KULIAH KITAB 3 PRINSIP ASAS ISLAM SY.MUHAMMAD Oleh Ustaz Idris Sulaiman (26 Jan 2017)

Kata Sy. Muhammad: “Rukun Iman itu ada 6, kamu beriman kepada Allah”

SYARAH KITAB

BERIMAN KEPADA ALLAH MENCAKUPI 4 PERKARA ASAS

1. Beriman kewujudan Allah

2. Beriman Allah adalah Rabb – Rabb ada 4 maksud utama (pencipta, pemberi rezeki, pengurus dan pentadbir)

3. Beriman Allah sahaja yang layak disembah sebagai Ilah (disembah), tiada apa-apa yang disembah selainnya. Maka semua urusan ibadah dikhaskan kepada Allah Taala.

4. Beriman dengan Nama-nama dan Sifat Allah SWT. Ini adalah sejajar dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk diriNya sendiri. Seperti tersebut dalam quran juga disebutkan oleh Nabi ﷺ

KITA BERIMAN DENGAN NAMA DAN SIFAT ALLAH TANPA 4 PERKARA 

1. TANPA TAHRIF – selewengkan nama-nama dan sifat-sifat tersebut seperti yang disebut.

2. TANPA BATALKAN SEGALA YANG TELAH DISEBUT oleh Allah dan RasulNya.

3. TANPA PERSOALKAN BAGAIMANA. Tentang sesuatu yang tiada jawapan. Jika Allah tidak bagitahu, bagaimana kita nak tahu.

4. TANPA KITA SERUPAKAN ALLAH DENGAN SESUATU YANG LAIN. (QS As-Syura:11)

Firman Allah: “Dan bagi Allah nama-nama yang baik, maka berdoalah kepada Allah dengannya”. (QS Al –A’raf: 180).

Ini penting kita beriman dan bertindak sejajar dengannya. Allah perintahkan kita sebutkan nama-namaNya ketika berdoa. Bergantung kepada doa, jika nak minta murah rezeki, kita guna nama Ar Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), mintak ampun guna nama Al Ghafur (Pengampun), Kalau mintak perlindungan dari mudarat kita guna nama Allah Al Qahhar atau Al Jabbar yang memberi maksud melindungi. Maka itu gunanya kita mengetahui nama-nama dan sifat Allah, beriman dan bertindak sejajarnya.

AMARAN TERHADAP PENYELEWENGAN NAMA DAN SIFAT ALLAH

Firman Allah:Dan tinggalkan mereka yang Ilhad (yang menyeleweng) dalam nama-namaNya. Mereka akan diberi balasan atas apa yang mereka lakukan”. (Al-Anaam:180)

PENYELEWENGAN NAMA/SIFAT ALLAH

Antara penyelewangan nama-nama Allah jika menyalahi 4 perkara:
1. Tanpa tahrif;
2. Tanpa batalkan;
3. Tanpa persoal bagaimana; dan
4. Tanpa serupakan dengan sesuatu.

Firman Allah: “Dan bagi Allah sifat-sifat yang paling tinggi.” (QS Ar- Rom: 27)

Maka dalam semua dalam nama-nama dan sifat Allah yang disebutkan oleh Quran dan Hadis, kita kena faham dengan sebaiknya, sesempurna yang mungkin. Dan bagi Allah sifat yang paling tinggi (sempurna tanpa kecatatan).

AYAT YANG MENJADI ASAS IMAN KITA DENGAN SIFAT-SIFAT ALLAH

Firman Allah: “Tiada ada yang serupa dengannya, Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS As-Asyura: 11)

Ternyata dalam hal beriman dengan sifat-sifat Allah, dua kumpulan telah meyeleweng iaitu:

GOLONGAN PERTAMA : MEMBATALKAN SIFAT-SIFAT ALLAH

Kesemua atau sebahagian membatalkan sifat Allah kerana beralasan tertentu iaitu menggunakan alasan falsafah. Mereka mendakwa jika ditetapkan nama dan sifat Allah, akan mengundang tasybih (penyamaan) Allah dengan makhluk. Allah menyebut dalam Quran dan Hadis (contoh Allah ada tangan), mereka kata perlu dimansuhkan. Jika dikekalkan akan sebabkan pernyamaan Allah dengan makhluk.

