KULIAH HADID RIYADHUSSOLEHEN Oleh Ustaz Idris Sulaiman (21 OKT 2016)

GOLONGAN MENDAPAT SEKSA PEDIH DARI ALLAH SWT

HADIS 44/1852: Ada 3 golongan orang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat. Dia tidak mahu menyucikan mereka, dan tidak mahu melihatnya dan bagi mereka seksa yang pedih iaitu orang tua yang berzina, raja yang berdusta dan orang fakir yang sombong” (HR Muslim:617)

3 golongan ini melakukan maksiat TANPA ADA KEPERLUAN. Tidak layak dilakukan oleh mereka atau “tidak sepatutnya dilakukan”.

i. ORANG TUA YANG BERZINA – Memandangkan sudah lanjut usia, sudah pernah kahwin (pernah merasa) dan nafsu sudah berkurang. Tidak seperti orang muda yang mempunyai nafsu bergelojak. Syariat membezakan hukuman hudud bagi yang pernah berkahwin dan tidak pernah berkahwin.

ii. RAJA PEMBOHONG – Maksiat ini tidak patut dilakukan oleh seorang raja kerana dia sudah ada kekuatan/kekuasaan. Ini menunjukkan sifat buruk raja tersebut, rosak peribadi dan kejahatan (menipu) sudah sebati dalam dirinya. Lazimnya orang yang berbohong kerana takut berkata benar kerana ada implikasi negatif kepada dirinya. Maka, raja tidak perlu berbohong kerana tiada ancaman/keperluan untuknya.

iii. ORANG MISKIN YANG SOMBONG/ TAKABUR / BERLAGAK – Kebiasaan orang sombong kerana ada benda yang hendak ditunjukkan. Orang miskin tiada keperluan kerana tiada apa yang hendak ditunjuk. Sombong dengan tindakan seperti gaya/ lisan/ mendada/ menghentak-hentak kaki. Ia menunjukkan hati yang sudah rosak.

Bagaimana hidup dalam kesempitan masih boleh wujud kesombongan?

Contohnya adalah berlaku persaingan antara sesama miskin, taknak mengaku kalah menunjukkan harta walaupun SEHINGGA SANGGUP BERHUTANG. Jika lihat jiran memakai kereta/ perabot / handbag / langsir, maka lahir hasad dan mahu bersaing. Akhirnya mereka berhutang. Maka bermula sikap sombong dan tidak mengaku kalah yang dari pemikiran yang dangkal ini.

Begitu juga dalam majlis kenduri/ keramaian. Apabila jiran membuat 4 khemah, dia mahu ditambah ke 5 atau 6 khemah untuk menunjukkan kemampuan walaupun berhutang. Oleh itu, JADILAH ORANG YANG WARAS, berpada-pada, pemikiran perlu jauh/panjang. Elakkan penyakit hati (rosak/ kurang ilmu).

SUNGAI DARI SYURGA

HADIS 46/1853: “Saihan, Jaihan, Furat dan Nil semuanya dari sungai-sungai syurga” (HR Muslim:2839)

PANJANG SUNGAI: Saihan – 560km, Jaihan – 500km, Furat – 2800km, Nil – 68507km (merentasi 12 negara)

Sg Furat (Hadis)…Tidak akan kiamat sehingga sungai furat menzahirkan sebuah gunung emas. Manusia berbunuhan untuk merebut emas. Dari 100 orang berebut, hanya 1 orang yang selamat.

ADAKAH BETUL 4 SUNGAI DARI SYURGA?

Kesimpulan:
Ulamak berselisih pendapat. Walau bagaimanapun, jalan yang selamat adalah ‘Dengar dan Taat’ dan beriman pada zahir hadis.


Firman Allah:
…(Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring;….” (Muhammad:15)

HADIS 47/1854 (PENCIPTAAN DUNIA): “Allah menciptakan bumi pada hari sabtu. Dia ciptakan di dalamnya gunung-gunung pada hari Ahad. Dia ciptakan pepohonan pada hari Isnin. Dia ciptakan hal-hal yang tidak disenangi pada hari Selasa. Dia ciptakan cahaya pada hari Rabu. Dia menebarkan binatang-binatang pada hari Khamis. Dan Dia menciptakan Adam setelah asar pada hari Jumaat sebagai ciptaan terakhir pada saat terakhir dari waktu siang, iaitu Antara asar menuju malam.” (HR Muslim:2789)

PERBINCANGAN:

Sebahagian ulamak mendhaifkan hujah ini kerana riwayat bertentangan dengan Ayat Quran yang mutawattil. Sekiranya hadis sahih (Bukhari), maka perlu terima juga walaupun zahirnya dalil bercanggah. Oleh itu perlu diharmonikan kerana tidak mungkin dalil kontradik antara satu sama lain.

PENDAPAT SY. UTHAYMIN – mendhaifkan hadis ini.
PENDAPAT SY. ALBANI – mensahihkan hadis malah berpendapat hadis tidak bercanggah dengan surah As-Sajadah:4

Dalam surah As-Sajadah:4 “Allah ciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari”. Dilihat dalil dari Ayat 4: Sajadah dan Fussilat:9

Fussilat:9 – “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,”

Makam ia tidak bercanggah tetapi sebaliknya hadis ini perincikan cara penciptaan bumi secara khasnya.

