KULIAH SYARAH AS-SUNNAH IMAM AL BARBAHARI Oleh Ustaz Idris Sulaiman (24 Feb 2017)

PERKARA KE-13

Kata Imam Barbahari: “Ketahuilah. Mudah-mudahan Allah merahmatimu. Bahawa berbicara tentang Rabb (tuhan) tanpa bimbingan Quran dan Sunnah adalah perkara yang baru. Perbuatan tersebut adalah bidaah dan kesesatan. Tidak boleh berbicara tentang Rabb kecuali dengan apa yang telah disifatkan diriNya dari Quran dan dengan apa yang Nabi ﷺ telah jelaskan kepada sahabatnya.

Allah yang maha Mulia dan Esa berfirman: “Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dia maha Mendengar dan Maha Melihat” (QS As-Syura:11)

PERKARA KE-14

Kata Imam Barbahari: “Rabb kami adalah yang pertama tanpa boleh bertanya bilakah Dia ada, Dia yang akhir tanpa pada batasan akhirnya. Dia yang mengetahui segala rahsia dan yang tersembunyi. Dia istiwak di atas arasy. Ilmunya meliputi seluruh tempat dan tiada suatu tempat pun yang luput (terlepas) daripada ilmuNya.”

*Ilmu Kalam= Ilmu Falsafah = Ilmu Mantik
Kalam bermaksud cakap atau menggunakan akal tanpa panduan dalil dari Quran dan Hadis ﷺ.

SYARAH KITAB 

AHLI BIDAAH BERCAKAP TENTANG AGAMA TANPA RUJUKAN DALIL

Ini lanjutan dari bicara sebelum ini (perkara 11 & 12) berkenaan tentang sifat-sifat Allah dan hakikat Allah Taala,  Imam Barbahari mengatakan berbicara tentang Rabb adalah perkara yang baru dan tiada panduan dari Quran dan Sunnah. Berbicara ini bermaksud ‘memikirkan secara mendalam dengan panduan akal semata-mata’. Sebagaimana yang dilakukan golongan Ahli Kalam yang berbicara tentang asal usul akidah berdasarkan akal, mereka cuba mendalaminya sedaya upaya tanpa ada halangan atau batasan. Mereka redah dengan berbicara sifat-sifat Allah dan berjidal. Ini semua sifat-sifat Ahli Bidaah.

SELURUH SAHABAT, TABIIN DAN IMAM SUNNAH TIDAK BICARA MENDALAM TENTANG SIFAT ALLAH

Adapun kita lihat sikap dan pendirian seluruh Sahabat, Generasi Tabiin dan Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah ternyata tidak pernah berbuat sedemikian apabila berbicara dalam perkara akidah amnya dan sifat-sifat Allah khasnya. Mereka tidak pernah berjidal berkenaan sifat Allah sepertimana golongan menyimpang seperti  Jahmiah dan Muktazilah yang menggunakan kaedah Ilmu Kalam (Falsafah). 

KAEDAH ILMU KALAM MENCEDOK FALSAFAH YUNANI DAN MENINGGALKAN DALIL

Golongan ahli kalam ada kaedah-kaedah dan peraturan mantik yang ditetapkan. Falsafah Yunani diambil dan mereka tinggalkan nas dan wahyu. Mereka meletakkan di dalil ke tepi. Ini adalah hakikat buat mereka yang menginsafi perkara yang penting ini. Andaikata kaedah Ilmu Kalam / Ilmu falsafah / Ilmu mantik ini adalah sebahagian ilmu yang dianjurkan oleh agama untuk kita pelajarinya. Maka, sudah lama Nabi ﷺ menyebutnya atau nescaya Islam telah memuji ilmu mantik tersebut. Tiada disebut pun.

TUJUAN AHLI KALAM MENGGUNAKAN FALSAFAH YUNANI

Mereka dakwa:Menggunakan Ilmu Kalam dengan tujuan untuk menolak syubahat dan keraguan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam tentang hal akidah mereka. Ia adalah bagi mempertahankan akidah umat Islam dan menyanggah golongan orientalis.”

Ironinya (peliknya), ternyata ilmu Kalam yang mereka gunakan ibarat racun yang disangka penawar. Kenapa? Dengan Ilmu Kalam yang digunakan terus menambah keraguan dan syubahat yang ditempelkan kepada Allah serta sifat-sifatnya.

KAEDAH ILMU MANTIK DALAM MENAFSIRKAN AKIDAH @ SIFAT 20

Kita nak cerita bagaimana kesalahan kaedah mantik seperti Allah Wujud, Qidam, Baqa’ dan lain-lain. Daripada mana mereka datangkan sifat Allah Wujud, Qidam, Baga’, Ilmun, Hayyun, Sama’, Basar? Ia ditetapkan satu persatu mengikut kaedah mantik.

