KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL-BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (7 April 2017)

PERKARA KE-22

Kata Imam Barbahari: “Beriman kepada para nabi dan para malaikat.”

Firman Allah: “Bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan barat itu sesuatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi….” (QS Al-Baqarah:177)

Dan sebagaimana dalam hadis Abu Hurairah ra, dia berkata: “Pada suatu hari Rasulullah ﷺ menampakkan diri didepan orang, maka datang seorang lelaki kemudian berkata: “Apakah iman itu? Nabi menjawab: ‘Iman adalah beriman kepada Allah, para malaikat, hari pertemuan denganNya, para rasulNya dan kamu beriman dengan hari kebangkitan….’” (HR Bukhari dan Muslim)


SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Beriman kepada hari kiamat adalah membezakan antara umat Islam dan orang kafir atau orang yang menyimpang darinya.

Firman Allah: “Rasulullah telah beriman dengan apa yang di turunkan kepadanya daripada tuhanNya dan juga orang-orang yang beriman semua beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab dan para rasulNya. (QS Al-Baqarah: 285)

Hadis Jibril yang menjelaskan pokok-pokok agama. Ia datang ke majlis halaqah Nabi ﷺ dan bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan. (HR Bukhari dan Muslim)

Kita beriman dengan qadak dan qadar, baik atau buruk. Sesiapa yang tidak beriman dalam mana-mana aspek rukun iman ini, dia jatuh kufur dan terkeluar dari Islam. Berkenaan beriman kepada para nabi dan kitab-kitab, wajib ke atas kita sebagai orang beriman untuk beriman kepada nabi atau rasul secara umum bahawa adanya kitab-kitab telah Allah turunkan, para-para rasul yang Allah turunkan. Kita juga beriman juga secara spesifik terhadap individu rasul dan kitab yang disebutkan namanya dalam quran dan sunnah. Barangsiapa yang menafikan sesiapa atau satu kitabnya, dia telah kufur kesemuanya.

Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan rasulNya. Mereka hendak membeza-bezakan antara Allah dan Rasulnya. Mereka kata: “Kami beriman sesetengah Rasul dan kufur dengan Rasul yang lain.” Mereka  ingin mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. Merekalah orang kafir yang sebenarnya. Kami sediakan azab yang sebenar buat mereka. (QS An-Nisak:150)

ISLAM HANYA ADA 2 JALAN IAITU BERIMAN ATAU KUFUR

Realitinya, agama Islam hanya ada 2 jalan iaitu JALAN IMAN dan selainnya adalah JALAN KUFUR. Apa yang Allah kata sama ada mereka beriman kesemuanya atau kufur (mereka mengambil sebahagian dan kufur sebahagian). Tiada jalan ke-3 di sisi Allah. Adakah ada istilah setengah beriman? Tidak ada. Seseorang itu sama ada beriman atau kufur.

Kenapa dikira tidak beriman? Hakikatnya semua para rasul mereka membawa mesej atau utusan yang sama iaitu risalah tauhid. Menyeru Esakan Allah dan menjauhi syirik. Barangsiapa yang mendustakan seorang rasul dia tetap dikira kafir kerana semua mesej rasul sama. Bagaimana boleh mendakwa ‘ambil sebahagian dan tolak sebahagian’.

Firman Allah: “Dan telah kami utuskan dalam semua umat manusia seorang rasul yang menyeru sembahlah kepada Allah dan tinggalkan taghut”. (QS An-Nahl:36). Taghut bermaksud apa-apa bentuk penyembahan selain Allah.

SEMUA RASUL MENYERU KEPADA TAUHID DAN BASMI SYIRIK

Allah secara jelas menyatakan bahawa para rasul semua membawa mesej dakwah yang sama iaitu ‘menyeru kepada tauhid dan membasmi syirik’. Barangsiapa melakukan satu kesyirikan sekalipun, maka dia telah menyelisihi dakwah semua para nabi. Tidak ada satu pun bentuk kesyirikan yang diakui. Siapa yang kata “dia beriman dalam masa sama terjebak syirik”, dia telah menyelisihi semua para nabi walaupun mendakwa mengikuti mereka.

