KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (10 Mac 2017)

PERKARA KE-16

Kata Imam Barbahari: “ Orang beriman akan melihat Allah secara ruk’yah  iaitu dengan mata kepala. Allah menghisab mereka tanpa penghalang dan penterjemah.


SYARAH KITAB SYARHUS SUNNAH

Ada 2 perkara besar yang menjadi perdebatan hangat di kalangan Ahli Kalam iaitu:

1. Istiwak Allah di atas arasy; dan
2. Melihat Allah.

Imam Al-Barbahari menegaskan sebagai muslim adalah beriman melihat Allah (dengan mata kepala). Kita tegaskan dengan melihat Allah dengan mata kepala kerana ia menyanggah syubahat Ahli kalam iaitu melihat Allah dengan mata hati. 

Kita akan melihat Allah tanpa ada penghalang dan penterjemah. Maksud penghalang adalah perkara yang halang dari lihat Allah dan penterjemah maksudnya secara terus tanpa ada perantara.

Nabi  ﷺ bersabda: “Sesungguhnya kamu akan melihat tuhan kamu dengan jelas (mata dan kepala)” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain Nabi bersabda: “Sepertimana kamu melihat bulan purnama di tengah bulan,  kamu tidak akan terhalang dari melihat Allah. Sekiranya kamu mampu dan jangan sampai ditewaskan solat sebelum matahari terbit (subuh) dan matahari terbenam (asar) secara berjemaah”

Maka, bahagian pertama hadis menjadi kata putus dalam masalah ini. Orang-orang beriman akan mendapati terdapat dalil melihat tuhan yang banyak daripada quran dan sunnah. Menjadi persepakatan dalam sahabat Nabi  ﷺ juga bahawa orang-orang beriman akan melihat Allah di padang mahsyar. Kemudian, melihat orang beriman juga melihat Allah setelah mereka masuk syurga mengikut yang dikehendaki olehNya. Zahirnya ada perbezaan dua penglihatan itu. Bagaimana? Tidak diperincikan oleh hadis tersebut.

Allah berfirman: “Muka (orang beriman) ketika itu berseri-seri melihat kepada tuhanNya.” (QS Qiamah: 22-23) 

Allah berfirman: “Di atas pelamin-pelamin mereka melihat”. (QS Al-Mutaffifin: 23)

Allah berfirman: “Buat mereka yang telah berlaku baik. Mereka mendapat kebaikan dan tambahannya”. (QS Yunus: 26)

Allah berfirman: “Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka mahu. Dan kami mempunyai tambahannya”. (QS Qaf: 35)

Apa yang dimaksudkan kebaikan dan tambahannya? Kita lihat orang beriman mendapat kebaikan (syurga). Tiada yang lebih besar kebaikan daripada itu. Syurga terdapat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasa, didengar dan dibayangkan oleh manusia.

Kata Allah: “Kami ada tambahannya”. Ternyata ulamak tafsir menjelaskan bahawa tambahan adalah melihat wajah Allah Taala. Ia dijelaskan oleh Suhih dalam hadis.

Nabi  ﷺ bersabda: “Apabila golongan orang beriman masuk syurga. Allah berkata: “Kamu nak sesuatu yang aku tambah untuk kamu? Penghuni syurga kata: “Bukankah Engkau sudah cukup mengembirakan kami? Bukankah engkau telah masukkan kami ke syurga dan selamatkan kami dari neraka? “ Nabi berkata: “Ketika itu dibuka penghalang dan mereka tidak pernah diberi sesuatu yang lebih mereka suka daripada melihat Tuhan mereka.” Kemudian Nabi baca surah Yunus ayat 6: “Buat mereka yang berlaku baik dan tambahnya”.

Tafsiran ulamak ini adalah dari Nabi  ﷺ dan bukan dari ijtihad ulamak semata-mata.

Sabda Nabi  ﷺ dalam doanya: “Dan aku memohon daripadaMu ya Allah kelazatan melihat wajahMu”. (HR Nasaie)

Maka, kita juga perlu berdoa seperti doa tersebut. Dalil-dalil ini semua mengenepikan keraguan orang beriman akan lihat Allah di akhirat. Nabi  ﷺ sendiri berdoa untuk dapat lihat wajah Allah swt. Bahkan itu adalah kenikmatan, malah tiada kenikmatan yang lebih besar dari itu.

BAB MELIHAT ALLAH ADALAH PALING MULIA, KRITIKAL DAN BERAT

Imam Qayyim rhm (anak murid Ibn Taimiyyah) dalam kitabnya:‘Bekalan Jiwa Ke Negeri Bahagia’. Dalam kitab ini ada bab penghuni syurga melihat tuhan mereka dengan jelas. Ibn Qayyim kata bahawa bab ini paling mulia, paling kritikal dan paling bernilai tentang masalah melihat wajah Allah. Bab ini adalah bab paling memenangkan mata Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam masa yang sama juga bab ini adalah paling berat untuk Ahli Sunnah.