 1. Sifat pertama: ALLAH WUJUD (ADA)
Mereka fikirkan apabila mereka lihat alam ini wujud sendiri atau tidak? Maka mereka kata tidak mungkin sesuatu wujud dengan sendiri. Maka, ini menunjukkan adanya Allah (iaitu Allah Wujud).

2. Sifat kedua: QIDAM (PERTAMA)
Lepas itu persoalan lain. Allah yang wujud ini, adakah boleh diwujudkan atau adakah ada sesuatu yang mewujudkan Allah sebelum itu? Mereka perah otak. Maka mereka kata tidak mungkin ada benda lain yang mewujudkan Allah. Maka lahir QIDAM (pertama).

Ini kaedah mantik yang mereka gunakan.

BICARA AGAMA TANPA DALIL ADALAH KESESATAN

Kita kata, andaikata ilmu Kalam/Mantik/Falsafah adalah sebahagian ilmu agama yang dianjurkan oleh syariat Islam untuk pelajari dalam mendalami akidah, nescaya telah diperintahkan oleh Nabi ﷺ, nescaya Nabi ﷺ yang telah menetapkan aturan-aturan dan kaedah-kaedah itu dan juga nescaya syariat Islam juga telah memuji dan mengangkat ilmu Kalam/Falsafah/Mantik ini. Tetapi ternyata ini Nabi ﷺ tidak pernah sebut dalam Quran dan hadis. Tiada sepatahpun. Ilmu Kalam maksudya cakap (guna otak). Cakap menggunakan otak tanpa panduan Quran dan hadis. Tiada nas dan petunjuk Nabi ﷺ menjelaskan prinsip-prinsip dan kaedah ilmu Kalam tersebut. Tiada hadis Nabi ﷺ memuji golongan Ahli Kalam walau secara isyarat. 

Maka, seperti Imam Barbahari kata:Berbicara tentang tuhan adalah perkara yang baru (bidaah dan kesesatan)”.

SIKAP MUKMIN ADALAH BERPEGANG TEGUH KEPADA DALIL

Kita katakan seseorang itu tidak akan berada di atas landasan yang benar atau jalan lurus melainkan sesudah dia menyerahkan dirinya kepada agama sepenuhnya iaitu kepada firman Allah Taala dan Sabda Nabi ﷺ tanpa dia menoleh ke kanan atau kiri dan mencari selain daripadanya.

KESAN MENDAHULUKAN AKAL (ILMU KALAM) DARI PANDUAN QURAN, HADIS DAN PETUNJUK SAHABAT

Oleh yang demikian, barangsiapa memandang bahawa panduan Quran dan Hadis Nabi ﷺ itu dan petunjuk sahabat tidak cukup, selagi itu dia akan terhalang daripada memahami tauhid yang sebenar. Dia terhijab dari memperoleh akidah yang jelas serta keimanan yang tulen. Sebaliknya, selagi mana dia tidak berpegang kepada Quran dan hadis sepenuhnya dalam memahami akidah, perkara iman dan tauhid, selagi itu dikira iman kurang dan tidak penuh. Ini bukan soal tiakfir atau tidak. Mereka dikira sebagai orang Islam. Jangan lupa Islam di atasnya adalah tingkatan Iman sebelum Ihsan (Islam , Iman dan Ihsan).

Tetapi di sini mereka yang menggunakan kaedah selain dari Quran dan Sunnah dalam memahami akidah, mereka tidak sempurna imannya. Ini kerana mereka berbicara tentang akidah berdasarkan akal semata-mata yang didorong oleh hawa nafsu. Atau dia bertaqlid kepada sesiapa yang dia taqlid dari kalangan orang mengguna akal semata-mata. Akal yang dipandu oleh hawa nafsu tanpa ada pentunjuk Allah. Akhirnya, sebanyak mana dia tinggalkan Quran dan hadis dalam memahami akidah. Maka sebanyak itulah berkurangnya imannya. Sebanyak itu dia keluar dari jalan Nabi ﷺ.

Dalam kita berbicara tentang nama dan sifat-sifat Allah dalam kuliah yang lepas, adanya 4 prinsip utama. Kita menetapkan nam dan sifat-sifat apa yang Dia tetapkan bagi diriNya. Dan Allah lebih tahu tentang diriNya daripada orang lain. Allah lebih benar perkataanNya tentang diriNya dari orang lain. Dan Allah lah yang paling tepat dalam memilih perkataan dalam menjelaskan tentang sifatnya dari orang lain. Kita beriman tentang Allah tanpa kita tahrif (selewengkan), tanpa tidaktil (membatalkan), tidakyiif (mempersoalkan bagaimana), tanpa tashbih (menyamakan).

