILMU guna tangan juga tapi melalui media massa atau gajet. Jadi, perlu pertahankan pemerintah sedia ada dari anasir luar yang sentiasa sedia untuk meruntuhkan negara. Begitu juga mengundi, wajib mengundi bagi pertahankan negara.

Firman Allah: “Wahai Nabi jihadlah melawan orang kafir dan munafik….”. (QS At-Tahrim:6)

Kedua-duanya kena jihad dan perlu dibasmi. Tinggal lagi jihad kafir adalah dengan medan perang, tetapi munafik adalah dengan lisan dan tulisan (hujah dan ilmu).

KAEDAH MENEGUR PEMIMPIN

Andaikata mereka ingin menasihati PM, guna kaedah Islam ajar iaitu:

Nabi bersabda: “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa dengan suatu perkara, maka Jangan Dilakukan Dengan Terang-Terangan, Tapi Gandenglah Tangannya Dan Menyepilah Berdua. Jika diterima memang begitu, jika tidak maka dia telah melaksanakan kewajibannya” (HR Ahmad:14792)

Ana tidak faham manakah ajaran yang dipakai oleh kaum khawarij ini. Semua akibat kejahilan agama dan sentiasa berkiblatkan orang kafir laknatullah.

9. Dari sudut ‘Taat Kepada Perkara Ma’ruf dan Engkar Perkara Mungkar’, bagaimana tindakan kita jika Kerajaan membuat pembohongan atau kezaliman? Adakah perlu diwar-warkan dalam media massa (ie isu gst, harga minyak, harga barang, penyelewengan dan lain-lain)?

Soalan ini akan dijawab dengan menyoal kembali…

1. Apakah apabila Tidak Bercakap tentang pembohongan dan kezaliman pemerintah maka ia dianggap mendokong pembohongan dan kezaliman pemerintah? Apa buktinya?

2. Adakah maklumat berkenaan kekejaman kerajaan itu diambil dari berita angin (hearsay), atau bukti sahih depan mata? Jika ya, lihat hadis kaedah menegur pemerintah.

Apapun, kita hanya taat dan menyokong hal-hal ma’ruf sahaja dari pemerintah, Bukan Mendokong Syiar Parti Politik Mereka (ie Syubahat Demokrasi).

MENYEBAR KEBURUKAN PEMIMPIN SAMA ADA ‘BENAR ATAU TIDAK’ ADALAH DOSA

Tanpa bukti atau dengan bukti sekalipun, ia hanya memperbanyakkan dosa sendiri dan dosa terhimpun dari mereka yang mengambil kata dari penyebar. Ini termasuk Fitnah atau setidak-tidaknya ia adalah Mengumpat.

Akhirnya, menyebar keburukan pemimpin sama ada benar atau tidak, ia tidak lari dari perbuatan dosa kerana Nabi memberi penekanan khusus kaedah mualamat dengan pemimpin. Ia hanya dibolehkan jika ada keperluan untuk menasihati, itupun ada kaedahnya.

KAEDAH MENASIHATI PEMIMPIN

Nabi bersabda: “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa dengan suatu perkara, maka Jangan Dilakukan Dengan Terang-Terangan, Tapi Gandenglah Tangannya Dan Menyepilah Berdua. Jika diterima memang begitu, jika tidak maka dia telah melaksanakan kewajibannya” (HR Ahmad:14792)

DOSA PEMERINTAH

Secara pasti menyebut keburukan pemerintah walaupun benar adalah berdosa kerana tiada dalil membenarkan kecuali atas tujuan maslahah (ie urusan penasihat). Sebaliknya syarak menyuruh kita mendoakan mereka kerana kebaikan pemerintah akan dinikmati oleh semua. Manakala dosa kezaliman pemerintah tidak akan ditanggung oleh rakyat.

Firman Allah: “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat ‘Azab Yang Pedih” (QS Asy-Syura : 42).

Firman Allah: “…Seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain.. (Al Isra’:15)

DOSA PENYEBAR PERSEPSI (FITNAH @ MENGUMPAT)

Adapun sebagai mukmin yang baik, perlu menjaga lidah dari menyebar persepsi buruk yang hukumannya amat pedih di akhirat nanti. Adalah lebih baik mengira dosa sendiri daripada mengira-ngira dosa orang lain. 

Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam Penyiaran Berita Bohong Itu Baginya Azab Yang Besar“. 

