KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (24 Mac 2017)

PERKARA KE-19

Kata Imam Barbahari: “Beriman dengan adanya telaga Nabi ﷺ dan setiap seorang Nabi memiliki telaga kecuali Nabi Soleh kerena telaganya adalah untanya”

PERKARA KE-20

Kata Imam Barbahari: “Beriman dengan adanya syafaat Nabi ﷺ untuk orang-orang yang berdosa dan bersalah pada hari kiamat dan ketika di atas titian sirat. Mengeluarkan mereka dari perut neraka jahanam dan bahawa setiap Nabi memiliki syafaat begitu juga Siddiqin, Syuhada’ dan Solehen. Allah memberi izin mengeluarkan ramai hambaNya dari neraka setelah terbakar hangus setelah menjadi arang”

PERKARA KE-21

Kata Imam Barbahari: “Beriman dengan adanya syafaat Nabi ﷺ untuk orang-orang yang berdosa dan bersalah pada hari kiamat dan ketika di atas titian sirat. Mengeluarkan mereka dari perut neraka jahanam dan bahawa setiap Nabi memiliki syafaat begitu juga Siddiqin, Syuhadak dan Solehen. Allah memberi izin mengeluarkan ramai hambaNya dari neraka setelah terbakar hangus menjadi arang”

 

SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Beriman dengan telaga Haudh Nabi ﷺ disamping setiap para Nabi. Setiap Nabi akan didatangi oleh umat masing-masing. Ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mereka beriman dengan adanya telaga Haudh dan perincian perkara yang berlaku di akhirat. Hadis yang menyebut tentang telaga Haudh sangat banyak sehingga dikatakan mutawattir. Walaupun demikian dari golongan sesat iaitu golongan khawarij dan muktazilah, mereka menolak hadis tentang telaga Haudh. Golongan seperti ni  memang layak dilarang untuk datang ke telaga Haudh kerana mereka tidak beriman dengan hadis biarpun hadis ini cukup banyak .

Sabda Nabi ﷺ: “Telagaku lebih jauh dari Iilah ke Eden (Yaman). Ia lebih putih dari salji, lebih manis dari madu. Pekakas lebih banyak dari bintang. Aku halang menusia mendatanginya seperti seseorang menghalang unta-unta orang lain dari mendatanginya (HR Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi ﷺ: “Telaga jauhnya perjalanan sebulan. Airnya lebih putih dari susu, baunya lebih harum dari kasturi. Dan pekakas seperti bintang di langit. Barangsiapa yang minum darinya tidak akan dahaga selamanya.”

Sabda Nabi ﷺ: “Aku akan mendahului kamu sampai ke telaga Haudh. Barangsiapa mendatanginya, dia akan minum daripadanya. Dan barangsiapa yang minum daripadanya, dia tidak akan dahaga selamanya. Akan datang kepadaku kaum yang aku kenal mereka dan mereka kenal aku. Kemudian mereka akan dihalangi antara aku dan mereka. Maka dikatakan kepadaku, engkau tidak tahu apa yang mereka telah ubah setelah pemergian engkau. Maka aku kata ‘Jauh-jauh buat mereka yang mengubah (bidaah) selepas pemergiananku’.” (HR Bukhari Muslim)

KENAL NABI DI AKHIRAT DENGAN KESAN WUDHUK

Di samping menjelaskan sifat-sifat telaga Haudh, dalam masa yang sama menjelaskan bahawa akan ada golongan yang terhalang. Macam mana mereka kenal Nabi ﷺ kerana masing-masing umat mendatangi telaga masing-masing dan bagaimana Nabi ﷺ kenal mereka sedangkan jumlah sangat ramai?

Sabda Nabi ﷺ:  “Kamu datang ke hari kiamat kedua tangan dan kaki tangan bercahaya”.

AHLI BIDAAH TERHALANG DARI TELAGA HAUDH KERANA BIDAAH

Apabila mereka nak dekat, mereka terhalang kerana melakukan perubahan pada agama setelah Nabi ﷺ wafat. Mereka mengubah akidah, ibadah dengan melakukan bidaah (tokok tambah), dan menyimpang dari manhaj Nabi ﷺ. Secara ringkasnya adalah ahli bidaah. Siapakah ahli bidaah ini? Secara utamanya ialah golongan Syiah Rafidah. Mereka paling berdusta agama. Mereka melakukan tokok tambah, termasuk golongan ahli kalam, sufi dan aliran-aliran sesat lain.

