KULIAH RIYADHUSSOLEHEN Oleh Ustaz Idris Sulaiman (11 NOV 2016)

HADIS BERKENAAN MENGADU DOMBA

Hadis 52/1859: Aisyah RA suka banyak menderma. Ibn Zubair RA (anak saudara Aisyah RA) tidak senang, jadi dia cuba menghalang apa yang dilakukan oleh Aisyah RA. Aisyah RA mendapat tahu berita ini dari seseorang

Aisyah RA bernazar (sumpah) tidak mahu berbicara selamanya dengan Ibn Zubair RA. Antara sebabnya adalah kedudukan Aisyah RA sebagai ummul mukminin (isteri nabi ﷺ), makcik Abdullah RA, berilmu dan bijaksana.

DEFINISI ‘MENGADU DOMBA’

Mengadu Domba – Menceritakan perkataan orang lain. Secara sedar atau tidak, perbuatan orang yang menceritakan perkara ini kepada Aisyah adalah “MENGADU DOMBA”.

ANCAMAN TENTANG MENGADU DOMBA

Hadis Nabi ﷺ:Mereka berdua diseksa. Mereka menganggap bahwa itu bukan perkara besar, namun sesungguhnya itu perkara besar. Orang yang pertama disiksa kerana tidak menutupi diri ketika kencing. Adapun orang yang kedua disiksa karena suka mengadu domba (namimah)” (HR Bukhari dan Muslim)

i. Seorang diseksa kerana kencing tidak di jaga.
ii. Suka mengadu domba…. Dia tidak tipu (bercakap benar) tetapi tetap diseksa.

Seringkali orang kata ‘Ini tidak tipu dan kisah benar‘. Akhirnya akan terjadi perbalahan antara 2 orang.

Hadis Nabi ﷺ: “Tidak akan masuk syurga orang yang Al-Qattat (pengadu domba)” (HR Bukhari)

KISAH ULAMAK IAITU SY. RABEE MADKHALI TENTANG MENGADU DOMBA

Sy. Rabee sangat tegas terhadap kebejatan Ikhawanul Muslimin, Syed Qutb, Hassan Al-Banna. Maka, ramailah orang mengutuk perbuatan Sy Rabee tersebut. Apabila seorang anak murid mengadu kepada Sy Rabee “sipulan berkata begini dan begitu kepada engkau”.

 SY. RABEE MENJAWAB: “Apakah syaitan tidak jumpa sesiapa kecuali engkau untuk memberitahu tentang aku?

Kekadang berlaku pertembungan ilmuan gara-gara murid di tengah-tengah. Menyebut nama guru juga oleh termasuk perbuatan mengadu domba. Jika menanyakan hukum dengan menyebut nama seseorang, ada 2 kemungkinan sama ada:

1. Mahu tahu hukum; atau
2. Mahu memburukkan seseorang atau melagakan.

PENGAJARAN DARI KISAH KONFLIK AISYAH RA DAN ZUBAIR RA

i. Abdullah bin Zubair RA merasa dukacita kerana mungkin tidak sengaja.
ii. Aisyah RA berpandangan berbeza iaitu beliau merasa berat untuk membatalkan sumpah (nazar) yang telah dilafazkan.

Datang Al-Miswar dan Abdul Rahman membawa Az-Zubair membawa masuk rumah Aisyah RA ‘Secara Muslihat’.

BEZA BOHONG DAN MUSLIHAT (MENGIKUT SITUASI DAN NIAT)

Bohong – ada haram, sunat dan diharuskan
Muslihat – ada baik dan tidak baik

Kata-kata ulamak: “Bukan dikata dusta jika mendamaikan 2 orang bertelagah”.

AKHLAK AISYAH RA – bercakap dengan bukan muhrim di belakang tabir jika di dalam rumah, dan jika bukan muhrim di luar rumah, beliau berada di belakang pintu.

Ibn Zubair merayu dan menangis atas kesilapannya manakala Aisyah RA tidak mahu bercakap dengan Ibn Zubair disebabkan sumpahnya. Ini bukan sifat tidak baik tetapi disebabkan oleh “MAKAM AISYAH YANG TINGGI” terhadap Hadis Nabi ﷺ. Bukan seperti sufi yang mempunyai makam tinggi (ie hakikat) sehingga tidak perlu lagi untuk beribadah.