YAHUDI KAUM YANG JAHAT (BERHELAH DAN PEMBUNUH)

Lihat orang-orang Yahudi dari dulu hingga hari ini. Mereka beriman sebahagian nabi dan engkar menafikan para nabi yang lain. Bahkan orang-orang Yahudi ini adalah para orang-orang yang membunuh para nabi. Mereka kufur dengan nabi Isa as dengan tidak mengiktiraf agama Nasrani. Orang Nasrani pun sama mendakwa mereka akan masuk syurga, selainnya iaitu Yahudi dan Islam masuk neraka. Semua mendakwa perkara yang sama. Orang Yahudi kufur terhadap Nabi Isa dan menuduh emaknya berzina. Mereka dakwa telah mebunuh Nabi Isa, bahkan mensalib baginda. Ini kepercayaan mereka.

Manifestasi kufurkan Nabi Isa pada tahap paling tinggi hingga membunuh baginda. Bagi membuktikan kebencian kepada Nabi Isa, kononnya mereka mensalibkannya. Tetapi kalau kita lihat hari ini, benarlah orang kristian adalah orang yang sesat.

Firman Allah: “…bukan jalan orang yang dimurkai (orang yahudi) dan bukan jalan orang yang sesat (kristian)” (QS Al-Fatihah: 7)

KRISTIAN KAUM YANG SESAT (TERTIPU)

Kenapa orang kristian sesat? Kalau kita lihat dalam ajaran kristian pada hari ini, kita tidak lari dari unsur-unsur agama Yahudi yang jelas. Orang Kristian dan Yahudi sering memusuhi. Kenapa dalam Kristian ada unsur Yahudi? Apabila mengkaji Old Testament dan New Testament, adakah mereka akui adanya taurat dimasukkan?

Tuan-tuan perasan kopiah pope Kristian dan Yahudi sama. Kenapa sama? Kemuncak segala kekeliruan, orang kristian mereka menjadikan lambing salib sebagai lambang yang mereka puja. Kamu jadikan sebagai simbol kamu, begitu juga dengan patung gereja ada orang salib, dalam bendera. Apa maksud kamu?

Pertama: Seolah-olah kamu perakui dakwaan oleh orang Yahudi iaitu ‘mereka salib Nabi Isa as’.

Kedua: Andai kata diterima apa yang didakwa oleh Yahudi, bukankah hari itu adalah paling sedih dan hitam dalam sejarah kamu wahai orang-orang Kristian? Sepatutntya kamu paling marah dan sedih kerana rasul kamu disalibkan.

Apa yang berlaku adalah sebalikya. Mereka meraikan hari kematian rasul mereka. Ini satu kekeliruan yang sangat dahsyat. Inilah golongan sesat dan tidak mengetahui apa yang mereka lakukan.

Firman Allah: “ Sama sekali mereka tidak membunuh atau mensalibkannya. Tetapi mereka dikelirukan dengan orang lain.” (QS Annisak: 175)

KRISTIAN ADALAH SESAT DENGAN MUSLIHAT YAHUDI

Yang disalib adalah orang lain. Kesesatan orang Yahudi dan Kristian. Yahudi cuba muslihat, tetapi muslihat Allah lagi hebat. Nak bunuh Nabi Isa tapi Allah tukar dengan orang lain. Orang Kristian tertipu dengan muslihat orang Yahudi. Kononnya rasul mereka telah dibunuh oleh orang Yahudi. Asas agama yang menjadi simbol orang Kristian. Ia dibina atas asas yang batil. Yang dibunuh orang lain, yang kamu puja orang lain. Sedar atau tidak? Apa nak sedih mereka golongan sesat yang ikut hawa nafsu.

SIMBOL MENUNJUKKAN SYIAR AGAMA

Saya ingatkan kalau kita lihat dalam banyak bendera dunia khususnya Negara Eropah, dimana salibnya menjadi simbol atau lambang Negara mereka. Berdasarkan realiti ini, jangan jadikan simbol gambar Negara mereka dalam baju atau bendera atas apa juga tujuan. Kerana itu syiar kebatilan dan kesesatan. Kadang-kadang kita lihat orang pakai t-shirt atau jersi negara Eropah  seperti UK atau Sweden. Jangan nak tegakkan benang yang basah, ini bendera tetapi ia ada simbol salib.

Jika simbol bulan bintang pun, ia bukan simbol Islam. Bendera Arab Saudi ada simbol Islam iaitu kalimah syahadah. Pedang itu ijtihad mereka.

Dukacita berapa banyak bendera mereka (Negara Eropah) adalah bendera salib. Tiada dalam hadis simbol kami adalah bulan sabit atau bintang. Kita orang Islam adalah merangkumi semua tetapi kenapa ambil bulan yang kecil itu. Agama Islam merangkumi semua aspek bermula dengan kalimah syahadah.

