KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (17 Mac 2017)

PERKARA KE-17

Kata Imam Barbahari: “Beriman dengan mizan (timbangan pada hari kiamat). Di dalamnya akan ditimbang kebaikan dan keburukan. Timbangan tersebut memliki 2 daun dan satu lisan”

PERKARA KE-18

Kata Imam Barbahari: “Beriman dengan adanya azab kubur serta adanya malaikat munkar dan nakir”


SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Ini adalah perincian iman kita dengan hari akhirat. Hari akhirat bermula apabila kita mati. Sejurus selepas seseorang itu meninggal dunia, rohnya dicabut maka berpindah ke Alam Barzah. Boleh kata itu adalah permulaan hari akhiratnya. Hadis-hadis menunjukkan perincian yang berlaku pada hari akhirat. Antaranya yang disebutkan oleh Imam Al-Barbahari perkara 17 iaitu beriman dengan mizan (timbangan). Jadi, kita beriman adanya timbangan di akhirat .

NAMA LAIN KIAMAT

Hari kiamat antara namanya di dalam quran bermaksud Qiam (kiamat) iaitu bangkit manusia dari kubur, Hari Pemutusan (Yaumul Qasr) iaitu Hari Pemutusan Baik dan Buruk. Nama lain adalah Yaumul Shur (Hari Kebangkitan), Yaumun Talaq (Hari Pertemuan). Manusia akan berkumpul di satu tempat iaitu di Padang Mahsyar. Yaumul Tanaq (Hari Pemanggilan) atau disebut nama mereka .

Setiap umat akan dikumpulkan bersama Rasul atau Nabi masing-masing. Nama mereka diseru seorang demi seorang untuk urusan hisab. Yaumul Hisab (Hari Perhitungan) iaitu dihisab amalan manusia. Dalam proses ini amalan manusia dihisab dengan mizan. Maksud mizan adalah timbangan, bahkan boleh kata urusan timbangan amalan manusia adalah perkara yang besar dan penting yang akan diakui oleh manusia itu di hari kiamat.

Firman Allah: “… dan Allah sangat pantas kiraannya” (QS Al-Baqarah: 202)

Firman Allah: “…Dialah secepat-cepat penghitung” (QS Al-Anaam:62)

URUSAN HISAB MUDAH BAGI ORANG BERIMAN

Maka dalam urusan hisab (perhitungan) timbangan amalan baik dan buruk. Ada di kalangan manusia ada yang urusan hisab yang mudah sepertimana disebut dalam quran iaitu:

Firman Allah: “Barangsiapa yang kitab amalannya diserah dengan tangan kanannya, maka dia akan dishisab dengan cara hisab yang mudah” (QS Al-Inshiqaq:7-8)

 Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang dihisab (diperkira-kira) urusan hisabnya, dia akan diseksa”.  Aisyah yang mendengar hadis tersebut bertanya: “Bukankah Allah telah mengatakan, akan dihisab dengan cara yang mudah? Bagaimana orang yang beriman yang dikata urusan akan dipermudahkan? Dalam masa yang sama disebut orang berkira-kira urusan hisab akan diseksa. Apa beza antara dua ni? Nabi berkata: “Sesungguhnya itu adalah sekadar paparan.” (Hadis Bukhari dan Muslim)

Ini merujuk urusan hisab kepada orang beriman. Orang beriman yang dimudahkan urusan dimana kitab amalan sekadar dipaparkan ketika di dunia. Maka urusan yang beriman yang Allah telah ampunkan buatnya dosa-dosa adalah dengan cara hanya dipaparkan kitab amalan.

Sabda Nabi ﷺ: “Sesungguhnya Allah akan mendekati hambanya yang beriman sehingga  Allah meletakkan buatnya pelindungnya (supaya orang lain tidak nampak). Maka, dia ditunjukkan amalannya. Dia memperakuinya. Kemudian Allah akan berkata kepada hambanya itu. “Aku telah menutupi buat engkau ketika di dunia. Dan pada hari ini aku mengampunkan ia buat engkau.” (Hadis Bukhari dan Muslim)

Ini bentuk hisab seorang hambanya beriman di hari akhirat. Bagaiman orang kafir? Ada persoalan yang dibahaskan oleh ulamak. Adalah orang kafir amalan mereka ditimbang? Syeikhul Islam Ibnul Taimiyyah dalam akitabnya ‘Al Aqidah Al Wasitiyyah’ berpendapat bahawa orang-kafir tidak akan dihisab. Atau urusan hisab mereka tidak melibatkan penimbangan memandangkan orang kafir tiada kebaikan untuk dipersembahkan kerana mereka telah melakukan sebesar-besar jenayah iaitu dosa syirik atau kufur tersebut. Sebaliknya orang yang ditimbang adalah orang yang ada kebaikan dan keburukan.