Kita tegasan dakwaan mereka ini batil adalah disebabkan beberapa faktor. Syubahat ini beratus-ratus tahun tidak selesai. Ia batil kerana dakwaan akan menyebabkan berlaku percanggahan dalam kalimah Allah (Quran atau hadis). Sebaliknya Allah telah menetapkan dirinya nama dan sifat-sifat tersebut. Dalam masa yang sama seperti yang kita telah dengar AS-SYURA:11, ALLAH TELAH MENAFIKAN TIADA YANG SERUPA BAGINYA.

Maksudnya Allah dah tetapkan dan dalam masa yang sama telah nafikan TIADA YANG SERUPA BAGINYA.

Jika nama-nama dan sifat tidak diimani secara zahir, ini beerti bahawa kalam Allah telah mengundang kebatilan. Jangan lupa Quran diturun dalam Bahasa Arab yang fasih dan jelas sebagaimana firmanNya “ Sesungguhnya Kami telah turunkan Quran dalam Bahasa Arab”.

SAMA PADA NAMA TETAPI HAKIKAT BERBEZA

Jika sesuatu itu serupa (ada persamaan) dalam nama atau sesuatu sifat, ini tidak beerti keduanya sama. Ia hanya serupa dari segi nama, adapun hakikat sama sekali tidak serupa. Kita melihat 2 manusia yang keduanya mempunyai sifat sama secara amnya seperti mendengar, melihat dan berkata. Tetapi hakikat keduanya pasti berbeza, seseorang dapat mendenagr tapi tak jelas, seorang itu boleh melihat rabun. Ini satu contoh jelas, bahawa 2 perkara sama sifat tidak beerti sama antara keduanya.

Ini menunjukkan sekiranya terjelas di kalangan makhluk yang mempunyai nama dan anggota yang sama, tetapi realiti adalah berbeza antara sesama makhluk. Bagaimana antara pencipta dan makhluk? Tentu perbezaan banyak sekali perbezaan bertepatan firman Allah, “ Tiada ada yang serupa dengannya” (As-Syura:11).

Ternyata antara hikmah yang sangat tersurat tetapi dalam masa yang sama tersirat BUAT MEREKA YANG MEMAHAMI. Allah menafikan persamaan, sesudah itu terus Allah kata Dia Maha mendengar dan Maha Melihat. Kita menetapkan Allah melihat dan mendengar. Adakah beerti Allah mendengar dan melihat sama dengan makhluknya? Hakikat penglihatan dan pendengaran antara makhluk da pencipta sama sekali berbeza.

Golongan sesat berkata: “Jika tetapkan nama dan sifat-sifat Allah itu tasybih”. Ayat ini kontradik. Jadi kenapa Allah sebutkan dalam ayat itu? Jelas menunjukkan perkataan mereka adalah batil.

GOLONGAN KE-2: GOLONGAN YANG MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DENGAN MAKHLUK

Ia terbalik dari golongan sesat yang pertama. Mereka samakan nama dan sifat Allah dengan makhluk. Mereka kata “Allah seperti makhluk” atas alasan Allah berbicara dengan makhluk mengikut manusia faham.

Syubahat mereka juga batil dalam beberapa sudut.

Apabila menyamakan Allah dengan makhluk, pastinya ia adalah batil dan oleh akal dan syarak. Tidak mungkin sesuatu yang disebutkan Allah dan Rasul akan mengundang kebatilan.

Alasan mereka:Kamu kata quran diturun dalam Bahasa Arab, Allah kata Dia mendengar dan melihat, bukankah seperti kita mendengar dan kita melihat? Allah berbicara kepada kita dengan bahasa yang kita faham”.

Kalau kita lihat orang Kristian, mereka tasyabbuh (menyamakan). Mereka kata nabi Isa adalah anak tuhan, tetapi ini adalah penyelewangan yang jelas. Sebahagian berfahaman ini juga di kalangan orang Islam.

Kita kata HANYA IA SAMA DARI SEGI PERKATAAN ATAU NAMA, TIDAK BEERTI DARI SEGI HAKIKAT. Contohnya: Seperti 2 orang yang bernama Ali. Maka, tiada apa yang sama dari segi hakikatnya. Jika tetapkan Allah melihat, dari segi perkataan melihat sahaja. Dari sifat hakikatnya berbeza. Kalau kita lihat sebahagian besar dari nama dan sifat Allah sama seperti manusia. Allah hidup, adakah hakikatnya sama dengan manusia? Setakat hanya perkataan sama tapi hakikat berbeza. Begitu juga dengan sifat marah, sayang dan lain-lain.