Imam Al-Barbahari sebut: “Setiap Nabi memiliki telaga kecuali Nabi Soleh kerana telaga adalah unta”. Kata Ibnul Jauzi (wafat 500H), riwayat ini maudhuk dan palsu dan tiada asas. Maka perkataan Imam Al-Barbahari tertolak.

Sabda Nabi ﷺ: “Setiap Nabi mempunyai telaga dan setiap Nabi berbangga dengan siapa yang lebih ramai minum dari telaga mereka. Dan aku berharap supaya umat akulah yang paling ramai minum dari telagaku”.

SYEIKHUL IBN TAIMIYYAH: ULAMAK TERBILANG YANG MENGUASAI PELBAGAI BIDANG

Dalam membaca kitab ini, kita perlu bersikap adil dan jujur. Ternyata Imam Al-Barbahari adalah tokoh ulamak yang disegani. Tetapi bab hadis dan dia bukan ahlinya.  Hakikatnya, semua ulamak tidak akan pakar dalam semuanya. Kerana itu keunikan Syeikhul Islam Ibnul Taimiyyah. Dia dapat kuasai ilmu agama yang tidak dikuasai oleh ulamak yang lain. Hingga dikatakan tidak ada wanita yang melahirkan sepertinya kerana keluasan ilmu dalam banyak bidang. Apabila beliau bicarakan sesebuah ilmu hadis, fekah, tauhid atau akhlak, orang anggap dia pakar dalam bidang itu sahaja. Sangat sedikit orang sepertinya. Ia dapat dilihat melalui penulisan, pendapat dan pandangan mereka.

AHLI BIDAAH CENDERUNG TAQLID ULAMAK 

Maka seorang ulamak jarang sekali mengusai semua ilmu, lebih-lebih lagi ilmu hadis. Kalau masuk bab hadis, ia bukan bab bukan calang-calang boleh berbicara tentang ilmunya. Kita bukan nak kata ilmu hadis tersimpan, tidak boleh diusik , hendak diletak dalam peti besi kerana ilmu hadis adalah sacred (cukup suci). Bukan itu maksudnya. Jangan terperangkap seperti ahli bidaah. Jangankan nak kaji hadis, bahkan ikut sahaja atau taqlid. Dalam masa yang sama, apabila sahaja membicarakan sebuah hadis, sudah diertikan sebagai ahli hadis. Jangan kita melampau disini. Kita ambil jalan tengah dengan ambil sesuatu pada tempatnya.

Dalam perkara 20, Imam Al-Barbahari sebut tentang syafaat: “ Kita beriman tentang urusan syafaat pada hari kiamat”.

SYAFAAT HANYA URUSAN DI AKHIRAT

Syafaat adalah urusan di akhirat dan kita beriman dengannya. Kita perlu betulkan salah faham. Urusan syafaat bukan di dunia. Jangan kita nak pergi ke hulu hilir untuk cari syafaat untuk diampunkan dosa-dosa kita.Lebih parah lagi nak cari urusan syafaat dengan pergi ke kubur. Minta syafaat dari orang yang telah meninggal dunia, minta kepada wali atau minta di kubur Nabi  sekalipun. Ini kesalahan tentang hal syafaat ini.

SYAFAAT NABIﷺ ADALAH YANG TERBESAR

Kita beriman dengan syafaat di akhirat dan syafaat Nabi ﷺ. Baginda diberikan syafaat Al-Udzma iaitu syafaat paling besar. Ia sama dengan syafaat Al-Maqam Al-Mahmud (makam terpuji) iaitu seperti doa selesai azan.

Hadis menganjurkan untuk mendoakan apabila selesai azan: “Ya Allah tuhan yang mensyariatkan seruan yang sempurna, dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Muhammad Al-Wasilah dan Fadhilah. Dan bangkitkan baginda dengan diberikan Maqam Al-Mahmud”.

Hadis nabi ﷺ: “Al-Wasilah adalah kedudukan di syurga dan hanya untuk seorang hamba Allah. Dan aku berharap akulah yang mendapat kedudukan tersebut”

Al-Fadhilah (kelebihan) – Nabi Muhammad telah diberi kelebihan di dunia dan akhirat. Baginda penghulu anak-anak adam. Baginda adalah rasul yang paling hebat dan dekat dengan Allah Taala. Di akhirat baginda akan diberikan As Syafaat Al Udzma. Baginda mendapat kedudukan paling tinggi di syurga.