AMALAN ORANG KAFIR TETAP DITIMBANG

Padangan rajih adalah orang-orang kafir tetap akan ditimbangkan kerana zahir ayat quran. 

Allah berfirman: “Barangsiapa yang timbangan amal baiknya berat, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Adapun timbangan baik ringan, maka merekalah orang-orang yg telah rugi. Mereka masuk dalam neraka jahanam selamanya.”(QS Al-Mukminum:102)

Zahir menunjukkan orang kafir juga akan ditimbang amalan mereka. Tinggal lagi amalan mereka akan menjadi ringan berbanding amalan buruk kerana mereka melakukan sebesar-besar keburukan iaitu dosa syirik dan kufur. Kesimpulannya iaitu orang beriman atau orang kafir, mereka tetap akan ditimbang.

NERACA TIMBANGAN ALLAH SANGAT TEPAT DAN ADIL

Hakikatya neraca timbangan (alat penimbang) tidak diketahui bentuk sebenar. Yang pasti neraca timbangan tersebut adalah yang sangat tepat dan jitu. Allah tidak menambah dan mengurang sedikitpun sepertimana nas dibawah.

Firman Allah: “Dan kami letakkan neraca timbangan yang adil pada hari kiamat. Maka tidak ada sesiapa yang akan teraniaya sedikit pun. Dan jika ia seberat biji sawi sekalipun, kami akan datangkannya untuk ditimbang.” (QS Al-Anbiya’:7)

Adanya perselisihan di kalangan para ulamak, apakah yang akan ditimbang atas neraca timbangan itu? Ulamak juga membincangkan neraca timbangan itu sendiri. Ada berpendapat setiap orang ada neraca timbangan sendiri. Amalan ada 3 bentuk iaitu amalan hati, amalan kata-kata dan amalan anggota.  Pendapat Ibn Hajar iaitu neraca penimbang akhirat hanya 1. Tinggal lagi disini kenapa kita boleh faham dalam kitab syarhus sunnah ini.

GOLONGAN MUKTAZILAH MENOLAK URUSAN TIMBANGAN AMAL

Hal ini ditolak dalam golongan ilmu kalam (muktazilah). Mereka tidak beriman dalam urusan timbangan amalan. Apatah lagi neraca timbangan itu. Mereka takwil urusan timbangan ialah hanya simbolik (MAJAZ)). Majaz bermaksud tiada hakikat sebenar, sebaliknya ianya simbolik atau maknawi. Bagi mereka penimbang hanya simbolik keadilan. Nak kata Allah Maha Adil dan mengurus urusan dengan adil. Kenapa tidak ada? Itu mustahil. Solat Jemaah 27 pahala, jadi bagaimana nak tunjuk pahala. Maka dosa dan pahala adalah benda maknawi dan tidak seperti fizikal hingga boleh ditimbang. Jelas is bertentangan zahir nas quran dan hadis.

Allah sebut amalan diletak atas neraca untuk ditimbang lalu hamba Allah melihat amalan ditimbang supaya mereka menjadi saksi terhadap amalan sendiri. Ini supaya mereka yakin dan tiada syubahat sama ada pahala atau dosa yang tidak tertinggal. Supaya jelas dan transparent. Lalu dapat dilihat yang mana berat amalan baik atau dosanya. Hadis yang dapat dijadikan sebagai panduan.

Sabda Nabi ﷺ: “Dua kalimah yang ringan di atas lidah tetapi berat di atas timbangan. Dan ia disukai oleh Ar Rahman. Kalimah tersebut adalah Subahanallah wa bihamdih, subhanallah al azim”.

Di samping itu mereka menyanggah urusan penimbangan (mizan) dihisab di atas timbangan. Antara sebabnya ialah semua hadis datang dalam hadis ahaad. Kata mereka: ‘Hadis Ahaad tidak boleh dijadikan asa dalam hal akidah’.