Dalam agama tiada simbol atau logo. Kenapa? Masakan kamu boleh himpunkan semua aspek agama dan letakkan satu simbol. Sungguh sempit agama hingga boleh diletakkan dalam satu simbol. Agama Islam adalah iman dan amal. Buktikan dengan amal.

YAHUDI & KRISTIAN HANYA MENERIMA SEBAHAGIAN PERINTAH ALLAH

Orang-orang Nasrani mereka mendustakan rasul terakhir dan kufur dengan risalah yang dibawanya.
i. Orang yahudi kufur dengan Nabi Isa dan Muhammad.
ii. Orang Nasrani kufur dengan Nabi Muhammad.

PUNCA KUFUR YAHUDI & NASRANI – DEGIL, SOMBONG DAN DUSTA

Kita kena faham pendustaan orang Yahudi dan Nasrani bukan atas kejahilan. Tetapi pendustaan terhadap agama Islam kerana berdiri atas kedegilan, kesombongan dan sembunyikan kebenaran. Kenapa? Ternyata bahawa ia telah sebut akan kedatangan rasul akhir zaman iaitu Muhammad ﷺ dalam kitab Taurat dan Injil.

Firman Allah: “Muhammad pesuruh Allah. Dan mereka yang bersama baginda (ie sahabat), mereka bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka saling berkasih sayang sesama mereka. Demikianlah ciri-ciri mereka (Rasul dan Sahabat) dalam Taurat dan Injil.” (QS Al-Fath: 29)

YAHUDI & NASRANI TAHU KEDATANGAN NABI MUHAMMAD MELALUI KITAB MEREKA

Allah sudah beri gambaran ciri-ciri rasul dan sahabat. Masakan tidak diberi isyarat tersebut apabila kita lihat orang Yahudi mereka berasal dari negeri Syam (Baitulmuqaddis). Ia tanah suci Nasrani dan Islam. Masakan orang Yahudi sanggup berhijrah turun sampai ke Madinah yang beratus ratus kilometre jauhnya.

KEDATANGAN NABI KE MADINAH DITUNGGU OLEH YAHUDI

Apabila Nabi ﷺ ke Madinah terdapat 3 kabilah iaitu Bani Nadhir, Qainuqak dan Quraizah. Apa maksudya? Mereka dapat cari secara tepat tempat datangnya Nabi ﷺ iaitu di Madinah. Mereka berada di Madinah ketika Nabi ﷺ diutuskan dan memang menantikan tetapi tetap tidak terima kerana kedegilan, sombong dan takabbur. Mereka menyangka rasul akhir zaman dari kalangan Yahudi.

Ternyata nabi yang datang adalah dari bangsa Arab. Sebelum itu mereka memperkecilkan orang Arab Madinah sebagai orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Lalu mereka kata akan datang seorang rasul bersama kami dan ketika itu akan menundukkan mereka. Mereka tidak dapat menerima hakikat tersebut.

ORANG ISLAM BERIMAN DENGAN NABI MUSA DAN ISA AS

Akhirnya orang Islam sahaja yang memperakui semua para, nabi dan semua kitab. Kita akui Nabi Isa dan mengakui semua nabi lain serta menahan lidah dari mencerca mereka. Kita akui Nabi Isa sebagai rasul dan bukan sebagai tuhan. Kita mencintainya.

Antara rukun iman kita iaitu beriman dengan kesemua para malaikat. Kita beriman secara spesifik malaikat yang diceritakan sama ada dalam Quran atau Hadis. Allah memuji para malaikat Allah dengan menyebut sebahagian sifat-sifat mereka. Mereka adalah qadam yang menjalankan perintah Allah dengan penuh kepatuhan.

Firman Allah: “Sesungguhnya mereka di sisi tuhan, mereka tidak soimbong takbur tidak mahu beribdat kepada Allah. Mereka tasbih dan sujud kepadaNya.” (QS Al-Aa’raf: 206)

Firman Allah: “Mereka takut terhadap tuhan di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan atas mereka” (QS Nahl: 50)

Itu akhlak malaikat dan sifat maknawi malaikat. Sifat zahir malaikat, mereka memiliki sayap-sayap.