Apa yang kita faham, tempat Al-Wasilah adalah tempat tertinggi dalam Syurga Firdaus. Ternyata Nabi ﷺ juga dipuji ketika di padang Mahsyar iaitu apabila manusia dibangkit dan dihimpunkan. Dalam suatu hadis dimana manusia dalam keadaan cemas, takut gementar. Masing-masing takut dengan keadaan masing-masing kerana risau salah silap dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka di dunia. Mereka cuba mendapatkan Nabi Adam AS tetapi Nabi Adam menyatakan baginda juga ada lakukan salah silap, maka pergilah mintalah Nabi lain. Nafsi…. nafsi. Aku risau keadaan aku sendiri.

Dalil tentang syafaat ini dapat dilihat dalam hadis Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu yang panjang.

“Ketika hari kiamat datang, manusia berduyun-duyun mendatangi nabi Adam dan mengatakan, “Berilah syafa’at kepada rabbmu !” Adam menjawab, “Aku tidak punya hak, pergilah kalian kepada Nabi Ibrahim karena dia adalah kekasih Allah Azza wa Jalla ,” mereka mendatangi Nabi Ibrahim, nabi Ibrahim berkata,” Aku tidak punya hak, pergilah kalian kepada Nabi Musa karena dia adalah kalimullah (orang yang diajak bicara langsung oleh Allah). mereka mendatangi Nabi Musa, Nabi Musa berkata,” Aku tidak punya hak, pergilah kalian kepada Nabi Isa karena dia adalah ruhullah dan kalimatNya,” Mereka mendatangi Nabi Isa, Nabi Isa berkata,” Aku tidak punya hak, pergilah kalian kepada Nabi Muhammad.” Maka mereka mendatangiku, maka aku katakan, “Ya aku punya hak, maka aku minta izin kepada rabbku, maka Dia memberiku izin ….”.

MAKSUD SYAFAAT – menjadi perantara, pemudahcara, orang dalam dan lain-lain.

Di akhirat jauh lebih getir, genting dan mencemaskan. Nabi Muhammad ﷺ adalah orang pertama yang menguruskan hal syafaat ini. Baginda akan pergi mengadap Allah. Kemudian, ketika itu Nabi ﷺ akan tersungkur sujud. Ada pengajaran bagi orang yang ada hati untuk memahami perkara ini.

NABI ﷺ MENDAPAT DIILHAMKAN PUJIAN KEPADA ALLAH TAALA

Kata Nabi ﷺ: “…Kemudian akan diilhamkan kepadaku puji-pujian untuk aku sebutkan kepada Allah Taala”.

Kalau kita mahu minta maaf jika tengkuk kita terancam, mesti kita akan fikirkan sehari semalam untuk memberi perkataan terbaik. Jika tidak, pasti perkataan yang keluar merapu.  Nabi ﷺ diilhamkan pujian-pujian oleh Allah Taala. Kita maklum kalau nak mintak sesuatu kepada orang, kita akan beri mukadimah dan bukan terus masuk topik. Maka hal seperti ini perlu dalam menjaga adab. Begitu juga apabila memohon doa kepada Allah, kita akan mulakan dengan puji-pujian kepada Allah sepertimana bacaan Al-Fatihah, hanya dihujung baru kita meminta.

AMALAN TIDAK MENEPATI KEHENDAK SYARAK BOLEH MENDATANGKAN KEMURKAAN ALLAH

Apa yang nak ditekan disini adalah puji-pujian yang khusus. Nabi ﷺ pun tidak tahu ayat itu sekarang. Puji pujian yang kita amalkan di dunia adalah Alhamdulillah, Subhanallah dan lain-lain. Mana datang zikir-zikir ini? Ia datang dari Nabi Muhammad ﷺ. Apa maksudnya disini? Zikir-zikir ini bukan kita boleh goreng atau reka-reka. Seperti yang kita lihat berlaku dalam kalangan masyarakat. Mereka melakukan majlis zikir yang tiada asas oleh agama. Jika ada pun cara beramai-ramai adalah salah. Ia perlu diambil dari Muhammad ﷺ. Parah segala parah apabila dia mendatangkan zikir-zikir sendiri dan dia merasakan telah melakukan puji-pujian kepada Allah. Di manakah perakuan atau sijil perakuan menyatakan ia adalah puji-pujian? Mana engkau tahu, siap hari bulan tanpa sedar ia adalah cacian kepada Allah.