Di kala ahli syurga peroleh nikmat melihat wajah Allah, mereka akan lupa kenikmatan yang mereka ada di dalamnya. Tiada apa yang menandinginya. Adapun ahli neraka yang diharamkan dan terhalang daripada lihat Allah, ia lebih perit bagi mereka daripada azab api neraka jahannam itu sendiri. Moga-moga kita tergolong dari kalangan mereka yang dapat melihat wajah Allah Taala. Ameen

3 SEBAB PENAFIAN AHLI KALAM MELIHAT ALLAH

Dalam hal ini, Ahli Sunnah beriman dengan hal melihat wajah Allah. Adapun pegangan golongan Al- Muattilah (membatalkan) tentang perkara melihat Allah dari kalangan Ahli Kalam seperti Jahmiah, Muktazilah, Asyairah dan Maturidiah. Mereka kata Allah tidak boleh dilihat dengan mata kepala sama ada di dunia atau akhirat. Kenapa begitu? Mereka menggunakan falsafah iaitu:

 1. Ia mustahil melihat Allah mengikut logik. Kalau diikut akal pandangan mata manusia hanya dapat melihat sesuatu objek (berwarna dan berbentuk). Selain pada itu mata tidak dapat menjangkau. Adapun Allah, Dia adalah zat yang bukan objek. Maka mustahil mata dapat melihat yang tidak berobjek.

 2. Melihat adalah sesuatu yang dilihat itu adalah ‘Munhasil’ iaitu tertumpu di suatu arah dan suatu tempat. Sedangkan Allah tidak berjisim dan tidak dicakupi di suatu sudut. Ia seperti mereka kata: “Allah wujud bi la makan (Allah wujud tidak bertempat)”

 3. Ahli kalam menggunakan qiyas: “Kalau Allah tidak boleh lihat didunia, ia tidak boleh dilihat di akhirat”.

Demikian pandangan ahli kalam dalam hal ini. Tetapi kita boleh tambah dalil-dalil yang menunjukkan Allah boleh dilihat di akhirat.

Firman Allah: “….Mereka pada hari itu terlindung daripada melihat Tuhan mereka”. (QS Mutaffifin: 15)

Ini menunjukkan kepada orang kafir dan musyrikin tidak dapat melihat Allah. Ia adalah hukuman disamping hukuman api neraka itu sendiri.

Allah menafikan orang-orang kafir dari melihat Allah. Apa maksud sebaliknya? Orang-orang beriman akan melihat Allah. Jika orang kafir terhalang dan orang beriman juga terhalang, buat apa Allah nak spesifik orang kafir sahaja yang terhalang. Sedangkan orang kafir akan kata: “Orang beriman pun tak dapat lihat, tidak hairanlah”. Maka sia-sialah Allah sebutkan dalam surah mutafiffin itu tadi.

SEBAB PENAFIAN LAIN: “ALLAH TIDAK BOLEH DICAKUPI MATA”

Antara dalil yang dibawa oleh golongan Muattilah (membatalkan). Semua ditakwil oleh ahli kalam. Juga dalil ahli kalam yang digunakan adalah:

Firman Allah:“Dia tidak boleh dicakupi oleh mata” . (QS Anaam:103)

Maka kalau dilihat dari ayat ini, Allah secara jelas menyatakan mata manusia boleh mencakupinya. Sebenarnya ayat ini bukan hujah bagi mereka, bahkan hujah atas mereka. Masakan hujah dalil kepada ahli bidaah. Apa maksud Allah ini? Allah menafikan Dia tidak boleh dicakupi secara menyeluruh dan bukan tidak boleh dilihat.

Contoh ayat: “Engkau tidak boleh bercakap dengan aku sehari penuh”.
Maka, boleh bercakap dalam tempoh tertentu tapi bukan sehari penuh. Begitu juga dalam ayat ini.

Sepertimana seorang itu boleh melihat langit tanpa mencakupinya. Itu kerana langit itu sangat besar. Maka Allah Maha Besar dan Maha Agung. Ia sangat jelas. Demikian tadi sanggahan ayat quran yang digunakan dalam golongan Muattilah dalam menafikan Allah boleh melihat.

SEBAB PENAFIAN LAIN: NABI MUSA MEMINTA IZIN MELIHAT ALLAH

Dalil lain yang digunakan oleh golongan Muattilah adalah Kisah Nabi Musa AS untuk melihat Allah. Dalil yang Ahli Kalam bawa adalah: 

Firman Allah: “Tuhanku, izinkan aku melihat Engkau”. Allah kata: “Engkau tidak akan melihatKu”. (QS Al: A’raf:143).