AHLI KALAM TERUS MENAMBAH KERAGUAN DAN SYUBAHAT DALAM MEMAHAMI SIFAT ALLAH

Golongan Ahli Kalam apabila menggunakan ilmu Kalam/Falsafah/Mantik dalam membicarakan tentang akidah atau sifat-sifat Allah. Mereka mendakwa bahawa dengan ilmu Kalam yang mereka guna menghasilkan sifat 7 hingga sifat 20. Dengan Ilmu Kalam yang digunakan terus menambah keraguan dan syubahat yang ditempelkan kepada Allah serta sifat-sifatnya. Hal ini dapat dilihat pada tokoh Ilmu Kalam kerana merekalah yang mendalami ilmu tersebut.

Kita sebut: “Barangsiapa yang tinggalkan Quran dan Sunnah dan memilih selain daripadanya dalam memahami akidah dan tauhid, maka sebanyak itu dia akan tersimpang.”

AHLI KALAM BERUBAH-RUBAH ANTARA IMAN DAN KEKUFURAN

Agaknya siapa yang paling terkesan dengan penyimpangan kalau bukan tokoh Ilmu Kalam tersebut? Akhirnya, mereka terus hidup dalam ketidakyakinan (mutazabzib). Dalam keadaan tidak tentu hala. Berubah-rubah antara keimanan dan kekufuran. Di antara percaya dan tidak percaya. Antara mengaku dan engkar terhadap sifat-sifat Allah. Ibarat kata bicara hatinya sentiasa diselubungi was-was, ketidakyakinan atau syak.

Dia tidak berada dalam keadaan iman yang benar. Mereka tidaklah kufur atau tidak beriman secara total. Itulah muzabzib (diantara keduanya – kufur dan iman). Sejarah telah menunjukkan bahawa kesudahan tokoh-tokoh ini. Mereka menyesal dengan tenaga dan masa yang telah dicurahkan dalam mendalami Ilmu Kalam.

CONTOH TOKOH BESAR ILMU KALAM & PENYESALAN 

1. Abul Maali Al Juwaini
2. Imam Al Ghazali
3. Fahkruddin Ar-Razi

Beliau mengatakan: “Wahai sahabat-sahabat sekalian, jangan kamu sibukkan dengan Ilmu Kalam. Kalau kamu tahu Ilmu Kalam yang telah memberi kesan buruk kepadaku, kamu tidak akan sibuk mempelajarinya.”

Abul Maali Al Juwaini digelar Imam Al-Haramain dan di antara tokoh besar mazhab Asyairah. Diriwayat kedua mereka (Abul Maali dan Imam Al Ghazali) apabila wafat, didada mereka ada kitab Sahih Bukhari. Dikatakankan mereka kembali ke Sunnah di akhir hayat mereka setelah sekian lama meninggalkan Quran dan Hadis dalam memahami akidah dan tauhid.  Kita bersangka baik kepada mereka.

PENYESALAN FAKHRUDDIN AR-RAZI

Dalam kitab Al Aqidah At-Thahawiyah karangan Al Eid Ibnu Al-Hanafi, beliau membaca nukilan-nukilan ini. Kata penulis, Fakhuruddin Ar Razi ada menyebut penyesalannya.

Fakhruddin Ar Razi berkata: “Aku telah mengamati jalan-jalan Ilmu Kalam serta metod-metod falsafah. Aku dapati ia tidak menyembuhkan diri yang sakit mahupun menghilangkan diri yang dahaga. Jalan yang paling singkat untuk mencapai kebenaran adalah jalan Quran. Barangsiapa telah mencuba sepertimana aku telah cuba (ilmu Kalam), dia akan tahu sepertimana aku telah tahu.”

IMAM SYAFIE MENCELA DAN KERAS KEPADA AHLI KALAM

Dalam buku ini juga Al Eid menukilkan kata-kata Imam As Syafie (wafat 204H) yang keras tentang ilmu Kalam. Waktu ini adalah zaman permulaan Ilmu Kalam.

Kata Imam As Syafie: “Hukum aku terhadap Ahli Kalam hendaklah mereka dipukul dengan ranting dan selipar serta diarak keliling kampung dengan dikatidakan inilah balasan buat mereka yang tinggalkan Quran dan Sunnah dan ambil Ilmu Kalam”.

Imam Syafie menambah: “Aku telah melihat kata-kata Ahli Kalam dan aku tidak menyangka seseorang muslim akan berkata sedemikian. Kalau hamba itu diuji dengan segala yang dilarang oleh Allah kecuali syirik. Itu lebih baik bagi dia dari terjerumus dalam Ilmu Kalam”. (Manaqib Asy-Syafii karya Al-Baihaqi 1/462, cet, Dar At-Turots)

*Pukul ranting dan selipar adalah simbolik sebagai  penghinaan kepada mereka yang mengambil Ilmu Kalam.