Firman Allah: “Sedangkan mereka menyangka mereka lakukan perkara baik tetapi di sisi Allah adalah tercela dan terkutuk”

PENYELEWENGAN ZIKIR DALAM MASYARAKAT

Dalam hal mengundang kemarahan Allah. Apa yang kita istilah sebagai zikir sedangkan bacaan bukan sahaja menyalahi malah juga tiada makna pun dalam bahasa arab seperti Yahana Ya Banana. Buka kamus dan buat kajian sendiri. Tiada maksud pun. Dengan majlis Zikir Perdana, lalu mereka dakwa sedang berzikir memuji Allah Taala. Pada hari ni juga, melalui media sosial yang ada mereka dakwa dengan baca sekian, lafaz tertentu atau bilangan tertentu. Contoh bacaan zikir seribu kali akan memudahkan bersalin. Ini adalah penyelewangan berzikir.

ZIKIR ADALAH SESUATU YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH KEPADA NABIﷺ 

Dalam nak memuji Allah kita tidak boleh mereka-reka zikir sendiri. Sebagai contoh, Nabi nak memohon syafaat pun tidak reka-reka. Nabi ﷺ tidak tahu apa zikir ketika baginda hidup. Nabi ﷺ hanya diilhamkan ketika sujud baru tahu. Nak kata betapa agungnya zikir-zikir yang nak dibaca kepada Allah Taala. Dia tidak boleh diada-adakan sewenang-wenangnya.

Sesudah ﷺ Nabi ﷺ diilhamkan zikir tersebut, lalu Allah akan kata: “Angkat kepalamu, mintalah  nescaya akan diperkenankan”. Lalu nabi minta syafaat buat umat baginda dan permintaan diperkenankan . Hasilnya ramai di umat baginda yang terselamat dengan berkat syafaat yang diberi kepada Nabi ﷺ. Maka, mereka cukup ramai dan mereka memuji-muji baginda kerana sangat gembira terselamat dari keadaan yang mencemaskan (neraka).

Ternyata dalam urusan syafaat ini, sama ada kepada Nabi ﷺ atau yang diberikan kepada Nabi ﷺ yang lain, orang-orang Siddiqin, Syuhadak atau orang-0rang beriman yang lain. Ada 2 syarat syafaat iaitu mendapat izin Allah kepada pemberi syafaat. Dengan istilah lain adalah perlu ada permit.

Firman Allah: “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat disisiNya kecuali dengan izinNya” (QS Baqarah:255)

SYARAT SEBELUM MENJADI PEMBERI SYAFAAT

Hari ni orang pergi ke kubur untuk dapatkan syafaat. Orang itu dah meninggal dan dia lebih perlu syafaat kita yang masih hidup (doa) berbanding dia nak bagi syafaat. Hubungan dia dengan dunia sudah terputus. Dia tak boleh kembali ke dunia.

SYARAT PEMBERI SYAFAAT

1. Pemberi syafaat perlu kena dapatkan izin dari Allah
2. Pemberi syafaat perlu menepati piawai atau standard ditetapkan

KESYIRIKAN APABILA MOHON SYAFAAT DI KUBURAN

Syafaat ini akan diberikan kepada orang-orang beriman dan bukan orang kafir, bukan orang yang buat syirik atau kufur sehingga tergelincir dari akidah Islam yang benar. Orang-orang yang pergi ke kubur, mencari sana sini makam wali atas alasan mendapat syafaat, atas alasan bertabaruk atau mendapat berkat dari para wali. Ternyata perbuatan mereka mengundang tergelincir jatuh kepada syirik dan kufur.

Pepatah Arab: “Barang siapa yang terburu-buru untuk dapatkan sesuatu (sebelum tiba masa), akibatnya dia diharamkan dari mendapatkannya.”