Ia digunakan oleh golongan Jahmiah dan Muktazilah.

Ibn Qayyim berkata: “Jangan lupa yang meminta izin adalah Nabi Musa iaitu kalimullah. Apakah kamu wahai ahli kalam lebih tahu tentang boleh atau tidak dari Nabi Musa As itu sendiri? Nabi Musa adalah lebih tahu tentang apa baginda minta. Apatah lagi bagindalah yang lebih bertaqwa dan pernah berbicara dengan Allah.”

Jika ia adalah sesuatu yang tidak boleh, masakan Nabi Musa AS akan tergamak atau berani secara membuta meminta kepada Allah sesuatu yang mustahil. Ia menunjukkan Nabi Musa adalah tidak beradab dan tak patut. Bahkan jika sesuatu mustahil yang tidak boleh, kamu secara tidak sedar menuduh Nabi Musa seorang ‘musyabbih’? Musyabbih maksudnya Allah menyerupai makhluk.  Sama sekali Nabi Musa bukan Musyabbih.

Dalam ayat yang sama “Izinkan aku lihat Engkau”, kemudian Allah menjawab: “Engkau tidak akan melihat Aku”. Kalau permintaan Nabi Musa sesuatu perbuatan yang tidak boleh, haram dan mustahil, tentulah Allah menegur Nabi Musa supaya ia menjadi pedoman bagi kita yang membaca ayat ini sepertimana Allah menegur Nabi Nuh AS yang meminta sesuatu yang tidak patut.

Allah perintahkan Nabi Nuh bersama pengikut dan haiwan masuk ke dalam kapal. Nabi Nuh meminta: “Anak aku juga dari kalangan keluarga aku.” Tetapi Allah menegur Nabi Nuh As: “Sesungguhnya dia bukan dari keluarga engkau. Dia bukan soleh (tidak baik). Jangan engkau tanya Aku dari sesuatu yang Engkau tidak tahu tentangnya. Aku memberi peringatan kepada engkau supaya engkau tidak tergolong dalam golongan orang jahil” (QS Huud:46).

TEGURAN ALLAH KEPADA PERMINTAAN NABI NUH AS

Lihat kepada permintaan Nabi Nuh yang meminta sesuatu yang tidak patut. Kenapa? Anak Nabi Nuh ternyata tidak beriman. Tidak ada wala’ di situ. Maka hubungan keluarga sudah terputus dan tidak boleh mewarisi harta pusaka dan sebagainya. Sebaliknya, ternyata Allah tidak menegur Nabi Musa. Ini menunjukkan bahawa apa yang diminta oleh Nabi Musa bagi melihat Allah adalah tidak boleh pada keadaan itu (ketika di dunia). Kita beriman Allah tidak boleh lihat di dunia tapi akan melihatNya di akhirat untuk orang beriman.

Allah berfirman: “ Engkau tidak akan melihatku”. Allah tidak kata: “Engkau tidak boleh melihat ku”. Ada pengkhususan dalam ayat itu. Yang dinafikan permintaan dari Nabi Musa dan bukan menafikan secara mutlak seperti ahli kalam maksudkan: “Aku tidak boleh dilihat”.

Sanggahan terakhir adalah Allah kata: “Sebaliknya tengok gunung ini. Sekiranya dia kekal pada tempatnya, Engkau akan melihatKu” . Dan apabila Allah jelmakan diriNya kepada gunung, ia hancur lebur”. Mana petunjuk dalil Allah boleh dilihat? Kalau gunung boleh melihat Allah, tetapi dia tidak dapat menampungnya, masakan manusia mampu melihat Allah pada waktu ini. Gunung yang utuh, gagah, keras juga hancur lebur. Gunung dapat lihat Allah. Maka, makhluk yang bernyawa atau tidak pasti boleh melihat Allah jika Dia mengizinkan.

 

SOALAN-SOALAN

1. Bagaimana salaf percaya hal qadar?

Beriman qadak dan qadar adalah sebahagian rukun iman. Maka Allah telah menetapkan segala sesuatu di lauth mahfuz 50 000 tahun sebelum tercipta langit dan bumi. Allah menetapkan segala-gala sebelum, semasa dan selepas berlaku sesuatu. Allah Maha Mengetahui. Dalam masa yang sama Allah memberi pilihan kepada manusia. Tinggal lagi pilihan tersebut tidak akan keluar dari ruang lingkup qadak dan qadar.

Hadis Nabi  ﷺ: “Beramallah walaupun takdir qadar sudah ditetapkan sejak azali. Beramallah kerana setiap seorang itu dimudahkan untuk telah apa yang dijadikan untuknya”

Kita tetap perlu beramal dan berusaha. Dan akhirnya kita tawakkal kepada Allah.