ILMU KALAM BOLEH TIMBULKAN KESYIRIKAN

Kenapa sampai kata begitu? Kerana llmu menggugat akidah sepertimana syirik. Tapi syirik itu kemuncak kesesatan. Di antara jalan ke syirik adalah Ilmu Kalam kerana ia menimbulkan keraguan dan syubahat. Bukan calang-calang syubahat dan keraguan. Ia menimbulkan keraguan tentang Allah.

Kalau seseorang itu kata: “Allah bukan di atas, Allah bukan dibawah, Allah bukan kanan, kiri atau depan”.

Ini apa? Tidak pening jadinya. Begitu juga ramai masyarakat tidak sedar tentang kenyataan “Allah di mana-mana” dan “Allah wujud tanpa tempat”. Kenyataan yang sangat mudah dilontarkan sehingga dijadikan zikir dan lagu. Ditarbiah dan dibaca anak-anak kecil. Ini perkataan yang sangat berat kerana ia melibatkan akidah. Kalau difikirkan haru jadinya.

KESESATAN TANPA HAD DAN BATAS & WAHDATUL WUJUD

Apa maksud “Allah di mana-mana?”. Jadi Allah boleh ada ditandas? Macam mana boleh berada di tempat kotor. Akhirnya keliru. Jangan lupa, kesesatan tiada had dan sempadan. 

Apakah kemuncak orang yang berpegang Ilmu Kalam? Iaitu Allah ada dalam diriku (wahdatul wujud). Mungkin diwalnya Allah ada dalam poket, lama-lama Allah dalam diriku. Ini lah wahdatul wujud “kesatuan agama”.  Akhirnya dia tidak kata Subhanallah tapi Subhani (maha suci aku) dan Allah dalam diriku. Ini kemuncak kesesatan dan tahap syirik yang dahsyat.

ILMU KALAM MERASAKAN DIRI TIDAK CUKUP

Orang yang terjerumus dalam Ilmu Kalam dia akan terus syubahat dan keraguan. Apa buktinya? Kita boleh lihat depan mata kita. Sama ada mereka sedar atau tidak. Kita dapati mereka yang mengaji ilmu falsafah (Ilmu Kalam) tidak akan rasa diri mereka sudah cukup, atau sudah dekat dengan Allah. Bahkan, mereka rasa semakin jauh dari Allah. Ini musibah. Kita ada jalan siratul mustaqim adalah jalan menuju kepada Allah. Jalan kesesatan mereka semakin lama makin jauh. Tidak hairanlah dikalangan ulamak besar Ilmu Kalam mereka menyesal, berpaling tadah dan merasa rugi seruginya menuntut ilmu Kalam.

ILMU TASAWUF (SUFI) LAHIR DARI KAEDAH ILMU KALAM

Di kalangan orang yang menuntut Ilmu Kalam, makin lama semakin jauh dengan Allah dan mereka merasa kosong. Kita ada sebut di kalangan pempelajari Ilmu Kalam/falsafah/mantik, ternyata mereka  terus masih tercari-cari tentang apa yang boleh memenuhkan jiwa yang kosong tersebut. Seperti manusia itu lapar dan dahaga, mereka akan cari makanan. Begitu juga jiwa (hati) yang kosong, tinggal lagi sama ada isi yang baik atau buruk. Demikian tentang hal yang mempelajari Ilmu Kalam. Ternyata Ilmu Kalam tidak memenuhkan tuntutan jiwa mereka. Kita dapati di kalangan mereka merasa tidak cukup. Maka kerana itu mereka terpaksa menampung dengan Ilmu Kalam yang tidak cukup, itulah datang Ilmu Tasawuf yang hakikatnya bertujuan untuk isi kekosongan yang berlaku akibat mengaji Ilmu Kalam.

BENARKAH ILMU TASAWUF (SUFI) UNTUK PENYUCIAN JIWA?

Maksud Ilmu Tasawuf adalah Ilmu untuk menyucikan jiwa (tazkiyatun nas). Mereka sudah mengaku bahawa Ilmu Kalam itu telah membawa kekotoran dalam jiwa. Sebab itu perlu dibawa clorox (Ilmu Tasawuf). Ternyata ilmu Tasawuf itu bukan clorox yang betul, dalam masa yang sama mereka melazimi Ilmu Kalam. Masakan boleh sembuh kalau dia terus makan racun, kemudian dia menggunakan racun yang lain untuk sembuhkan racun pertama tadi. Akhirnya, ia terus berlegar kerana jiwa yang terus sakit. Ini keadaan penuntut dan ulamak Ilmu Kalam.