Ini memang sesuai kepada orang mendapatkan syafaat di kubur sedangkan urusan syafaat hanya di akhirat. Silap hari bulan mereka jatuh syirik dan kufur dan akhirnya dengan kejahilan mereka terlepas dari syafaat sebenar. Contoh yang diberi ulamak seperti seorang waris yang tak sabar untuk warisi harta. Dia bunuh bapanya. Syarak kata “ pembunuh tidak boleh mewarisi”. Maka dia terhalang dari mendapat harta bapanya.

IKHWANUL MUSLIMIN: GOLONGAN TERBURU-BURU HINGGA BELAKANGKAN DALIL

Contoh lain adalah Ikhwanul Muslimin yang 100 tahun sejak mereka diasaskan. Mereka mengumpul tenaga, timbulkan sel-sel rahsia dan agen untuk jatuhkan pemerintah. Lalu, apabila sudah tidak sabar lagi mereka gempur pilihanraya ternyata mereka menang. Mereka menyangka bahawa dengan pilihanraya dapat jatuhkan pemerintah dan tegakkan dakwah Islamiyyah mengikut piawai mereka. Lihat apa yang berlaku, mereka berjaya gulingkan Husni Mubarak. Akibatnya ramai mati dan Negara huru hara. Dan wakil mereka iaitu Mursi dapat jadi presiden. Kerena mereka tidak ikut cara agama iaitu melawan pemerintah, akhirnya tidak ada berkat atau direstui oleh syarak. Betapa cepatnya pemerintahan Mursi, mungkin paling cepat dalam sejarah. Kenapa jadi macam itu? Kerana terburu-buru dan tidak ikut apa yang digariskan oleh syarak.

Berkenaan syarat kedua, Allah meredhai syafaat yang diberikan kepadanya.

Allah berfirman: “Pada hal berapa ramai malaikat dilangit, syafaat mereka tidak mendatangkan manfaat” (QS An-Najm:26)

Malaikat yang suci dari dosa di langit pun tidak dapat memberi syafaat kecuali sesudah diizinkan oleh Allah. Syafaat adalah dari Allah kepada siapa yang Dia hendak dan Redha. Mereka ini sahaja yang diberi kelebihan syafaat. Ini adalah syarat untuk dapatkan syafaat di akhirat.

Hadis Nabi ﷺ:  “Orang yang paling bahagia mendapat syafaat di akhirat ialah orang yang mengucapkan tiada sembahan kecuali Allah dengan penuh ikhlas”

GOLONGAN KHAWARIJ DAN MUKTAZILAH – MENOLAK HADIS SYAFAAT

Adapun golongan khawarij dan muktazilah mereka mengingkarinya syafaat di akhirat. Syafaat ini untuk orang yang ada dosa, risau dengan dosa dan salah silap. Bagi khawarij pembuat dosa besar khasnya, mereka jadi kafir. Orang kafir tidak layak dapat syafaat dan mereka kekal dalam neraka. Sebahagian khawarij dan muktazilah menggunakan nas Quran bagi menidakkan syafaat.

GOLONGAN SYIAH RAFIDAH & SUFI PELAMPAU – SYAFAAT BERMULA DI DUNIA

Sebelah lawannya pula adalah Syiah Rafidah atau Sufi pelampau seperti penyembah kubur. Mereka bawa pandangan terbalik. Mereka menidakkan syarat yang kita sebutkan. Urusan syafaat telah bermula di dunia. Maka mereka mendatangi kubur dan silap hari bulan orang yang dalam kubur lebih teruk ketika dia hidup berbanding orang yang pinta syafaat. Ramai yang datang tak tahu pun siapa dalam kubur. Didakwa wali, tapi mungkin wali syaitan.


SOALAN- SOALAN

1. Syiah Rafidah ni masih dalam Islam atau tidak?

Berkenaan golongan ini, kita kena bezakan Syiah dan Syiah Rafidah. Kena bezakan ideologi golongan dan individu. Maka, ideologi Syiah Rafidah seperti mengkafirkan sahabat, mendakwa Quran tak sempurna, mendakwa para imam mereka maksum dan banyak penyelewengan lain. Mendakwa sahabat kafir  itu sudah cukup menjadikan seseorang itu kafir. Menidakkan 1 ayat atau 1 huruf dari Al Quran, para ulamak kata sudah cukup untuk jatuh kafir. Maka akidah Syiah Rafidah adalah kufur besar. Mengkafirkan seorang sahabat

Hadis Nabi :  “Barangsiapa mengatakan seorang sahabatnya kafir sedangkan ia tidak begitu, maka ia akan terpatul kepada dirinya semula”

Ini akidah Syiah Rafidah terkeluar dari Islam. Ia disebut oleh para ulamak zaman berzaman. Bagaimana dengan individu? Para ulamak menerapkan Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mengakfirkan seseorang. Menganut syiah, boleh tak dikafirkan kerana membawa akidah Syiah Rafidah secara individu? Tidak boleh.