Maka urusan mizan dan timbangan adalah perkara akidah kerana tiada sesiapa nampak urusan timbangan ni. Mizan adalah urusan akidah. Jangan terkejut semua perincian urusan akhirat di padang mahsyar ini. Golongan muktazilah menolak termasuk fitnah azab kubur. Itu semua ditolak kerana syubahat tadi “Hadis ahaad tidak boleh dijadikan hal akidah”.

PERKARA YANG DITIMBANG

Tiga (3) pendapat berkenaan timbangan mizan:

1. Timbangan amalan itu sendiri.
Kita beriman dia akan dijadikan berbentuk fizikal. Bagaimana? Kita tidak tahu kerana ia adalah urusan Allah.

 2. Timbangan berat orang itu sendiri. 

Sabda Nabi ﷺ: “Akan datang seorang lelaki tubuh badan besar atau gempal, tetapi ternyata berat disisi Allah tidak dapat menandingi berat sayap nyamuk.” (HR Ahmad)

Sabda Nabi ﷺ: “Menceritakan bahawa betis Ibn Mas’ud ternampak. Lalu sahabat yang lain tertawa kerana kurus. Melihat perbuatan sahabat gelakkan Ibn Mas’ud, jadi Nabi saw bersabda, “Demi yang nyawaku di tangannya, sesungguhnya kedua betis ini lebih berat atas neraca timbangan lebih dari gunung Uhud” (HR Ahmad)

 3. Timbangan buku-buku amalan. 

Sabda Nabi ﷺ tentang hadis bhitatah (kad): “Allah datangkan seorang lelaki kepada khalayak manusia. Dipapar 99 lebaran sijil. Setiap satu sijil sejauh mata memandang. Dikatakan kepada kepada lelaki itu: “Adakah engkau telah dizalimi oleh penulis-penulisku yang mencatat amalan?” Orang lelaki kata: “Tidak wahai tuhanku.”Dikatakan adalah ada alasan. Kata lelaki itu: “Tiada tuhanku”. Kata Allah lagi: “Sesungguhnya kamu ada kebaikan pada sisiku. Hari ni tiada kezaliman”. Lalu dikeluarkan satu kad tertera atas kad kalimah syahadah”

Dibawa kad untuk ditimbang. Lalu kata lelaki itu, pahala kad sangat sedikit berbanding sijil 99 dosa. Allah kata: “Engkau tidak dizalimi”. Lalu diletak sijil-sijil di atas daun timbangan dan kada syahadah di satu lagi daun timbangan. Ternyata daun yang menimbang kad jadi berat. Tidak ada apa-apa yang dapat menjadi lebih berat dari kalimah Allah (syahadah). (HR Tirmizi)

Petunjuknya adalah amalan ditimbang dengan  kitab-kitab tersebut, iaitu paling berat adalah kalimah syahadah.

Yang mana rajihnya bagi ketiga-tiga cara amalan ditimbang, wallahualam. Semua ada dalil.

Perkara ke 18: Beriman kepada Mungkar dan Nakir.

FITNAH (UJIAN) DI DALAM KUBUR

Kita beriman dengan keadaan dalam kubur. Tidak lari sama ada nikmat atau azab. Nikmat bagi orang beriman dan azab kepada orang maksiat dan kufur bagi orang yang ucap kalimah syahadah. Kita beriman adanya fitnah kubur. Maksud fitnah dalam bahasa arab adalah ujian atau cubaan. Fitnah kubur yang akan dilalui iaitu dengan datangnya malaikat Munkar Nakir bertanyakan 3 soalan:

Siapa tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa nabi kamu?

Orang beriman akan jawab 3 soalan ini iaitu Tuhanku  Allah, Agamaku Islam dan Nabiku Muhammad ﷺ. Adapun orang munafik dia akan tergagap: “ahh…ahhh. La adri”. Aku tidak tahu. Dia akan dipukul dengan tali cemeti. Setiap kali dia kata salah akan dipukul dengan tali cemeti. Diriwayatkan bahawa jika bukit terkena pukulan cemeti maka ratalah bukit tersebut kerana kuatnya pukulan. Semua makhluk akan dengar jeritan kecuali jin dan manusia.  Maka kerana itu kita beriman dengan fitnah kubur seperti diperintahkan oleh Nabi ﷺ. Dituntut juga kita meminta diberi perlindungan dalam akhir salam dalam solat.