ULAMAK SUNNAH ISTIQOMAH DI JALAN KEBENARAN
*(BERPEGANG KEPADA SUNNAH NABI DENGAN PANDUAN SALAFUSSOLEH)

Sebaliknya, di kalangan mereka yang menuntut atau Ulamak kepada Ilmu Sunnah yang benar (Salafussoleh). Sebutkan nama ulamak salaf yang berpaling tadah? Anda tidak akan dapati di kalangan ulamak (bukan fulamak) yang berpaling tadah. Bukan di kalangan orang awam yang masih terkial-kial yang sekejap Salafi, Ikhwani atau Tablighi. Itu sifat orang awam yang jahil dan masih mencari-cari. Bagi  kalangan ulamak salaf yang tahu kebenaran:

1. Pertama: Adakah ada yang berpaling tadah?
Tidak ada.

2. Kedua: Di kalangan orang-orang yang mendokong Sunnah dan berpegang dengan Manhaj Salafussoleh, adakah mereka masih merasakan kekosongan dalam jiwa?
Tidak ada

Anda tidak akan akan menjumpai dalam pengajian akidah salaf, ia akan disusuli dengan membuka kitab Tasawuf. Kalau ada maksudnya ustaz tu tidak boleh pakai atau tidak faham. Mana ada dikalangan ulamak atau penuntut ilmu yang menggabungkan antara akidah dan Tasawuf.

PENGAJIAN AHLI BIDAAH AKAN MENGGABUNGKAN ‘ILMU KALAM &  ILMU TASAWUF’

Jika kita lihat pengajian-pengajian Ilmu Kalam mesti ada gabungan Ilmu Kalam dan Tasawuf adalah sinonim. Pasti ada. Seolah-olah tanpa sedar mereka melakukan perkara tersebut. Sedangkan mereka lebih tahu apa yang telah berlaku. Inilah orang yang menyimpang dari jalan kebenaran, mereka tidak nampak apa yang berlaku pada diri mereka. Dalam kalangan Ilmu Kalam, mereka menambah Ilmu Tasawuf untuk menampung kekurangan.

ILMU TASAWUF MEMBAHAGIKAN TINGKATAN KEPADA ‘SYARIAT, TAREQAT, MAKRIFAT & HAKIKAT’

Ia terus membuatkan mereka jauh, makin jauh dan makin jauh. Kemuncaknya, nauzubillah, kalau kita lihat dalam Tasawuf  datangnya 4 perkara iaitu Syariat, Tareqat, Hakikat dan Makrifat. Lagi pening. Kalau ikut definisi mereka, tadi dah belajar ilmu Kalam dan masuk ilmu Tasawuf . Ada pulak 4 peringkat dalam tasawuf (Syariat, Tareqat, Makrifat dan Hakikat). Sekali lagi tanpa mereka sedar mereka korek lubang makin dalam dan makin dalam.

BAGAIMANA KESUDAHAN PENUNTUT ILMU TASAWUF?

Kalau lihat maksud definisi ilmu Tasawuf:

1. Ilmu Syariat 
Ia 
adalah ilmu masyarakat awam atau kaedah mereka dipanggil Ilmu Kalam. Apa yang kita belajar ilmu Syariat seperti Quran, Sunnah, Hadis 40, hadis Riyadhussolehen dan lain-lain. Ini semua ilmu syariat.

Kita nak tanya Ilmu Kalam masuk kat mana? Ini masuk dalam dalam ilmu paling lekeh la. Tanpa sedar, mereka mencela ilmu yang mereka sendiri ajar kepada anak-anak mereka kerana Ilmu Kalam adalah ilmu yang diajar kepada masyarakat awam yang belum tahu Tasawuf pun. Ini perakuan mereka bahawa Ilmu Kalam termasuk dalam ilmu Syariat dan ilmu Syariat ini di tahap bawah (paling lekeh).

2. Ilmu makrifat
Ia adalah ilmu Wahdatul Wujud (kesatuan agama). Bahawa Allah menjelma dalam diriku. Aku adalah Allah, dan Allah dalam diriku. Ini kemuncak kepada kesesatan syirik. Ilmu yang tidak ada rasa malu langsung dan tiada harga diri. Tidak malu kepada diri dan jauh sekali malu kepada Allah.