PRINSIP KETAT AHLI SUNNAH DALAM HAL TAKFIRI

1.Tahu dan tidak jahil – contoh: dia tahu jatuh kafir jika mengkafirkan sahabat Nabi
2. Kena sedar bukan tidak sedar
3. Rela dan bukan tak rela – bukan dipaksa atau terpaksa
4. Tidak ada syubahat yang melingkarinya – jika ada perlu dijelaskan, ditegakkan hujah atas individu tersebut.

Hanya semua syarat ditepati, baru boleh dihukumkan kafir ke atas individu. Jangan ambil mudah hal takfiri. Begitu juga kita kata orang yang pergi kubur, menyeru orang di kubur ia perbuatan itu jelas syirik.

Jatuhnya hukuman kafir kepada INDIVIDU hanya boleh dibuat di MAHKAMAH, bukan di  luar mahkamah seperti di media-media sosial dan sebagainya.

2. Seorang Ustaz Sunnah menyatakan bahawa: “Sesiapa yang meninggal, dia akan dapat lihat amalan anak cucu. Jika salah, dia mendoakan dari kubur”. Apa pendapat ustaz?

Ini adalah pemikiran yang batil. Ia lebih kepada khurafat dan tiada asasnya dalam hadis Nabi ﷺ yang sahih. Bahkan hadis yang menyebut keadaan dalam kubur menyalahi apa yang didakwa tadi.

Hadis Nabi ﷺ: “ Sekiranya anak adam meninggalk dunia semua terputus amalannya kecuali 3 iaitu Ilmu yang manfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh”

Anak soleh yang mendoakan bukan terbalik. Ia bertentanagn dan menyalahi hadis Nabi ﷺ. Dakwaan yang batil dan tidak ada asas.

MACAM MANA BOLEH KATA USTAZ SUNNAH?

Kita kena hati-hati dengan ustaz seperti ini. Ini adalah ustaz mengadakan sesuatu yang tiada asas. Kita nak ucap sesuatu biar jelas. Betapa ramai yang mengucapkan sesuatu, tetapi betapa cepatnya dia menyalahi apa yang diucapkan.

ISLAM JELAS DAN TIADA KONTRADIK DALAM SETIAP UCAPAN

Seperti ucapan yang ada disekeliling kita: “Kami Ahli Sunnah Wal Jamaah, dalam masa yang sama ada Bidaah Hasanah”. Ini ucapan yang kontradik. Katalah: “Kami ahli bidaah hasanah”. Ini baru betul. Agama sangat menentang segala percanggahan, segala kata-kata batil apatah lagi perbuatan batil. Antara perkataan batil adalah kontradik. Ini malam tapi siang. Kami Ahli Sunnah tapi buat bidaah. Perlu dibetulkan.

Kita berbaik sangka dengan ustaz tersebut. Alhamdulillah tidak disebutkan namanya. Sekiranya dia seorang yang cintakan kebenaran, maka perlu dijelaskan atau ditanya sandarannya seperti prinsip kita “Tunjukkan bukti kalau ia benar”. Perlu dijelaskan dakwaan yang tiada asas dalam agama.

Sepertimana kebiasaan akhlak ustaz sunnah, sekiranya benar sesuatu perkara, betapa cepatnya dia menerima nasihat dan kembali ke jalan yang benar. Itu yang kita harapkan sekiranya dia benar-benar ustaz sunnah. Alhamdulillah menyelamtakan dari terjerumus dalm khurafat dan dakwan yang tiada asas.

Sekiraya dia terus bertegas dan tegakkan benang yang basah. Ini adalah alasan yang kukuh untuk syak dakwaan sunnah kepadanya

3. Bolehkah Quran memberi syafaat kepada pembacanya?

Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya. Quran menjadi hujah untuk kita atau hujah ke atas kita. Kalau kita mengamalkan Quran, ia akan menjadi hujah tetapi sebaliknya jika tidak mengikut ajaran Quran ia menjadi hujah ke atas kita.