Hadis Nabi ﷺ: “Sekiranya kamu membaca tasyahud, setelah itu hendaklah pinta perlindungan kepada Allah dalam 4 perkata. Ya Allah aku meminta perindunganmu daripada azab kubur, neraka jahanam, dari ujian hidup atau mati dan dari fitnah Dajjal.”

SOALAN-SOALAN

1. Apakah golongan dari 70,000 akan masuk syurga tanpa hisab?

Mereka yang tidak merawat penyakit dengan besi panas, tidak meminta di rukyahkan, tidak percaya kepada tuah dan sial dan mereka tawakal kepada tuhan mereka. Ciri-ciri yang terlepas urusan hisab dan terus masuk dalam syurga.

2. Apakah kriteria mengucap dua kalimah syahadah yang menyebabkan amalan lelaki berkenaan sangat berat timbangannya hingga mengatasi catatan 99 lembaran sijil amalan dosa?

Apabila timbangan kejahatan berat, kesudahan akan masuk neraka. Yang masuk syurga adalah apabila kebaikan berat timbangannya. Nak kata bahawa daripada hadis kad tadi tentang betapa besar nilai kalimah syahadah. Orang masuk syurga hanya yang mengucap kalimah syahadah لا اله الا الله .Yang tidak ucap secara pastinya pastinya timbalan buruk akan berat kerana tiada kalimah syahadah yang akan selamatkan mereka. Ini prinsip-prinsip yang kita boleh katakan.

KRITERIA LAFAZ SYAHADAH – FAHAM, LAFAZ DAN AMAL

Dalam masa yang sama pentingnya kita memurnikan akidah. Ini soalan kefahaman, juga suatu asas. Adakah orang yang mengucap kalimah syahadah:

Hanya mengucap kalimah syahadah tanpa kefahaman?
Mengucap kalimah tanpa amalan?
Mengucap kalimah syahadah tanpa disusuli amalan yang mengesakan Allah semata-mata, menjauhi syirik?
Mengucap kalimah syahadah dan dalam masa yang sama pakai pergi ke bomoh?
Mengucap kalimah syahadah tapi pakai tangkal?

Adakah itu maksud dia mengucap syahadah لا اله الا الله ? Tidak…tidak…tidak. Dia ucap kalimah syahadah dan dia MEREALISASIKAN tuntutan kalimah itu serta menjaga akidahnya.

PEMBATALAN SYAHADAH

Kalau dia ucap kalimah syahadah kemudian pergi ke bomoh. Apa yang kita boleh simpulkan? Kesimpulannya adalah dia telah membatalkan kalimah syahadah tersebut. Seolah-olah tiada kalimah syahadah kerana dia ucap suatu benda tetapi melakukan suatu benda yang bertentangan. Apa guna? Dia nak menipu siapa? Dia boleh menipu manusia tetapi tiada siapa yang dapat menipu Allah Taala. Dan Allah maha mengetahui. Maka mengucap kalimah syahadah dengan erti kata yang sebenarnya. Kemudian disusuli dengan amalan, praktik, menjaga tauhid dan segala bentuk-bentuk syirik.

SYIRIK BESAR DAN SYIRIK KECIL (RIAK) – SELFIE?

Antara bentuk syirik yang Nabi ﷺ khuatir atas umatnya adaah SYIRIK KHAFI (syirik tersembunyi) iaitu riak. Nak kata betapa syirik ini bahaya sama ada yang jelas dan syirik tersembunyi. Boleh membatalkan kalimah syahadah لا اله الا الله . Riak boleh membatalkan kalimah لا اله الا الله . Kalau orang itu solat kerana riak, terbatal atau tidak? Terbatal. Kalau bersedekah untuk dipaparkan di hadapan khalayak. Setiap kali sedekah panggil press, panggil media. Dikhuatiri terbatal amalan mereka. Setiap kali buat ibadah akan SELFIE. Pergi ke tawaf berselfie, pergi masjid atau pergi ke kuliah berselfie. Alhamdulillah tak ada yang ambik gambar saya. Kalau tidak kita rejam…hehe.

Jangan..jangan lakukan semua itu. Ia akan membatalkan ibadah.