KELAZATAN ZIKIR ‘TOLEH KANAN KIRI & PUSING-PUSING’ PADA ILMU TASAWUF

Kenapa ada halaqah zikir dalam majlis Tasawuf? Kenapa ada menoleh kanan dan kiri? Kenapa mula mengangkat suara dengan bunyi zikir, ada lompat terkinja-kinja macam orang yang tidak siuman, kenapa ada pusing-pusing? Kenapa dan kenapa? Ini semua kononnya untuk mencari kelazatan iman. Ya, mereka kata lagi kita pening, kita akan masuk alam fana’. Ini adalah hakikatnya masuk dalam hospital orang gila.

PENGANUT ILMU TASAWUF AKAN BUAT ORANG JADI GILA

Jangan lupa, memang kesudahan akan jadi gila. Jangan main-main. Kalau hari-hari, kalau tengkuk tidak sakit, mereka jadi gila. Jika sesiapa tengok di youtube, dikalangan pengamal ilmu syariat (yang awal-awal), semua pakai baju cantik putih. Lalu diatas kerusi singgahsana ada orang tua yang pakai sarung compang -camping, pakai tshirt putih, berjanggut putih dan hisap rokok. Ini jemaah orang yang sesat lagi menyesatkan. Kita tengah cerita bahawa orang sekelilingnya ada sedikit siuman dan belum jadi seperti syeikh mereka. Syeikh tu dah gila. Siapa yang keluar rumah pakai macam itu? Ini majllis zikir tetapi syeikh datang macam ini. Tidaklah mereka melihat “Engkau semua nak jadi macam tu ke?”.  Mereka tidak fikir.

HIDAYAH BAGI MEREKA YANG MEMIKIRKAN KEROSAKAN ILMU TASAWUF

Firman Allah: “Mereka tuli, bisu dan buta. Maka tidaklah mereka akan kembali”(QS Al-Baqarah:18)

Padahal kalau tanya jujur nak jadi macam syeikh itu, mereka tidak mahu. Syeikh hisap rokok. Adakah ini bukan rokok tapi zam-zam. Pembohong. Ini masalah orang yang menunggang agama untuk membolehkan apa yang tidak sepatutnya. Sebab tu mereka kata kalau nampak orang gila, jangan caci, itu wali Allah.

PENGHINAAN MENGAMBIL ILMU KALAM & TASAWUF DENGAN TINGGALKAN DALIL

Ini kemuncak hikmah pelajaran buat mereka yang tinggalkan Quran dan Sunnah atau tinggalkan Nabi ﷺ. Kita hargai apa yang Allah berikan. Lalu kita ambil jalan selainnya. Kita ikut panduan syaitan dan iblis. Apa akan jadi? Allah akan hina dia. Ini adalah penghinaan atas syeikh tersebut. Dia rasa dia hebat tapi dari sudut pandang orang yang waras, ulamak atau orang berilmu, dia adalah hina. Dan dari sudut pandang Allah dia adalah sehina-hinanya. “Balasan setimpal dengan amal”. Engkau tinggal Quran dan Sunnah , sebanyak itu engkau akan akan dicampak dalam kehinaan. Wal Iyya Zubillah.

PERKARA 14

Kata Imam Al Barbahari: “Tuhan kami yang pertama tanpa bila dan yang terakhir tanpa kesudahan”.

Firman Allah: “Dialah Yang Pertama dan Yang Terakhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS Al-Hadid:3).

Apa maksud Yang Pertama? Tiada apa-apa yang telah mendahuluinya, selain dari Allah datang kemudian (baru).  Allah yang pertama bahkan tiada permulaanNya.

GODAAN SYAITAN & AKIBAT MEMIKIRKAN SIFAT ALLAH DENGAN MENDALAM

Sabda Nabi ﷺ: “Syaitan akan terus membisikkan dalam diri seseorang dengan mengatakan: “Siapakah yang menciptdakan ini, siapakah yang ciptdakan ini…” Sehingga sampai kepada Allah, syaitan akan bisikkan kepada manusia: “Siapakah ciptakan Allah?”

Lalu Nabi ﷺ kata: “Maka sesiapa yang diuji dengan perkara tersebut, hendaklah dia ucapkan istiazah (meminta perlindungan kepada Allah), A’uzubilah min syaitan nir rajim, wal yan tahi”. Maka berhenti di situ.” (HR Bukhari).

Ini kepada orang terkena masalah was-was.

PERBEZAAN ANTARA ‘KEKAL ALLAH & KEKAL SYURGA/NERAKA’

Maka Allah adalah yang terakhir. Allah bersifat berterusan, berkekalan dan tiada kesudahan. Berbeza dengan makhluk, mereka semua akan binasa. Apa beza kalau kita beriman syurga dan neraka berkekalan? Penghuni syurga dan neraka juga akan tinggal di sana selamanya. Adakah di sini ada tasybih (penyerupaan)? Sama sekali tidak sama. Sebaliknya kekalnya penghuni syurga selamanya atau penghuni neraka selamanya adalah dengan kehendak dan izin Allah . Adapun Allah, Dia kekal selamanya tanpa izin sesiapa.