Kalau nak khususkan surah-surah tertentu perlu kembali kepada hadis. Kalau surah yasin dan kelebihannya, hadis tidak sabit.

4. Wujudkah dalam syarak Perubatan Islam (ruqyah) dengan membaca ayat-ayat tertentu?

Kita perlu ambil perhatian dan hati-hati. Akhirnya kembali kepada asas dan sandaran. Ketika mereka berdepan situasi tertentu seperti merawat penyakit tertentu. Contoh wanita nak mudah bersalin, dia kena baca surah Mariyam atau kalau nak anak  kacak kena baca Surah Yusof.

Dari segi logik macam betul. Sepertimana surah secara khusus, kena ada dalil untuk perbuatan tersebut. Jika tiada, kita disuruh membaca quran secara umumnya. Kalau dalam ruqyah atau yang dikatakan sebagai perubatan Islam. Ternyata bahawa syarak hanya menspesifikkan surah tententu untuk ruqyah seperti ayat kursi atau surah Al-Fatihah. Kalau tidak ia kembali kepada umum.

SYARAT RUQYAH

1. Ikut dalil yang telah dikhususkan seperti surah Kursi dan Al Fatihah; atau
2. Baca quran secara umum.

Jangan spesifikkan tanpa ada dalil. Perbuatan mengkhususkan surah tertentu tanpa ada dalil adalah perbuatan tokok tambah yang menyalahi syarak. Maka itu bukan perbuatan Islam tapi perbuatan punah islam. Ia lebih melariskan perbuatan atau produk.

AMALAN TIADA ASAS DALAM AGAMA: SAKIT SEKIAN, BACA SURAH SEKIAN…

Apa yang saya faham dalam perubatan Islam, contohnya kalau seseorang datang sakit kepala perlu baca surah Al-Asr, orang lain datang sakit perut baca surah Al Humazah, sakit kaki  atau mat abaca surah sekian-sekian. Ini syubahat. Tidak dinafikan kena sikit-sikit dengan penyakit itu. Adakah cukup untuk dijadikan dalil dalam beramal?  Tidak. Apatah kalau kita sudah khususkan. Kalau baca tidak sengaja secara spontan tidak masalah. Ayat quran semua penawar secara amnya. Ia jatuh dalam bidaah kalau kita khaskan.

DILARANG MENJADIKAN RUQYAH SEBAGAI KERJAYA

Apatah lagi kita sudah jadikan perubatan Islam itu sebagai profesion. Itu hakikatnya menyalahi adab-adab agama. Dalam soal kita nak Ruqyah, tidak wajar jadi profesion atau mencari rezeki. Bahkan ia termasuk dalam perbuatan menjual agama dengan harga yang murah. Baca quran tapi tujuan sebagai suatu perkerjaan ia sangat tak wajar. Ruqyah ada dalam perubatan agama, tapi kalau dah masuk garam, lada, paku serai. Ini perbuatan syaitan.

Ulamak mengatakan bahawa ia tidak boleh dijadikan profesion. Kalau sekiranya orang tersebut menawarkan khidmat ruqyah, inilah orang pertama yang kita kena jauhi kerana dia adalah penjual agama. Bahkan kalau kita pergi, kita akan punah seperti dia.

Sebaliknya dari siapa yang kita boleh dapatkan ruqyah? Daripada orang berilmu dan bertaqwa. Orang yang beragama/taqwa tidak akan menjual ruqyahnya untuk buat fulus. Orang bertaqwa, mati-mati taknak buat ruqyah. Ini ruqyah yang mahal seperti ruqayah Syeikh Bin Baz, Syeikh Uthaymin atau Syeikh Albani. Ada mereka buka perubatan Islam? Mati-mati mereka taknak.  Lagi parah dalam majlis ada penuh botol air-botol yasin. Tiada asas sama sekali.

DIKHUATIRI AMALAN PE“RUQYAH” MENJADI PENJUAL AGAMA

Ada pernah nabi dan sahabat buat macam itu? Padahal ruqyah paling power adalah dari Nabi ﷺ. Maka orang ruqyah ni adalah penjual-penjual agama. Maka kita cari orang soleh dan nampak tidak menjual agama. Kalau sekiranya mereka letakkan harga, kadang-kadang mereka pandai… yang mana ikhlaslah. Itu bukan ikhlas tapi memaksa.