Hakikat perkara dengan beriman dengan nama dan sifat Allah sangat penting. Kegagalan memahami ini akan mengundang parah yang sangat besar.

Kita realisasikan tauhid kepada Allah. Mengesakan Allah iaitu “TIADA YANG SERUPA DENGANNYA”. Apabila nama dan sifat Allah difahami, maka ketika itu kita memahami kebesaran Allah dan segalanya. Kita akan bergantung harap kepada Allah semata-mata. Kita akan takut kepadaNya dan berserah kepada Allah semata-mata. Yang lain kita tidak pandang sangat.

Contoh kita tahu Allah Maha Penyembuh, maka kita tidak atau kurang bergantung harap kepada makhluk. Tidak risau sangat terhadap sesuatu kerana yakin dengan Allah (tawakkal).

Jika ada orang mengancam kita, dalam masa yang sama kita tahu Allah maha menguasai, maha berkuasa di atas segalanya.

KESAN BERIMAN DENGAN NAMA DAN SIFAT ALLAH

1. Kita sempurnakan kecintaan dan keagungan kepada Allah. Apabila sedar hakikat kebesaran kita akan cinta kepada Allah. Adapun cinta kepada makhluk lain, ia tidak seperti cinta kepada Allah.

2. Kita akan merealisasikan kesan dalam menyembah Allah semata-mata. Lihat sahaja mereka yang menyeru nenek moyang atau pergi ke tukang sihir atau tok bomoh. Kita mendapati bahawa tidaklah mereka yang pergi ke bomoh melainkan mereka memahami atau percaya bomoh tersebut ada kuasa tertentu. Ini menjejaskan iman kepada Allah sahaja yang Maha menguasai. Mengurangkan ibadah kepada Allah, bahkan dia menyekutukan Allah dengan percaya bahawa bomoh ada kuasa.

Kadang-kadang kita melihat di kalangan ajaran-ajaran sesat, sebahagian mendakwa bahawa dengan mengikuti ajaran mereka akan datang kuasa tertentu. Bermula dengan syeikh boleh bagi aura seperti sesiapa yang datang akan terpelanting. Ini bermula dengan akidah. Si guru ni ada power. Dia berlaku dalam silat , kumpulan-kumpulan agama.  Silat ini macam sukan tetapi tak semena-mena dibawa kepada akidah. Mereka nak belajar kerana nak power tadi. Ada jurus 1, jurus 2 hingga jurus 3 boleh terbang. Itu adalah kepercayaan. IA BERMULA DENGAN AKIDAH DAN BERAKHIR DENGAN SYIRIK. Akhirnya terjadi syirik dengan menganggap kuasa yang diberi kepada Allah. Kenapa berlaku? Sebab gagal memahami keimanan dengan nama-nama dan sifat Allah.

Lihat para sahabat dalam merealisasikan 4 perkara dengan menggangtung harap semata-mata kepada Allah.

Aku bergantung segalanya kepada yang Maha Hebat, yang Maha Kuasa dan Maha Agung.” Dengan itu para sahabat datang kekuatan ketika berhadapan dengan musuh.


Masalah iman ini terdapat banyak penyelewengan. Tidak kurang anak-anak kita yang diajar takut dengan hantu. Tanggapan hantu ada kuasa. 
“Jangan main-main dengan kuasa. Hantu boleh buat itu dsan ini. Ditarbiah takut dengan hantu, bukan takut dengan Allah”  atau “Jangan nakal-nakal nanti hantu pocong datang”.

Kadang-kadang dah tua pun takut hantu atau  jumpa kubur pun dah takut. Ini semua adalah kecelaruan yang berlaku.


SOALAN-SOALAN

1. Macam mana cara menasihati orang yang jumpa bomoh atau memakai tangkal?

Perlu dinasihati  dan dijelaskan kepada orang memakai tangkal kerana ia menyalahi tauhid kepada Allah.

Nabi ﷺbersabda:Barang siapa yang menggantung tamimah (tangkal ), sesuatu yang digunakan untuk menjauhi dari sial atau kecelakaan, maka dia menyekutukan Allah SWT.”