IKHLAS ADALAH AMALAN HATI

Batal ibadah perlu ulang jika tidak cukup rukun. Tetapi ini kita bercakap pasal ikhlas yang hanya amalan hati ini diketahui oleh Allah Taala. Bukan secara zahir.

Riak menyalahi ikhlas, syirik dan segala bentuknya menyalahi ikhlas di mana kita melakukan sesuatu ibadah semata-mata kerana Allah. Maksudnya 100 peratus dan tiada 1 persen pun bukan kerana Allah. Sedaya upaya menjaga niat kita. Ia bukan sesuatu yang kita boleh mendabik dada, “Aku solat tadi confirm 100%’. Satu benda yang perlu dijaga dan diberi perhatian.

Kata ulamak salaf: “TIDAKLAH SESUATU YANG AKU CUBA PERBAIKI YANG LEBIH SUSAH DARIPADA NIAT(HATI).”

3. Kriteria syahadah yang ustaz sebutkan agak tinggi dan berat. Andaikata dia syahadah mencapai spesifikasi seperti itu, logiknya bagaimana mungkin dia boleh membuat dosa sebanyak 99 lembaran sijil?

Manusia sehebat mana pun tidak akan lari daripada salah silap, melakukan dosa; sikit atau banyak.

MANUSIA SENTIASA TERPALIT DENGAN DOSA

Seperti tidak melakukan suatu suruhan dengan sempurna, menjauhi suatu larangan dengan sempurna, meninggalkan kewajipan, jatuh dalam hal haram, berbohong, bermuslihat, mengumpat walaupun dengan hanya kenyit mata, mengeji orang, menghina, mencela, memukul, zina dalam segala bentuknya; zina mata, telinga, mulut dan yang lain, terjebak dalam maksiat dan bidaah dan seumpamanya.

Maka dosa-dosa ini sentiasa menghantui seorang Muslim dan mereka yang selamat ialah mereka yang dipelihara oleh Allah.

TEGUH DENGAN KALIMAH TAUHID

Boleh kita faham, begitulah keadaan orang tersebut. Tinggal lagi, orang itu mengucap kalimah syahadah dan teguh berpegang dengan Kalimah Tauhid. Dia tidak melakukan apa-apa yang membatalkan Kalimah Syahadah tersebut.

Kerana itu, akhirnya Kalimah Tauhidnya itu menyelamatkannya ketika amalan ditimbang.

4 . Jika begitu keadaannya,  penganut Sufism, pelaku bidaah atau kesesatan ahli kalam yang lain susah nak dapatkan kriteria syahadah begitu. Melainkan mereka termasuk dalam ahli fatrah kan?

Ya, jika mereka terpalit dengan hal-hal syirik dan kufur.

5. Apabila diberikan Hadis ﷺ : “… Seburuk-buruk perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, SETIAP bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya di neraka” (HR. An Nasa’i no. 1578).

Sebahagian golongan percaya bahawa masih ada BIDAAH HASANAH. Mungkin bertaqlid dengan pendapat mana-mana ulamak. Walau bagaimanapun, ini seolah-olah mereka memalingkan dari kata Nabi ﷺ, secara tidak langsung menolak kata Allah yang diwahyukan kepada RasulNya. Adakah ia membatalkan syahadah juga?

Memang begitu masyarakat bertaqlid dengan ulamak berkenaan bidaah hasanah. Mereka terkena syubahat dengan pendapat dan pandangan orang-orang yang mereka percaya.

MASYARAKAT BERPALING DARI SUNNAH KERANA KEJAHILAN DAN TAQLID

Ya. Seolah-olah mereka memalingkan dari kata Nabi saw secara tidak langsung menolak kata Allah yang diwahyukan kepada RasulNya. Ini kerana syubahat yang mereka terkena tadi. Secara tanpa sedar mereka mengenepikan apa yang Nabi saw kata. Secara tidak sengaja. Kita bersikap adil dengan mereka dan kita tidak mahu bersikap melampau dan kita tidak mahu kata apa yang mereka tidak katakan. Mereka menolak kata Allah yang diwahyukan Rasul tanpa sengaja kerana kejahilan.

SYUBAHAT BIDAAH HASANAH

Adakah ia membatalkan syahadah? Tidak. Kerana kita memahami permasalah bidaah hasanah kerana ia syubahat besar yang ramai masyarakat terpengaruh dengannya.

