KULIAH RIYADHUSSOLEHEN Oleh Ustaz Idris Sulaiman (2 DIS 2016)

HADIS 54/1861 

Abu Zaid Amr bin Akhtab Al-Ansari RA berkata: “Rasulullah ﷺ solat dan mengimami kami solat Subuh, kemudian naik ke atas mimbar lalu berkhutbah kepada kami sampai datang waktu Zohor. Beliau kemudian turun solat. Selanjutnya, beliau naik lagi ke atas mimbar lalu berkhutbah kepada kami sampai datang waktu Asar. Beliau lalu turun, kemudian solat. Setelah itu beliau naik ke atas mimbar lalu berkhutbah kepada kami sampai terbenam matahari.  Memberitahu kami tentang telah dan akan terjadi. Maka orang yang paling mengerti di antara kami adalah orang yang paling hafal di antara kami. (HR Muslim:2892)

SYARAH HADIS

1. Rasulullah diberi kekuatan lebih dari manusia biasa iaitu seharian penuh memberi khutbah kepada sahabat. Khutbah/ceramah dari selepas subuh hingga ke maghrib dengan diselangi solat Zohor dan Asar.

2. Tidak kurang hebatnya adalah sahabat Nabi ﷺyang setia mendengar khutbah yang sangat panjang.

3. Sy. Uthaymin berkata bahawa kemungkinan Nabi ﷺ berpuasa atau beliau terlalu fokus dengan perkara yang hendak disampaikan. Tidak dinyatakan sama ada Nabi ﷺ solat rawatib.

4. Secara zahirnya beliau tidak solat rawatib kerana sibuk dengan sesuatu yang lebih utama iaitu mengajar sahabat. Ia menunjukkan bahawa menuntut ilmu sangat-sangat dituntut dari melakukan ibadah sunat. Begitu juga jika lambat ke kuliah, perlu terus solat fardu tanpa melakukan solat sunat rawatib.

KAEDAH TAKWIL DALIL (KONTEKS AYAT)

5. “Memberitahu kami tentang telah dan akan terjadi

Bermaksud Nabi ﷺ hanya memberitahu apa yang Allah beritahu kepada baginda. Pastinya Nabi ﷺ tidak menceritakan semua perkara yang berlaku kerana Nabi ﷺ tidak tahu semua (hanya tahu perkara ghaib apabila diberitahu oleh Allah ﷺ) atau pastinya tidak cukup masa untuk menceritakan semua dari kisah Nabi Adam hingga ke hari kiamat.

Prinsipnya Nabi ﷺ pastinya tidak tahu perkara ghaib kecuali diberitahu. Ia adalah takwilan berdasarkan konteks ayat (kisah) tersebut. Bezakan takwil dengan takhrif.

MAKSUD TAKWIL

TAKWIL bermaksud memahami yang tersirat dan ‘bukan menafsir ikut akal semata-mata’. Sering keliru antara tafsiran dan penyelewengan menggunakan kalimah takwil. Caranya ialah lihat konteks ayat.

Contoh ayat
Kata ustaz: “Akan datang sebentar lagi adalah Singa Sunnah”

Pastinya orang tidak lari dari kuliah ini. Maka secara automatik kita takwilkan bahawa ‘Singa Sunnah’ adalah orang yang tegas dalam hal sunnah.

HADIS ISBAL DAN KESILAPAN TAKWILAN 

Rasulullah ﷺ bersabda:Barangsiapa yang menjulurkan pakaiannya dengan keadaan sombong, Allah tidak akan melihat dirinya pada hari kiamat.”
Lantas Abu Bakr berkata: “Sungguh salah satu ujung seluarku biasa melorot akan tetapi aku selalu memperhatikannya.”
Kata Nabi ﷺ lagi: “Engkau bukan melakukannya kerana sombong” (HR. Bukhari no. 3655)

HURAIAN KESILAPAN TAKWILAN PADA HADIS ISBAL

Nabi ﷺ masih melarang Abu Bakar RA isbal, tetapi Abu Bakar kata dia isbal disebabkan pakaian londeh kerana tidak dijaga. Akhirnya Nabi ﷺ kata ‘Jangan Sombong’. TIADA NABI BENARKAN ISBAL PUN.

Maka siapa yang takwilkan bahawa baginda kata ‘dibolehkan isbal kalau diri rasa tidak sombong’ kerana Isbal itu sendiri adalah sombong.

6. “Orang yang paling mengerti di antara kami adalah orang yang paling hafal di antara kami

Seringkali kita akan lupa apabila mendengar sesuatu ilmu kecuali ditulis. Maka itulah cara untuk belajar pada masa sekarang. Zaman Nabi ﷺ kurangnya bahan untuk menulis seperti pen dan kertas. Jadi mereka terpaksa mengharap kepada kekuatan hafalan. Allah maha mengasihani dan lemahnya hambanya pada zaman ini diimbangi dengan adanya alat bantuan pen, kertas dan bahan elektronik.