Allah yang tahu rahsia (yang tidak Nampak) sepertimana dalil berikut.

Firman Allah: “Dan Allah memegang kunci-kunci perkara ghaib. Tidak ada yang mengetahui kecuali Dia. Dia yang mengetahui di lautan dan daratan. Dan tidak ada apa yang gugur daun-daun melainkan Dia mengetahuinya, Dan tidak ada bijian yang gugur melainkan dia telah tertulis dalam kitab yang terang dan nyata” (QS Al-An’am: 59).

Firman Allah: “Allah ilmuNya meliputi segala-gala. Tidak ada apa-apa yang terlepas daripada pengetahuanNya. Bahawasanya Allah istiwak di atas arasy” (QS Al-Khalaq: 12)

MAKSUD ALLAH ISTIWAK ADALAH ‘MENINGGI & TETAP’

Maksud Istiwak dalam Bahasa Arab adalah ‘Meninggi dan Tetap’.  Jangan diterjemah istiwak sebagai bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk. Beza terjemahan dan kefahaman. Kalau kita fahamkan meninggu dan tetap, itu kefahaman. Jangan kita apa yang Allah tidak kata. Allah sebut dalam Quran sebanyak 7 kali. Apa maksud arasy? Ialah katil atau singgahsana.
SOALAN- SOALAN

 1. Adakah Ahli Kalam dalam lingkungan Ahli Sunnah wal Jamaah?

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGAMAL SESUATU MENGIKUT DALIL

Sejauh mana mereka  berpegang kepada Sunnah di kala mereka telah meninggalkan Sunnah? 

Kalau kita kata: “Aku bersama rumah hijau, tapi aku pakai baju merah.”

Ini adalah dakwaan. Realiti menyalahi apa yang engkau dakwa. Apa maksud Ahli Sunnah? Ahli Sunnah adalah orang yang melazimi Sunnah dan sejauh mana mereka kembali kepada Nabi ﷺ. Kita sebut Nabi ﷺ tidak pernah mengajar ilmu Kalam. Ilmu Kalam tiada kena mengena dan mereka telah menyelisihi Sunnah Nabi ﷺ.

AHLI KALAM HANYA DAKWAAN DAN TIDAK ITTIBA’ KEPADA NABI ﷺ

Lagi keliru. Apa maksud Al Jamaah. Ia bukan majoriti. Majoriti negara kita adalah Ahli Kalam. Al Jamaah bukan majoriti. Maksud Al Jamaah adalah apa yang pegangan Nabi ﷺ dan Sahabat. Tunjukkan di mana Nabi ﷺ dan Sahabat guna ilmu Kalam. Mereka takwil  dan seleweng nama dan sifat Allah. Tunjukkan mana bukti kamu jika kamu  berkata benar. Adapun nak dakwa, semua orang boleh dakwa. Semua mendakwa hamba dan tunduk kepada Allah. Buktikan.

AHLI BIDAAH HASANAH SEPERTI ASYAIRAH TIDAK SAMA DENGAN AL JAMAAH

Hakikatnya banyaknya kecelaruan.  Subhanallah, maka logiknya  dalam bab bidaah anda akan berlepas diri. Ini tidak. Mereka terima dengan menyeru kepada bidaah hasanah. Bidaah dan Sunnah ibarat air dan api, mana boleh bergabung. Maka, sebutkan kami adalah “Ahli bidaah Hasanah wal Asyairah”. Kenapa malu. Jangan keliru. Maka berbanggalah pegangan anda. Bukan wal jamaah, biar berterus terang. Jangan berlapik-lapik. Ini semua kontradik diri sendiri.

 2. Adakah zuhud dalam Sunnah?

Kena lihat definisi zuhud, kemudian kena lihat maksud warak.

Syeikh Uthaymin menjelaskan:

Definisi Warak – Meninggalkan apa yang membawa mudarat kepada kita di akhirat nanti. Meninggalkan perkara mudarat bermaksud kita tinggalkan perkara haram, makruh dan sia-sia.

Definisi Zuhud – Meninggalkan apa yang tidak membawa faedah di akhirat nanti.

Apa maksud tinggalkan perkara manfaat? Meninggalkan haram, makruh dan sia-sia.

Zuhud lebih tinggi tingkatannya dari warak. Ia meninggalkan perkara yang mubah (halal). Meninggalkan sebahagian perkara mubah yang dikira tidak memberi manfaat di akhirat sepertimana makan minum berlebihan. Guna kenderaan berlebihan, rumah yang berlebihan (ie kenapa ada 4 bilik sedangkan cukup 3 bilik sahaja), pakaian yang berlebihan dan sebagainya.