Kita sedang membicarakan dua golongan iaitu golongan ulamak (cerdik pandai) dan masyarakat awam yang tidak mengetahui dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh para ulamak mereka. Jadi dalam kalangan para ulamak pun kita hanya dapat katakan mereka sesat. Adapun kita nak kata sampai syahadah terbatal, jangan lupa kalau syahadah terbatal maksudnya jatuh kafir. Jadi berat maksudnya. Maka kita kata mereka sesat atau pemikiran sesat.

PUNCA TAFSIRAN BIDAAH HASANAH

Kenapa kita kata mereka sesat dan tak sampai jatuh kafir? Kerana syubahat yang mereka bawakan. Maksudnya bukan mereka dengan sengaja atau dengan angkuh dan sombong tak nak terima hadis itu. Sebaliknya mereka ada alasan atau syubahat mengatakan bahawa “Nabi bawa segala bidaah itu sesat adalah hadis umum dan bukan mutlak”. Demikian tafsiran mereka. Mereka membawa dalil seperti kata-kata umar khatab.  “Ini adalah bidaah yang baik” dan mereka berhujah Imam Syafie bidaah itu ada dua.

BIDAAH HASANAH ADALAH KESESATAN TETAPI MEREKA TIDAK TERBATAL SYAHADAH

Dengan kita tidak boleh memutuskan dengan mudah syahadah itu terbatal. Ulamak mereka mengatakan ada bidaah hasanah, kita kata mereka sesat. Maka dengan masyarakat awam lagi lah kita perlu bersikap berhati-hati dan tidak mengatakan hukum yang umum dan mutlak .

Mereka sedikit sebanyak tersimpang dari jalan yang benar dan menyalahi sunnah Nabi ﷺ yang jelas.  Jangan kata syahadah atau iman terbatal kerana itu perkataan yang berat.

6. Sebelum mati akan sebut dengan لا اله الا الله. Perlu lafaz atau macam mana?

Hadis Nabi ﷺ: “Sesiapa yang mengucap لا اله الا الله  sebelum meninggal dunia, dia akan masuk syurga”.

Tidak dinafikan kalimah لا اله الا الله bermula dari hati tetapi ia perlu dilafazkan kerana ini menjadi bukti. Perlu dilafazkan kerana ia bukan urusan niat, ia adalah sebagai manifestasi apa yang ada di dalam hati. Apabila dilafazkan tidak terhenti di situ, tetapi disusuli dengan amalan. Maka, ia semua berkaitan iaitu hati, lidah dan amalan.

Dalam hal ini, tanda husnul khatimah adalah dia dapat melafazkan لا اله الا الله sebelum meninggal. Ini adalah nikmat yang lumayan. Maka dia akan terselamat dari kekufuran dan kesyirikan. Kita perlu sentiasa perbaharui akidah atau memantapkan iman dan disuruh sentiasa berzikir.

7. Boleh tak kalau terjebak dengan syirik besar (eg.jumpa bomoh atau tangkal) dalam keadaan dia tak tahu ia syirik. Adakah boleh terselamat masuk syurga dan keluar dari neraka?

Ulamak menegaskan ialah kayu ukur adalah sama ada hujah tertegak atau tidak. Maknanya jika kebenaran telah terjelas dan orang dah ajar لا اله الا الله . Jika sudah seru dan berdegil, dia tidak akan selamat. Yang penting perlu ajak dengan ucapan “Tiada yang disembah kecuali Allah”. Belum lagi ajak solat , zakat dan sebagainya. Andaikata tidak sesiapa yang ajak ke Islam.

AHLI FATRAH DAN UJIAN DI AKHIRAT

Kata Sy Albani: “Jangan lupa golongan fatrah ini sangat ramai. Ini kerana Islam yang sampai di negara-negara kafir adalah dalam bentuk salah, dicemar, diburukkan, dalam bentuk menakutkan seperti ISIS, terrorist, wanita ditindas, momokan wahabi.”

Bagaimana keadaan mereka? Mereka menjadi ahli fatrah (peralihan). Mereka beriman atau kafir musyrik kerana tanpa hujah.  Golongan fatrah disebut dalam hadis mereka akan menjalani satu proses khas. Proses ujian ini adalalah didatangkan api dan diperintahkan supaya masuk dalam api. Jika mereka menurut, api itu akan jadi syurga. Jika enggan akan masuk dalam neraka.