5. Sebahagian pengamal ruqyah atau bomoh mendakwa mengetahui perkara ghaib?

HANYA ALLAH TAALA YANG TAHU PERKARA GHAIB

Tidak ada yang tahu benda ghaib kecuali hanya Rasul. Itupun apa yang diwahyukan kepada mereka. Maka tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah Taala. Bahkan siapa yang dakwa mengetahui perkara ghaib, ditakuti ia tergelincir dari agama. Bahaya. Oleh itu mendatangi bomoh adalah perbuatan yang mendakwa dia tahu perkara ghaib adalah perbuatan syirik. Kerana Kita meminta bantuan selain dari Allah dalam hal yang khas bagi Allah iaitu mengetahui benda ghaib.

KUKUHKAN AKIDAH DARI KESYIRIKAN AMALAN RUQYAH

Pada hari ini pandai, dia kata baca ayat Quran. Dengan gelaran ustaz pula tu. Jadi kena hati-hati. Itu penting kita faham akidah agama yang bersih dan tulen. Bukan akidah yang masuk syubahat-syubahat.

6. Adakah ia bermaksud tiada langsung orang yang kita boleh merujuk jika terkena buatan orang atau jin?

Baca ayat quran secara amnya. Kalau spesifik baca surah Fatihah. Jangan kita khas tanpa ada dalil khusus. Ruqyah paling afdal adalah kita ruqyah diri sendiri. Sepertimana kita nak doa, kita sendiri yang paling afdal. Ini masalah kita semua nak short cut, akhirnya jadi long cut.

7. Bagaimana tafsir mimpi? Adakah ia termasuk dalam mendakwa mengetahui benda ghaib?

Tidak. Tafsir mimpi ada bab khas. Ia dilakukan oleh yang berkeahlian. Maksudya dia ada ilmu tafsir mimpi seperti dikurniakan kepada Nabi Yusuf. Memang diketahui kepakarannya . Bahkan Syeikh Albani pun kata dia tak tahu nak tafsir mimpi.

Kedua, orang itu hendaklah ingin menasihati atau dia nak kebaikan untuk kita. Sy Albani kata dikhuatiri bahawa orang memberi tafsiran menafsirkan lain. Akhirnya dia buat sesuatu yang pasti.

8. Adakah riak jika suka sebut perkara berikut?

Sebut diri sendiri suka solat?
Ya riak.

Sebut sejak kecil kata patuh ibubapa?
Ya riak kecuali ada tujuan tertentu nak supaya orang ambil contoh teladan darinya.

Bangga ada rumah sendiri dan menghina orang lain menyewa rumah?
Itu riak

Suka bangga dengan gambar yang diambil di masjlis kawin dan muzik-muzik?
Itu bukan riak tapi sedih kerana menyalahi syarak perbuatan mengambil gambar dan muzik

Bagaimana nak nasihat amalan solat dan ibadah, buat baik terus dikongsiudi media sosial?
Ya. Nanti hilang pahala. Ini majlis yang dihadiri malaikat. Berada di majlis ilmu adalah ibadah, bahkan ia adalah jihad. Antara bentuk jihad selain berada di medan perang adalah jihad menuntu ilmu. Jangan dicemari dengan selfie. Fitnah gambar berleluasa dan sangat bahaya. Riaka akan memakan amalan seperti api membakar kayu api.

Suka mencari salah orang lain?
Tidak baik.

Walau apapun jagalah diri sendiri sebelum kita nak jaga orang lain. Dan lihat keluarga kita sebelum nak lihat keluarga orang lain.

9. Adakah majlis ilmu ahli bidaah dihadiri oleh Malaikat?

Ia tertolak disisi Allah. Bidaah bukan perkara main-main.

Hadis Nabi ﷺ: “Barangsiapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati Nabi lakukan maka ia tertolak”

Maksudnya tidak diterima Allah, tiada pahala, Allah takkan redha. Bahkan orang itu diancam dosa dan kemurkaan Allah. Akhirnya, adalah kita nak mempersoalkan malaikat datang atau tidak dalam majlis kuliah ahli bidaah? Jauh sekali, bahkan syaitan yang ramai.

 

 

 

 

 

 

Advertisements