Firman Allah: “Yang menjadi para malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap. Ada yang mempunyai 2, 3, 4 sayap kemudian Allah tambahkan ciptaan mereka sebanyak mana yang dikehendaki.” (QS Fathir:1)

KEBESARAN ALLAH DAPAT DIKETAHUI DENGAN BESARNYA CIPTAAN MALAIKAT

Seperti mana sayap Jibril as, Nabi ﷺ diperlihatkan rupa asalnya sebanyak dua kali. Pertama ketika Israk dan Mikraj di Sidratul Muntaha. Kedua ketika baru terima wahyu di bukit Ijyak, Nabi ﷺ mendongak ke atas, Jibril di langit membentang sayap. Ternyata tertutup langit. Ia menunjukkan Maha Besar penciptaNya.

Sabda Nabi ﷺ: “Telah dizinkan kepadaku untuk menceritakan tentang 1 malaikat daripada kalangan malaikat Allah, iaitu yang memikul arasy Allah. Antara cuping telinga ke bahu, perjalanan sejauh 700 tahun.” (HR Abu Daud)

Zaman Nabi ﷺ perjalanan Mekah ke Madinah jarak kira-kira 450km adalah selama 10 hari. Jadi panjang cuping telinga malaikat adalah:

700 tahun x 365 hari = 273,750 hari
10 hari = 450km  (1 hari = 45km)
273,750 hari x 45km = 12,318,750km
Jarak cuping telinga ke bahu malaikat 12.3 juta km 

Ukur lilit bumi = 40,000km 
Jarak cuping telinga ke bahu malaikat = 12.3juta/ 40k = 307 kali pusing bumi (est.) 

SOALAN-SOALAN

1. Amalan manusia dicatat oleh malaikat Raqib dan Atib?

Tidaklah dia melafazkan satu kata kecuali dicatat oleh malaikat Raqib dan Atib. Tinggal lagi ini adakah nama atau sifat. Ulamak kata ia adalah sifat dan bukan nama. Raqib dan Atib maksudya dekat dan siap siaga untuk mencatat.

Malaikat masing-masing dengan tugas sendiri. Ada hadis menyebut malaikat yang membawa hujan. Hujan jatuh bukan dengan tidak sengaja. Setiap titis hujan adalah turun dengan qada dan qadar Allah. Diturunkan oleh malaikat yang menjaga awan.

Diriwayatkan hadis, seorang mendengar suara dari langit: “Turunkan hujan di tanah si fulan”. Dia ikut arah air hujan itu jatuh di kawasan tadahan. Dia nampak seorang lelaki yang baru turun ke tanamannya. Lalu ditanya nama petani tersebut. Teryata itu nama yang didengar di langit. Apakah amalan dia? Orang itu kata, hasil tanaman 1/3 aku sedekahkan, 1/3 untuk keluarga, 1/3 untuk kegunaan tanaman semula.”

Jika kita jalan hujan dan tiba-tiba satu tempat lain ia berhenti, ini bukan kebetulan.

Baru-baru ni Kajang ribut. Ada atap-atap melayang. Saya kira itu amaran Allah supaya kita sedar, insaf dan muhasabah. Ribut yang menakutkan.

2. Allah sebut Yahudi jahat dan Nasrani sesat. Ada tak golongan ghurabak (beriman) di kalangan mereka?

Apabila Nabi ﷺ datang, maka mansuhkan agama Yahudi dan Nasrani.

Nabi ﷺ bersabda: “Tidaklah mana-mana Yahudi yang mendengar dakwah dan risalahku, kemudian dia tidak beriman, jadi termasuk mereka dalam api neraka”

Sekiranya mereka masuk Islam tidak lagi dinamakan Yahudi dan Nasrani. Ada yang masuk Islam di kalangan mereka, maka tidak disebut lagi Yahudi dan Nasrani.

3. Orang kafir yang ambil sebahagian dan tinggal sebahagian suruhan, maka dikira kafir. Bagaimana pula kalangan orang Islam yang ambil sebahagian urusan agama, tetapi menolak sebahagian yang lain. Contohnya dia ambil ibadah sebagai sunnah tetapi ambik akidah Asyairah dan sebagainya. Apa hukumnya?

Jelasnya Islam perlu diambil secara menyeluruh. Adapun hukum ke atas individu perlu diperincikan dengan syarat iaitu:

1. Tahu dan bukan jahil
2. Sedar dan bukan tak sedar
3. Rela dan bukan terpaksa

Maka perlu dilihat dalam pernyimpangan dalam hal agama (syubahat). Mereka menafikan dalam aspek agama kerana rata-rata adalah orang jahil. Hati-hati dalam masalah takfir kerana banyakannya disebabkan kejahilan.

4. Dalam media massa adalah kes Imam di Singapura, ia macam asal usul orang india. Dia mencerita aspek agama kita. Dia kata: “kemenangan buat orang beriman, tidak di atas orang Yahudi atau orang Nasrani”.