Nabi ﷺbersabda: “Sesungguhnya seorang hamba Berbicara Dengan Suatu Perkataan Yang Tidak Dia Fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

10. Ustaz mengajak kita mengundi atau menyerang golongan yang memburukkan pemimpin Islam. Ia seolah-olah kontradik dengan ajaran sunnah yang menolak demokrasi. Mohon komen.

Kita tolak demokrasi tetapi tiada jalan keluar untuk pertahankan pemerintah Islam. Itulah akhafun dhararain (memilih yang kurang mudarat).

PENGAJARAN DARIPADA SLOGAN ‘PEMIMPIN ZALIM’

Andaikata kita tidak dibelakang PM sekarang, kalau kerajaan dah jatuh, nasi sudah jadi bubur. Ini berpunca kita yang tidak faham. Bukan tidak bagus nak duduk lama-lama berapa zikir, baca quran dan semua ibadah-ibadah tu, tapi kalau negara dah tak aman seperti Mesir, Syria, Iraq., Libya.. dah tak boleh buat apa (lihat peristiwa Arab Spring). Apa yang terjadi adalah mereka merindui zaman pemerintahan“pemimpin zalim”dahulu.

Keutamaan sekarang pertahan pemimpin Islam ini lebih dari amalan ibadat sunat yg lain. Mereka perlukan kita.

11. Apa tugas kita sebagai ahli sunnah sekarang? Boleh tak kita senyap sahaja apabila rakan di media sosial bercakap keburukan kepada pemerintah sekarang?

Kita wajib bantu pemerintah. Kalau senyap tu bukan bantu, ia syaitan bisu. Gunakan hadis-hadis yang kita belajar. Kalau mereka engkar, ia bermaksud memalingkan diri dari Allah dan RasulNya.

12. Bagaimana kalau kita sokong calon pemimpin Islam seperti PAS dan PKR.

PKR ini jelas liberal dan perosak Islam. PAS ni perjuangan batil. Masakan boleh berbaik dengan Syiah, mereka juga pecah belahkan umat Islam dan pernah bersatu dengan DAP. Ceramah-ceramah mereka mengajak kepada kebaikan hanya superficial, perkara akidah masih tidak mampu difahami. Yang banyaknya mencela atau menyebut keburukan pemimpin. Berbeza dengan hadis Nabi yang menyuruh mendoakan pemimpin. Dunia sudah tunggang terbalik.

Bagaimana kita kata akidah mereka batil? Taat kepada pemimpin itu ada dalil yang jelas disebut oleh Quran dan Hadis. Masakan boleh meninggalkan ayat quran dan hadis ini dan mengambil hadis umum.

Mereka berfahaman Ikhwanul Muslimin yangg jelas disebut sebagai khawarij moden oleh ulamak kibar.

13. Bukankah PAS perjuangkan hudud sebagai hukum Islam?

Tiada hudud di Malaysia kerana syarat tidak cukup. Antara syarat sebelum nak buat hudud adalah:

1. Tiada sistem demokrasi
2. Tiada riba dan bank-bank
3. Tiada mahkamah sivil tetapi hanya ada mahkamah syariah
4. Tutup semua kedai arak dan judi
5. Tiada pembaca berita wanita dlm tv dan lain-lain

Bukankah kalau nak hukum seseorang seperti mencuri perlu tertegak hujah ke atasnya? Jika tidak dipenuhi syarat-syarat di atas bermaksud dia ada syubahat-syubahat yang melingkarinya. Maka belum tertegak hujah sepenuhnya.

Kalau pesalah belum ada hujah yang diselesaikan utk menghukumnya, tidak boleh hukum hudud. Lihat arab saudi, mmg wajar dijalankan hudud sbb tiada syubahat kepada pesalah.

Rujukan

1. Kuliah Ringkasan Akidah Imam Al-Barbahari Oleh Ustaz Idris Sulaiman
2. Kuliah Tafsir Ibn Katsir Oleh Prof Madya Dr Sulaiman Bin Noordin
3. https://mazuddin2.wordpress.com/2017/03/30/ketaatan-kepada-pemimpin-perkara-fekah-atau-akidah-hukum-berlepas-diri-dari-golongan-khawarij-dan-juga-golongan-pemerintah/
3. https://mazuddin2.wordpress.com/2017/01/19/imam-al-barbahari-siri-2-asas-sebagai-muslim-adalah-mengikut-kefahaman-sahabat-dan-taat-kepada-pemimpin/

Advertisements