Terdapat kemungkinan 6 hari disebut dalam quran berbeza dari 7 hari disebut dalam hadis. Ini kerana ayat quran jelas  (Al Hajj:47). Perkara subjektif untuk dikira. 1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.Surah Al Maarij: 4 – Allah hitung 1 hari = 50 000 tahun perjalanan”

Maka, Sy Albani membenarkan hadis tersebut kerana semua dalil perlu diambilkira sekiranya datang hadis bertentangan dengan quran.

KESIMPULAN SYEIKH ALBANI RHM.

Tiada halangan pengiraan ciptaan langit dan bumi (hari, bulan atau tahun) di sisi Allah. Adapun hadis berkenaan 7 hari adalah mengikut perkiraan manusia.

SOALAN-SOALAN:

1. PERLUKAH ANGKAT TANGAN DOA HARIAN SEPERTI ZIKIR/DOA PAGI DAN PETANG?

Fatwa Sy Bin Baz – Ayat kedua tangan diangkat tangan Antara sebab dikabulkan doa kecuali keadaan nabi ﷺ tidak mengangkat. Maka, doa harian tidak perlu mengangkat tangan kerana nabi tindak angkat.

Angkat tangan ketika berdoa boleh terjadi dari 3 gaya:

i. Angkat  tangan rapat paras bahu dengan mengadap ke atas atau mengadap muka.  – Doa minta hajat (umum).

ii. Dianjur angkat 1 jari telunjuk – ketika berzikir, tahmid atau tahlil.

iii. Tangan ditinggikan aras kepala hingga nampak ketiak – apabila dalam keadaan terdesak/ cemas / ditimpa bala/ doa instinsyak.

2. APAKAH ORANG BERIMAN PERLU MENGHINDARI DARI MEMAKAI KASUT YANG MENYEBABKAN ORANG TERDENGAR SEPERTI KASUT KERAS / TUMIT TINGGI DAN SEBAGAINYA?

Ya. Orang mukmin sedaya upaya BERSIFAT RENDAH DIRI SESAMA MUSLIM. Ia berbeza ketika bersama orang kafir. Adalah menjadi syubahat memakai kasut keras dan menyebabkan orang terdengar (menarik perhatian) / terdengar seperti hentakan.

Berbeza ketika berperang, orang Islam disuruh supaya sombong/ menggerunkan orang kafir. Maka situasi berbeza ketika kawat askar (bertujuan untuk disiplin). Walau bagaimanapun, kawat adalah berasal dari negara kafir. Adapun, disiplin islam sebenar adalah sembahyang jemaah di masjid dan umat islam sepatutnya sanggup jihad nyawa ke jalan Allah.

3. BAGAIMANA MEMBEZAKAN ANTARA ORANG SOMBONG DAN YAKIN DIRI?

Sentiasa yakin adalah tawakkal kepada Allah. Ini adalah sehebat-hebat keyakinan. Jika yakin diri, maka inilah kejahilan kerana orang mukmin sentiasa rasa diri lemah dan hina. Contohnya: Selepas solat kita istighfar dan bukan tahmid. Ini adalah menunjukkan kita lemah dan hina diri.

4. APA ITU TAHZIR?

Maksud tahzir: Memberi peringatan seseorang berkenaan Syeikh/Ulamak.

Sesama ulamak salaf, mereka saling memuji (tazkiyah)/ rekemen / sokongan. Berbeza dengan ahli bidaah, Antara murid dan guru mereka saling mentahzir.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, akan berlaku ghuluw. Akan terjadi tahzir sesama kita.

Perlu mengetahui ciri-ciri orang yang akan ditahzir. Antara cirinya adalah PERKARA DILAKUKAN JELAS HALAL ATAU ARAM, IBADAH ATAU KUFUR. Ia memerlukan ilmu dan ketaqwaan.

Perlu muhasabah: Perlu bezakan hukum tahzir untuk diri sendiri atau hukum tahzir untuk orang lain.

TAHZIR UNTUK DIRI SENDIRI – kekadang tdak mahu berguru dengan seseorang mungkin disebabkan tidak memahami loghat yang digunakan (mungkin sebab tak faham). Bagi orang lain mungkin sesuai guru tersebut.

TAHZIR UNTUK ORANG LAIN – Perbuatan terburu-buru terutama dalam permulaan menuntut ilmu. Neracanya ialah adakah penuntut ilmu itu masih hafal surah-surah lazim, hadis 40 sudah hafal atau belum? Kalau sudah mula tahzir asatizah, jelas melampau batas. Ia menghukum untuk kemaslahatan ummah. Orang seperti ni melakukan kerana masih dalam kejahilan. Dia mengangkat diri lebih dari sepatutnya umpama “Anak burung belum bersayap tetapi sudah mahu terbang, akibatnya diri sendiri yang jatuh”. Mereka memusnahkan diri dan orang lain.

Di kalangan ahli sunnah sepatutnya muhasabah diri. Kalau rasa jahil, jangan bercakap pasal maslahat ummah. Apa yang perlu dilakukan adalah diam dan wallahualam. Mereka mencampakkan dalam dalam gelanggang syubahat:

1. Maghrur – terpedaya
2. Timbulkan fitnah dan kecelaruan.- akibatnya orang lain terpinga-pinga hingga terjadi sesat dan menyesatkan orang lain.

Advertisements