Dalam hal (makam) Aisyah RA ini, sifatnya boleh digambarkan sebagai “Orang yang kenal Allah akan lebih takut kepada Allah SWT.” TAKUT MURKA ALLAH KERANA MENARIK SEMULA SUMPAHNYA.

Firman Allah:Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, HANYALAH ULAMA (QS. Fathir: 28).

Maka, makin takut kepada Allah seseorang itu akan makin banyak melakukan beribadat.

TIDAK BOLEH PULAUKAN SESAMA MUSLIM LEBIH DARI 3 HARI

Al-Miswar dan Abdul Rahmancuba memujuk Aisyah RA untuk membatalkan sumpahnya. Mereka mengingatkan Aisyah RA tentang hadis nabi tidak boleh pulaukan sesama muslim lebih dari 3 hari.

Memulaukan sesama muslim hanya dalam 2 keadaan iaitu:

1. Hal Dunia – Syarak meraikan/pulaukan selama 3 hari disebabkan kekecewaan sesama manusia.
2. Hal Ibadah – Syarak benarkan pulaukan sehingga seseorang itu sedar akan kesalahan (seperti kisah Kaab bin Malik dan 2 sahabat yang meninggalkan perang Tabu’).

Akhirnya, Aisyah RA membayar kifarah membatalkan sumpah dengan membebaskan 40 orang hamba. Beliau rasa sangat berat untuk membatalkan nazar (sumpah) ini, menangis bersungguh-sungguh hingga basah kerudungnya.

2 JENIS HATI MANUSIA

i. Hati lunak 
– Orang yang hatinya sangat takut kepada Allah dan mudah menangis dengan peringatan.
ii. Hati Keras – Apabila ditegur, seperti menuang air di daun keladi.

HATI LUNAK ADALAH SEBAHAGIAN DARI CIRI-CIRI WALI ALLAH

i. Beriman dan taqwa
ii. Sentiasa muhasabah
iii. Banyak menangis dan sedikit ketawa
iv. Selalu ingat Allah

HATI KERAS ADALAH TANDA WALI SYAITAN

Firman Allah:
“Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka…..”
(Al-A’raf: 51)

i. Majlis tazkirah (peringatan) ibarat majlis gelak ketawa.
ii. Semua nak jadikan bahan lawak jenaka.
iii. Menjadikan agama untuk pertandingan (pencetus ummah), lelaki dan perempuan bercampur.
iv. Majlis zikir bertukar menjadi majlis tari menari.
v. Guru agama seperti penglipur lara. Menceritakan kisah-kisah palsu, menyanyi-nyanyi dan kontang dari hadis-hadis Nabi ﷺ.

Keadaan kini tidak kurang hebat berbanding zaman jahiliah. Mereka bertepuk tangan dan bersiul semasa tawaf.

Hadis Nabi ﷺ: “…Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit tertawa dan banyak menangis…” (HR Muslim: 2359)

SOALAN- SOALAN

1. Kenapa Aisyah RA tidak membatalkan nazar kerana seolah-olah nazar itu akan memutuskan silaturrahim?

Semua nazar adalah sumpah, tetapi semua sumpah bukannya nazar.

Aisyah RA teguh dalam perkataannya yang melibatkan hukum syarak. Aisyah RA layak bernazar kerana tarafnya sebagai ummul mukminin, ibu saudara dan ulamak.  Perbuatan Ibn Zubair adalah suatu kesilapan dan tidak wajar. Nazar yang boleh dibatalkan adalah nazar berupa maksiat, tetapi dalam hal ini perbuatan Aisyah RA adalah benar dengan tarafnya.

2. Apa beza mengadu domba dan nasihat?

MENGADU DOMBA – ‘menceritakan perkataan orang lain’ semula apa yang didengar. Ia akan mengakibatkan pertelagahan.

NASIHAT – bergantung kepada niat. Jika jahat ia akan mendatangkan mudarat.

Advertisements