PERKARA AGAMA SEMUA TELAH DIJELASKAN OLEH NABI ﷺ 

7. Tidak ada sesuatu yang telah mendekatkan diri dengan syurga atau menjauhkan dari neraka kecuali TELAH DIJELASKAN OLEH NABI ﷺ.

8. Sebahagian beralasan perlunya tokok tambah dalam agama seperti sambutan Maulid Rasul. Kenapa Nabi ﷺ tidak sampaikan berkenaan keperluan maulid walaupun khutbahnya sehari suntuk. Ia adalah tohmahan kepada baginda kerana baginda tidak mengajar dalam menyampaikan risalahnya seperti maulid rasul dan lain-lain.

KELEBIHAN UMAT ZAMAN INI ADALAH MENCATAT ILMU 

9. Sebahagian sahabat ada yang kuat hafalan. Kelebihan kita pada hari ni adalah sesiapa yang mencatat ilmu yang diperolehinya, berbeza dengan orang yang tidak mencatat.

HADIS 55/1862

Aisyah RA berkata, Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah Allah. Dan Barangsiapa yang bernazar untuk derhaka kepada Allah, maka janganlah derhaka kepada Allah.” (HR Bukhari: 6696)

Maksud Nazar – Mewajibkan diri kita sesuatu untuk Allah SWT yang pada asalnya tidak wajib.

2 JENIS NAZAR

i. Nazar bersyarat – Jika aku sembuh dari penyakit, aku akan puasa 3 hari.
ii. Nazar tidak bersyarat –  Aku akan adakan umrah pada tahun ini (dengan niat wajib).

HUKUM: Dalam kedua-dua keadaan wajib dilaksanakan kedua jenis nazar tersebut.

PRINSIP ASAS NAZAR (MAKRUH ATAU HARAM)

Prinsip Asas Nazar (Hukum Dasar) dari sebahagian ulamak – ‘Haram bernazar kerana ia membebankan sesuatu yang asalnya tidak wajib. Mungkin dia tidak mampu dan merasa beban untuk menunaikannya.’

Sebahagian kata makruh. Jadi hukum asas bernazar adalah Haram atau Makruh. Maka, lebih baik tidak bernazar. Jika telah bernazar, wajib melaksanakan nazarnya itu.

Kenapa hukum nazar tidak lari dari Haram atau Makruh?
Seolah-oleh bersyarat dengan Allah. Jika Allah bagi, baru akan buat ibadah…kalau boleh taknak buat ibadah itu.

Hadis Ibnu Hibban:Sesungguhnya nazar tidak akan menolak dari apa-apa yang telah ditakdirkan”

Semua perkara telah tertulis dalam suratan takdir. Ini adalah sebab kenapa ulamak kata nazar haram atau makruh.

ANCAMAN KEPADA ORANG NAZAR

Firman Allah: “Terdapat dalam kalangan mereka yang berjanji kepada Allah, sekiranya Allah beri kepada kita dari kurniaanya, nescaya kami akan sedekah dan kami tergolong orang-orang yang soleh. Tetapi Allah beri dari kurniaanya, mereka bersifat bakhil dan berpaling dan enggan”. (QS At-Taubah: 75)

Contoh: Seringkali apabila seseorang itu berkata, apabila aku jadi jutawan, aku akan bersedekah. Tetapi apabila dapat, mereka tidak bersedekah malah ingin tambah lagi harta benda.

Allah berfirman:Maka Allah menghukum keatas mereka dengan sifat munafik dalam hati sehingga mereka berjumpa Allah atas sifat berdusta”.


JIKA TIDAK MAMPU NAZAR, PERLU MENEBUS KIFARAH

Memberi makan 10 makan miskin, memberi pakaian, bebaskan seorang hamba. Jika tidak boleh puasa 3 hari berturut-turut.

HADIS 56/1863
Dari Ummu Syarik RA bahwa Rasullulah ﷺ memerintahkannya untuk membunuh cicak (tokek), dan beliau bersabda, “ Dahulu cicak itu meniup-niup api (agar semakin berkobar) membakar Nabi Ibrahim.” (muttafaun Alaihi, HR Bukhari:3359 dan Muslim:2237)


SOALAN:

Yang manakah menjadi keutamaan menghafal atau kefahaman quran?
Kita perlu hafal quran dan dianjurkan kerana ia adalah bentuk kita memelihara quran. Memahami juga perlu. Bagaimana kita boleh khusyuk solat malam tanpa menghafal ayat-ayat dari quran. Jika tidak,  kita akan mengulang-ulang surah yang sama. Akhirnya kualiti solat tidak setanding orang yang hafal seperti di Masjidilharam.

KEDUA-DUA HAFAL DAN MEMAHAMI SEIRINGAN. Ia tuntutan. Sambil hafal kita perlu tadabur dan faham. Perlu mula dengan surah-surah pendek. Juga mengikut kemampuan. Yang penting perlu gerak dan buat. Mula dengan surah lazim (minimum).

Advertisements