Cerita pasal zuhud dan warak, ia adalah tingkatan lebih tinggi.  Boleh tidak guna kereka ferari, mercedez terbaru atau porche? Ada kekeliruan yang sengaja. Anda bukan jujur dan amanah jika tidak menceritakan perkara yang benar.

Mereka kata: “Perkara ni mubah, maka tiada masalah. Boleh sahaja guna Porche, Mercedez baru atau Ferari.  Asalkan benda mubah adalah harus. Jangan kita sempitkan apa yang Allah luaskan.”

Kita kata: “Anda sedang membicarakan dari sudut yang lain”. Kata bukan membicarakan mubah atau tidak, bahkan tiada sesiapa yang kata ia adalah bidaah atau haram. Itu bukan persoalan. Persoalannya adakah itu menepati zuhud atau tidak. Rumah besar dan kereta mewah. Zuhud adalah tidak berlebihan tetapi sekadar keperluan.

NABI ﷺ DAN SAHABAT ORANG YANG PALING ZUHUD

Siapakah orang yang paling zuhud?
Ia adalah Nabi ﷺ, sahabat dan ulamak. Mereka adalah orang yang zuhud dari dulu, kini dan selamanya. Mereka adalah menjadi panduan zuhud dan warak untuk kita. Adakah mereka bersifat bermewahan? Jika Nabi ﷺ hendak mewah pasti boleh kerana doa baginda yang paling mustajab. Nabi tinggalkan semua itu. Bukankah afdal harta yang lebih itu disedekahkan?

3. Adakah Maturidi bawa ajaran Sifat 20?

Dikalangan mereka yang berpegang kepada Asyairah tetapi mereka dakwa  berpegang kepada Asyairah dan Maturidi. Ini satu kekeliruan. Maturidi dan Asyairah adalah berbeza. Sedangkan itu adalah dua individu yang berbeza dalam hal akidah.

Asyairah adalah pengasasnya adalah Abul Hasan Asyaari manakala Abul Mansor Maturidi bawa maturidi. Kekeliruan kerana mereka menggabungkan kedua-duanya. Sebahagian pegangan Maturidi dicedok dari Asyairah dan ada sebahagian diambil dari fahaman Jahmiah. Kekeliruan tidak berhenti di situ. Kedua-kedua pegangan Maturidi dan Asyairah  ada berbeza dan juga persamaan.

4. Kalau kita tahu seseorang ulamak itu berpegang kepada Asyairah atau Maturidi, boleh tidak kita ambil ilmu hadis dari mereka?

BERGURU DENGAN AHLI KALAM JELAS MEMBAWA KESESATAN

Jika seseorang telah salah akidah dan metod yang silap, apa jaminan penyimpangan tidak akan menular kepada perkara lain? Ingat, penyimpangan dan kesesatan tiada batasannya. Dia akan menular kepada fekah dan akhlak. Jalan lupa akidah akan pergi kepada akhlak dan fekah.

Seperti contoh Syeikh Sufi yang hisap rokok tadi. Jika ikut akidah, fekah atau akhlak, mana yang kata boleh?

Maka kita kata: “Tinggalkan dan jangan judikan agama dengan ulamak suuk. Tiada jaminan dalam dia mengajar fekah, ada kemungkinan kita tertarik kepadanya.”

Hadis Nabi ﷺ: “Kata-kata itu boleh menyihirkan”.

AHLI HADIS ADALAH SUNNAH, AHLI KALAM ADALAH BIDAAH

Saya tertarik apabila disebut “Akidah Asyairah, kemudian masuk Ahli Hadis”. Ia kontradik kerana ia seperti api dan air. Hadis adalah Sunnah, Ahli Kalam adalah bidaah. Bagaimana Sunnah boleh digabungkan dengan bidaah? Ini berlaku kerana ada bahagian-bahagian yang ditinggalkan.

Timbul persoalan, sama ada  mungkin yang ditinggalkan itu adalah bahagian Ahli Kalam atau yang bahayanya perkara yang ditinggalkan adalah bahagian hadis. Dakwaan mereka Ahli hadis tapi janggut tidak ada, mereka Ahli Hadis tapi isbal. Itu menunjukkan dia bukan Ahli hadis tapi hanya orang kata.

Salurkan sumbangan anda kepada Surau:
No. Akaun: 12092010017971 (BANK ISLAM)
SURAU AL HIDAYAH

Audio kuliah:
https://www.dropbox.com/s/bpfsitkjo47bnb7/Uis%2024%20Feb%202017.m4a?dl=0

Advertisements