KULIAH RIYADHUSSOLEHEN Oleh Ustaz Idris Sulaiman (23 SEPT 2016)

DEFINISI AKHLAK BAIK

Tidak ganggu orang dan sabar atas gangguan
1. Berbuat baik
2. Wajah ceria

PENDAPAT UMUM YANG SILAP:

“Kalau saya tak ganggu orang lain, orang lain tak boleh ganggu saya. Jika ganggu saya, maka boleh saya menuntut hak saya (keadilan).”
Sepatutnya kita perlu bersabar.

 MUAMALAH NABI SAW

Orang beriman – setiap perbuatan ikhlas kerana Allah Taala.

Dalil: Surah Al-Insan “Aku tidak mahu balasan atau ucapan terima kasih. Semuanya kebaikan dilakukan kerana Allah”

“Kalau aku tak buat baik, khuatir Allah akan marah, Kalau orang buat baik kepada kita, itu adalah bonus.”

AKHLAK MANUSIA JAHIL

Apa-apa yang datang kepada diri, dia akan putar balikkan(twist). Sentiasa cuba membenarkan apa yang telah dilakukan walaupun salah. Jangan jadi seperti kebanyakan orang (tidak ada akhlak). Apabila diberi kebaikan, tidak berterima kasih kerana merasakan itu hak dia.

 AKHLAK ORANG BERIMAN:
1. Apabila memberi kebaikan kepada orang – niat kerana Allah dan bukan harap balasan walaupun terima kasih. Ikhlas 100 peratus.
2. Apabila terima kebaikan dari orang lain – bertanggungjawab untuk terima kasih. Dalil: “Apabila terima kasih kepada manusia, maka ia berterima kasih kepada Allah”

 HADIS 40/1847 Aisyah RA berkata: “ Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran” (HR Muslim 746 dalam hadis yang panjang)

AKHLAK NABI ﷺ

  1. Paling tenang
  2. Paling berani
  3. Paling adil
  4. Paling jaga maruah
  5. Tangan tak pernah sentuh wanita bukan mahram
  6. Paling pemurah – jika ada 1 tamar lebihan pun baginda akan sedekah (dermawan). Baginda tidak senang jika ada lebihan harta/makanan.
  7. Tidak ambil harta dunia melebihi asas.
  8. Apabila orang meminta, pasti baginda akan memberi. Jika tiada lebihan untuk diberi, baginda akan beri keperluan asas sendiri.
  9. Kehidupan yang sangat ringkas
  10. Baginda jahit baju sendiri
  11. Baginda memasak dan potong daging sendiri.
  12. Baginda sangat pemalu. Apabila bercakap baginda tidak renung mata lama.
  13. Sahut panggilan sesiapa sahaja.
  14. Terima pemberian walaupun benda remeh (eg. Seteguk susu)
  15. Sahut/ terima jemputan walaupun sesiapa walaupun di hujung kampong
  16. Tidak terima sedekah
  17. Marah hanya jika hak Allah dilanggar. Tidak pernah marah disebabkan diri sendiri.
  18. Tegakkan kebenaran walaupun akan bawa mudarat kepada diri atau sahabat. Contoh: sahabat terbunuh dari tangan yahudi, maka diat yang dibayar tidak lebih dari 100 unta
  19. Pernah ikat perut dengan batu sebab nak kurangkan rasa lapar
  20. Tidak pernah tolak makanan halal
  21. Tidak makan secara bersandar
  22. Tidak pernah kenyang (roti) dalam 3 hari berturut-turut. Baginda tahan diri dari makan kenyang bukan sebab tak mampu
  23. Baginda memenuhi jemputan walimah/orang sakit/ urusan jenazah
  24. Jalan sendiri tanpa bodyguard
  25. Paling rendah diri
  26. Petah berkata-kata dan tidak meleret-leret
  27. Tidak terpesona hal dunia
  28. Pakai apa sahaja yang ada (tak cerewet)
  29. Ketika menunggang, ada sahaja yang menunggang belakang baginda.
  30. Tunggang apa sahaja yang ada seperti unta/kuda/keldai
  31. Kekadang jalan kaki ayam, tanpa serban atau ridak
  32. Ziarah orang sakit walaupun hujung bandar
  33. Suka wangian dan benci busuk
  34. Duduk bersama orang faqir dan makan bersama orang miskin
  35. Sangat mulia dan peribadi tinggi
  36. Tidak bersikap dingin dengan sesiapa. Nabi akan layan sesiapa sahaja walaupun remeh. Sehingga orang itu malu.
  37. Bergurau dengan kata-kata yang benar
  38. Gelak tetapi tak sampai terbahak
  39. Melihat permainan sahabat
  40. Lumba lari dengan isteri
  41. Apabila orang tinggikan suara dengan nabi, nabi sabar
  42. Ada hamba tetapi tidak terhalang dari makan bersama-sama
  43. Tidak akan biarkan masa berlalu tanpa ibadah atau membuat perkara berfaedah
  44. Tidak perkecilkan orang miskin atau merasa jelek dengan orang sakit
  45. Tidak cemuh mana-mana orang beriman. Hadia nabi: “Aku diutus untuk bawa rahmat bukan laknat”
  46. Sekiranya diminta berdoa kecelakaan, nabi akan akan doa rahmat.
  47. Tidak pernah pukul sesiapa
  48. Jika diberi pilihan, baginda akan ambil paling mudah
Advertisements