Tauhid hanya bergantung semata-mata kepada Allah. Hanya Allah yang memberi manfaat atau mudarat. Kita disuruh berikhtiar, tetapi dengan perkara yang harus dan bukan haram dan syirik.

Saya berdukacita dengan satu kedai ada gambar wali yang banyak. Seorang muslim ditegah menggantung apa-apa gambar ini (termasuk gambar tok guru / gambar kahwin, gambar keluarga dan sebagainya).

Hadis Nabi ﷺ:Sesungguhnya pembuat gambar-gambar ini kelak akan diseksa dan dikatakan kepadanya: ‘Hidupkanlah apa yang telah engkau ciptakan ini.’ Beliau kemudian bersabda: ‘SESUNGGUHNYA RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT GAMBAR TIDAK AKAN DIMASUKI MALAIKAT.’ Aisyah berkata: ‘Kemudian saya memotong-motong kain tersebut dan menjadikannya sebuah bantal atau dua bantal.’ (HR Bukhari dan Muslim).

KECELARUAN APABILA GAGAL MEMAHAMI TAUHID

Subhanallah. Ini adalah kecelaruan orang yang melakukan syirik kerana gagal memahami tauhid. Apabila orang melakukan syirik, dia tidak habis setakat sahaja, seperti juga bidaah. Masalah berhenti tidak akan berhenti kepada seorang wali, dia akan bercambah. Apabila dia mintak sesuatu dan tak dapat, maka dia beranjak syirik kedua sebab itulah sampai jadi wali ke 99 seperti dalam gambar itu. Hakikatnya permainan syaitan untuk buat seseorang bergelumang dengan syirik. Sebab itu kita lihat orang kafir yang menyekutukan Allah, mereka tidak sepakat dalam hal tuhan. Ada yang sembah pokok, batu, patung. INI KAEDAH CUBA JAYA. Cubaan mintak pokok: “wahai pokok besar, sembuhkan aku”. Apabila dah sempuh akan dipuja lagi. Kalau tidak berjaya, akan pergi ke pokok lain pula. Seperti agama hindu, berapa banyak tuhan mereka ada kerana sebab yang sama.

Orang kristian pun sama, mereka ada orang suci (saint). Sebab tu kita lihat mereka tidak ada bergantung kepada jesus semata-mata, mereka atada saint-saint yang lain juga.


2. Kenapa kita perlu takut dan dalam masa yang sama sayang kepada Allah? Perkataan ini seolah-olah kontradik.

Takut dan sayang Allah termasuk dalam takut dan berharap (sayang). Apabila sayang kita Allah, kita akan berharap. Ini kalau kita lebih faham dalam kalangan manusia. Apabila sayang seseorang, kita berharap mendekati seseorang.

TAKUT DAN HARAP 

Dengan hubungan Allah. Takut dan sayang jangan diberatkan mana-mana. Maka kita takut kepada Allah kerana azabnya sangat pedih, Allah Maha Melihat, Allah mengira semua amalan. Jika buruk amalan, akan dibalas buruk dan kemuncaknya dicampak dalam api neraka.

Dalam masa yang sama disuruh berharap kepada Allah (Ihsan), kemuncaknya dibalas syurga kepala Allah.

Apabila diwujudkan keadaan ini (takut dan berharap), InsyaAllah akan berjaya dunia dan akhirat.

JIKA BERATKAN  SALAH SATU TAKUT ATAU HARAP

Kalau kita beratkan takut, akhirnya kita berputus asa. Orang yang jujur akan tahu ibadat serba kurang. Apabila beratkan takut, akhirnya akan berputus asa dari Allah Taala.

Doa adalah harapan. Demikain juga memberatkan berharap semata-mata, bergelumang dengan maksiat atas alasan Allah maha pengampun, Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Contohnya: Orang beratkan pengharapan ialah orang Kristian “Jesus love us”. Akhirnya mereka terus bergelombang dalam dosa-dosa.

 

Audio Syarah oleh Ustaz Idris Sulaiman:

https://www.dropbox.com/s/auvix451llseoil/UIS Ushul At-Thalasah – Beriman dengan Nama dan Sifat Allah 26012017.mp3?dl=0

 

 

 

  

 

 

Advertisements