KULIAH RIYAHUSSOLEHEN Oleh Ustaz Idris Sulaiman (29 OKT 2016)

HADIS 44/1856

Dari ‘Amr bin Al-Ash RA bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seorang hakim memutuskan satu perkara lalu ia berijtihad benar, maka baginya dua pahala. Dan apabila ia memutuskan satu perkara lalu ia berijtihad kemudian salah, maka baginya satu pahala.”(HR Bukhari:7352 dan Muslim:1716)

MAKSUD IJTIHAD (إجتهاد)

Mengikut bahasa: Mencurah usaha dan tenaga (gigih)
Mengikut istilah:
i. Ibnu Qutaidanah menafsirkan ijitihad adalah mencurah tenaga untuk mengetahui hukum hakam syarak.

ii. Ijtihad adalah suatu usaha besar yang diambil oleh mujtahid (orang yang berijtihad). Seseorang mujtahid adalah alim (berilmu).

SYARAT-SYARAT SEORANG MUJTAHID

1. Pengetahuan luas tentang dasar hukum dari Quran, sunnah, kias, ijmak,furuk dan lain-lain.
2. Pengetahuan luas tentang ‘Nasikh dan Mansukh’ dan dapat membezakan ulamak sepakat atau selisih.
3. Pengetahuan luas tentang ‘Nas-nas Am atau Khas, Mutlak atau Mukhaiyat’, jelas atau samar, tersurat atau tersirat, muhkam atau mutasyabihat.
4. Berpengetahuan tentang kedudukan darjat hadis ‘Sahih, Dhoif dan lain-lain’.
5. Penguasaan tinggi dalam Bahasa Arab seperti ‘Nahu, Saraf dan Balaghah’.

DEFINISI MUJTAHID,  MUTTABI’ & MUQALID
Mujtahid – orang berilmu yang ijtihad
Muttabi’ – orang yang ikut pendapat ‘dengan tahu dalil‘ (penuntut ilmu)
Muqalid – orang yang ikut pendapat ‘tanpa tahu dalil

DEFINISI ALIM & JAHIL
Alim – menjelaskan hukum berdasarkan dalil
Jahil (DBP)- tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh:
Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya

TINGKATAN ILMU MANUSIA
Alim –> Muttabi’ (penuntut ilmu) –> Jahil (orang awam)

Alim (mufrad – singular), Ulamak (jamak – plural)

PERINTAH MENUNTUT ILMU & KAEDAHNYA

Firman Allah: “Bertanyalah kepada ahli zikir sekiranya kamu tidak tahu” (QS An-Nahl: 43)

Jika Sudah Tahu – perlu MEMBERITAHU dengan cara seperti dakwah/menyampaikan.
Jika Tidak Tahu – perlu AMBIL TAHU atau tanya kepada orang yang tahu.

ANCAMAN SEMBUNYIKAN ILMU

Firman Allah: “Barangsiapa ditanya tentang ilmu yang telah diketahuinya kemudian ia sembunyikan, maka pada hari kiamat ia akan dipukul dengan pemukul yang terbuat dari api.” (HR Ahmad)

Kaedah: ‘Semua ijtihad yang betul dapat pahala, tetapi bukan semua ijtihad benar.’

Setiap mujtahid terjamin pahala jika
1. Ijtihadnya benar (2 pahala)
2. Ijtihadnya salah (1 pahala)

Pernyataan Yang Salah: ‘Semua ijtihad daripada ulamak adalah sebahagian dari Islam’.
Tidak mungkin semua ijtihad ulamak sebahagian dari islam kerana islam hanya benar-benar belaka.

SETIAP PERSELISIHAN ANTARA ULAMAK, YANG BENAR HANYA SATU.

Kaedah: Hukum BENAR HANYA ADA SATU. Kalau benar ijtihad, maka ia adalah Islam. Kalau salah ia kembali kepada orang (ulamak) tersebut.

Sentiasa ada slogan ‘ulamak khilaf dan ini perkara ranting (furuk)’. Hati-hati dengan slogan seperti ini kerana kekeliruan dan besar kemungkinan adalah tujuan yang batil sepertimana kata Ali RA kepada Khawarij: “Kalimah yang benar tetapi dengan maksud yang batil”


SOALAN-SOALAN

1. Apakah tanggungjawab sebagai seorang pencinta sunnah?

Selamatkan diri dengan menuntut ilmu. Jangan kita mengaku sebagai muqalid (mengikut pendapat ulamak tanpa ketahui dalil) atau orang jahil kerana ia adalah perkataan dicela Allah. Ahli sunnah sepatutnya menjadi penuntut ilmu.

DEFINISI PENUNTUT ILMU

Sentiasa berusaha mengambil berat hal agama, fokus dan BERSUNGGUH UNTUK MENCARI KEBENARAN KERANA KEBENARAN HANYA SATU.

SEPAKAT ADALAH RAHMAT, PERSELISIHAN ADALAH AZAB

Perkataan ‘perselisihan adalah rahmat’ adalah batil kerana ia bukan hadis dan bukan kalam ulamak. Kemungkinan besar adalah berpunca dari iblis. Maknanya mungkar. Jika benar, maka dengan kata lain maksudnya adalah ‘sepakat itu mungkar’. Ia kontradik dan menyalahi kata-kata Allah dan Rasul.

Contoh perbuatan yang dikatakan khilaf adalah berkara bidaah. Kata nabi ﷺ “ semua perkara bidaah adalah sesat, sesat tempatnya di neraka”. Maka, yang benarnya hanyalah semua perkara bidaah adalah sesat. Adalah tidak benar menyatakan bidaah hasanah kerana jelas kata-kata nabi ﷺ berkenaan bidaah.


2. Apakah kriteria ulamak dan cara-cara mengetahui ulamak yang benar?

Salah jika merasakan ulamak tahu semua kerana suatu yang biasa jika ulamak mengatakan tidak tahu. Hadis “ TIDAK TAHU ADALAH SEBAHAGIAN DARI ILMU”.

Jika orang tidak tahu tetapi dia menjawab seolah-olah tahu, kata ulamak salaf “orang yang menjawab semua benda yang disoalkan adalah gila”.

SEORANG ALIM TIDAK AKAN MENGAKU ALIM

Kata Syeikh Albani “Aku Penuntut Ilmu”. Jangan bangga dengan dengan mengatakan aku muqalid kerana ia adalah mencela diri. Apa yang terbaik adalah menyebut “aku penuntut ilmu”. Apatah lagi mengaku “aku jahil” kerana jahil adalah dicela Allah.

ULAMAK SUUK (buruk) adalah ulamak yang MEMBIARKAN PENUNTUT ILMU KEKAL MUQALID (mengikut pendapat tanpa tahu dalil) atau biarkan mereka jahil quran/hadis.

Advertisements