Dia didakwa di mahkamah. Apa pengajarannya?

Hakikatnya orang kafir adalah golongan munafik. Mereka sedaya upaya menutup dakwah Islam. Imam tu diseret di mahkamah. Ia adalah penghinaan atas alasan dia menzahirkan agama. Kita beriman kita agama Islam dan agama Yahudi dan Nasrani adalah syirik dan kufur. Mereka menganggah Imam tersebut. Dalam masa yang sama orang Yahudi dakwa, Islam dan Nasrani kafir.

Dipaksanya minta maaf. Saya tertanya kenapa minta maaf kenapa kerana itu aspek akidah. Saya bersangka baik dia terpaksa. Hari ni Yahudi dan Nasrani lagi hebat, mereka bunuh ramai orang Islam tetapi senyap membisu. Kalau seorang mereka dibunuh mereka bising.

Mengapa seorang muslim perlu berhijrah ke negara muslim. Ustaz rasul sudah tidak boleh berdakwah di Singapura. Ini tidak menghairankan kerena mereka musuh agama Islam dan sedaya upaya mereka padamkan dakwah Islam. Saya boleh curi perhatian, di Singapura ada kubur Habib Noh dijaga dan diberi kawalan. Bagaimana liciknya mereka, perbuatan ke makam Habib Noh sama sekali bukan ajaran Islam. Kubur in adalah candu untuk melemahkan orang Islam. Dikhuatiri akidah mereka akan rosak dengan keadaan di sana.

5. Ada dakwaan kata siapa yang suruh hijrah ke Negara muslim dikira munafik. Apa komen?

Tengok sendiri bukti jelas, kalau duduk Negara kafir bagaimana nak zahirkan Islam? Zahirkan sedikit sudah ditekan. Maka, perlunya berusaha berhijrah ke Negara Islam.

6. Warna hijau dikaitkan dengan Islam?

Tidak ada kaitan. Bahkan hadis sebaik-baik pakaian adalah warna putih.

7. Boleh tak pakai nama persatuan Islam?

Tidak ada masalah jika nak membezakan dengan orang kafir. Dengan syarat tiada taasub.

8. Bagaimana kalau dia lahir di Negara kafir?

Persoalannya sejauh mana dia berusaha untuk keluar dari negara kafir tersebut.

Firman Allah: “Bukankah bumi Allah ini luas untuk kamu berhijrah daripadanya”

9. Ada pendapat bahawa hijrah hanya pada zaman Nabi ﷺ dan sekarang tidak perlu lagi. Apa komen

Betapa umat Islam dicandukan hingga khayal. Umat Islam sering dibunuh tetapi masih lalai dan leka.

10. Apa maksud Negara kafir?

Pemimpin tertingginya kafir. Undang-undang perlembagaan dan syarat semua ikut syarat Negara kafir berikut. Kena ikut patuh undang-undang negara kafir  termasuk bayar cukai negara kafir malah menyumbang kekuatan negara tersebut. Sama ada sedar atau tidak.

Umat Islam perlu sumbangan anda tak kira dari sumbangan kewagan atau tenaga. Tidakkah anda sedar bahawa anda sedang menguatkan ekonomi mereka. Tiada siapa boleh nafikan.

 11. Ustaz kaitkan ribut yang berlaku dengan musibah. Adakah musibah yang berlaku kepada Mesir, Iraq, Syria, Yaman, Libya, Tunisia dan lain-lain Negara Islam menunjukkan Allah murka kepada mereka kerena tidak ikut sunnah (eg. tidak taat pemimpin walaupun zalim)?

Apa juga bala rebut, banjir, gempa bum, itu semua bukan nikmat. Tinggal lagi kenapa ia berlaku.

Kita tidak nafikan apa juga yang menimpa musibah, bala atau ujian yang menimpa ada beberap keberangkalian iaitu:

1. Ujian sebagaiamana terjadi kepada nabi
2. Kifarah kerana menghapus dosa. Allah uji supaya kita sabar dan penebus dosa kita
3. Hukuman atas dosa

Maka perlu muhasabah kita jatuh dalam kategori mana.

Audio Kuliah:
https://www.dropbox.com/s/2wg4rrqpn44tmw0/UiS%20Syarhus%20Sunnah%20aB%20-%20No.22%2820%29%20Beriman%20dengan%20para%20Nabi%20dan%20para%20Malaikat%2007042016.m4a?dl=0

 

Advertisements