8. Bagaimana golongan sufi yang memuja kubur wali. Adalah membatalkan akidah? Tetapi dalam solat mereka akan mengucap semula?

Pasti rosak akidah. Orang yang pergi kubur dan minta bantuan dari penghuni kubur tersebut, ia merosakkan dan mengelincirkan akidah. Andai dalam solat, dia baca syahadah semula dengan kefahaman, dia  tak akan buat macam itu. Kalau ucap syahadah dengan kefahaman, dia tak pakai tangkal.  Syahadah perlu faham, iltizam dan beramal.

Maksudnya dalam solat mereka, mengucap syahadah adalah tanpa kefahaman. Sebab itu hari ni mengucap syahadah, mereka boleh geleng-geleng kepala. Seribu kali mereka ucap syahadah, lepas pergi ke bomoh Malaysia. Sebab itu beza orang arab jahiliyyah arab dengan orang pada hari ini. Abu jahal atau abu lahab, mati-mati tak mahu ucap syahadah kerana dia tahu maksudnya.

Ahli bidaah mereka gagal melazimi ittiba’. Ikhlas mungkin lulus.

9. Adakah dosa akan terhapus catatan selepas taubat?

HADIS:  “Taubat akan memadamkan sebelumnya”

Iaitu taubat sebenar-benarnya. Seolah-olah tidak ada dosa itu lagi. Maka ia tidak akan ditimbang kerana dosanya yang telah padam.

10. Golongan sufi mengucap tanpa kefahaman?

Golongan ahli bidaah melakukan segala khurafat atau tahyul tanpa kefahaman. Tetapi sebelum mati dia ucap kalimah syahadah. Yakinlah orang yang ucap kalimah syahadah sebelum meninggal adalah dari kalangan orang yang baik-baik. Orang yang merealisasikan kalimah syahadah tersebut sepertimana orang yang dapat menjawab 3 soalan Munkar Nakir. Orang ini bukan calang-calang…seorang yang beriman dan ikhlas dengan erti kata yang sebenar.

Sebab itu apabila ditanya;

Siapa tuhan engkau…Allah, maksudnya dia ikhlas
Siapa Nabi engkau …. Muhammad, kerana dia ittiba’

Bukan boleh main silap mata masa sakaratul maut atau menjawab soalan kubur. Sebab itu tanda husnul khatimah. Yakinlah kalau bergelumang dengan syirik, pakai tangkal…anda yakin dia dapat ucap kalimah syahadah sebelum dia mati? Kecuali dia taubat.

11. Jika semasa hidup arwah bapa mengamalkan syirik (ie bomoh), adakah doa anak mampu membantu arwah ayahnya?

Si bapa ada terjebak syirik dan kufur, bolehkan anaknya mendoakan untuk ayahnya?

Jika ayahnya mengucap syahadah, maka secara zahirnya dia Islam.

Adakah telah tertegak hujah ke atas bapanya? Kembali kepada kaedah yang sama iaitu bergantung sama ada dia tertegak hujah. Dalam masa yang sama kita meyakini ramai umat Islam yang hujah tidak tertegak ke atas mereka.

Lebih-lebih lagi masyarakat awam. Mereka taqlid kepada orang alim tetapi golongan habib yang bawa ke kubur. Kejahilan adalah keuzuran. Maka tidak tertegak hujah ke atas bapanya dan ada harapan bahawa ayahnya muslim di sisi Allah. Maka si anak perlu terus mendoakan pengampunan untuk si ayahnya. Hanya jika sudah tertegak hujah dengan cara yang benar dan betul, dan jika dia degil melawan, maka kita yakin dia telah tergelincir.  

Urusan takfir sangat berat dan tidak boleh dipandang mudah. Seperti cerita Usamah RA yang membunuh musuhnya yang telah mengucap syahadah.

12. Bagaimana orang beriman akan masuk syurga?

Penghuni syurga adalah kalangan orang beriman. Tidak mungkin masuk syurga tanpa diampun dosa. Sama ada masuk syurga kerana telah ampun dosa, melalui syafaat atau setelah dihukum di neraka.

Audio Kuliah:
https://drive.google.com/open?id=0B1nnioP3OBBTaF9GdzE2ZGx5bEk

 

 

 

Advertisements