 2. Orang beriman boleh melihat wajah Allah atau diri Allah?

Akidah Ahli Sunnah iaitu kita semua mesti kenal Allah dan sifatNya.

Sabda Nabi  ﷺ: “Semua atas muka bumi akan binasa, yang tinggal hanya wajah Tuhan”.

Jangan ada terlintas di kalangan kita yang faham hanya wajah tertinggal, manakala tangan kaki atau tangan akan binasa.
Contoh: “Aku telah lihat ali di Bandar tadi.” . Maka, boleh tak di bandar tadi dia nampak tangan Ali sahaja?

Apa yang nak dikatakan adalah wajah perkara paling utama pada diri manusia itu (tanpa tasybih dengan Allah).

3. Boleh tak kata Allah berjisim atau ber’zat’?

Kita hanya menetapkan sifat Allah dengan apa yang ditetapkan pada diriNya. Kita perlu elak menggunakan perkataan berjisim kerana tidak disebutkan begitu.  Allah menggunakan perkataan tangan, wajah, kaki dan lain-lain. Jangan lebih dan terlajak, nanti akan tasybih. Tiada ada yang serupa dengan Allah.

Kita juga perlu elakkan menggunakan perkataan ‘zat’. Golongan Ahli Kalam selalu menggunakan ‘zat’. Elakkan guna perkataan itu. Mereka membezakan. Mereka menafikan Allah ada tangan, kaki dan sebagainya. Maka datang soalan cepu emas: “Apa yang ada pada Allah?”. Dan itu datang perkataan ‘zat Allah’ kerana ini sahaja mereka tetapkan yang mereka nafikan (wajah, tangan, kaki dan sebagainya).  Sedangkan Allah tetapkan sifatNya seperti yang terdapat dalam dalil quran atau hadis.

 4. Macam mana nak letakkan kita di jalan ahli syurga berdasarkan dalil-dalil yang disebut Quran dan Hadis?

Tidak seseorang pun boleh mendabik dada yakin  mengatakan dia ahli syurga. Yang boleh kita mintak adalah seperti hadis dibawah;

Sabda Nabi  ﷺ: “ Tiada orang yang masuk syurga disebabkan amalan.”

Amalan soleh bukan sebab utama masuk syurga. Sebaliknya sebab utama adalah rahmat Allah. Yang perlu dibuat adalah berusaha, meminta dan berbaik sangka dengan Allah. 

5. Qadak dan qadar telah ditentukan oleh Allah. Sejauh mana perbuatan di dunia ini boleh dikawal oleh kita sendiri?

Allah yang telah tetapkan qadak dan qadar, dalam masa yang sama Allah juga yang suruh kita beramal. Lauth mahfuz tidak boleh ditukar. Yang bertukar adalah perintah Allah kepada Malaikat. SEBAGAI CONTOH KERANA DOA DAN SEUMPAMANYA. Allah ubah dengan memerintah kepada Malaikat sebagaimana dalam hadis yang menceritakan;

“Turunkan hujan di tanah si fulan”.

Suara ini mengarahkan Malaikat untuk hujan menurunkan hujan di tanah. Ternyata tuan tanah adalah orang yang soleh yang menginfakkan hasil tanamannya. Maka dengan perbuatan, amal soleh dan doa boleh mengubah perintah yang didatangkan kepada Malaikat. Ketetapan di Lauth mahfuz tidak berubah. Ini semua disisi Allah dan kita tidak tahu.

Kenapa Allah suruh kita beramal dan berdoa kalau sekiranya tidak berfaedah? Ia adalah kerana ‘ASBAB’ untuk mendapat keredhaan dan masuk syurga Allah Taala.

6. Adakah kesesatan Ilmu Kalam disebabkan qadak dan qadar Allah?

Semua yang berlaku adalah kerana qadak dan qadar termasuk kesesatan ilmu kalam. Kena ingat bahawa setiap sesuatu diatas ‘sebab musabab’ kerana Allah sesekali tidak menzalimi hambaNya. 

7. Allah mendatangkan Malaikat untuk turunkan hujan. Bagaimana nak beriman Allah datangkan hujan dengan sains yang mengatakan hujan disebabkan proses-proses tertentu?

Proses sains adalah sebab musabab.

Kebanyakan ahli sains adalah Athies. Antara musibah utama sains adalah mereka putuskan sebab utama iaitu Allah Taala. Tidak ada masalah kita belajar sains. Dalam masa yang sama perlu BERSAMA TAUHID dan iman bahawa sains hanya ‘sebab musabab’.

Contohnya: Dari segi sains hujan itu tak boleh berlaku, tapi dengan takdir Allah ia boleh berlaku mengikut kehendakNya.

Audio Kuliah:
https://www.dropbox.com/s/pv09op6exfmj834/Uis%2010%20Mac%202017.m4a?dl=0

 

 

 

 

Advertisements